Para Pengikut..

Monday, 28 October 2019

Lirik lagu Selamanya - Usop dan Music Video

SELAMANYA - USOP



Puas aku utuskan surat cinta
Namun kau balas dengan derita
Mengapa tidak kesampaian
Untuk aku milikimu
Mengapa kita
Kasih yang terpisah
Bersatu cumalah hati
Menangis sedih biarlah
Kutemui di taman fantasi
Hasrat aku hanya memilikimu
Berkejar di alam fana cinta
Senyummu tiada ternilai
Tapi semua hanya dusta
Tapi ...
Malam-malam indah kian bercelaru
Mendoakan agar kau temui cinta
Sampai hujung nyawa
Mengapa kita
Kasih yang terpisah
Bersatu cumalah hati
Menangis sedih biarlah
Kutemui di taman fantasi
Mengapa kita
Kasih yang terpisah
Bersatu cumalah hati
Menangis sedih biarlah
Kutemui di taman fantasi
Tapi..
Malam-malam..

Sedihnya lagu ni. Selalu duk repeat tonton video music kat youtube. Semoga terus sukses yer Usop =)

Sunday, 13 October 2019

Resepi nasi minyak gulai ayam.

Salam uollss..

Hari tu mak bagi beras basmathi. Mak cakap masak la nasi apa pun. Beras dari hari raya hari tu. So daripada tak masak apa-apa hari ni saya buat nasi minyak. Simpan sini resepi hasil google dan resepi kawan kat ig. Haha.


Resepi Nasi Minyak

Beras Basmathi 3 cup
 ( Sukatannya 3 cup beras = 3 cup setengah air + 1 cup susu cair)
Minyak masak setengah cawan
Margerin 1 1/2 sudu

Kayu manis 1 batang
Bunga lawang 5 biji
Buah pelaga 7 biji
Bawang besar 1 biji -hiris
Bawang putih 4 ulas - ketuk
Halia 3 inci - ketuk
Daun pandan 4 helai - simpul
Garam 2 sudu kecil.

Masukkan minyak dalam kuali kemudian planta. Lepas tu tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau. Seterusnya masukkan bawang2, halia dan daun pandan. 

Masukkan air dan susu. Dah mendidih masukkan garam. Lepas tu tuang dalam rice cooker yang ada beras tu. Kacau-kacau sikit tekan on suis. Nanti dah masak cucuk tiga lubang guna chopstick. Masuk kan pewarna kuning. Biar kejap pastu gaul nasi tu. Tapi kalau tak suka pakai pewarna pun terpulang.

Resepi Gulai Ayam

Ayam dibasuh bersih
Santan
Kayu manis 1 batang
Bunga lawang 5 biji
Buah pelaga 7 biji
*Bawang besar 1 biji
*Bawang putih 3 ulas
*Halia 2 inci
*Lengkuas 1 inci
Cili boh 4 sudu
Rempah gulai 2 sudu
Ubi kentang

Masukkan minyak, dah panas tu masukkan cili boh. Gaul sampai garing. Lepas tu masuk kan kayu manis, pelaga dan bunga lawang. Kemudian baru masukkan bahan-bahan bertanda * yang dah diblend dan rempah gulai. Rempah ni saya beli kat pasar siap dah. Bila dah naik bau masukkan ayam dan ubi kentang. Gaul dulu kejap pastu barulah masuk santan dan air. Bila dah mendidih boleh masukkan garam, gula dan perasa.

Ok done. Resepi simple tapi sedap. Selamat mencuba.






Friday, 11 October 2019

Resepi laksa kuah putih Terengganu

Salam uollss..

Hari ni masak laksa. Lama sangat tak makan laksa rasanya. Tanya asben dia pun on. Memang favourite kami berdua laksa ni. Kat Terengganu biasanya makan ngan kuah putih. So pergi pasar pagi tadi beli bahan-bahan nak masak.


RESEPI KUAH LAKSA TERENGGANU

Laksa 1.5kg
Santan
Ikan selayang
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
Lada hitam 1 sudu
Garam dan gula.

Mula-mula rebus ikan. Letak garam dan asam keping. Siap tu asingkan tulang. Ketepikan.

Tumbuk lada hitam, kemudian bawang. Dah lumat tu masuk ikan tumbuk sikit.

Masukkan santan dalam periuk. Lepastu masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Tak perlu tumis dengan minyak yer. Kuah ni kena kacau selalu. Kalau suka kuah tu rasa masam sikit boleh tambah asam keping 1. Dah mendidih tu masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Kacau sampai bawang tu masak.

Dah masak boleh hidangkan dengan ulam-ulam seperti timun, kacang panjang dan taugeh. Makan dengan belacan dan cili boh atau cili padi yang ditumbuk dengan garam.

Style orang Terengganu makan laksa ni dengan tangan tau, bukan dengan sudu.

Tuesday, 8 October 2019

Yuran tadika tahun 2020

Salam uollss..

Alhamdulillah mami dah berjaya daftar Daniel masuk tadika tahun 2020 nanti. Sibuk dengan kerja tak sempat mencelah keluar pergi daftar. Tadika tu mami dah ushar lama dah. Ramai pulak staff opis hantar anak kat situ sebelum ni. Lagipun agak tak jauh dari opis. Yuran tadika?? Pejam mata jela tau membayarnya. Kesian baca keluhan mak-mak kat status fb pasal yuran taska dan tadika. Tu kalau anak sorang dekat 1k atau ada yang lebih lagi. Kalau anak 2,3 orang lagilah.


Tahun ni Daniel dihantar ke taska kat area rumah. So pagi mami hantar pergi taska. Petang akak akan pegi pick up dia sebab taska tu last 5.30 petang. Mami balik 6.00 petang. Tu pun dalam 6.30 baru sampai rumah. So sementara tunggu mami sampai akak dan mak akan jaga la Daniel kejap. 


Alhamdulillah punya rezeki lebih dapat hantar Daniel rumah pengasuh dari umur 5 bulan sampai 3 tahun. Lepas tu hantar taska pulak. Sebolehnya tak nak susahkan mak jaga. Mak pun tak sihat sangat. Setiap mak punya alasan yang tersendiri kan kat mana nak hantar anak mereka diasuh dan dididik. Semoga kita terus dikurniakan rezeki bertambah2 untuk didik anak sampai jadi insan berguna kelak. Aamiin.

Friday, 4 October 2019

Pantai Teluk Ketapang

Salam uollss..

Aduh..lamanya nak jenguk blog. Sibuk dengan kerja hakiki. Banyak memori nak simpan kat sini tapi selalu tak lupa. Time ingat plak sibuk. Sobs.

Kat Terengganu ni antara pantai yang saya suka pergi ialah Pantai Teluk Ketapang. Haha. Mestilah sebab dekat dengan rumah. So hari tu bawak adik bongsu dan Daniel hirup angin pantai.






Suka sangat Daniel dapat main belon.


Moksu dah balik Palam. Tunggu mok su balik boleh keluar dating lagi.



Sekarang jarang jugak sebenarnya petang-petang keluar jalan2 pantai. Penat kerja hari-hari. Weekend masa untuk cas energy. Next time mami bawak Daniel main pantai pulak yer.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...