Para Pengikut..

Monday, 10 February 2014

Resepi : Rojak Betik Simple.

Salam uollss..

Jumaat lepas balik rumah mak. 

 Ya Allah hai lamanya tak makan rojak betik. Saya ni suka jugak makan buah betik. Tapi tang kupas kulit tu malasnya haih. Biasa balik rumah mak ada jer betik dalam peti ais. Kiki. Kalau ada yang dah siap kupas kita suka la makan. Hahaha. Dasar pemalas.

Terus suarakan niat nak makan rojak betik kat mak. Mak kan. Seperti biasa, apa jer yang anak nak makan mesti berusaha adakan. Mekasih mak. Tapi tetap aiolls yang kena buat kan. Kikiki. Selama ni asyik makan yang mak buat, kali ni kena buat sendiri, mak bagitau resepi jer.
Betik tu kena pilih yang belum masak. Bukan yang putik tapi isinya masih keras lah. Isi tak kuning lagi.

Senang je...

Bahan-bahan :
Betik (sebiji saiz sederhana)
Gula melaka/nisan (sekeping)
Ikan rebus(dua ekor)
Cuka (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)
Air masak (secukupnya)

Okey, mula-mula parut/sagat isi betik tu guna alat sagat.
Untuk sebiji betik sederhana saiz ni rebus dua ekor ikan. Saya guna ikan selayang sebab manis kan.
Kemudian isi ikan tadi tumbuk dengan gula melaka.
Masukkan dalam bekas gaul sebati, masukkan cuka sedikit demi sedikit atas rasa la. Kalau korang suka masam masuk banyak skit. 
Masukkan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan air. Make sure air dah masak. Sebab kuah rojak ni kita tak payah masak dah.
Kalau suka pekat, kurangkan air. Kalau tak nak pekat sangat lebihkan air.
 Okeyyyy..dah siap...


Nyum-nyum. Suka sebab ada rasa masam manis gitu. Ni kuah rojak style kampung saya lah. Kampung korang macam pulak yer??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...