Para Pengikut..

Klik Me =)

Friday, 30 December 2016

Throwback-Jalan-jalan ke Setiu

Salam uollss..

Hari tu berapa minggu lepas dah jalan2 ke Setiu. Biasalah papa kan. Suka bagitau last minit. 'Syg, jom esok ikut b g jalan ke Setiu' Oiii. baru ingat nak kemas rumah, lipat baju, basuh baju segala mak nenek kerja rumah tu kan. Tapi jalan lebih penting kot. Ghahaha. Asalkan dapat jalan tinggalkan kejap urusan rumah dan kerja hilang stress aiollss.

Pagi tu bangun awalnya. Dah la hujan. mandi ya ampun sejukkkk. Adik kena mandikan dengan air panas la dik yer. Sejuk sangat kesian. Muka pon macam baru bangun tido jer even dah mandi. Haha. Peseng anak bujang mami kan, tido lewat pastu bangun lewat.


Pastu masuk kereta tak sampai pun 1km perjalanan dah krohhhhh. Gud job dik. Lena sangat tido. Sampai Setiu pon tak bangun lagi. Terpaksa mami bertapa dulu dalam kereta tungggu dia bangun.  


Pergi rumah kawan kepada sepupu asben. Ada kawan Daniel. So main la korang yer.


Then keluar pusing-pusing. Tetiba dah sampai pantai irama, bachok. 1st time kot datang cini.



Haha. Bergambo ngan anak kecik kan olez la fail. Dengan baby tua pun sejenis tak suka bergambo kan nak buat camno. Mami pasrah. Biarlah mami fotogedik sesorang.




Daniel dulu suka nau baby stand. Sekarang dah beso dah pandai berdiri menapak dua-tiga langkah dah tak mau stand dahhh.





Tu jelah citernya. Suka la ke sana. Ada port jual blouse murah-murah. Next time nak heret asben pegi lagi. Weehuuuu.



Daniel Asyraf Turns One

Salam uollss..

Alhamdulillah 22 Dis 2016 my anak bujang dah setahun. Cepat betul masa berlalu kan. Mula-mula saya plan nak beli kek kecik sambut 3 beranak jer. Pastu tetiba jer ntah terplan nak buat jugak majlis kecik-kecik je dengan famili members. Eh, tup-tup my sis nak share jugak sambut birthday kakak Farhana sepupu Daniel. So jomlah kita buat makan jemput kawan-kawan dua-tiga orang. Famili members kita pun dah lebih 20 orang. Haha. Big family katakan.
So..saya menyibukkan diri jugak deco skit-skit. Takdenya nak tempah party planner ke organizer je kan. Kita deco tampal-tampal hias dinding skit-skit. 





Plan nak buat hari Jumaat. Tapi Jumaat tu kebetulan jaga exam so kena kerja. Jadi buat lah hari Sabtu. Malam tu baru gantung deco-deco. Suh anak-anak buah dan adik ipar tiup belon semua esok asben gantung belon.
Besday boy pulak tido lewat malam tu. Adui berperang la ngan mami nak berdukung la, nak menyibuk main belon lahhh. Haha.

Kek my sis tempah ngan kawan kitorang . Kawan masa kecik-kecik now dah pindah dan ikut suami . Tapi alang-alang balik kampung kan boleh la tempah ngan beliau. Sedap sangat kek. Berbaloi sangat. Semua tetamu dapat rasa. Ngam-ngam lewat petang tu habis kek. Takde nak bazir-bazir lagi.  

Adusss. Masih terbayang kesedapan kek. Nyummyyyy.


Saya tempah laksa ngan student. Laksa dan laksam. My sis buat kuah putih, saya buat kuah merah. Adik ipar buatkan kek polkadot ngan kek coklat tu sedap gilosssss. Tq ateh. Sayang awok seribu lemon. 


Lama tak buat makan-makan. Raya 2016 tak buat sebab Daniel kecik lagi. Insyaaallh panjang umur murah rezeki raya 2017 kita buat lagi mini open house. Kikiki. Jauh lagi nak plan mami weiii.

Nyanyikan lagu Allah selamatkan kamu untuk Daniel n farhana. Semoga Allah selamatkan korang sentiasa anak2. Kakak Farhana speechless. Kata besday Daniel eh tetiba nama dia ada kat kek. Seprais yer kakak. Suka dapat potong kek.




Hahaha. Tengok gambo atas ada kek kat kaki Daniel. Boleh plak dia pegi pijak kek. Agaknya lama sangat duk depan tu geram tengok kek terus dipijaknya. Hahaha. Tula mami asyik nak bergambo jer ka. Anak tak sabor-sabor tunggu orang nyayikan lagu allah selamatkan kamu. Hahahha.

 






 Mekasih bagi gift kat Daniel. Haruslah papa yang terlebih eksaited kan.


Tq papa. Tengah-tengah tetamu duk makan dia kalut mintak kunci kereta dia. Pastu tak jumpa kunci duk mana. Biasalah kalau orang laki cari barang kan. Haha. Pastu dah jumpa kunci bawak anak keluar ikut pintu dapur. Tup-tup masuk bawak anak atas besday. Yeayyyyy. Mami pon terkejut. Pandai yer sepraiskan anak dan mak sekali. Kemain beria-beria bagi ayat sedih 'adik, papa takde duit nak beli hadiah adik, mintak ngan mami yer'. hahaha.

Daniel mula-mula penakut kat besday. Ada bunyi ngan lampu kot. Esoknya terus tak takut siap tolak-tolak lagi basikal. Kaki tak cecah lagi pedal. nanti dah pandai boleh pegi rumah tok naik beskal yer. Kiki.

*******

Saya plak petang tu sibuk kesana-sini tu je la gambonya. Tak bergambo ngan kawan-kawan yang datang. Ngan famili pon takde bergambo. Huaaaaa.

Alhamdulillah. Sebenarnya kita dah niat dari awal nak celebrate kecik-kecik. Siap buat tabung khas 'misi besday party adik'. Pasni mami tukar tabung 'misi anniversary mami papa'. Hahahaha.

Thursday, 22 December 2016

Warkah buat Muhammad Daniel Asyraf bin Mohd Zulriduwan.

Warkah buat Muhammad Daniel Asyraf bin Mohd Zulriduwan.

22.dis.2016

Tarikh ni la setahun yang lalu adik dilahirkan.

Malam tadi mami tak dapat lelapkan mata. Air mata tak henti-henti mengalir. Betapa sayangnya Allah pada mami dan papa, setelah 3 tahun menanti penuh sabar Allah amanahkan adik untuk kami jaga. Masa adik dalam kandungan sedikitpun tak pernah membebankan mami. Tak pernah mengidam pelik-pelik, tak pernah muntah, morning sickness tak pernah, pening kepala pun jarang sangat. Tapi tiba saat due date adik tiada tanda mahu keluar lagi. Seminggu tiada tanda mami terpaksa serah diri ke hsnz.

Dah masuk ubat pun tak kuar-kuar tanda jugak dik. Pagi tu tiba-tiba je mami demam. Suhu naik mendadak. Badan menggeletar. Bila doktor cek jantung adik tak dapat detect. Banyak kali doktor try tak dapat bacaan jugak. Then diorang buat keputusan bawak mami ke lr. Terus contact papa jumpa kt lr. Doktor pecahkan air ketuban. Tapi still adik tiada tanda nak keluar. Kalut semua panggil papa mintak persetujuan untuk emegency czer. Terpaksa la nak selamatkan dua2 kan. Mami pandang papa. Dua2 senyum pasrah. Tiba-tiba doktor cek tengok adik dah lemas dan tertelan najis. Cepat-cepat diorang semua kalut tukar baju mami angkat naik katil yang beroda tu nak pegi blok sebelah sebab lr full. Cross jalan sebelah blok siap rintik-rintik hujan jatuh dimuka mami.

Mami tak sedar apa pun dik masa adik dikeluarkan. Sedar-sedar mami buka mata doktor suruh gerakkan jari semua. Takde apa pun dalam kepala mami masa tu. Kosong...

Setel semua mami dibawa ke bed balik. Dengan wayar ditangan, wayar air kencing lagi mami tak boleh gerak ke mana-mana. Mata jer duk kelip-kelip tengok orang sekeliling. Senyum kat ibu depan bed mami yang tengah nyusukan baby dia, tengok sebelah pulak mama tu tengah syok tido peluk baby dia, bed sebelah lagi umi tu tengah dodoikan anak dia yang merengek. Mami je sorang-sorang tanpa adik. Pastu mami sambung tido. Kesan ubat ngantuk dan mamai sangat. Nak pegang fon pun tak daya.

Tengah hari time melawat barulah semua keluarga belah mami dan papa masuk. Semua datang peluk-peluk mami nangis-nangis terutama tok ngan tokmi. Eh, kenapa ni. Nampak tak.mami sihat je ni. Kenapa semua nak nangis. Mami senyum jer. Kuat sangat rasa jiwa masa ty walaupun badan je tak kuat. Kemudian papa masuk bisik kat mami "syg, doktor pegang dulu baby kita, nanti syg sihat skit kita tengok baby eh". Mami angguk je. Tak tanya apa-apa pun kat papa.

Esoknya hari yang paling mami nantikan. Bila dah bukak semua wayar mami pun dah gagah skit jalan bolehla tengok adik kat nicu. Papa tolak atas wheelchair. Sayu hati mami tengok ramai kawan-kawan adik penuh wayar dibadan. Sampai bed adik mami tergaman. Berapa kali mami tenung adik pastu tenung papa,tenung adik tenung papa. "Betul ke anak kita ni b, tak salah bed ke ni". Papa senyum je tunjuk tag kat bed 'bo noor hafizah musa' subhanallah dik. Adik comel sangat. Gebu,putih mulus. Tak henti-henti mami senyum. Cuma mami sedih tak dapat dukung adik, peluk adik, df adik. Cuma boleh usap-usap je. Penuh wayar kat badan adik. Doktor kata banyak sangat kuman kat paru-paru adik dan sebab lemas tu terpaksa bernafas guna bantuan mesin. Mesin yang adik guna tu doktor kata paling tinggi kat situ . Allah!! Kesian adik. Tapi berapa kali doktor situ cakap adik kuat semangat. Insyaallah boleh sembuh.

Mami balik rumah tanpa bawak balik adik. Akhirnya mami berpantang dirumah, dengan papa sekali cuti panjang. Cikteh pun ada jaga mami kat rumah. Nasib baik pantang kat rumah, senang nak ulang alik jenguk adik. Bawak stok susu, pampers, bagi semangat kat adik untuk terus kuat. Bacakan zikir kat telinga adik. Selang sehari mami pergi jenguk adik. Jumpa doktor. Tanya progress adik. Tapi seorang mami mana tahan tengok anak penuh wayar dibadan macam tu. Berendam air mata jugak mami tiap kali tengok adik. Mami selalu doa nak dengar adik nangis. Sebab selalu adik tido je. Satu hari tu dapat dengar adik nangis. Mami senyum dalam tangis. Pastu mami doa lagi nak tengok adik senyum, adik genggam jari mami. Hari- hari mami doa dik. Alhamdulillah makin hari mami n papa nampak makin baik progress adik. Walaupun doktor tak pernah bagi jaminan atau apa-apa harapan pada kami sebab takut sesuatu yang tak dijangka terjadi tapi instint mami kuat adik akan sembuh. Adik akan sihat dan akan bersama kami semua di rumah.

Satu hari tu mami dan papa masuk dalam wad adik tu terkejut tengok adik takde kat bed. Ya Allah mana anak kami. Kenapa takde sesiapa call bagitau apa-apa. Papa kalut panggil doktor tanya. Rupanya adik dah dipindahkan ke wad sebelah. Bukan wad kritikal tu lagi. Maksudnya kesihatan makin baik. Masih bantuan mesin cuma tak macam mesin sebelum ni. Kemudian 2,3 kemudian adik dipindahkan ke wad lain pulak. Lepas tu baru masuk ke SCN. Mami lega sikit. Scn takla kronik sangat. Cuma papa dah tak bebas masuk mcm kat nicu. Seminggu adik kat scn akhirnya berita dari doktor yang lama mami dan papa nantikan sampai jua. Adik akan discharge. Mami gembira rasa nak menjerit kat situ terima kasih doktorrrrrr!!!!

Hari terakhir adik warded.


Genap 38hari di nicu +scn. Terima kasih semua misi n doktor yang menjaga adik sebaiknya. Semoga Allah membalas balas jasa dan pengorbanan kalian dengan rezeki yang tak putus-putus. Aamiin.

Hari ni dah setahun usia adik. Mami sentiasa doakan supaya Allah panjangkan usia adik, dikurniakan kesihatan sampai besar, sampai tua supaya dapat jaga mami dan papa pulak nanti. Mami doakan adik jadi insan yang cerdik pintar, soleh, hormat orang tua dan menjadi kesayangan semua orang.

Semoga mami terus tabah hadapi segala ujianNya. Bila difikirkan balik perjalanan hidup mami ada hikmah Allah hantar ujian berat pada mami berkali-kali. Terutama ujian kemalangan setiap tahun kemalangan. Setiap tahun mami menangis yang terakhir 2014 mami kemalangan kereta berpusing-pusing beberapa kali langgar tembok dan tiang lampu namun Allah masih panjangkan usia mami. Masa tu mami dah tak nangis dik, kerana mami sedar tu ujian Allah untuk menguatkan mami. Mami redha dan pasrah. Seperti menerima kehadiran adik yang penuh dengan ujian buat mami dan papa. Alhamdulillah makin kuat ikatan kasih sayang kita sekeluarga.

Terima kasih buat keluarga yang sentiasa disisi, kawan yang selalu menemani dan terima kasih buat suami yang tak pernah berkurang kasih sayangnya terhadap diri ini.

Mami.
22dis2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...