Para Pengikut..

Showing posts with label Birthday Party. Show all posts
Showing posts with label Birthday Party. Show all posts

Saturday, 14 January 2023

New year & new chapter.

 Salam uollss.


Ewah kemain tajuk omputih yer. Tahun baru 2023 betul- betul chapter yang berubah. Yang tak sangka tiba-tiba dapat dukung baby lagi😂. Dapat dengar baby nangis lagi dalam rumah ni setelah hampir 7 tahun bunyi Daniel je nangis. Haha.

Kemudian la story pasal anak kedua yer. Ni ha anak sulong mami genap usia 7 tahun, 22 Dis yang lepas dah. Tapi duk delay nak sambut potong kek akhirnya Jumaat lepas baru terlaksana.

Tahun ni Abang Long request nak kek Super Wing. Tapi mami nak kek simple je tahun ni. Less deco. So tempah dengan ex office mate design simple-simple. Kartun Super Wing tu mami print sendiri je tampal dengan lidi dan cucuk dekat kek. Seronon la dia nampak ada kartun Super Wing tu. Haha.

Asalnya mami plan nak masak bihun soto. Malam Khamis tu gigih buat begedil masuk peti ais. Yelah memandangkan ada anak kecik ni nak duduk lama-lama kat dapur pon payah jugak. So malam time anak tido buat dulu. Tiba-tiba pagi esok mak call bagitau ayah nak sponsor laksa. So cancel la buat soto. Nak buat banyak-banyak makanan bukannya panggil ramai tetamu pon.


Mami buat kek orange, nasi goreng sardin. Kuah laksa tu pergi masak kat rumah mak pagi tu. Then adik ipar sampai dia buat puding roti dan ayam korea. Tak sempat ambik gambar makanan ha. Licin dibedal. Alhamdulillah makanan ngam-ngam habis.





TQ my adik ipar datang siap tolong masak kat dapur buat macam dapur sendiri. Heee.




Semoga mami ada rezeki lebih lepas ni boleh jemput ramai-ramai datang rumah untuk makan-makan.


Monday, 24 January 2022

Daniel turns 6th.

 Salam uollss.

Lamanya tak menulis kat belog nih. Hari tu sambut birthday anak mami yang ke-6 tahun. Cepatnya masa kan tiba-tiba 6 tahun. Ni bulan 3 nanti dah masuk darjah 1 dah. How time flies🥰


Tahun ni Daniel request nak kek super wing. So mami pon order la belon-belon tema superwing. Malam tu papa yang tolong deco belon semua. Nasib baik beli set belon tu dapat sekali dengan pump tu senang la tak payah susah payah tiup manual. 


Kek super wing order dengan one of my fb friend. Tiap tahun order kek ngan dia. Sedap sangat kek memang tak pernah mengecewakan. Tiap tahun mami akan order Chocolate Cake Indulgence. Memang tak pernah puas makan perisa ni kan.


Daniel suka sangat la dapat kek Super Wing ni. 

Tahun ni makan simple-simple je. Kebetulan hari Ahad tu rumah mak buat makan-makan kenduri kesyukuran sempena adik laki kahwin bulan Jun tahun lepas. So petang tu mami sambung minum petang kat rumah mami pulak. Menu kek dan kuih-kuih bergoreng jer sebab tengahhari dah kenyang makan rumah mak kan.


Tq my brother sponsor brownies dari Mamasab. Sedap sangat brownies Mamasab ni. Recommended!


Menu bergoreng ada karipap dan kuih ropa. Karipap frozen beli ngan jiran belakang rumah mak. Goreng sendiri je la. Tq adik-adik ipar tolong goreng. Kuih ropa pun my brother jugak sponsor beli frozen dengan kawan dia.


Then mami order tart telur dan creampuff.


Ni kek oren mami buat.


My adik ipar datang dari Dungun bawak tauhu begedil. Sedapnya. My favourite ni. Cicah dengan sambal kicap pedas-pedas.


Tq family mertua datang dari Dungun.




Daniel excited unboxing gift. TQ semua yang hadiahkan macam-macam kat Daniel. Semoga dimurahkan rezeki semuanya.

Alhamdulillah selesai majlis kecil dengan keluarga tersayang.

Sunday, 27 December 2020

Majlis hari jadi Daniel yang ke5

 Salam uollss..

Hari Jumaat lepas kami sambut birthday Daniel. Majlis kecil-kecilan jer untuk keluarga sahaja. Memang plan tak jemput orang lain dengan musim-musim macam ni. Tapi memang plan nak agihkan makanan tu so beli laksa lebih.

Saya tempah laksa 8kg. Buat kuah laksa lemak (3kg ikan selayang). Remark sini takut lupa. Haha. Lepas tu mak buat pulut kuning. Kakak masak rendang dan gulai ayam sempena anniversary dia. So kita pakat makan ramai-ramai kat rumah saya. Tq jugak kakak tempah kuih muih. Saya just buat kek mentega jer. Haha. 


My favourite cake. Choc cake indulgence. Sedap sangat sebab asben bukan penggemar kek. Tapi dia boleh makan 2 slice kek ni. Pernah tempah ngan sis ni 2 tahun lepas. So kita repeat order. Harga kek RM60 add RM10 untuk edible image atas kek tu.


Excited sangat anak mami potong kek. Sejarah sambut birthday Daniel ni masa umur dia setahun kaki dia laju jer pijak kek wei. Haha. Nasib baik sipi-sipi kek jer. Mami sentiasa beringat. Kuat-kuat pegang tangan dia. Haha. Daniel pon macam mami. Penggemar chocolate cake😍.


Papa, mami dan seketul Daniel. Deco simple jer. Belon tu tahun lepas punya sebab plan nak sambut tapi lastly sambut 3 beranak je kat Secret Recipe. So ballons tu simpan guna tahun ni. Tq Kak Ya, sepupu Daniel tolong mami deco simple-simple.


So kalau papa yang tak suka ni cakap sedap kira sedaplah kek ni. Haha. Papa ni pelik. Milo pon dia tak suka. Sebab tu makanan berasaskan coklat ni dia kureng sikit.


Ni Kak Ya. Anak buah mami. Sepupu Daniel. TQ banyak sangat tolong mami.


Adik beradik datang makan.


Saya tempah laksa dan laksam ni dengan student. Laksa ayah dia buat memang sedap. Lembut je dan tahan lama. Nak simpan sampai keesokan hari pon masih elok.


Mak mertua datang dengan biras dan adik-adik ipar. Kesian plak dari jauh datang. Lamanya tak balik kampung rumah mertua. Dah dekat 2 bulan tak balik. Ampunnn.


Saya, mak, mertua, adik-adik ipar dan anak buah yang umur 2 bulan lebih Mikaila comey debakk. Geram betul budak nehh.


Tq mak2 dan ayah sedara bagi hadiah macam-macam. Semoga dimurahkan rezeki semuanya.



Alhamdulillah selesai majlis ringkas untuk kenangan kita. 


Saturday, 5 January 2019

Sambut birthday Daniel yang ke 3 tahun.

Salam uollss.. 

Jumaat dua minggu lepas sambut birthday Muhammad Daniel Asyraf yang ke tiga tahun. Setiap tahun takdelah mami sambut beria pun. Panggil adik beradik belah saya dan belah in law. Yang wajib adalah tempah kek sebijik. Harapkan saya nak buat kek tak terlaksana lagi. Kek marble tu menjadiklah. Haha. Harap saya rajin la pergi kursus baking kek. Tahun depan boleh buat sendiri kek chocolate indulgance ker. Jomlah kita jadikan azam tahun baru. Muahahha.

Jumaat tu pagi-pagi dah heret asben pegi pasar. Plan nak masak laksa terengganu (kuah putih) dan bihun goreng singapore sebungkus. Bajet kedua-dua family dalam 20 orang pastu ajak bff dan pengasuh Daniel. Semua dalam 25 orang macam tu jela termasuk kanak-kanak. Semua beli pagi tu dari laksa, ikan, sayur untuk ulam memandangkan jumaat tu baru cuti. Nak ke market bawak Daniel malam-malam hari memang tak kuasa mami.

Sampai pasar dua kedai jual laksa sold out. Ya allah nak nangis rasa. Pastu nasib baik pak cik jual tu suruh tengok ada satu kedai lagi. Laju-laju check nasib baik available lagi. Aduii. Beli 5kg laksa. Ikan selayang saiz sederhana 3kg. Tapi tak bubuh semua la. Bajet dalam 1kg laksa 5 ekor ikan. Side dish cili tumbuk, belacan, kacang, timun dan taugeh. Laksa kuah putih memang favourite saya tau. Kalut duk sembang duk kehulu hilir lupa nak snap gambar makanan. Kiki.

So menu :
Laksa kuah putih 5kg
Bihun singapore 1 bungkus
Kek birthday chocolate indulgence
Kek minyak (me)
Kek marble(me)
Coklat cake (Adik ipar)
Mini cupcake (Adik ipar)
Apam susu (Adik ipar)

Anggur ais
Tea o panas

Tq adik ipar macam-macam kek dia buat tapi kalut duk dapur sampai lupa nak letak atas meja untuk tetamu. Tak pasal-pasal mami kena habiskan semua. Haha.

Tunggu tetamu datang dalam kul 4.30 petang potong kek nyanyikan lagu selamat. Tahun ni mami pilih kek dengan gambar bus tayo and the gang. Perisa chocolate indulgence. Sedapnya kek.

Mula-mula Daniel duk atas kerusi tu excited jer tengok kek tayo. 


Masih excited lagi..


Masa tengah nyanyi lagi Allah selamatkan kamu...tetiba je nak nangis. Haha.


Mula nak panjat mami sebab sedih sangat. Sedih ke terharu ke apa mami tak tahu la.


Huwaaaa. Dia menjerit okey. Marah campur sedih. Haha. Tapi semua terus nyanyi je sambil duk gelak2 kan dia.


Pastu tukar mami tak layan kan nak panjat papa pulak. Then tukar nyanyi lagu selamat hari jadi pulak. Baru lah kembali senyum.


Potong kek senyum je. Hahahahaha. Macam-macam lah awak ni Daniel.

 



Terima kasih semua yang tolong mami. Suami, mak, kakak,anak sedara..family mertua..ma,adik ipar,biras..bff yang datang. Jemput dia jugak sebab husband n wife dah macam adik beradik kami dah. Then jemput family pengasuh jugak. Sebab dah minggu last jaga Daniel kan.


Tq my student. 1st batch alumni yang kebetulan datang kenduri singgah rumah saya. 5 tahun tak jumpa. Cepatnya masa berlalu.


Pengasuh Daniel. Mok Fa dan Pok ji terima kasih jaga Daniel macam anak sendiri.

Family in law kesayangan. Dorang ni memang kaki selfie. Haha. Tuan rumah ni memang tak sempat sangat nak bergambar sakan. Gambar dengan family sendiri pun lupa ambik. Haha.


Again. Geng-geng ayah semua takde duk melepak sembang-sembang kat luar.


Dua insan kecintaan. My husband and his mom

Mami belikan Lego guna voucher Lazada. Haha. Papa belikan dua bijik lori bomba ke apa tu. Tq pengasuh Daniel belikan meja study. Haha. Tq mak sedara belikan hadiah baju dan towel.

Alhamdulillah settle niat mami nak buat makan adik-beradik sempena Daniel meningkat usia 3 tahun.



Tuesday, 26 December 2017

Daniel Asyraf MZ Turns Two


Salam uollss..

22 Disember 2017 genap anak papa mami dua tahun. Cepatnya awak besar dik. Alhamdulillah ada rezeki lebih skit kita sambut kecil-kecilan. Hari Jumaat mami kerja , so sambut hari Sabtu. Mami masak mee kari. Tahun ni buat kecik-kecik je jemput adik-beradik je. Adik beradik anak sedara pon dah lebih dari 20 orang. Malam Jumaat buat deco-deco sikit. Tu pon malam Jumaat tu baru pegi Mr.DIY cari belon dan ribbon. Haha. Mami bantai je deco asal ada tulisan dah kat belakang. Kahkah.


Lepas masak dan makan lunch tu baru start duk dapur untuk masak mee kari. Nasib baik ada anak sedara dah besor panajng dua orant u tolong kupas bawang semua. So taklah kalut sangat mami sorang. Then kawan mami, bff dari zaman u dulu datang nak jumpa mami dan Daniel. Rindunya Cemak. Tq datang jenguk kitorang.


Haruslah swafoto dulu kan. Hahah. 



Kek tahun ni kek bajet jer. Kiki. Mami tempah ngan kawan mami yang sama mami tempah tahun lepas. Dari tahun lepas papa rekues nak gambar Daniel kat kek. Tapi tahun lepas buh Ejen Ali sebab mami minat. So tahun ni bagi can papa rekues lah.



Untuk kakak Farhana tempah cupcake. Pastu my sis tambah cheese tart. Semua sedap sangat. 


Ngam-ngam mee kari siap masa kawan mami masih ada kat rumah. Sempatlah dia merasa air tangan perahan mami. Semoga ko ingat aku sokmo cemak. Haha.


Tahun lepas Daniel pegi pijak kek. Haha. Tahun ni tengok lilin dia cakap 'api,api'. Eksaited nak pegang api pulak. Sabo jela awak dikkk. Okey dah habis storynya. 

Tempek gambar jela pulak.










Malam tu papa ajak pergi mr.diy lagi. Nak cari hadah Daniel katanya. Pastu masuk Diy tu mami ajak naik ikut lif. Sampai je tingkat 1 terus papa pegang drawer tu pastu cakap kat pekerja tu "Saya nak yang ni eh. Boleh bawak turun bawah tak". Terus pekerja dia heret bawak turun kat cashier. 

Huaaaaa. Setiap tahun adik dapat hadih tapi mami yang terkejut. Tq asben. Dah berapa kali kita rekues nak beli drawer ni senang nak buh baju-baju Daniel. Haha. Tq selalu pilih color kecintaan kita. 


We love u papa =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...