Salam uolls.
Alhamdulillah dah kembali ke tanahair terchenta. Balik je dari Vietnam terus diserang sakit tekak. Adakah kerana perubahan cuaca atau sebab kesejukan tidur dalam aircond bas. Minum ubat tradisional saja. Perahan limau nipis + garam. Hari ni dah ok sikit.
Ok. Now nak cerita tentang perjalanan kami ke Vietnam. Ok. Pembetulan untuk sesiapa yang anggap saya ke Vietnam untuk bercuti atau berbulan madu. Salah uolls. Saya pergi ke Vietnam bersama-sama student untuk lawatan sambil belajar. Dan sambil menyelam minum air. Thehehe.
Jadi perjalanan kami adalah bermula dari kolej menaiki bas ke Johor seterusnya bas ke Singapura. Kemudian barulah fly dari Singapura ke Vietnam. Begitu juga balik melalui jalan yang sama. Jadi boleh kenal dua negara sekaligus. Heeeee.
28 Mei 2012
Dalam bas. Kami bertolak dalam jam 9.30am. Senyum lebar la kan. Dah nama saya kalau naik bas jer mesti tido. Masa zaman unibersiti dulu lagilah parah. Sampaikan kalau nak pergi sendiri dengan kereta mesti tak tahu jalan sebab sepanjang perjalanan asyik tido. Sampaikan bas lalu kat Gerik yang berliku-liku tu pun tak sedar-sedar. Kecuali kalau kepala terhantuk kat tingkap bas. Bukak mata gosok-gosok kepala. Tido balik.Hadoiii.
Sampai ke Johor Baru suda. Jumpa travel agent kat terminal then dia bagi tag dan form yang kena isi tu. Kalau yang pernah pegi Singapore tu tahu la kan.
So, kat tag tu dah tertulis semua kan. Tak payah nak cerita panjang lebar kat korang. Kami ke Ho Chi Minh City, Vietnam selama 28 hingga 1 jun.
Eh.eh. Inai dijari tak hilang lagi la. Thehehe.
Kena isi form ni. Kang tak isi tak lepas pulak nak masuk ke Singapore. Betul la orang cakap. Nak masuk Singapore ni leceh sikit la. Nasib baik la beg yang disandang tak berat sangat. Pastu naik bas turun bas. Naik bas balik turun bas balik. Angkut beg semua naik eskalator. Jalan pulak. Jauh jugak tuh. Aduyaiii.
Ni masa kat Terminal Johor lagi. Tukar wang. Sebab Vietnam guna Dong dan USD jadi kami tukar USD saja. Dong boleh tukar dekat sana saja. Dolar Singapore pun boleh tukar kat Singapore. Masa kitorang pergi tu 1USD = RM3.15. Agak mahal la kan. Means kalau air mineral dijual dengan harga 1USD kira mahal la compare ngan Malaysia.
Naik eskalator. Nasib la ada kamu eskalator. Kalau terpaksa naik tangga memang letih tahap gaban la.
1st time pergi Singapore. 1st time nek flight. Dan jugak 1st time ke Johor. Sigh. Sampai kat area ni kena masukkan passport then scan jari. Debar jugak. Kot-kot la tiba-tiba jari tak dapat detect ke. Atau tak lepas sebab tak bayar PTPTN ke. Huahaha. Sedangkan sebelum pergi berapa kali dah cek status. Thehehehe.
Singapore!!!!!
Sampai Singapore dalam kul 11.00 pm. Singgah kat kepala singa ni. Amik gambo tapi gelap semacam jer. Then check in. Lepas mandi terus ketiduran. Tak daya dah nak pergi jalan-jalan kat Mustafa Centre tu.
Ni Mustafa Centre. Amik gambo masa otw ke hotel. Heee. Dekat je dengan hotel. Tapi dah nama malas nak jalan kan. Nak tukar dolar singapore kat sini pun boleh. Tapi sebab tak masuk dalam Mustafa tu jadi tak tahu la macam mana harga dia. Baru ingat nak rembat perfume. Tapi bawak duit pon cukup makan macam mana la nak main rembat-rembat kan. Berangan la jawabnya. Wuwuuuu.
29 Mei 2012
Jam 4.00am dah kena bergerak ke airport. Tak cukup tidur pon. Sedeynya. Tapi takpe. Nanti sambung tidur kat airport pon boleh. Dalam flight pon boleh kan. Dasar kuat tidur.
Ok. Standby nak balik dah. Perjalanan akan disambung next time kalau saya ada masa terluang. Theeeheee.
Gambo last!!
eh jaja mu dah bayar habis PTPTN ?
ReplyDeleteJojo : Haha..kadang bayar kadang dop wei..hehe..
ReplyDeletehey there and thank you for your information – I've definitely picked up something new from right here. I did however expertise several technical issues using this site, since I experienced to reload the website many times previous to I could get it to load properly. I had been wondering if your hosting is OK? Not that I'm complaining,
ReplyDeletebut slow loading instances times will sometimes affect
your placement in google and can damage your high-quality
score if ads and marketing with Adwords. Well I'm adding this RSS to my e-mail and can look out for much more of your respective intriguing content. Make sure you update this again very soon.
Feel free to visit my website vietnam airlines