Para Pengikut..

Klik Me =)

Monday, 24 February 2014

Sebenarnya...

Salam uollsss..


Sebenarnya..akhir-akhirnya saya jadi malas sangat nak update belog, kadang-kadang kalau rajin pon saya join GA..sebenarnya bukan malas sangat kot, cuma takde idea dan takde mood. Dan sebenarnya mungkin sebab semangat kita dibawak lari...Waaaaaaa....

Sebenarnya saya sedih sangat lately, sedih sebab kita sunyi. Dan sebenarnya kita dah mula balik hobi menonton korea seperti zaman uni dulu. Sebenarnya ianya bukanlah satu hobi pon, cuma gedik-gedik nak tengok korea bila last minute baru terhegeh-hegeh stay up nak buat esemen dan projeks. Haha.

Sebenarnya sebab sedih dan sunyi saya jadi bosan tak tahu nak masak apa, tak tahu nak makan apa. Kadang-kadang malam saya makan sebiji epal je. Kau mampu????

Tapi sebenarnya saya tetap jugak masak sebab hari-hari bawak bekal kot.

Sebenarnya saya takde idea pon plus sebenarnya tunggu masa nak balik ni gigih la konon nak mengisi masa terluang. Terluang kata kau????

Sebenarnya dalam kepala saya sambil menaip ni saya masih terfikir malam ni nak makan apa. Sebab stok epal dah habis. Stok megi dah habis. Adakah sengaja mereka habis supaya saya merajinkan diri untuk masak nasi malam ni.

Sebenaranya kesian korang yang baca entri merapu bertajuk sebenarnya neh. Kesian jugak kat diri saya sebenarnya sebab takde idea. Kikikiki.


Thursday, 20 February 2014

BE Februari dari Nuffnang.

Salam uollss..
Tadi  duk bw tengok blog Mila citer pasal BE. Merajuk kejap ngan NuffNang ni. Hari tu lama betol tak kuar BE. Ingatkan dah tak sudi bagi kat kita. Terus tak cek. Sape merajuk ngan siapa neh. NuffNang awak merajuk ngan kita ker. Hikhik.

Bukak je laman web Nuffnang terkejut tengok ada tiga ketul iklan muncul. Terima kasih Nuffnang sudi lagi bagi kita BE. Even saya bukan blogger yang rajin sehari update 2-3 entri tapi sebulan tu tetap ada BE sekurang-kurangnya seketul. Mekasih again =)




Monday, 17 February 2014

Weekend di rumah mertua.

Salam uollss..

Minggu ni exam fever. Jadi Jumaat bekerja Sabtu Ahad cuti. Sian pulak kalo en.beliau balik dah la dia cuti Jumaat jer. Jadi kita la yang balik umah mertua. Weeehuuuu. Dua hari (Sabtu Ahad) gigih sangat haih kesana kemari jalan-jalan. Dah la kat Dungun ada Ekspo. Jual-jual baju etc. Suka la me ngan adik ipar window shoping. Mak mertua pon sama.
Ni petang Sabtu. Alkisahnya mak mertua ada urusan ngan ayah mertua. Jadi weolls kena bawak adik ipar yang bongsu tu jalan-jalan. Kalau tak nangis dia nak ikut mak mertua. Pas asar bawak keluar g jalan-jalan kat pantai.
Bestnya tengok ombak. Rasa tenang jiwa raga. Ombak agak besar lah. Nak main kat gigi pantai pon takotttt.

Ni lah adik-adik ipar anak dara lagi neh. Tapi dua-dua dah tak available. Kihkih. Kakak ipar korang tu kalau berphotogedik je wajib tayang gigi okeyy. Haha.

Ni la adik ipar yang bongsu. Awal-awal nak keluar dah merajuk nak pakai shawl jugak bila tengok kakak-kakak semua pakai shawl. Ni pon keluar semata-mata nak larikan dia dari nak ikut ma ngan ayah. Adik nanti dah besar kena jadi kuat semangat. Jangan nak manja sangat okeyy. Heeheeh. Bajet adik baca kan belog kak long.


 Gemuknya diriku!!!Stress betul, setiap kali balik umah mertua setiap kali tu la aiolls kena ejek gemuk. Boleh tak en.beliau cakap kat aiolls "Nanti lama-lama tak nampak lah hidung tu". Baiklah suamiku, saya akan diet!! Tapi tengahhari tadi baru je malantak nasi. Fhewww. Kenyang bersandar. Hahah.



Sini cantik, ada pantai then kat hujung tanjung ada bukit dan anak sungai. Siap ada orang mancing. Ada ikan ke bang oiiii. Tapi bermusim jugak la sungai ni. Kadang-kadang saya pergi kering kontang takde air.



Okey, masa untuk pulang. Gud bye pantai. Next week kita jumpa lagi =)


Hari Ahad petang sempat pegi tengok baby. Ya Allah comelnya budak neh. Geramnya geramnya geramnya. Tapi aiolls biasalah. Kekok-kekok lagi nak pegang baby. Baby kecik kot. Dah la baby ni tido jer. Orang usik-usik bibir,hidung mulut dia pon lena lagi. 

Melting ^_____^


Wednesday, 12 February 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Monday, 10 February 2014

Warna peach untuk tema perkahwinan (Peach color for wedding theme).

Salam uollss..

Macam nak kawen sekali lagi jer bila gugel pasal kawin-kawin neh. Ehemm. Dengan orang yang sama okeyyy. Hehehe. Jom kita gugel pasal tema kaler peach. Sesapa yang pilih kaler peach untuk tema korang memang dah tak salah pilih dah. Memang cantik sangat kaler peach ni tau. Lembut lemah gemalai jer. Heeee.

Suka tengok kombinasi kaler neh. Ada kuning, jingga, peach, soft pink, cream..Semua soft belaka.

Kalau tak gugel tak tahu kan. Rupanya banyak jenis jugak kaler peace neh. Nama macam-macam pulak tuh. Nah, sekarang decide nak kaler apa sebenarnya. Heee..


Sumber :


Peach-Pink

Peace-Gold
Peace-Mint-Pink

Pink-White-Silver

Tapi tak semestinya nak kombinasikan dengan kaler senada kan. Boleh jugak color blocking skit. 
Peace-Blue

Peach-Lavendar
 
Peach-brown-black
Sumber :

Peace-Aqua-Ivory


So, dah dapat idea nak combine warna apa??

Resepi : Rojak Betik Simple.

Salam uollss..

Jumaat lepas balik rumah mak. 

 Ya Allah hai lamanya tak makan rojak betik. Saya ni suka jugak makan buah betik. Tapi tang kupas kulit tu malasnya haih. Biasa balik rumah mak ada jer betik dalam peti ais. Kiki. Kalau ada yang dah siap kupas kita suka la makan. Hahaha. Dasar pemalas.

Terus suarakan niat nak makan rojak betik kat mak. Mak kan. Seperti biasa, apa jer yang anak nak makan mesti berusaha adakan. Mekasih mak. Tapi tetap aiolls yang kena buat kan. Kikiki. Selama ni asyik makan yang mak buat, kali ni kena buat sendiri, mak bagitau resepi jer.
Betik tu kena pilih yang belum masak. Bukan yang putik tapi isinya masih keras lah. Isi tak kuning lagi.

Senang je...

Bahan-bahan :
Betik (sebiji saiz sederhana)
Gula melaka/nisan (sekeping)
Ikan rebus(dua ekor)
Cuka (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)
Air masak (secukupnya)

Okey, mula-mula parut/sagat isi betik tu guna alat sagat.
Untuk sebiji betik sederhana saiz ni rebus dua ekor ikan. Saya guna ikan selayang sebab manis kan.
Kemudian isi ikan tadi tumbuk dengan gula melaka.
Masukkan dalam bekas gaul sebati, masukkan cuka sedikit demi sedikit atas rasa la. Kalau korang suka masam masuk banyak skit. 
Masukkan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan air. Make sure air dah masak. Sebab kuah rojak ni kita tak payah masak dah.
Kalau suka pekat, kurangkan air. Kalau tak nak pekat sangat lebihkan air.
 Okeyyyy..dah siap...


Nyum-nyum. Suka sebab ada rasa masam manis gitu. Ni kuah rojak style kampung saya lah. Kampung korang macam pulak yer??

Happiness is here.

Salam uollss..


Saya ni kan ada habit suka stalk instagram tengok bebudak-kekanak-bebayi yang comel tau. Aihh. Rasanya setiap kali klik icon instagram tu mesti search ig mak bapak diorang nak tengok keletah kanak-kanak neh. Kat facebook pon ada jugak, tapi biasanya kat Instagram la. Sebab kat Instagram ni ada video skali.

Meriah wall instagram kita dengan kanak-kanak ni.

Ya Allah hai comelnya kanak-kanak kan. Suci murni. Best pulak jadi diorang (kanak-kanak). Gelak sorang-sorang saya neh.

Anak blogger, anak kawan, anak artis...

Opi
Dre
Afia
Anaqi
Arjuna
Amaani
Aleesya
Izara Balqis
Keisha Laila
Hakimi Zaim
Kayla Elayna
Fiska Medina 
Fathina Sofea 
Danish Harraz
Ryan Sky Dalton
Sienna Kasyafani

Dan  ramai lagi lahhh!!



Sure dari list nama tu pon korang dah terbayang-bayang muka comel diorang kan.

Semoga kanak-kanak ni membesar sihat cergas cerdik dan menjadi kebanggaan ibu ayah mereka.

Aamiin =)







Sunday, 9 February 2014

Girang.

Salam uollss.

Thehehe. Cerita basi ni weekend yang lepas. Balik umah mertua. 1st time drive sesonrang setelah setahun lebih kot menjadi co-pilot. Sekarang dah berpjj kemana-mana sorang jer. Sedehnya. Sampaikan dapur kita tak berasap sangat. Motipnya kita malas nak soping kat Sabasun sorang-sorang. Akhibatnya HafizHafizol pon terjebak dengan #misidiet padahal takde lauk nak masak. Muahahah.

Khamis - Balik kerja kul 6.00 terus gerak balik Dungun. Singgah kat orang jual jagung tu beli jagung. Lama sangat tak beli jagung.
Jagung sekarang 8 biji = RM10. Kedai yang saya beli ni lah. Lama sangat tak beli jagung saya pon dah tak leh agak berapa harga.


Jumaat - Pagi tu dah plan ngan mak mertua nak g kenduri. Kenduri kawan ma, sambut menantu dia. Aiolls dah gelabah. Tak bawak pon baju kurung. Nasib baik adik ipar sorang tu saiz lebih kurang jer kan. So sewa baju dia jer. Theeheee. Tudung pon tudung dia jugek.


Petang tu en.beliau ajak keluar cari perfume dia kat Watson. Dah habis katanya. Eh, macam baru je lagi beli perfume. 1 botol perfume saya = 3 botol perfume en.beliau. Awak mandi perfume ke b? Hehehe.  En.beliau ni bab-bab perfume ni dia pakar sikit la. Kalau ada 10 bau pon dia masih boleh ingat yang mana best yang mana tak best. Saya ni kadang-kadang bau perfume macam sama jer. Thehe. So, kalau nak beli perfume untuk dia selalu risau takut dia tak suka. Wuuuu. Tak leh seprais sangat. Nak hadiahkan perfume kena bawak tuannya sekali.


En.beliau cakap pilihlah nak beli pape. Kikiki. Tak tau la nak beli apa. Pastu teringat pencuci muka dah nak habis. Saya dah plan nak beli brand lain plak. Sebab rasanya yang lama tu macam tak sesuai je ngan muka kite. Sobsob. Try Simplysiti la pulek. Hope serasi la ngan muka.

Ada tak sesiapa guna Simplysiti ni. Ok tak korang??


Kemudian masuk kedai situ sini ikutkan en.beliau ni la. Dia ni suka sangat window soping, touch n go. Bawak adik kat department mainan neh. Tengoklah abang yang beria-ria kan.



Dia ni kalau nak beli pape kat adik mesti stok nak beli mainan kereta dll, saya lebih prefer beli buku ke kan. Eh, kontra lagi kat situ. Takpelah. Adik awak kan. Sukati la nak belikan apa. Kita nak tengok dari jauh jer. Heeeeee.

Finally jumpa jugak yang adik berkenan. 
Tq sangat awak luangkan masa ngan saya. Eh, haruslah kan. Tak pegi mana-mana pon setakat pusing-pusing kat pantai je pon. Kali ni banyak makan kat luar je. Bagi dapur umah ma rest skit. Heeee..

 


Sabtu - Hari Sabtu en.beliau dah kerja. So, kitorang yang pompuan ni pegi la menderap. Pegi Desa Murni Batik yang baru bukak cawangan kat Dungun. Hampir dua jam jugak la duk mengetest tudung dan jubah kat situ. Ma layankan je menantu dan anak-anak dara dia. Sabar okey ma. Hehehe.

Ya Allah hai. Suka sangat jubah ni. Kira macam memang dibuat untuk saya. LOL. Ngam-ngam labuh ngan saya. Hurmm..Tapi kita watsap kat en.beliau dia tak berkenan pulak. Takpelah jubah. Takde rezeki kita untuk bersatu. Wuuuu.

Ma ngan Ateh pon suka sangat test lepas satu-satu.





Hehe. Okey. Sekadar test je. Nanti kita datang semula beli okeyyy.
 Best jugak Desa Murni ni besar. Macam-macam ada jual. Cadar pon ada. Cantik-cantik pulak tuh. Takpe, tak lari gunung dikejar.
Ni petang pulak. Keluar kat pantai ngan mak mertua dan adik-adik ipar. En.beliau jaga rumah jer. Heee..Ada opismate aiollss ni asyik duk pomot pasal ayam uncle bob neh. Katanya sedap sangat. Pastu jumpa kt Dungun. Wahhhh!! Berlari-lari anak kita pegi beli. Muahaha. Sedap jugak lah. Tapi kenyang sangat. Share berdua ngan mak mertua pon dah kenyang melampau.



Malam jadi tukang pegang torchlight. Asben nak tukar plug keta saya. Empat tahun dah kereta tak tukar plug lagi. Maseh asben. Aiolls ni tau naik kereta jer pon. Pam tayar pon tak pernah. Harap kat en.beliau jer. Huhu.
 

Sekejap jer rasanya hujung minggu berlalu. Hope pasni ada kesempatan lagi untuk balik jumpa famili mertua.
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...