Para Pengikut..

Showing posts with label Diari DanielAsyrafMZ. Show all posts
Showing posts with label Diari DanielAsyrafMZ. Show all posts

Saturday, 5 January 2019

Sambut birthday Daniel yang ke 3 tahun.

Salam uollss.. 

Jumaat dua minggu lepas sambut birthday Muhammad Daniel Asyraf yang ke tiga tahun. Setiap tahun takdelah mami sambut beria pun. Panggil adik beradik belah saya dan belah in law. Yang wajib adalah tempah kek sebijik. Harapkan saya nak buat kek tak terlaksana lagi. Kek marble tu menjadiklah. Haha. Harap saya rajin la pergi kursus baking kek. Tahun depan boleh buat sendiri kek chocolate indulgance ker. Jomlah kita jadikan azam tahun baru. Muahahha.

Jumaat tu pagi-pagi dah heret asben pegi pasar. Plan nak masak laksa terengganu (kuah putih) dan bihun goreng singapore sebungkus. Bajet kedua-dua family dalam 20 orang pastu ajak bff dan pengasuh Daniel. Semua dalam 25 orang macam tu jela termasuk kanak-kanak. Semua beli pagi tu dari laksa, ikan, sayur untuk ulam memandangkan jumaat tu baru cuti. Nak ke market bawak Daniel malam-malam hari memang tak kuasa mami.

Sampai pasar dua kedai jual laksa sold out. Ya allah nak nangis rasa. Pastu nasib baik pak cik jual tu suruh tengok ada satu kedai lagi. Laju-laju check nasib baik available lagi. Aduii. Beli 5kg laksa. Ikan selayang saiz sederhana 3kg. Tapi tak bubuh semua la. Bajet dalam 1kg laksa 5 ekor ikan. Side dish cili tumbuk, belacan, kacang, timun dan taugeh. Laksa kuah putih memang favourite saya tau. Kalut duk sembang duk kehulu hilir lupa nak snap gambar makanan. Kiki.

So menu :
Laksa kuah putih 5kg
Bihun singapore 1 bungkus
Kek birthday chocolate indulgence
Kek minyak (me)
Kek marble(me)
Coklat cake (Adik ipar)
Mini cupcake (Adik ipar)
Apam susu (Adik ipar)

Anggur ais
Tea o panas

Tq adik ipar macam-macam kek dia buat tapi kalut duk dapur sampai lupa nak letak atas meja untuk tetamu. Tak pasal-pasal mami kena habiskan semua. Haha.

Tunggu tetamu datang dalam kul 4.30 petang potong kek nyanyikan lagu selamat. Tahun ni mami pilih kek dengan gambar bus tayo and the gang. Perisa chocolate indulgence. Sedapnya kek.

Mula-mula Daniel duk atas kerusi tu excited jer tengok kek tayo. 


Masih excited lagi..


Masa tengah nyanyi lagi Allah selamatkan kamu...tetiba je nak nangis. Haha.


Mula nak panjat mami sebab sedih sangat. Sedih ke terharu ke apa mami tak tahu la.


Huwaaaa. Dia menjerit okey. Marah campur sedih. Haha. Tapi semua terus nyanyi je sambil duk gelak2 kan dia.


Pastu tukar mami tak layan kan nak panjat papa pulak. Then tukar nyanyi lagu selamat hari jadi pulak. Baru lah kembali senyum.


Potong kek senyum je. Hahahahaha. Macam-macam lah awak ni Daniel.

 



Terima kasih semua yang tolong mami. Suami, mak, kakak,anak sedara..family mertua..ma,adik ipar,biras..bff yang datang. Jemput dia jugak sebab husband n wife dah macam adik beradik kami dah. Then jemput family pengasuh jugak. Sebab dah minggu last jaga Daniel kan.


Tq my student. 1st batch alumni yang kebetulan datang kenduri singgah rumah saya. 5 tahun tak jumpa. Cepatnya masa berlalu.


Pengasuh Daniel. Mok Fa dan Pok ji terima kasih jaga Daniel macam anak sendiri.

Family in law kesayangan. Dorang ni memang kaki selfie. Haha. Tuan rumah ni memang tak sempat sangat nak bergambar sakan. Gambar dengan family sendiri pun lupa ambik. Haha.


Again. Geng-geng ayah semua takde duk melepak sembang-sembang kat luar.


Dua insan kecintaan. My husband and his mom

Mami belikan Lego guna voucher Lazada. Haha. Papa belikan dua bijik lori bomba ke apa tu. Tq pengasuh Daniel belikan meja study. Haha. Tq mak sedara belikan hadiah baju dan towel.

Alhamdulillah settle niat mami nak buat makan adik-beradik sempena Daniel meningkat usia 3 tahun.



Thursday, 3 January 2019

Daniel dah masuk taska.

Salam uollss..

Tahun 2019 mami hantar Daniel masuk Taska. Baru je seminggu lebih sambut birthday ke 3 tup-tup terus masuk 4 tahun. Hehe. Daniel belum free diapers, cakap pun belum lancar sangat. So mami tak plan nak hantar tadika atau Pasti lagi. Ni taska konsep dia playschool. Bukan nak dia terror sangat bab membaca mengeja sebenarnya. Tapi nak dia bergaul dengan kawan-kawan. Tahu ada teacher dan kena ikut cakap teacher. Ada empeti dalam diri, sayangi orang sekeliling. Mami survey banyak taska dan alhamdulillah jumpa satu taska yang kebetulan dekat dengan rumah.


Mami start contact pengurus taska dari bulan 10. Tapi masa tu beliau cakap taska dalam proses pemindahan. So anggap takde rezeki Daniel. So mami pun plan nak teruskan hantar kat pengasuh dulu setahun lagi. Tup-tup seminggu sebelum akhir tahun tu pengurus ws cakap boleh daftar 31hb Disember. Bila dah bincang ngan suami dan bagitahu pengasuh terus mami confirmkan dengan taska.

Sedihnya pengasuh. Dia jaga Daniel macam anak sendiri sebab takde anak. Pastu last minit dapat tau tinggal seminggu lagi dapat jaga Daniel. Sedihnya. mami pun sedih. Tapi demi kebaikan Daniel mami kena hantar jugak kat taska dengan harapan anak mami lebih lancar bercakap pastu sebagai persediaan untuk masuk tadika 5 tahun nanti.

So 31hb mami pegi la daftar. Bawak Daniel sekali nak tengok macam mana reaksi dia kat sekolah. 


Papa pulak buat seprais balik subuh2 tu nak pergi daftar sekali. Thanks b. Selalu ada dalam susah dan senang.


Dah settle semua keluar cari keperluan dia. Beg, toiletries, towel extra. 


Papa over excited. Siap belikan beg tarik untuk anak bujangnya. Haha. Kalah budak masuk darjah satu ni. Apa-apalah papa. Asalkan awak yang bayor kan. Haha. Daniel pun suka la beg car. Duk tilik je beg tu macam jumpa cinta pandang pertama.


Test galas beg. Besar bag dari tuan ni.



So 1.1.19 mami cuti lagi sehari hantar Daniel school. Jom la kita ootd dulu. Haha.





Sampai jer suka sangat masuk school tengok ada mainan. Masuk je mami terus tinggalkan dia. Petang tu dalam jam 5.30pm mami ambil kat school.


Alhamdulillah anak mami takde mengamuk sakan nak balik ke nak mami ke. Cuma teacher bagitau time mandi tu la susah sikit. Sama la kat rumah pon. Sejenis takut air sungguh. Pagi2 mami mandikan air hangat kalau tak mengamuk la nangis. Adoi. Satu lagi payah benor nak makan. Harap pasni makin serasi dengan school, dengan teacher dan kawan-kawan.


Ni pagi teacher hantar gambar duk breakfast.


Okey tu je. Nanti mami update lagi aktiviti Daniel kat school.





Thursday, 27 December 2018

Daniel Asyraf turns 3

Salam uollss

22 Dis 2019 genap usia anak mami tiga tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Anak yang lahir dengan emergency ceaser sebab lemas kemudian 38 hari duk kat nicu dulu sekarang membesar dengan sihat. Syukur sangat mami rasa. Mami dulu ingat dah tak dapat dapat timang awak, dukung awak. Masa tu mami pasrah je kalau tiba-tiba Allah pinjamkan awak seketika. Tapi doa tak putus-putus Alhamdulillah Allah perkenankan doa kami semua awak sembuh dan boleh keluar spital.

So jomlah kita throwback gambar awak dari start mami dapat riba dan direct bf awak sampai sekarang super aktif dan macam-macam ragaman.










Nah sekarang macam-macam akalan. Paling mami geram bila senyum tu. Ish geramnyaaaa. Tengah marah pun mami cair nak.

Doa mami semoga anak mami membesar jadi anak yang soleh, menurut kata mami papa, cerdik dalam pelajaran, hormat orang tua dan punya nilai pekerti yang mulia. Aamiin.


Tuesday, 20 March 2018

Fasa train Daniel untuk kurangkan susu botol

Salam uollss.

Lamanya tak story pasal anak mami Daniel. Dah nak masuk 2y 3m dah. So dah masuk 2y plus ni mami nak kurangkan dia minum susu botol. Sebab kadang-kadang time nak malam tu mintak susu, kadang tu ta habis pon susu tu. Dia saja hisap. Bazir jer tau.

So misi mami adalah kat umah malam-malam lepas maghrib suap nasi kenyang-kenyang dan  minum air masak banyak-banyak.

Pst: Mak cik bawang jangan sekolahkan mami makan malam sebelum jam 6 yer. Sebab kita balik kerja sampai umah 6.30 lebih. Bagi anak main kat luar dulu puas-puas, masuk rumah sebelum maghrib, mandikan dia, masuk dapur masak-masak pastu baru makan.


1. Sebab tau dia dahaga dan lapar main tadi bagi dulu air n kudap-kudap (Buah ke kopok ke biskut or roti). Kalau dah makan roti dia kenyang dan tak makan nasi dah lepas maghrib tu.

2. Masak dulu cepat-cepat. Balik kerja tadi defrost siap2 ayam. Siap masak sejukkan dulu baru kita g mandi solat semua.

3. Make sure suap nasi sebelum dia mintak "bak". Masa tu dia makan banyak la sebab lapar main lari-lari tadi. Bagi air masak.

4. Bila dah kenyang dia akan lupakan seketika "bak". Kalau dia teringat nak "bak" bagi susu kotak (fresh milk). Kalau takde buat susu dalam cawan.

5. Hahah. Baru 3 hari train. Ni pun untuk malam jela. Sebab nak kurangkan dia hisap botol time nak tido tu.

6. Sekadar ingatan untuk diri sendiri je ni. Untuk rujukan adik daniel juga kelak 😝

Seronoknya kan jadi surirumah. 24 jam boleh pantau anak dirumah. Boleh train dia tak kira masa ❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...