Para Pengikut..

Showing posts with label picnic. Show all posts
Showing posts with label picnic. Show all posts

Thursday, 8 March 2018

Picnic di Hutan Rekreasi Lubuk Kain, Dungun

Salam uollsss..

Sabtu lepas kami sekeluarga pergi mandi air terjun lagi. Asalnya diorang plan nak pergi hari Jumaat. Tapi sebab Jumaat tu saya kerja so pergi hari Sabtu. Asben n adik ipar kerja ngan ayah jer boleh lah nak pujuk bos mintak cuti sehari. Nasib baik bos bagi. Ayah pulak puas diajak tak nak pergi. Agaknya penat sangat pergi Chemerong hari tu turun naik tangga tinggi. Kami pergi 2 buah kereta. Mil, adik ipar dua orang, biras, me and husband. Adik ipar dan biras sepasang lagi tak dapat join kali ni sebab anak dorang masih kecil. Takpe, next time tunggu Wafi besor skit kita repeat yer =)

Kali ni kitorang picnic kat Hutan Rekreasi Lubuk Kain. Kalau siapa biasa pergi Chemerong, Lubuk Kain ni atas lagi dari Chemerong. Jalan tu macam biasa la. Roller koster gitu konsep dia. Haha. Sini best tenang jer. Air terjun tak tinggi so tak bingit sangat bunyi air terjun.

Kitorang tolak dari umah pukul kul 8.00 pg. Dalam 9.30 lebih kot sampai. Masa tu orang tak ramai lagi. So cepat-cepat cop kawasan yang ada tempat bbq sebab bawak ayam nak bakar. Mil kejut bangun pukul 5.30am okey goreng nasi dan mihun. Haha. Keropok pulak saya goreng siap-siap malam tu sebelum tidur.


Masa sampai tu asben ajak pegi toilet nak settlekan hajat besar. Kahkah. Ajak ai teman ok. Menyedihkan sangat keadaan toilet tu. So paham-paham la tempat free macam tu memang tak terjaga sangat la kan. Cancel terus hajat asben. Haha. Nak tukar baju karang pepandai la sendiri. Memang takde makna nak pegi lagi toilet tu.


Tebing dia tak tinggi sangat. Turun tangga skit jer dah boleh berendam dalam air. Tapi kami meredah air dan batuan untuk ke seberang sana. Port dia best sikit untuk hamparkan tikar.

Asben dan adik ipar set up tempat bbq. Yang lain dah terjun dalam air dah.


Jomlah selfie dulu.


Daniel, mami, tokmi

Daniel & tokmi


Kita tak turun lagi masa ni. Sebab lapar so makan dulu.



Pastu baru lah ambik feel turun. Haha. Ai bukan addict sangat dengan air pon. Biasa2 jer.

Area tengah tu ada pasir je takde batu2. Tak la takut jalan atas batu licin. Bolehla feeling nak berenang tanpa terhantuk kat batu.

Ada kawasan cetek kat batu2 dan kawasan dalam sikit. Daniel ni punyalah tak tahan sejuk dia berpeluk berdukung je ngan kita. Adoi. Nak masuk dalam air pun payah mami. Bila dia dah kurang sejuk skit barulah boleh letak atas pelampung segiempat tu. Haha. Lantak la bagi nama apa pun.


Sarah ngan cik teh ni memang hantu air betul Ikutkan nak berkhemah jer situ tak nak balik. Hahaha.




Tengahhari tu budak-budak dah kepenatan. Bagi susu sebotol, terus tido. Lena betul tidur dengan cuaca dingin even matahari terpacak atas kepala.





Tenangnya tengok air mengalir. Bestnya kalau air terjun belakang rumah hari-hari pergi mandi air terjun jer. Muahahah.


Hujung sana dalam skit. Memang tak tersampai la kat situ. Ada akar pokok juntai-juntai tu ramai budak laki terjun macam tarzan.



Kesimpulannya suka sangat tempat ni. Sebab air terjun tak tinggi sangat so tak bising sangat. Tenang jer. Ramai orang mandi tapi ok je masing- pakat duk mandi manda je ramai2. Cuma jalan nak ke sana la mencabar sikit. Kalau orang tanya saya direction dia sumpah saya tak ingat. Hahaha.

Thanks fil selalu habiskan masa picnic bersama-sama. Semoga kasih sayang n kebahagiaan ini berkekalan selamanya. Love u all.

Tuesday, 26 September 2017

Berkelah di Hutan Lipur Chemerong

Salam uollss..

Dah seminggu duk tangguh dan peram gambo. Haha. Maklumlah sehari dua keping gambo edit buh copyright. Mana la tak dua tiga minggu baru siap. Bizi betul saya neh. Kiki. Ni kisah weken minggu2 lepas kitorang sekeluarga berkelah di air terjun chemerong. Lamanya tak berkelah kat air terjun. Taun lepas pegi skali masa balik kampung Kelantan. Masa tu saya duk atas batu je tak turun pun sebab Daniel kecik lg masa tu. 6 bulan kot. Sekarang dah besor skit baru la berani nak bawak dia ke pantai ke air terjun macam ni.

Satu famili pegi. Family in law ni keluarga kecik je. Asben ada 5 beradik je. Tiga dah kawin. 2 lagi belum. Ada 2 anak kecik Daniel dan sorang lagi anak buah anak adik ipar. So imagine la kecik je keluarga kami. Sebab tu bila keluar berkelah nak sangat semua join. Kalau tak complete tu alahai tak best lah dia ni takde, dia tu takde...hahahha. Bagusnya kak long. Kalau kak long takde korang berpikiran macam ni jugok ke hahh??hahaha.

Ok. Setelah sesi memujuk ayah akhirnya ayah ikut juga, Wehuuuu. naik 2 buah kereta ngam2 muat satu keluarga kami. Jauh jugak perjalanan sejam lebih jugak lah.

Sampai je turun tangga. Adui dengan banyak barang lagi, Dukung anak lagi. Menggeletar kaki sebab lama dah tak exercise. Sampai je bawah nasib baik weollss datang awal so dapat tempat best. Ada meja kosong. Daniel duk ngan aki dulu yer mami dan yang lain ada plan.


Nilah plannyer...

SUPRISE!!!!! 

HEPI BIRTHDAY NUR DHIA MAISARAH!!! 

Senyap2 beli kek untuk Sarah. Siap sorok kek dalam bakul makanan supaya ibu ayah Sarah tak dapat hidu. Hahah.


Dah setel seprais jomlah turun mandi. Yahoooo. Ya Allah dah berapa kali datang Chemerong ni saya dah nebes nak turun. Sebab air sejuk sangatttt. Korang turun dulu kak Long ambik gambo dulu yer. Alasan. Hahah


Tak kuasa dah saya nak story. Tengok gambar jela yer. hehe.




















Dah puas mandi semua simpan semua barang-barang angkut naik tangga pulak. Ya Allah hai lenguh kaki jangan cakaplah. Sado terus mami dukung Daniel lagi. Nasib baik awak tak berat sangat dik. 9kg je. Hahaha.

Sampai atas rehat kejap tarik nafas ayah plak ajak minum-minum dulu. Singgah kat cafe yang ada kat situ. Minum je pon. 

Pastu nak bergambar kat signboard Hutan Lipur Chemerong. Bukan senang semua ada complete satu famili. Jomlah kita wefie dulu.




Alhamdulillah puas hati semua dapat mandi manda. Next time kita repeat lagi yer.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...