Para Pengikut..

Sunday, 1 May 2011

Apabila Dato Seri Najib turun padang.

**Entri ini tidak berbau POLITIK!Harap maklum.

Salam uolls.

Hepi tak terkata bila PM datang tempat saya. Hokeh. Bukan hepi kerana nak pergi bersalam dengan PM. Atau bukan jugak hepi kerana terperangkap dalam trafic jam ketika menyambut ketibaan PM. Bukan. Itu bukan alasan.

Hokeh. Pertama hepi kerana lubang-lubang di atas permukaan jalan raya semua sudah licin. Hoyeay. Ibarat muka berjerawat pakai krim tebal terus menutupi lubang jerawat. Errr??!! Lubang besar kat trafic light area rumah saya tu dah berkurun tak berturap. Alih-alih minggu lepas dah hilang lubang. Malu saya pusing stereng konon nak mengelak lubang. Padahal lubang tu dah tertutup dah. Terima kasih PM. Kalau PM tak datang tentu pergi kerja esok saya akan pusing stereng lagi.

Lagi kerana PM datang pekan batu Enam. Semua kedai dah letak kain rentang (signboard). Sampai mulut saya penat duk bace satu-satu nama kat setiap kedai. Sampaikan gerai pak cik jual santan pun ada signboard. Pengsan teruja.

Gerai jual kuih pun dah pamerkan harga. Kalau jual 30 jenis kuih, tersusun panjang harga 30 jenis kuih yang dijual. Yang tulis atas kad manila pun ada. Gulp! Cost containment barangkali.

Kedai-kedai yang uzur pula diganti dengan bangunan kedai. Kalau dulu deretan kedai buah ni gerainya uzur bangat. Tiang senget. Atap zink berlubang. Sekarang dah jauh berubah.

Tapi terfikir jugak. Mampu ke mereka nak bayar sewa kedai??!! Atau dapat kedai free??!!
Hokeh. Tak perlu jawapan disini yer..



Psss..Anak-anak perantau yang akan pulang ke desa raya nanti sila bersiap sedia dengan perubahan.

7 comments:

  1. signboard dah cantik tapi kedai plak dah tutup

    ReplyDelete
  2. elok pm datang sokmo-sokmo

    ReplyDelete
  3. mcm ni lah : hee..kedai tutup pasal labour day..

    cikli:haha..gitu la gamoknya..

    ReplyDelete
  4. pm datang elok lah semua..
    sama mcm kg sy..hehe(^_^)
    kalau pm xdtg? berlubang lg la smpai skrg..


    saLam kenaLan...dr segmen Ben! huhu.. nice blog!(^_^)

    sudi2 lah lawat kiter plak ye


    http://themrizzo.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Mr izzo : Hee..tula..tau xpe.lau xdtg blobang smpai skrg!

    tq drop here!

    ReplyDelete
  6. wahhh.. bia betik jaja??? muahahaha... gila perbangunan kepesatan... hahaha...

    ReplyDelete
  7. hh : yer.kamu akan pengsan nanti!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...