Para Pengikut..

Saturday, 14 January 2023

New year & new chapter.

 Salam uollss.


Ewah kemain tajuk omputih yer. Tahun baru 2023 betul- betul chapter yang berubah. Yang tak sangka tiba-tiba dapat dukung baby lagi😂. Dapat dengar baby nangis lagi dalam rumah ni setelah hampir 7 tahun bunyi Daniel je nangis. Haha.

Kemudian la story pasal anak kedua yer. Ni ha anak sulong mami genap usia 7 tahun, 22 Dis yang lepas dah. Tapi duk delay nak sambut potong kek akhirnya Jumaat lepas baru terlaksana.

Tahun ni Abang Long request nak kek Super Wing. Tapi mami nak kek simple je tahun ni. Less deco. So tempah dengan ex office mate design simple-simple. Kartun Super Wing tu mami print sendiri je tampal dengan lidi dan cucuk dekat kek. Seronon la dia nampak ada kartun Super Wing tu. Haha.

Asalnya mami plan nak masak bihun soto. Malam Khamis tu gigih buat begedil masuk peti ais. Yelah memandangkan ada anak kecik ni nak duduk lama-lama kat dapur pon payah jugak. So malam time anak tido buat dulu. Tiba-tiba pagi esok mak call bagitau ayah nak sponsor laksa. So cancel la buat soto. Nak buat banyak-banyak makanan bukannya panggil ramai tetamu pon.


Mami buat kek orange, nasi goreng sardin. Kuah laksa tu pergi masak kat rumah mak pagi tu. Then adik ipar sampai dia buat puding roti dan ayam korea. Tak sempat ambik gambar makanan ha. Licin dibedal. Alhamdulillah makanan ngam-ngam habis.





TQ my adik ipar datang siap tolong masak kat dapur buat macam dapur sendiri. Heee.




Semoga mami ada rezeki lebih lepas ni boleh jemput ramai-ramai datang rumah untuk makan-makan.


5 comments:

  1. Meriah mkn ramai-ramai..

    ReplyDelete
  2. Hai, Terima Kasih artikelnya bagus sekali. BTW Salam sesama blogger saya pingin berteman dengan awak :)

    ReplyDelete
  3. Hi sy dtg reply komen u tanya psl tkr hospital tu. MIL sy dulu masuk wad Teluk Intan. Kluar wad, kami nk jaga di Selangor. Kami mintak Dr buat surat mengenai ni iaitu kami ckp nk follow up kt hisoitsl shahalam plak. Kami bwk surat Dr ke Hpital Shah Alam. Staff situ bukak file baru utk MIL. Itu je

    ReplyDelete
  4. Tetap semanggat.......!

    ReplyDelete

  5. Manis2 buah ceri,
    manis lagi pembaca komen ni,
    Kalau diri tu sudi,
    jom la join segmen ni. >_<

    jemput join segmen Cuya :D Marilah memeriahkan lagi!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...