Para Pengikut..

Saturday 24 March 2018

Resepi kari ayam sedap

Salam uollss.

Lunch semalam tanya asben nak makan apa. Dia cakap nak makan kari ayam. So jomlah kita mengkari. Biasanya kalau masak kari saya akan tumis sekali dengan cili giling. Hari ni nak try tanpa bubuh cili tu. Rupanya sedap jugak.

Resepi kari ayam.

Ayam (4 ketul untuk dua orang makan. Gaul garam kunyit goreng sekejap)
1 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 asam keping
Santan
3 sudu besar rempah kari. Sukati la jenama apa pon. Kita suka Adabi.
Buah pelaga
Kayu manis
Bunga lawang
Daun kari (1 tangkai)
Gula dan garam.

Cara caranya:

Mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang2, halia serta rempah 3 beradik tadi. Kacau sampai naik bau pastu masukkan rempah kari. Kacau lagi kemudian bubuh air sikit.

Masak dengan api perlahan jer. Masak hingga rempah garing dan kuar minyak.

Masukkan daun kari, asam keping pastu campakkan ayam. Kacau2 skit then masukkan bahan perasa gula dan garam. Garam tu kena kurangkan la coz tadi saya dah goreng garam kunyit ayam.

Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan jer. Kalau rasa kuah pekat sangat tambah air panas sikit.


Siap!



Wednesday 21 March 2018

Cash Giveaway by FarhanaJafri

Salam uollsss..


Jom join giveaway lagi. Kali ni dari Farhana Jafri.

Syarat-syarat untuk join GA :

1) Follow blog ni

2) Buat entri bertajuk 'Cash Giveaway by FarhanaJafri' dan backlink kembali ke entri ni. 

3) Letak link di bahagian komen dan share juga di semua social media you guys. 


Cepat join guys =)

Tuesday 20 March 2018

Fasa train Daniel untuk kurangkan susu botol

Salam uollss.

Lamanya tak story pasal anak mami Daniel. Dah nak masuk 2y 3m dah. So dah masuk 2y plus ni mami nak kurangkan dia minum susu botol. Sebab kadang-kadang time nak malam tu mintak susu, kadang tu ta habis pon susu tu. Dia saja hisap. Bazir jer tau.

So misi mami adalah kat umah malam-malam lepas maghrib suap nasi kenyang-kenyang dan  minum air masak banyak-banyak.

Pst: Mak cik bawang jangan sekolahkan mami makan malam sebelum jam 6 yer. Sebab kita balik kerja sampai umah 6.30 lebih. Bagi anak main kat luar dulu puas-puas, masuk rumah sebelum maghrib, mandikan dia, masuk dapur masak-masak pastu baru makan.


1. Sebab tau dia dahaga dan lapar main tadi bagi dulu air n kudap-kudap (Buah ke kopok ke biskut or roti). Kalau dah makan roti dia kenyang dan tak makan nasi dah lepas maghrib tu.

2. Masak dulu cepat-cepat. Balik kerja tadi defrost siap2 ayam. Siap masak sejukkan dulu baru kita g mandi solat semua.

3. Make sure suap nasi sebelum dia mintak "bak". Masa tu dia makan banyak la sebab lapar main lari-lari tadi. Bagi air masak.

4. Bila dah kenyang dia akan lupakan seketika "bak". Kalau dia teringat nak "bak" bagi susu kotak (fresh milk). Kalau takde buat susu dalam cawan.

5. Hahah. Baru 3 hari train. Ni pun untuk malam jela. Sebab nak kurangkan dia hisap botol time nak tido tu.

6. Sekadar ingatan untuk diri sendiri je ni. Untuk rujukan adik daniel juga kelak 😝

Seronoknya kan jadi surirumah. 24 jam boleh pantau anak dirumah. Boleh train dia tak kira masa ❤❤

Monday 19 March 2018

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

Salam uollss..

Jom join giveaway lagi. Kali ni by Azleeya & Friends.


Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

SENARAI HADIAH

➦ 2 helai Tudung Aidijuma + sebuah buku motivasi preloved x 3 pemenang (Lea Azleeya)
➦ Wang Tunai RM50 x 1 pemenang (Shad)

➦ Sebuah Komik Jali Ohsem x 3 pemenang (Ankel Jonni)

➦ Sebotol Sambal Garing Che Nor (150gm)  x 5 pemenang (Kak Yang)

➦ Hadiah Misteri x 1 pemenang (Lea Azleeya)


13 orang pemenang dicari termasuk seorang pemenang untuk hadiah misteri. Jom ramai-ramai meriahkan giveaway ni korang. Syarat2 pon mudah jer. Cepat klik banner atas atau klik link bawah okeyyy.

http://www.leaazleeya.com/2018/03/giveaway-hadiah-meletop-by-lea-azleeya.html


Monday 12 March 2018

Fang Rang Kuterer 2018. Memang fang ar.

Salam

Sabtu lepas kita join Fang Rang Kuterer 2018. Fung Rang sebenarnya Fun Run so kita Terengganukan dia jadi Fang Rang. Haha. Kuterer plak group fb Kuala Terengganu Residen. Memang meriah grup ni dan admin sangat menjaga grup sebaiknya. Post2 yang mengundang sensitiviti akan diblock, sangat support orang Terengganu buat bisnes dan mewar-warkan kalau ada masyarakat Terengganu yang memerlukan kebajikan. 

Kebetulan ada geng2 opis nak join so kita pon excited la nak join. Ada geng best skit. Hehe. Pastu anak buah pon nak join sekali. 

Sebenarnya konsep Fang Rang bertemakan traditional. Penyertaan group dan individu. So pepandai la pakai macammana ikut kreativiti. Memang rakyat2 Kuala Terengganu ni sporting2 belaka. Macam-macam la gaya diorang berfesyen.


Program ni dibuat di Muzium Negeri Terengganu. Dalam 3.5 km ke Pulau Sekati. Taklah jauh mana jalan tu.


Kita turun dari rumah kul 7.00am. Sampai je terus kelubung dengan kain batik. Haha. Acah-acah traditional sangat kan.


Dengan anak buah Sopia join sekali.


Jumpa pon geng-geng opis kita. Ramai sangat orang. Penyertaan dalam 2000k lebih tau. So kita ws la geng2 opis cari diorang.  Jalan ramai-ramai lagi best kan. Orang Terengganu cakap "dok la kacip sangat".


Sporting ayah dan anak ni pakai macam tu. Yang lain lagilah macam-macam fesyen tau. 



Bergambo atas jambatan Kampung Sekati. Scary jambatan ni sebab ada kawasan jambatan tu senget tau. Rasa macam nak terjatuh kedalam sungai pon ada. Nasib baik la jambatan ni tak goyang-goyang.



Ada rumah traditional dalam tu. Sumpah kita 1st time lalu kawasan ni setelah 32 tahun hidup di bumi Kuala Terengganu. Kesian sangat kan.



Cantik seni bina. Nanti boleh la ajak Daniel jalan-jalan sini menikmati keindahan senibina zaman dulu kala. Ceewah berjiwa seni sangat mami kan. Haha.


Dah odw balik lalu sekali lagi jambatan ni. Kita snap gambo la sebagai kenangan. Biasa tengok pengantin outdoor photoshoot sini. Cantik sangat view sini.


Mamat ni lagi lah. Dengan heret basikat. Dengan bubu ikan tu lagi. Dengan terendak atas kepala tu lagi. Mana la set awok jumpa semua ni. Peninggalan tok nenek moyang ke. Hahaha.


Kambing putih ni femes tau. Antara hadiah untuk cabutan bertuah. Hadiah untuk pakaian paling bertradisi menang kat geng Penari Terengganu.

Sampai je muzium balik terus pekena eskrim. Hahaha. Tq Ira belanje eskrim. Kita tunggu jugak kot no bertuah sangkut kan. Tak sangkut jugaklah. Dah 2000k lbh kot. Kalau sangkut memang murah rezeki betul. Ramai sangat sponsor , macam-macam hadiah ada.  Sampai kul 12.00 kita tunggu then terus balik tak larat dah diri lama-lama.


Tqvm n gud job team Kuterer. Next time ada kesempatan kita join lagi =)

Friday 9 March 2018

Happy 6th anniversary papa & mami

Salam uollss..

9/3/12-9/3/18

Dah 6 tahun dengan sorang anak ni dah takde ayat2 jiwang la nak tulis. Hahaha.

Pesanan ai satu je. Kalo masa kapel korang selalu gaduh merajuk dengan pasangan jangan risau n rasa dia bkn jodoh sebab asyik duk gaduh jer. Kawin la cepat2 nescaya dah kawin xde gaduh2 dah. Hahaha. Itu kami la. Korang try la dulu. Semoga berhasil 😂

Masa kapel dulu tahap merajuk tu boleh dikatakan sebulan sekali la. Hahaha. Sampai ma msj kat ai "fizah nanti iwan col fizah angkat eh. Jadila baloh2" semua mende nok citer ke mak dia 🙄. Hahaha. Sekarang semua pasal dia kita ngadu ke mak dia pulok.

Tq b, jadi seorang suami yang penyabar untuk ai n Daniel. Semoga ai boleh wish ucapan ni untuk u jer sampai tua nanti, sampai akhir hayat kita. Aamiin ❤❤❤

 (Haha. Cnp wish kat ig jela)

Jom kita throwback gambar 6 tahun lepas.
















Tqvm semua yang wish kat ig, fb n ws.

Thursday 8 March 2018

Picnic di Hutan Rekreasi Lubuk Kain, Dungun

Salam uollsss..

Sabtu lepas kami sekeluarga pergi mandi air terjun lagi. Asalnya diorang plan nak pergi hari Jumaat. Tapi sebab Jumaat tu saya kerja so pergi hari Sabtu. Asben n adik ipar kerja ngan ayah jer boleh lah nak pujuk bos mintak cuti sehari. Nasib baik bos bagi. Ayah pulak puas diajak tak nak pergi. Agaknya penat sangat pergi Chemerong hari tu turun naik tangga tinggi. Kami pergi 2 buah kereta. Mil, adik ipar dua orang, biras, me and husband. Adik ipar dan biras sepasang lagi tak dapat join kali ni sebab anak dorang masih kecil. Takpe, next time tunggu Wafi besor skit kita repeat yer =)

Kali ni kitorang picnic kat Hutan Rekreasi Lubuk Kain. Kalau siapa biasa pergi Chemerong, Lubuk Kain ni atas lagi dari Chemerong. Jalan tu macam biasa la. Roller koster gitu konsep dia. Haha. Sini best tenang jer. Air terjun tak tinggi so tak bingit sangat bunyi air terjun.

Kitorang tolak dari umah pukul kul 8.00 pg. Dalam 9.30 lebih kot sampai. Masa tu orang tak ramai lagi. So cepat-cepat cop kawasan yang ada tempat bbq sebab bawak ayam nak bakar. Mil kejut bangun pukul 5.30am okey goreng nasi dan mihun. Haha. Keropok pulak saya goreng siap-siap malam tu sebelum tidur.


Masa sampai tu asben ajak pegi toilet nak settlekan hajat besar. Kahkah. Ajak ai teman ok. Menyedihkan sangat keadaan toilet tu. So paham-paham la tempat free macam tu memang tak terjaga sangat la kan. Cancel terus hajat asben. Haha. Nak tukar baju karang pepandai la sendiri. Memang takde makna nak pegi lagi toilet tu.


Tebing dia tak tinggi sangat. Turun tangga skit jer dah boleh berendam dalam air. Tapi kami meredah air dan batuan untuk ke seberang sana. Port dia best sikit untuk hamparkan tikar.

Asben dan adik ipar set up tempat bbq. Yang lain dah terjun dalam air dah.


Jomlah selfie dulu.


Daniel, mami, tokmi

Daniel & tokmi


Kita tak turun lagi masa ni. Sebab lapar so makan dulu.



Pastu baru lah ambik feel turun. Haha. Ai bukan addict sangat dengan air pon. Biasa2 jer.

Area tengah tu ada pasir je takde batu2. Tak la takut jalan atas batu licin. Bolehla feeling nak berenang tanpa terhantuk kat batu.

Ada kawasan cetek kat batu2 dan kawasan dalam sikit. Daniel ni punyalah tak tahan sejuk dia berpeluk berdukung je ngan kita. Adoi. Nak masuk dalam air pun payah mami. Bila dia dah kurang sejuk skit barulah boleh letak atas pelampung segiempat tu. Haha. Lantak la bagi nama apa pun.


Sarah ngan cik teh ni memang hantu air betul Ikutkan nak berkhemah jer situ tak nak balik. Hahaha.




Tengahhari tu budak-budak dah kepenatan. Bagi susu sebotol, terus tido. Lena betul tidur dengan cuaca dingin even matahari terpacak atas kepala.





Tenangnya tengok air mengalir. Bestnya kalau air terjun belakang rumah hari-hari pergi mandi air terjun jer. Muahahah.


Hujung sana dalam skit. Memang tak tersampai la kat situ. Ada akar pokok juntai-juntai tu ramai budak laki terjun macam tarzan.



Kesimpulannya suka sangat tempat ni. Sebab air terjun tak tinggi sangat so tak bising sangat. Tenang jer. Ramai orang mandi tapi ok je masing- pakat duk mandi manda je ramai2. Cuma jalan nak ke sana la mencabar sikit. Kalau orang tanya saya direction dia sumpah saya tak ingat. Hahaha.

Thanks fil selalu habiskan masa picnic bersama-sama. Semoga kasih sayang n kebahagiaan ini berkekalan selamanya. Love u all.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...