Para Pengikut..

Thursday 27 December 2018

Daniel Asyraf turns 3

Salam uollss

22 Dis 2019 genap usia anak mami tiga tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Anak yang lahir dengan emergency ceaser sebab lemas kemudian 38 hari duk kat nicu dulu sekarang membesar dengan sihat. Syukur sangat mami rasa. Mami dulu ingat dah tak dapat dapat timang awak, dukung awak. Masa tu mami pasrah je kalau tiba-tiba Allah pinjamkan awak seketika. Tapi doa tak putus-putus Alhamdulillah Allah perkenankan doa kami semua awak sembuh dan boleh keluar spital.

So jomlah kita throwback gambar awak dari start mami dapat riba dan direct bf awak sampai sekarang super aktif dan macam-macam ragaman.










Nah sekarang macam-macam akalan. Paling mami geram bila senyum tu. Ish geramnyaaaa. Tengah marah pun mami cair nak.

Doa mami semoga anak mami membesar jadi anak yang soleh, menurut kata mami papa, cerdik dalam pelajaran, hormat orang tua dan punya nilai pekerti yang mulia. Aamiin.


Friday 14 December 2018

Rc car lagi

Salam uollss..

Saja tempek sini sebagai kenangan. Kebetulan fb keluarkan memories 2012. Masa tu asben beli kereta remote control. Minat dari kecik lagi katanya. Tapi masa kecik tak berpeluang nak main. So dah besar ni ada duit sendiri baru la boleh. Tu pun kebetulan ada kawan yang sama minat. Kalau sorang-sorang rasanya sekejap je hobi tu berkubur. Kiki.

Kita tengok pulak rc ni sampai bila bertahan. Haha. Mami support je. Kadang bagi pujian kalau design kereta lawo, kadang jadi personal shopper bila dia nak beli barang tru lazada or shopee. Kadang mami tukang gelak kuat-kuat kalau rc dia berguling-guling melompat-lompat. Hahah. Support jugak la tu kan.


Masa mula-mula beli macam ni la rupa awok yer rc.


Then husband beli body baru. Tempek sticker 86. Terus nampak lain. Semua aksesori beli kat shopee or lazada jer. Ada jugak beli kat kedai toys kat sini. Tak tau la setakat ni berapa dah habis. Bila suruh kira total dia tak nak. 


Then tukar rim pulak kaler gold. Apa-apa lah asben. Pasni tengok apa pulak perubahan dia buat. 

Monday 10 December 2018

Family bonding in Putrajaya & Klang

Salam uollss..

Wah title tak beragak. Nak jugak buh nama family bonding. Haha. Actually asalnya plan saya nak pergi Putrajaya dengan opismate. Pastu kebetulan mak ke sana jugak seminggu sebelum saya pergi tu naik bas dengan dua orang anak sedara. Dan mak plan nak balik ngan saya. Tapi kereta dah penuh kena la balik ngan bas. Pastu duk berfikir-fikir. Abang plak ajak datang bawak Daniel jalan-jalan, alang-alang boleh mak balik ngan kereta. Sebab mak pun masa pergi ngan bas tu dah mabuk-mabuk. Memang tak boleh sangat naik bas. Tapi gagahkan jugak sebab nak tengok cucu-cucu dia kat sana. Kebetulan pulak kereta saya baru siap servis. So jomlah kita pergi naik kereta. Last minit punya plan.


Jumaat pagi dalam jam 7.00 am bertolak dari Kuala Terengganu. Sebelum tu singgah kat rumah kawan hantar kereta dia, sebab malam tu dia suruh my husband servis kereta dia (kawan yang asalnya saya plan nak pergi skali ngan dia tu). Masa ni Daniel tengah syok tidur lagi.


 Singgah rumah fil kat Dungun kejap. Hujan lebat sangat masa ni. Bawak kereta pelan-pelan jela. Sampai Kijal berenti breakfast dulu. Sedap nasi minyak dan nasi kerabu sini. Lupa landmark kedai area mana.


Lepastu teruskan perjalanan naik highway Sungai Ular. Berenti  kat RNR Gambang mandikan Daniel. Nak makan kenyang lagi. So teruskan perjalanan sampai RNR Temerloh baru makan. Tu pun tak selera la tengok lauk. Kita makan meehun sup dan bakso jela buat alas perut.


Lama jugak berenti kat RNR. Patutlah petang baru sampai. Haha.


Sampai Putrajaya dalam kul 5.00 petang. Haha. Separuh hari perjalanan. Sebab lalu jalan pantai dan berenti situ sini. Check in rumah kakak kat Presint 9 Putrajaya. Sabtu pagi saya ada staff award kat MSU Shah Alam, malam tu dinner kat PICC, pagi Ahad pulak staff assembly kat MSU Shah Alam. So memang tidur rumah kakak jela. Thanks papa jaga Daniel sementara mami work. Daniel ni jarang jalan jauh macam ni. Hari tu masa pergi hantar adik daftar UKM pun bulan 11 tahun lepas. Mungkin masa tu dia tak lah reti sangat observe permandangan sekeliling. Sekarang ni dah besor sikir teruja sungguh. Muka tu macam pelik je apesal la jalan ni banyak pokok-pokok pastu banyak car banyak lori. Hahaha. Sampai tak tidur dalam kereta.

Kat rumah kakak ada tiga orang anak sedara. Sukalah Daniel abang dan kakak-kakak layan dia main. Riuh rendah sekali rumah. Sabtu Ahad memang tak berjalan sangat la. Petang Ahad lepas habis staff assembly barulah lega sebab tak terikat dah dengan kerja. Boleh habiskan masa dengan family pulak. Hurreyyyy.

Ahad malam tu pergi UITM Dengkil. Lawat anak sedara, kakak yang baru daftar kat sana. Kakak ni anak my sis yang ke empat. Alhamdulillah dapat jugak sambung belajar dalam bidang yang dia minat sangat-law.



Kakak n Daniel. Masa preggy kakak duk ngan saya. Masa dah beranak pun kakak selalu tido rumah saya teman saya dan Daniel. Kakak jugak selalu jaga Daniel kalau pengasuh ada emegency dan saya tak dapat cuti. Thanks kakak. Semoga belajar bersungguh-sungguh dan dapat mengejar segala impian dan cita-cita.


Pok Jo with Daniel.


We ollss.


Mami, Papa n Daniel. Semoga anak mami nanti belajar sungguh-sugguh dapat masuk u. Haha. Awal mami wish.


Lepas tu dinner kat Padi House Putrajaya.






Dah kenyang terus balik rumah tidoooo =)

Hari Isnin plan nak ke Meru, Klang rumah abang Ngah. Pagi tu bawak budak-budak mandi kolam dulu. Mula-mula pergi kolam kat presint 9 tu tutup. Then pergi kolam kat presint 11. Nasib baik bukak. Sebab dah janji ngan budak-budak nak mandi kolam.




Daniel ni punyalah penakut air. Nak duduk kat tangga tu jer. Mami kena bawak mandi kolam sokmo lah pasni supaya hilang takut dia. Hahah. Menurun mami sangat ni takut air, tak tahan sejuk air.



Pastu papa bawak jugak dia tengah kolam. Bukan dalam pun kolam tu. Aduii anak mami. 


Balik kemas beg baju semua baru lah gerak ke Meru. Sebab pagi Selasa nak bertolak dari Meru balik Terengganu. Sampai Meru ngam-ngam makan tengahhari. Sedapnya. Dahlah perut tengah lapar. Hehe. Petang tu pergi jenguk kedai Abang Ngah kat Setia Alam. Butik kelengkapan umrah dan Haji. Jemput singgah yer. Alamat boleh tengok kat signboard kedai tu. Kiki.








Pastu pergi jalan-jalan kat Setia City Mall. Ni kan nak masuk krismas. Banyaklah hiasan-hiasan pokok krismas. Daniel ni takut plak tengok patung snow man tu gerak-gerak.



Semua mende penakot anak bujang ni haihhh. Kereta pusing-pusing goyang-goyang ni mami memang tak pernah bagi dia naik. Sampai dah besar ni dia takut kalau mami letak dalam tu mesti sekejap je duduk pastu nak keluar. Bagus nak. Tak habis duit mami. Hahaha.


Pastu nangis pulak nak turun naik eskalator. Adoiiii. Haha. Papa layankan sajalah yer.



Then pergi kat pusat bowling. Abang main bowling dengan anak-anak dia. So kita pegi la jugak menyibuk. Lama tak main bowling so lempar la jugak dua-tiga round.


Lama tak main sejak preggy, then beranak czer tak berani nak lasak-lasak. Sampai dah ada anak kecik super aktif ni lagi lah mami tak kuasa pergi main bowling.



Asben plak menunjukkan skill dia. Haha. Lama sungguh bersara.

Mak pon ikut sekali. Hehe. Nasib baik mak tak join jugak main bowling. Abang dengan baju kerja lagi ha. 


Dah setel bowling balik rumah. Eh sebelum tu singgah rumah adik kepada kakak ipar. Sambut birthday anak dia. Lepas tu baru balik rumah. Penatnya. Terus tido sebab esok nak balik Terengganu dah.

Esok tu gerak dari Meru jam 7.00am. Alhamdulillah sampai rumah dalam kul 3.00 petang macam tu. Fuhhh. Penatnya. Next time kena plan baik2. Bukan selalu pon bawak anak jalan-jalan. Setahun skali je kot bawak anak jalan jauh sikit. Kalau tak weekend je ikut papa main rc je kami ni. Hahaha.

Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...