Salam uolls..
Hari ni nak sembang kosong jer. Tiga hari cuti lepak kat rumah saja. Hari Khamis 1 Muharam tu banyak kenduri. 5 rumah yang kena terjah ok. Saya, mak ngan anak buah dua orang. Tapi saya pegi dua buah rumah je. Satu kawan sekampung satu lagi sepupu ayah. Yang lagi dua rumah tu saya tunggu mak dalam kereta saja. Boleh.
Kemudian hari Jumaat. Sebab ayah nak pegi kenduri jadi kami rileks sikit la. Ayah kami ni wajib makan nasi dua kali sehari. So, awal-awal dah kena masuk dapur dah. Jadi bila ayah pegi makan kat kenduri bolehlah settlekan kerja lain dulu kemas bilik, kemas rumah, kemas dapur, basuh baju dan tengok citer kartun.
Tup-tup mak kata jom kita buat nasi kerabu. Wah. Suka lah. Peberet tuh. Belakang rumah mak ada tanam kacang. Bunga dia la yang jadik pewarna untuk nasi kerabu neh. Tapi kalau nasi kerabu pasar malam tuh biasanya diorang buh pewarna dalam botol tu kan. Sebab tu kaler dia over biru dan warna tak sekata. Kalau nak masak nasi kerabu esok pagi malam ni dah boleh ramas bunga dalam air. Biarkan dalam air tu lama skit. Esok tanak nasi buh air kaler biru tuh.
Makan nasi kerabu untuk breakfast dan lunch. 2 in 1. Jimat tenaga i uollsss.
So hari Sabtu adalah hari bermalas-malasan dirumah. Baca buku motivasi Dr.Tuah yang beli kat Karangkraf Mall hari tu. Pastu bosan baca buku pegi tengok tv, bosan tengok tv pulak bukak laptop tengok Abang Am. Abang Am??Kemain.
Eh. Citer Adam Hawa tu pelbagai lapisan masyarakat tengok kan. Malam tu saya duk dapur hidang nasi untuk suami kan. Tunggu punya tunggu dia tak datang-datang dapur. Pastu pegi la mengintai kat bilik kot-kot la dia tertidur kan. Rupanya duk ngadap laptop. Bila panggil ajak makan dia cakap 'Tunggulah, skit lagi ni'. Eksaited nak tengok citer apa yang membuatkan dia sampai tunda perut untuk makan...rupa-rupanya Adam Hawa. Haha. *Gelak sopan. Sebab biasanya dia kureng la layan drama leleh air mata neh. Agaknya dah bosan sangat kot. Pastu bila dah tengok beberapa episod terus ketagih.
Malam tu pulak dia duk khatam tengok Adam Hawa sampai 4.30 pagi baru tido. Semangat hokeh. Tahniah en.beliau dah habis tengok sampai episod 42. Konfirm balik keje kang dia tanya..."Dah ada ke sambungan Adam Hawa tuh?"..Haha..Jangan tiba-tiba nak pasang Astro semata-mata Adam Hawa sudah..
Macam-macam kan.
Now, kami dah lapan bulan 1 minggu dan 2 hari menjadi suami isteri. Alhamdulillah Tuhan masih dekatkan jasad kami duduk sebumbung. Harap lepas ni takde dah episod PJJ dalam kehidupan rumahtangga kami. Kalau dah Tuhan tentukan pun kami terima dengan redha. Kerana hanya Tuhan yang tahu perjalanan kami untuk hari mendatang*eeewahh. Tiba-tiba cakap pasal PJJ kan. Nak nangis la tuh.
Eh, nak tau cerita. Hari tu tiba-tiba en.beliau cakap pasal impian dia nak memiliki kereta Audi. I yang buta pasal kereta2 ni terus google Audi R7. Berangan lah sorang-sorang en.beliau. Nak renew roadtax maunya 2,3 bulan gaji. Tapi mana tau kot angan-angan tu boleh jadi kenyataan kan. Amin. Amin. Amin.
Boleh tak nak print gambar neh framekan bagi kat en.beliau. Hahaha.
Perancangan.
Setakat ni perancangan en.beliau nak bukak kedai sendiri. InsyaAllah. Semoga Tuhan permudahkan urusan kami. en.beliau cakap kalau terlaksana pembukaan kedai tu dia suh saya berenti keje sekarang dan tolong dia kat kedai. Sob. Sob. Perlukah? Sayangnya nak tinggalkan suka duka tawa menangis setelah tiga tahun setengah keje sini. Tapi syurga isteri di telapak kaki suami kan.
^_____________^
Ok...muzik sedih sedang berdendang.
Bye korang...