Para Pengikut..

Thursday, 7 June 2012

Tour to Vietnam - Part 3

Salam uolls.

Ok. Cerita semalam tak habis pun lagi. Sebab tak sempat menyempat nak balik rumah semalam kan.

So, lepas makan kitorang bergerak pulak ke Istana Presiden. Istana yang dulunya menempatkan pemerintahan raja-raja di vietam ni. Sebab cantik view sepanjang perjalanan jadi tak la tido mati sangat. Tidur ayam jer. Boleh menikmati bangunan-bangunan di Vietnam yang sangat kreatif binaannya.



Inilah sebenarnya tempat yang nak tuju. Istana Presiden.

Sangat lenguh naik sampai tingkat paling atas yang ada berpuluh-puluh bilik.

Kesemua perabot merupakan barangan peninggalan zaman dolu kala. Ada macam-macam bilik. Bilik mesyuarat, bilik bersidang, bilik tidur, bilik makan. Macam-macamlah. Kagum sebab kesemua perabot tu dijaga elok untuk tatapan anak cucu cicit.


Ok. Dah lenguh turun bawah tunggu bas datang. Auwww. Kuning kan sling beg i. Citarasa en.beliau yang kononnya lain dari yang lain. KAN.

Kemudian balik hotel rehatkan diri. Tengok tv. Bangga bila tengok iklan cerite CICAKMAN cakcakcak tu keluar kat tv vietnam neh. Cuma dialih suara lah. Lagi UpinIpin pon ada. BoboiBoy pun ada jugak. Bangga mak nak.

Ok. Sebab malam dah tak keluar makan kat kedai jadi kami ditapaukan nasi goreng ayam. Ayam yang super besar 3 kali ganda ayam goreng kat Teganu kita.


Dengan sos resepi sendiri yang super sedap jugak!

Jugak plus air stoberi limau yang super super super sedap. Cayalah. Makanan kat halal@saigon ni memang mabeles lah.

Opss. Kitorang dapat wifi kat hotel ni. Masuk bilik je terus call receptionist tanya password wifi. Haha. Nampak sangat kemaruk fb kan.
Hari pertama sambil landing atas katil pun dapat post statuskat fb dengan lajunya.
Hari kedua wifi dah makin slow.
Masuk bilik terus tak dapat wifi. Kecuali bersandar di pintu bilik atau duk luar bilik depan lif.
Sedihnya.
Tapi ada pc disediakan untuk korang online free. (pc tersembunyi disebalik saya) . Sebijik pc saja. Cukuplah kan. Ape???Nak 10bijik pc??Agak-agakla bukan cyber cafe kot.


Hotel boss. Tapi bukan hotel kepunyaan boss kami.

Ok. Sekarang sebab dah kenyang barulah boleh berjalan-jalan dengan senang hati. Tak payah pikir nak berenti beli maknan lagi kan. Disebabkan malam adalah untuk aktiviti bebas. Jadi jom kita keluar cuci mata, cuci wallet. Muahaha.

Ni kalau bawak en.beliau a.k.a si pengumpul koleksi jam sure dia dah rembat satu.

Macam-macam jenis keychain, fridge magnet yang ada jual. Macam-macam jenis harga yang ditawarkan.

So, saya nak mengesyorkan korang kalau pergi ke pasar malam benthan tu pada malam pertama sila jangan membeli blah lagi. Survey dulu harga. 

Dekat sini diorang punya penjual ni agak la 'ganas' kan. Bila kita dah tanya harga berapa dan dah mula tawar-menawar dia akan aggap kita 'wajib beli'. Jadi kena berhati-hati la. Kalau tak nak beli tak payah nak gedik-gedik tawar-menawar. Dan kalau nak tawar-menawar tu bagi kaw sikit. Separuh harga pon boleh. Kalau dia tak bagi try la blah pegi kedai lain sure dia akan tarik korang bagi harga lagi murah.

Jumpa student kami kat pasar malam. Snap gambo kami. Mekasih Alfilahi =)

Dila, Kak Siti, Yatie, Me & Kak Nani

Dah penat lenguh kaki kami pulang ke hotel. Sebab penat sangat terus tido lena. Tak. Sebenarnya sebab katil dan bantal yang empuk. FINE.


*********

Kejap.


Betul ke orang cakap kat Pasar Benthan kain pasang cotton tu murah??
ok..nanti saya cerita next entry =)



Daaa...





8 comments:

  1. Anonymous4:48 pm

    betul2. pergi vietnam jgn tanya harga kalau tak nak beli. kalau betul2 nak beli, tawar harga sehabis mungkin.

    ReplyDelete
  2. cik anon : cik anon mesti ada pengalaman kan =)

    ReplyDelete
  3. kalau beli dolar lagi untuk . mintak tawar 1 US dolar dah berapa banyak dah untung kat situ ^_^

    ReplyDelete
  4. sya : hehe.pandai awk..=)

    ReplyDelete
  5. kakak saya pun gi vietnam tahun ni semata-2 nak shopping baju raya .. hehehe

    ReplyDelete
  6. sya : wah.gilew kentang pergi vietnam utk bli baju raya???heee..tp memang agak murah lah sana.

    ReplyDelete
  7. Singgah nak cari gambar masa gi Vietnam. Hampeh! Gemoks! So tak jadi nak curi gambar tu... hahaha

    ReplyDelete
  8. Puan Kay : Arghhh..sy plok stress tengok kurus sangat masa ni. nyesal g baca balik. kan dah stress dengan diri sendiri Bahhaha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...