Para Pengikut..

Showing posts with label DanielAsyrafMZ. Show all posts
Showing posts with label DanielAsyrafMZ. Show all posts

Saturday, 14 January 2023

New year & new chapter.

 Salam uollss.


Ewah kemain tajuk omputih yer. Tahun baru 2023 betul- betul chapter yang berubah. Yang tak sangka tiba-tiba dapat dukung baby lagi😂. Dapat dengar baby nangis lagi dalam rumah ni setelah hampir 7 tahun bunyi Daniel je nangis. Haha.

Kemudian la story pasal anak kedua yer. Ni ha anak sulong mami genap usia 7 tahun, 22 Dis yang lepas dah. Tapi duk delay nak sambut potong kek akhirnya Jumaat lepas baru terlaksana.

Tahun ni Abang Long request nak kek Super Wing. Tapi mami nak kek simple je tahun ni. Less deco. So tempah dengan ex office mate design simple-simple. Kartun Super Wing tu mami print sendiri je tampal dengan lidi dan cucuk dekat kek. Seronon la dia nampak ada kartun Super Wing tu. Haha.

Asalnya mami plan nak masak bihun soto. Malam Khamis tu gigih buat begedil masuk peti ais. Yelah memandangkan ada anak kecik ni nak duduk lama-lama kat dapur pon payah jugak. So malam time anak tido buat dulu. Tiba-tiba pagi esok mak call bagitau ayah nak sponsor laksa. So cancel la buat soto. Nak buat banyak-banyak makanan bukannya panggil ramai tetamu pon.


Mami buat kek orange, nasi goreng sardin. Kuah laksa tu pergi masak kat rumah mak pagi tu. Then adik ipar sampai dia buat puding roti dan ayam korea. Tak sempat ambik gambar makanan ha. Licin dibedal. Alhamdulillah makanan ngam-ngam habis.





TQ my adik ipar datang siap tolong masak kat dapur buat macam dapur sendiri. Heee.




Semoga mami ada rezeki lebih lepas ni boleh jemput ramai-ramai datang rumah untuk makan-makan.


Saturday, 14 December 2019

Daniel nak masuk tadika dah!!

Salam uollss..


Kejap jer masa. Tahun demi tahun berlalu tahun depan anak mami dah masuk tadika dah. Alhamdulillah mami decide hantar tadika berdekatan dengan office. Boleh ambil sampai 6.00 petang. Sekarang petang-petang kakak tolong ambilkan dia kat taska. Ambil ngan moto plak. Kalau hujan lencun la diorang. Semoga dipermudahkan segala urusan persekolahan Daniel tahun depan.


Ni pergi tadika ambil baju. Excited sangat masuk tadika banyak mainan. Sampai nangis tak nak balik. Adoi la anak. Tunggu yer 29hb nanti start sekolah main la puas-puas.


Semoga behave la kat school nanti yer anak. Semoga jadi anak soleh, cerdik dan pandai. Seminggu lagi birthday awak..mami belum terpikir nak bagi hadiah apa nih. Haha. Nanti kita sambut okey =)




Bye. Korang anak yang masuk sekolah tu macam mana persiapan. Semua dah settle ke. Harap dipermudahkan semua urusan korang yer. Semalam saya pergi Eco berduyun-duyun manusia beli pensil alat tulis untuk anak-anak. Takleh lalu la lorong alat tulis tu. Haha. Pelik kita apsal ramai sangat orang, lupa nak masuk sekolah dah. Hehhehe.

Thursday, 25 July 2019

Anak masukkan sesuatu dalam hidung. Adoila.

Salam uollss.

Panjang nau tajuk entri tak tahu nak pendekkan macamne. Haha. So kalau korang nak tahu cerita lagi panjang nya meh saya cerita. Supaya jadi pedoman kita kaum mak-mak. Kihkih.


Sebelum tu perkenalkan anak tunggal (setakat ni) kesayangan mami papa. Daniel. Umur 3y7m. 

Sebenarnya kejadian mami dapat detect ada sesuatu dalam hidung dia ni bila bau nafas dari hidung dia kuat dan busuk sangat baunya. Hidung sebelah kanan. Dalam 2 minggu yang lepas lagi sebenarnya bau tu. Lepas tu hidung dia keluar hingus je. Nak cakap selsema kan kadang-kadang belah kanan jer kuar hingus tu. Dan texture hingus tu melekit dan berbau. Bukan macam hingus selsema tu. Bila mami picit hidung dia tak sakit tak marah pulak. Dia pun tak reti la bagitahu ada sesuatu dalam hidung. 

Ahad-21/7/19

Malam tu papa dan mami paksa dia nak suluh dalam hidung ada apa. Masa tu nampak something warna putih macam kapas atau tisu macam tu. Payah sebab Daniel mengamuk tak nak kena paksa macam tu. Dia pulak jenis penggeli. So memang tak boleh nak keluarkan.

Isnin-22/7/19
Pagi Isnin papa balik ke Dungun masuk kerja dah. So dia suruh mami bawak jugak Daniel pergi klinik malam kang. Mami dah risau sebab tahu memang payah. Kudrat dia tu kuat walaupun keding je anak mami. Then papa bagitahu dia balik jugak tapi takut lambat sampai dari Dungun. So mami bawak dulu pergi klinik swasta. Doctor suluh memang ada something la. Tapi doctor tak boleh keluarkan jugak sebab Daniel menggelupar tak bagi pegang. Adoilah stress mami. Doctor suruh pergi kat emegency HSNZ. Mami mintak surat refer dari doctor. Kebetulan settle tu papa sampai. Papa pulak bawak sekali adik ipar dan suami dia ajak teman. Sampai kat emergency diorang drop kami masuk dulu daftar. Parking kat hospital tau la macam mana kan.


Redha jela tunggu. Masa sampai tu dalam kul 10.00 lebih la. Dekat kul 12.00 malam tu baru settle jumpa doctor. Tapi doctor pun tak boleh keluarkan jugak. Dia menangis meronta. So doctor bagi surat refer suruh pergi bahagian ENT esok pagi. Dah settle kat hospital kami singgah kedai makan. Sebab tak sempat makan malam pun lagi. Kesian la asben. Malam tu jugak kena balik Dungun hantar adik ipar dan suaminya balik Dungun sebab diorang kerja esok.

Selasa-23/7/19
Sebelum subuh papa dah gerak dari Dungun. Sampai rumah dalam kul 6.30 pagi tak dapat tido dah dia takut tak terjaga pulak. Sianya tak cukup tido. Appointment kul 9.00 am. Kami gerak pergi hospital dalam kul 8.30. Nasib baik la papa ada. Boleh tolong cari parking sebab parking payah kan. Mami ngan Daniel tunggu kat lobi sementara papa cari parking.


Jomlah kita selfie dulu. Datang hospital orang pelik tengok sape yang sakit nampak budak ini aktif semacam. Haha.

Dah daftar naik bahagian ENT kat tingkat 1. Alhamdulillah sekejap je doctor panggil nama Muhammad Daniel Asyraf sebab dah dapat surat refer malam tadi kan. 

Bila doctor suluh guna alat dia nampak la benda alah tu. Rupanya bukan tisu atau kertas yang macam mami dan papa sangkakan. Rupanya ada something warna hitam. Adoilah anak mamiiiii. Bertungkus lumus doctor nak tarik keluar tak dapat sebab Daniel meronta-ronta. Dua orang misi, doctor, mami lagi pegang. Daniel duduk atas papa atas kerusi tu. 

Doctor 1st tu tak dapat buat. So tunggu sorang lagi doctor yang senior sikit. Tunggu punya tunggu lama jugak sebab dia tengah ada patient kan. Doctor yang kedua tu tarik barulah dapat wei. Mami tak sempat nak snap gambar mende alah tu.


Rupanya ia adalah kepingan mainan dia. Macam lori2 tu la. Tapi tak lah tajam. Macam plastik yang lembut macamtu. Saiz kecik sikit dari duit 5 sen. Tak tahu macam mana lah boleh duk dalam hidung dia. Bila doctor tarik je terus menitik-nitik darah keluar sebab luka la kot.

Apapun semua dah selamat. Tqvm misi2 dan doctor2 kat ENT HSNZ. Sangat baik, peramah, lembut dan penyabar. Mami doakan semoga dimurahkan rezeki semuanya. Aamiin.

Pasni kena extra care. Daniel ni memang suka gigit mainan dia. Yang tu mungkin kepingan hasil dia gigit. Ok lah tujelah. Korang macamne. Ada tak kisah anak masukkan sesuatu dalam hidung, telinga atau mulut? 

Apapun semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak kita dan dijauhkan dari sebarang bahaya. Aamiin.

Tuesday, 26 February 2019

Outdoor Activity with Daniel

Salam uollss.

Jadi ibu bapa tak semestinya 100% kita serahkan pada sekolah untuk membentuk peribadi, membentuk daya kreativiti anak-anak. Kita sebagai ibu bapa pun harus main peranan. Betul kita penat kerja untuk bagi pelajaran berguna dan terbaik untuk mereka. Tapi kita pun harus luangkan  jugak masa untuk mereka. Saya akui weekdays satu hari kat kerja balik malam penat duk berehat jer. Tapi weekend akan cuba jugak untuk luangkan masa dengan anak. Alhamdulillah papa jenis ikut je mami. Tapi selalunya dia akan decide nak kemana-mana. Tapi sejak-sejak kembali dengan hobi rc car dan defender ni dia akan ajak la pegi pantai layan hobi dia. Tq papa =) 


Hari Jumaat lepas macam biasa ikut papa main defender kat port biasa. So mami pun nak la jugak ada aktiviti dengan Daniel. Jadi beli la peralatan untuk color. Water color tu ihsan student mami bagi. Pergi mr.diy beli brush dan palette. Drawing block dah lama beli tak lukis-lukis lagi.


So ni kira first time la saya bawak dia buat aktiviti kat luar macam ni. Sebelum ni biarkan je dia lari-lari teroka dunia dia. Tapi kejap sangat jer dia fokus. Dalam 10-15 minit macam tu jer. Pastu mula la lari-lari. 


Orang cakap mak ayah ni jangan larang anak buat itu ini supaya dia bebas explore kan. Tapi fasa Daniel ni mami memang kena extra care. Kadang-kadang dia lari sampai ke jalan yang sibuk moto kereta lalu. Memang tak bagi dia lari sangat. Kejap mami tangkap, kejap mami panggil kuat-kuat. Haha. Sabar jelah. Tunggu dia dah besar sikit lagi mengerti boleh la nak bagi dia bebas teroka dunia dia kan. So untuk permulaan ni just kenalkan dia dengan brush dan color. Next mami fikir aktiviti lain pulak. Semoga mami terus istiqamah dan bersemangat waja. Hahaha.


Mami dan Daniel berlatar belakang pokok rhu.


Daniel si budak aktif.


Papa biasalah tak suka bergambar. So ganti defender dia je la interfrem. Haha.


Tq sudi baca =)

Saturday, 5 January 2019

Sambut birthday Daniel yang ke 3 tahun.

Salam uollss.. 

Jumaat dua minggu lepas sambut birthday Muhammad Daniel Asyraf yang ke tiga tahun. Setiap tahun takdelah mami sambut beria pun. Panggil adik beradik belah saya dan belah in law. Yang wajib adalah tempah kek sebijik. Harapkan saya nak buat kek tak terlaksana lagi. Kek marble tu menjadiklah. Haha. Harap saya rajin la pergi kursus baking kek. Tahun depan boleh buat sendiri kek chocolate indulgance ker. Jomlah kita jadikan azam tahun baru. Muahahha.

Jumaat tu pagi-pagi dah heret asben pegi pasar. Plan nak masak laksa terengganu (kuah putih) dan bihun goreng singapore sebungkus. Bajet kedua-dua family dalam 20 orang pastu ajak bff dan pengasuh Daniel. Semua dalam 25 orang macam tu jela termasuk kanak-kanak. Semua beli pagi tu dari laksa, ikan, sayur untuk ulam memandangkan jumaat tu baru cuti. Nak ke market bawak Daniel malam-malam hari memang tak kuasa mami.

Sampai pasar dua kedai jual laksa sold out. Ya allah nak nangis rasa. Pastu nasib baik pak cik jual tu suruh tengok ada satu kedai lagi. Laju-laju check nasib baik available lagi. Aduii. Beli 5kg laksa. Ikan selayang saiz sederhana 3kg. Tapi tak bubuh semua la. Bajet dalam 1kg laksa 5 ekor ikan. Side dish cili tumbuk, belacan, kacang, timun dan taugeh. Laksa kuah putih memang favourite saya tau. Kalut duk sembang duk kehulu hilir lupa nak snap gambar makanan. Kiki.

So menu :
Laksa kuah putih 5kg
Bihun singapore 1 bungkus
Kek birthday chocolate indulgence
Kek minyak (me)
Kek marble(me)
Coklat cake (Adik ipar)
Mini cupcake (Adik ipar)
Apam susu (Adik ipar)

Anggur ais
Tea o panas

Tq adik ipar macam-macam kek dia buat tapi kalut duk dapur sampai lupa nak letak atas meja untuk tetamu. Tak pasal-pasal mami kena habiskan semua. Haha.

Tunggu tetamu datang dalam kul 4.30 petang potong kek nyanyikan lagu selamat. Tahun ni mami pilih kek dengan gambar bus tayo and the gang. Perisa chocolate indulgence. Sedapnya kek.

Mula-mula Daniel duk atas kerusi tu excited jer tengok kek tayo. 


Masih excited lagi..


Masa tengah nyanyi lagi Allah selamatkan kamu...tetiba je nak nangis. Haha.


Mula nak panjat mami sebab sedih sangat. Sedih ke terharu ke apa mami tak tahu la.


Huwaaaa. Dia menjerit okey. Marah campur sedih. Haha. Tapi semua terus nyanyi je sambil duk gelak2 kan dia.


Pastu tukar mami tak layan kan nak panjat papa pulak. Then tukar nyanyi lagu selamat hari jadi pulak. Baru lah kembali senyum.


Potong kek senyum je. Hahahahaha. Macam-macam lah awak ni Daniel.

 



Terima kasih semua yang tolong mami. Suami, mak, kakak,anak sedara..family mertua..ma,adik ipar,biras..bff yang datang. Jemput dia jugak sebab husband n wife dah macam adik beradik kami dah. Then jemput family pengasuh jugak. Sebab dah minggu last jaga Daniel kan.


Tq my student. 1st batch alumni yang kebetulan datang kenduri singgah rumah saya. 5 tahun tak jumpa. Cepatnya masa berlalu.


Pengasuh Daniel. Mok Fa dan Pok ji terima kasih jaga Daniel macam anak sendiri.

Family in law kesayangan. Dorang ni memang kaki selfie. Haha. Tuan rumah ni memang tak sempat sangat nak bergambar sakan. Gambar dengan family sendiri pun lupa ambik. Haha.


Again. Geng-geng ayah semua takde duk melepak sembang-sembang kat luar.


Dua insan kecintaan. My husband and his mom

Mami belikan Lego guna voucher Lazada. Haha. Papa belikan dua bijik lori bomba ke apa tu. Tq pengasuh Daniel belikan meja study. Haha. Tq mak sedara belikan hadiah baju dan towel.

Alhamdulillah settle niat mami nak buat makan adik-beradik sempena Daniel meningkat usia 3 tahun.



Thursday, 27 December 2018

Daniel Asyraf turns 3

Salam uollss

22 Dis 2019 genap usia anak mami tiga tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Anak yang lahir dengan emergency ceaser sebab lemas kemudian 38 hari duk kat nicu dulu sekarang membesar dengan sihat. Syukur sangat mami rasa. Mami dulu ingat dah tak dapat dapat timang awak, dukung awak. Masa tu mami pasrah je kalau tiba-tiba Allah pinjamkan awak seketika. Tapi doa tak putus-putus Alhamdulillah Allah perkenankan doa kami semua awak sembuh dan boleh keluar spital.

So jomlah kita throwback gambar awak dari start mami dapat riba dan direct bf awak sampai sekarang super aktif dan macam-macam ragaman.










Nah sekarang macam-macam akalan. Paling mami geram bila senyum tu. Ish geramnyaaaa. Tengah marah pun mami cair nak.

Doa mami semoga anak mami membesar jadi anak yang soleh, menurut kata mami papa, cerdik dalam pelajaran, hormat orang tua dan punya nilai pekerti yang mulia. Aamiin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...