Para Pengikut..

Friday, 5 March 2021

Resepi nasi kerabu yang sedap

Salam uollss..

Asalnya tengok bff zaman u up status nasi kerabu. Ya allah,  terus teringat nasi kerabu zaman belajar dulu. Berebut beli nasi kerabu kat pasar malam. Gigih beratur walaupun ramai orang. Sedapnya. Kemudian kita pun nak try la jugak masak. Kali ni nasi kerabu ni saya makan dengan ayam bakar. So let's check it out.



Resepi Ayam Bakar:

Ayam 6 ketul

Bawang merah 5 ulas

Bawang putih 3 ulas

Halia 1 inci

Serai 1 batang

Sos bbq 3 sudu besar

Sos tiram 1 sudu besar

Garam

Gula/madu

Minyak 1 sudu

Blend bawang, halia dan serai. Kemudian masukkan gula/madu, sos tiram, sos bbq dan minyak. Perasakan dengan garam. Sos tiram tu dah masin tau,  jangan terlebih garam. Kemudian perap dalam 30 minit lebih. Bakar ayam sampai masak.

Resepi Nasi Kerabu:

Nasi 

3 pot beras (Saya guna pot kecil sebab bilangan ahli dalam rumah tak ramai)

Air mengikut sukatan masak nasi biasa.

Pewarna biru sedikit.

Daun pandan 2 helai disimpul.

Nasi dimasak macam kaedah masak nasi biasa tu okey.


Sambal Tumis:

Minyak masak untuk menumis.

3 ulas bawang merah

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

Setengah inci halia

Cili giling 2 senduk

Santan pekat

2 keping asam keping

3 batang serai diketuk

1 inci belacan

Garam dan gula secukup rasa

Budu dalam 3 sudu

Mula-mula masukkan minyak dan tumis cili giling. Sambil-sambil tu kisar bawang2 dan halia. Masukkan pes kisar dan tumis sampai pecah minyak.

Lepastu masukkan santan. Kena kerap kacau supaya santan tak pecah. Masukkan serai,  belacan dan asam keping. Masukkan budu dan bahan perasa secukup rasa. Kuah tumis ni kena rasa masin sikit baru ngam makan dengan nasi.


Sambal kelapa:

1/2 biji kelapa parut (untuk 3-4 orang makan)

4 ekor ikan selayang

3 ulas bawang merah

2 batang serai

Gula 1 sudu besar

Garam 1 sudu besar

Kelapa parut digoreng hingga kekuningan. Api kecil jer okey. Kau jangan sesekali tinggalkan kelapa parut tu dalam kuali pastu pergi layan social media tau. Tak pasal2 hangus­čść. Lepas tu tumbuk la kelapa parut tu. Tak payah sampai hancur sangat pun takpe. Asingkan letak dalam bekas.

Ikan direbus bersama garam dan asam keping. Kemudian asingkan tulang ambik isi. Tumbuk ikan tu.

Tumbuk serai sampai hancur lepas tu masuk bawang2. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Dah hancur tu letak dalam bekas kelapa parut tadi. Gaul sekali dengan ikan yang ditumbuk. Gaul sampai sebati. 


Sambal lada:

10 biji cili padi 

(Kalau tak nak pedas kurang cili padi ganti cili besar)

Gula 1 sudu besar

Garam 1 sudu kecik

Limau nipis (diperah)


Blend cili,kemudian masukkan gula, garam dan perah limau.

Okey siap. Nasi kerabu ni wajib ada ulam kan. Antaranya kacang panjang, taugeh dan kobis. Lepas tu nak ngam lagi boleh makan dengan ikan bilis, bawang putih jeruk, solok lada,  keropok dan telur masin. Sedapnya

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...