Para Pengikut..

Sunday 29 May 2011

Kisah hujung minggu.

Salam uolls.

Eh. Tiba-tiba jer rasa tajuk tu macam tajuk cerita-cerita pendek dalam buku cerita zaman sekolah rendah. 
Ok. Abaikan.

 Yer. Sebenarnya dis weekend sepupu saya kawin. Nasib baik beliau dewasa 2,3 tahun berbanding saya. Means nasib baik beliau tak muda dari saya atau sebaya saya. Kalau tak semua sepupu-sepupu-main masak sama-sama-main kejar sama-sama dah bertukar status puan tinggalkan saya masih berstatus cik. Pasrah! Masih ada lagi yang seangkatan dengan saya. Jadi tak perlu rasa gusar lagi dengan panggilan cik.
Hari Jumaat malam Sabtu.
Majlis akad nikah dilangsungkan di surau arwah tokki. Yer. Tiba-tiba teringat arwah bila jejakkan kaki kesitu. Semoga arwah aman disana. Gambar dari camera besor belum transfer. Jadi tiada gambar untuk malam nikah. Bye.
Hari Sabtu.
Hari Sabtu menerjah  kedai Era Nona untuk beli barang-barang keperluan hantaran yang masih belum settle. Eksaited hokeh beli itu ini. Tapi nak snap-snap gambo sales gurl tu pulak mengekori kemana pergi. Yer adik. Saya paham tak bleh amik gambar sini. ^______^
Adik yang teruja jumpa spek en.beliau yang sesat lantas pakai untuk bergaya.

Hoi. Tapi tak perlu la sampai dalam kedai pun kau nak bawak masuk!!

Yer. Berkurun spek sesat tiada siapa pedulik. Hari ni semua mahu bergaya pakai. Maapkan saya tuan spek.

Wuuuuu..kau bajet shomel la tu pakai spek hitam tu.
Petangnya pula ke kenduri sepupu. Awwww.
Kata sepupu sebab pelamin tinggi jadi tak muat masuk rumah. Terpaksa bina kat laman. ~~Speechless. Erk. Apesal ada iklan pinggan polistrine disitu.
Yer. Tinggi kan kerusi. Kalau saya duduk disitu pasti saya tenggelam.

Itu saja cerita hujung minggu. HH bagitahu McD dah keluarkan gelas yang kaler HIJAU itu. Yer. Saya teruja. Jadi saya akan menerjah jugak!!



Wednesday 25 May 2011

Hand-made Bridal Bouquet (Chapter Two)

Salam uolls..

Itu hari dah post entri pasal  Hand-made Bridal Bouquet (Chapter One) ni. Dan akhirnya malam tadi saya tak dapat tidur..

*Akhibat saya sedeh tengok cerita Sahara yang setelah 20 tahun baru seorang Sahara mengetahui adik yang sangat membencinya itu rupanya anak dia sendirik. Hokeh. Speechless. Memang betul-betul drama la citer neh! Hinggakan saya terfikir-fikir macam mana kesudahan cerita itu-hingga menyebabkan sukar tido~~barangkali!

**Kemudian akhibat saya syok nak nonton harus minum tea o panas gelas besar (yang mungkin terkandung kafien2 marabahaya) sambil menonton dengan mulut terngaga barulah feeling. Yer. Kafein diakui peneman akrab buat yang nak berjaga malam.

***Akhibat saya eksaited bukak laptop (sebab tak puas hati nak bw via mobile) terus mata cerah segar bugar.

Akhirnya setelah bw sekerat jalan terus saya eksaited mahu buat Hand-made Bridal Bouquet. Hokeh. Jam 12.00. Waktu Cinderella berlari-lari anak sehinggakan tercabut kasut kacanya waktu itulah saya mula keluarkan segala benda alah untuk bikin Hand-made Bridal Bouquet. Yeh. Tahniah kepada saya. Saya memang seorang yang kental.

Dan..
Inilah hasilnya..
(psst..tak boleh display semua)
Errr. Lagipun baru siap 90%. Harap ada lagi malam-saya tak boleh tidur-terjaga sampai 2-3 pagi-supaya saya boleh sambung lagi baki 10%.

Okeh. Sila jangan tanya pasal kaler itu. 

Monday 23 May 2011

Kau fikir kau blogger femes semua orang suka?!!

Macam dah jadi penyakit kan. Asal ada blogger femes je mula la virus-virus menular kat mereka. Hokeh. Jangan salah faham dengan statement ini.

Isu : Blogger kena hentam pasal pemakaian dan penampilan.

Masa follower baru ratus-ratus takde pun yang tegur pasal pemakaian dan penampilan. Bila dah punya follower ribans mula la muncul cik dan encik very da annoyin'.

'Blogger tu bukan cantik pun, aku tau dia edit gambar kasi up lighting'

'Gedik kau aku tengok blogger tu, pakai shawls berbelit2. Bajet Yuna la tu'

Lumrah manusia la kot.
 Memang tak pernah puas lihat orang lain atas sikit. Mula la nak jatuhkan orang lain. Tak boleh dengar berita-berita hot sikit. Mulalah nak canang seluruh dunia supaya orang tahu dia tahu serba-serbi.

Isu : Fake.

Fake ni banyak version la. Ada yang menyamar identiti. Sukarela create id orang lain terutama kat fb. Dats y kena ada copyright pada gambar. Kadang-kadang tak paham apa motif mereka buat macam tu. Saja-saja suka bila tengok manusia terpedaya dengan penipuan mereka. Tak pun mereka peminat fanatik saiko melampau hingga kan sanggup create identiti orang lain. Hokeh. Serius saya tak faham dengan golongan seperti mereka.

Kesian pulak yang jadi mangsa.


Isu : Tak faham kenapa follower kau ramai, tapi content ntah hape2.

Dah nama blog tu medium awam yang semua boleh akses. Jadi toksah la melatah bila orang lain lebih femes dari kau sedangkan kau fikir content kau bombastik.

Saya rasa setiap orang ada style tersendiri dalam berblogging. Ada yang suka tulis kisah hidup mereka hari-hari. Pergi kuliah tersalah pakai baju koyak, dingorat oleh mamat hensem di bus stop, macam-macam lagi. Ada yang suka bagi tips. Macam-macam tips dari tips pemakaian sampaila tips mengorat. (ade ke?). Ada jugak yang suka kongsi info-info. Bagi maklumat bergambar yang menerujakan. Ceritakan tentang berita femes dari surat khabar. Ada jugak golongan mak-mak hidangkan resepi-resepi. Bukan mak-mak saja. Ayah-ayah pun tak terkecuali. Huh!!
Banyak nak senaraikan satu-satu.

Begitu jugak dengan reader. Macam-macam style. Ada yang minah gossip yang suka ambil tahu kehidupan seharian blogger. Ada yang tak pernah miss entri seorang blogger yang bagi resepi memasak yang enak sedap lemak berkrim disukai ramai. Ada yang suka ambik tahu pasal info-info terbaru, berita-berita terbaru.

Ada pulak jenis tak suka.(Yang niela cik dan encik yang very da annoying!!)

 Ada yang tak suka baca blog yang bloggernya suka pamerkan muka bersaiz penuh  satu skrin laptop mukanya. 
'Meluat betul. setiap entri nak tempek muka dia. Dah la pakai shawl belit-belit ntah hape-hape. Pakai baju striking pulak tu. Tak match in langsung'
(Apela yang korang duk sibuk-sibuk sangat dengan style dorang berblog. Dorang punya suka la blog diorang)

Ada yang tak suka blog yang ceritakan kisah peribadi.
'Meluat haku, kucing dia demam pun nak cerita kat blog'
(Dorang punya suka la. Kau dengki apesal?)

Tak suka blogger yang bagi info-info.
'Eiiii. Please la. Lima tahun lepas lagi aku dah tahu pasal info ni'
(Kau ingat kau sorang ke dalam dunia neh?)

Dan macam-macam style lagi. Ada suka ada yang tak suka. Ada yang meluat ada yang teruja.

Cuma saya dapat simpulkan blog ni macam industri musik jugak. Macam-macam gaya, macam-macam-macam lenggok. Semua tu mewarnakan industri musik kita. Dan macam-macam ragam minat manusia. Ada yang suka lagu jiwang, ada yang menyampah gila. Ada yang suka lagu rock. Ada pulak yang serabut dengar lagu rock. Ada yang damai jiwa mendengarkan lagu-lagu berunsur ketuhanan. Ada jugak yang panas teliga tak boleh dengar. Yer. Pelbagai corak.

Macam blog jugak. Ada macam-macam cerita, ada pelbagai gaya. Ada yang benci itu, ada yang suka ini. Ada yang minat blogger itu, ada yang menyampah gilos.

Cuma bezanya..
Musik-Kalau tak minat tak payah dengar!
Blog-Kalau menyampah tak payah baca!

Penat haku membebel. Babai.



Saturday 21 May 2011

Hand-made Bridal Bouquet [bunga tangan] (Chapter One)

Salam uolls..

Hye google. Taip je bridal bouquet atau bunga tangan macam-macam jenis bentuk warna yang ada.
Terujaterujateruja.
Nak try buatla. Tengok diorang buat senang jer pun. Cuma kena pandai match kan color dan pilih bunga yang sesuai. Setakat nie yang saya tengok santek sangat ialah jenis roses yang kembang mekar. Hmmm. Perlu kaler hijau jugak ker?? Baik pilih kaler yang boleh match in dengan banyak warna lain. Kalau kaler hijau next time nak guna lagi untuk kaler lain kan dah tak boleh match in.

Tapi bunga kaler hijau sangat santek!!
Errrrrrr....Speechless!!



Sumber : goooooogle
Kan kan kan. Santek kan.

Siapa cakap pink tak santek? sepak sampai bulan baru tahu.
Manisnya genggam jambangan bunga ros kaler pink|perspektif muka dari sisi|sambil senyum sipu-sipu --->bajet kau hot macam Dato Siti keewwwww??

 

Atau soft pink gabung dengan warna lain. MACAM ATAS.
atau MACAM BAWAH.


Pink ngan hijau? Hokeh. Pengsan teruja!!

Yang pastinya kalau kaler cream or white tentu boleh match in dengan macam-macam warna lain. Jadi tentu boleh jimat kos. 
Buat untuk majlis tunang>nikah>sanding>bertandang. Harap maklum.







Kan kan kan. Cantik kan.
Kalau nak buat sendiri pun senang jer (macam la saya pernah buat). Takdela. Means bagi majlis yang simple dengan bajet yang kureng (macam saya.gulp!) boleh saja gubah-gubah sendiri ala kadar. Terpulang la jenis hape bunga tuh.
Either use fresh flower or artificial flowers. But worth it just with artificial flowers. Nak pegi outdoor shoot patbelas hari patbelas malam pun ia tak layu. Kan. Kan. 

p/s: Nak cantik tapi dengan cara membazir pun tak guna jugak. 
Lain la kalau kerja di opis mengecop duit. Lalala.






Friday 20 May 2011

Spicy Chicken McDeluxe.

Salam uolls..
Gilak la tajuk entri. Macam nak pomot new brand burger saja lagaknya. Disebabkan hari ni Jumaat jadi kedai makan tak banyak bukak. Jadi mari lunch di McD saja (alasan tak bleh bla).

Macam-macam gaya orang makan McD kan. Taruk black pepper bersama sos cili.
Taruk bersama fries pun ada jugak.
Menikmati eskrem bersama kesayangan-kesayangan sangat indah.
Buah hati kesayangan (tajuk entri)
Yup. Semua orang beli gelas ini. Tapi saya tidak (Hokeh. Cakap je la tak cukup duit)
Adik dan abang yang sedondon teruja berjumpa belons. So suwettt!



A picture of something you'd like to do again

A picture of something you'd like to do again

Bukan satu. Tapi nak letak banyak. Ada saya kesah?!!
Saya suka aktiviti lasak. Bila lagi agaknya dapat buat aktiviti nie semua??!!

Flying fox.

Jungle Tracking
Water Confdent (yang nie takla teruja sangat sebab takoootttt)


KLIK untuk penceritaan detail.


Counting da days


Salam uollss..

Whoaaa...
Time just passes so quickly. And now just fourteen days left. Huhu. Im starting to get a little worried bcoz a lot of preparation has not been completed. Hope everything goes smoothly.
Amin..
**Pehal tiba-tiba tulis omputih? Nerves sangat ke haku??!
Warghh..Betul la. Pat belas hari lebih kurang. Serius dua rius banyak lagi persiapan belum settle. Malas la nak tulis satu persatu nanti mesti korang akan komen..
"Biar betul kau"
"Dekat dah nie, tak kan tu pun tak settle lagi"
Ceh. Pandai-pandai jer saya reka komen korang. Takdela. Yang saya duk pulun sekarang ni gubahan hantaran jer pun. Saya lipat gulung sendiri saja. Bolehla sikit-sikit. Itupun banyak saya google internet plus ushar-ushar majlis kawan-kawan. Siap beli majalah hantaran dengan buku pengantin lagi you. Mesti korang cakap saya bersemangat waja kan. Gilak la tak semangat. Majlis orang lain pun saya semangat inikan pulak majlis saya. Hantaran takde lagi yang perlu dirisaukan kot.
Yer. Majlis ni saya bersemangat gilak u.
 Jadik wedding planner, photographer, tukang gubah sikit-sikit, tukang angkut.
 Tukang masak jer tak merasa jadik.

Hokeh.
Cuma bab makan-makan nie la masih conpius lagi. Semua ayah yang settle. Cuma ayah ni macam biasa la. Kejap nak masak itu. Kendian tukar menu. Tiba-tiba pulak "eh,masak ni best jugak, masak itu pun sedap jugak". Hokeh. Jadi tak mahu fikir. Biar mak tolong beliau fikir. Silakan mak..
Doorgift. Yer. Doorgift akan diserahkan kepada dayang-dayangku intan. Kesian diorang nanti. Terkebil-kebil tak tahu nak buat apa. Jadi baik saya serahkan mereka kerjakan doorgift. Owhh. Gula-gula yang lebih tu kira upahla yer.
Baju dan pelamin jer masih di kedai. Means??Jangan risau. Semua dah dibooking. Dis weekend saya akan pergi tengok pelamin for the 2nd time (takut tiba-tiba nak ubah fikiran!Sempat lagi haku!). Baju pun sama juga. Dis weekend  pergi ambil kat butik.
Tak payah la nak beranggapan majlis saya gilang gemilang terbilang. Yang pasti ia hanyalah satu majlis simple yang dihadiri beberapa keluarga & kenalan terdekat (ayat bajet artisss you)
Opss.En.Beliau dah pesan siap-siap..
"Tak payah pakai inai segala. Kita bukan nak nikah"
terKEDU disitu...




Monday 16 May 2011

Yeay! Hadiah menang contest dah sampai!!

 Salam uollss..

Eksaited gilos hokeh bila mak bagi sampul dari abg posmen. Yang pasti ianya mestilah bukan barangan blogshop karena saya takde beli blah hape-hape. Tapi ia adalah hadiah contest. Whoaaa. Maceh cik nurussalwa kirimin hadiahnyer. Sebab mak pun eksaited nak tengok hadiah apa jadi sama-sama buka dengan muka teruja.

Name : iza Fiza (How sweet isn't it??)


Ini lah hadiah yang menerujakan. Sebenarnya dah tahu cik nurussalwa nak hadiahkan t-shirt. Sebab awal-awal beliau dah tanya saiz. I loike. Material sangat lembut. Sejuk jer i pakai u..

Jauh hadiah terbang u.

Maceh again n again.
=)






Saturday 14 May 2011

Sedekah??Ikhlas ke korang??

Salam uollllsss..

Itu hari ada dengar sorang ustaz tu bagi ceramah pasal pahala bersedekah ni. Beliau ada cakap...
"Jangan persiakan peluang untuk bersedekah..sedekahlah seminimum yang boleh dengan niat ikhlas. Sebab kita tak tahu bila lagi kita berpeluang untuk bersedekah.."

Selalu kat tempat saya ada jer peminta sedekah tunggu kat luar bank. Kadang-kadang kat pantai pun ada. Memang agak menyerabutkan. Tiap kali lepak pantai ada jer dia datang mintak duit. Muka sama pulak tu. Tengok tenaga ada. Boleh jer kalau cari rezeki dengan bekerja. Dah mungkin bersedekah je kerja yang dirasakan paling sesuai jadi itulah pilihan mereka.

Yang paling tak boleh bla itu hari ada sorang remaja belasan tahun kot. Masa tu saya ngan ex-boy. Remaja pompuan tu datang hulur tangan minta sedekah kat ex-boy (maybe dia nampak saya dah menjeling. Saya kan garang. Warghhh!!)
"Bang, mintak duit sikit, saya yatim piatu. Takde mak ayah."
Hokeh. Saya tak tahu la kenapa ex-boy boleh terpedaya dengan bibir manis budak tu terus dihulurnya RM5. Kalau 10 orang macam ex-boy mungkin budak tu dah boleh beli kain pasang buat raya.

Lepas seminggu dua saya keluar makan dengan sorang kawan kat area stesen bus saya ternampak budak tu lagi. Saya cam dia. Hitam manis, badan gempal. Dia datang minta sedekah dengan akak meja sebelah.
"Kak, nak duit sikit. Mak saya sakit. Tak makan lagi"

Huh! suara lemah longlai. Kalau berlakun kalah la Tiq Zaqyah. Tapi bukan ke ari tu dia cakap anak yatim piatu. Cepat benau dapat mak angkat. Tapi yang harunya, bila dia sampai turn meja saya dia terus pusing blah. Hokeh! Memang kau pelakun terhandal abad itu.

*****
Sebab tu kadang-kadang kita jadi terbantut rasa mau bersedekah. Tapi tu atas masing-masing la. Hanya Tuhan yang tahu amalan kita diterima atau tak. Yang penting kalau nak bersedekah kena ikhlaskan hati. kalau was-was tak perlu la kot.

*****
Tapi saya pun pernah jer tersedekah. Dalam erti kata lain didesak hingga kita bagi duit. Sedekah kah??


Kisah ni berlaku masa saya bergelar pelajar di USM. Jumaat. Masa tu semua kaum Adam sedang bersiap-siap untuk pergi menunaikan sembanyang Jumaat. Saya pulak dalam perjalanan ke Wijayamala (komputer lab). Jumpa la sorang pak cik ni. Umur dalam lingkungan 40an. Beliau bersungguh-sungguh mahu pinjam duit.


“Pak cik nak pinjam duit boleh tak?. Motor pak cik rosak.. Tayar bocor. Pak cik nak pergi rumah sedara. Jauh pak cik tolak motor tadi “

“Maafla pak cik. Bukan saya tak nak bagi pinjam. Saya pun tiada duit.”

“Kan dapat PTPTN. Takkan takde duit kot. Pak cik nak pinjam dalam RM40 je. Nanti lepas sembanyang jumaat pak cik tunggu kat bus stop ni bayar balik duit awak.”

Bersungguh-sungguh benar pak cik tu merayu. Kesian pulak tengok. Bukan saya takde duit masa tu. Tapi saya berbelah bahagi. Boleh percaya ke dia akan datang semula untuk bayar balik duit saya. Saya bukannya kenal dia. Lain la kalau saya jumpa dia hari-hari .

“Tak percaya pak cik ke? Takkan pak cik nak menipu hari Jumaat ni.”

Tapi lepas dipujuk rayu akhirnya saya pinjamkan pak cik tu duit. Empat Puluh Ringgit Malaysia Sahaja. Lepas sembahyang Jumaaat saya pergi kat bus stop yang dijanjikan. Tapi bayang pak cik tu pun tak kelihatan. Berserah je la. Mungkin tiada rezeki saya untuk hari itu. Saya pun terfikir. Kalaulah saya orang ke10 yang berjaya diperdayakan oleh pak cik tu. Mungkin dia dah bergembira dengan RM400 yang diperolehinya.
*******

Saya cerita pada kawan-kawan. Kaw-kaw la kena marah sebab terlalu mempercayai stranger.

*******

Kemudian berlaku lagi kejadian seumpamanya. Masih juga berlaku masa studi di USM. Saya keseorangan masa tu. Terjumpa seorang mamat ni. Muka Chinese look. Saya agak dia orang Sabah dari gaya pertuturan.

“Awak, boleh tak pinjamkan saya duit. Saya nak balik Sabah. Ada emergency tapi saya memang takde duit,”

Saya terpegun. Mudah benar dia minta duit dengan orang awam yang dijumpai di hadapan kedai bakery semata-mata nak beli tiket balik Sabah. Beria-beria jugak dia nak pinjam duit. Bukan pinjam. Dia sedekah minta simpati. Bertegas jugak saya katakan tiada duit. Saya tahu kalau saya bagi dan ceritakan kat kawan-kawan haru kena marah lagi sebab semudahnya terpedaya dengan pujuk rayu stranger lagi.

"Takpe la kalau takde pun. Tapi bagi la berapa pun. Saya takde duit langsung. Saya lapar. Nak beli makanana pun takde duit"

Terus rasa ditipu. Tadi nak beli tiket, nak balik kampung, sekarang lapar pulak. Saya malas nak melayan lagi saya hulurkan jugak kat RM10.  Yer! mudahnya saya terpedaya. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh dia memang tak ikhlas.
******

Serik juga rasa. Sebab kita tahu keikhlasan kita. Lepas banyak kejadian seumpanya berlaku, saya lebih hati-hati. Kalau rasa tak ikhlas, ragu-ragu tak perlu hulurkan, kalau Tuhan dah tiupkan rasa ikhlas pada kita, tanpa perlu fikir panjang pun kita akan terus hulur duit.

Jadi bersedekah la wahai diri. Semoga Tuhan permudahkan urusan kita dan permurahkan rezeki kita. Amin.

Friday 6 May 2011

Bila turn kau naik pelamin??

"Tahniah. InsyaAllah aku datang kenduri kahwin kau nanti." "Dah berisi ke kau?Tahniah,bila due?"
"Tahniah, Dah dua orang anak kau kan"

Yer. Itulah dia antara wish saya untuk kawan-kawan. Terutama yang satu sekolah menengah dulu. Ramai yang dah kahwin, beranak sorang dua dan tiga. Ok. Lupa plak. Saya dah nak masuk 30an. Bukan 18 tahun lagi. Bila dah tunang terus tukar profile pics gambar hari pertunangan. Sibuk la kawan-kawan duk komen.
"Wah, dah tunang. Tahniah. Bila nak makan nasi minyak pula?"

Bila dah kawin pulak tukar lagi profile pics gambar atas pelamin atau kat outdoor photoshot. Dah gambar couple bukan single lagi. Asal tulis jer status "Alhamdulillah"..mesti terus kawan-kawan komen..
"Wah, dah berisi ke? Berapa bulan dah?bila due?blablabla.."

Betapa dikurniakan kawan-kawan yang caring, ambil berat, ambil tahu..walaupun hanya di FB atau blog. Dan bila wish kat diorang mesti akan keluar soalan cepumas.

"Terima kaseh wish.Bila lagi nak makan nasi minyak kau?"

Itulah. Asal ucap tahniah je mesti korang tanya bila saya nak naik pelamin kan. Tanya la bila nak naik pangkat ke, naik gaji ke, naik lori ke..Adeh! Nak jer saya nyanyi melalak lagu Menunggu Nasi Minyak.
"Sampai bila ku kan menunggu nasi minyak kau itu?"
"Sampai ku lihat korang mempunyai anak seribu"
Hah! Amek Kau!
Ok. Jom tujukan lagu ni pada yang ambik berat sangat pasal korang yang tak naik-naik pelamin lagi.
**Saya ler tu


Wednesday 4 May 2011

Hye Swarovski..mari berkenalan..=)

Salam uollss..

mood : engagement

Keluar lunch tadi singgah butik tempah diorang tempek swarovski kat baju. Tapi akak anggun jelita menawan tu cakap baju saya dah penuh dengan sulam. Kalau tempek swarovski takut tak melekat plak. Tak kira. Tak kira. Pandai-pandai la akak nak buat macam mana pun. Asalkan ada lip lap lip lap situ. Naseb baik akak tu tak cadangkan pasang lampu liplap kat baju. Alaaaa. Lampu liplap yang biasa-biasa orang pasang time bulan puasa tuh. Hahaha. **Sedang membayangkan lampu liplap bergantungan di baju. Adeh!!

Sekejap jer kot. Akak tu cakap 2-3 hari dah siap kalau nak cepat. Tapi tak nak cepat-cepat la. Biar lambat asal selamat. Seminggu kot.


Jom Bowling

Salam uollss..

Kadang-kadang bosan jugak buat aktiviti bowling tiga empat kali neh. Bukannya hape. Dahla tempat tu bising.Kalau nak betul-betul bersuka ria sesuai la. Kalau nak beraktiviti sambil sembang-sembang beramah mesra langsung hareem tak payah ler pergi main bowling longkang tuh.

Jadi bowling kali ini adalah menukar pinball kepada botol mineral water yang berisi pasir manakala bola pulak daripada gumpalan surat khabar. Jadi mari lihat sejauh mana kehebatan korang melakukan lontaran. Haha.

Rasanya entah berapa kali balingan nak tunggu semua botol tergolek atas pasir. Tetapi mereka tak berputus asa. Tahniah. Heeee..

Hokeh. Maafkan cik penasihat yang serabai tahap maksima. Tapi tetap selamba berselipar penuh pasir masuk bank-pegi mesin atm-cucuk duit-ditengah-tengah bandar. Pedulik hape. Mesti diorang sangka saya baru balik jogging kat pantai. Theeee.

**Di belakang korang yang tak puas hati men dua game tambah lagi satu game-isi air pantai dalam botol guna span. Hokeh..



Berlari-lari dikejar ombak.**Ceewah.Dah macam lirik lagu. Lalala.

Eksaited tengok korang rendam span lepas tu terus berlari dengan muka tersimpan sebillion harapan untuk memenuhkan air dalam botol.

Mula-mula konon takut ombak. Ambil gambar dari jauh.

Ni pun sama. Masih takut ombak.

Hape kau fikir ombak tak tahu nak hempas tinggi sikit??Tak pasal-pasal basah seluar.

Tapi seronok. Korang nak hilangkan stress pergila bersukaria ditepi pantai. Sambil berlari-lari dikejar ombak.**Hokeh. Sambung nyanyi..

Sunday 1 May 2011

Apabila Dato Seri Najib turun padang.

**Entri ini tidak berbau POLITIK!Harap maklum.

Salam uolls.

Hepi tak terkata bila PM datang tempat saya. Hokeh. Bukan hepi kerana nak pergi bersalam dengan PM. Atau bukan jugak hepi kerana terperangkap dalam trafic jam ketika menyambut ketibaan PM. Bukan. Itu bukan alasan.

Hokeh. Pertama hepi kerana lubang-lubang di atas permukaan jalan raya semua sudah licin. Hoyeay. Ibarat muka berjerawat pakai krim tebal terus menutupi lubang jerawat. Errr??!! Lubang besar kat trafic light area rumah saya tu dah berkurun tak berturap. Alih-alih minggu lepas dah hilang lubang. Malu saya pusing stereng konon nak mengelak lubang. Padahal lubang tu dah tertutup dah. Terima kasih PM. Kalau PM tak datang tentu pergi kerja esok saya akan pusing stereng lagi.

Lagi kerana PM datang pekan batu Enam. Semua kedai dah letak kain rentang (signboard). Sampai mulut saya penat duk bace satu-satu nama kat setiap kedai. Sampaikan gerai pak cik jual santan pun ada signboard. Pengsan teruja.

Gerai jual kuih pun dah pamerkan harga. Kalau jual 30 jenis kuih, tersusun panjang harga 30 jenis kuih yang dijual. Yang tulis atas kad manila pun ada. Gulp! Cost containment barangkali.

Kedai-kedai yang uzur pula diganti dengan bangunan kedai. Kalau dulu deretan kedai buah ni gerainya uzur bangat. Tiang senget. Atap zink berlubang. Sekarang dah jauh berubah.

Tapi terfikir jugak. Mampu ke mereka nak bayar sewa kedai??!! Atau dapat kedai free??!!
Hokeh. Tak perlu jawapan disini yer..



Psss..Anak-anak perantau yang akan pulang ke desa raya nanti sila bersiap sedia dengan perubahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...