Para Pengikut..

Thursday 30 October 2014

Kenduri sepupu sepapat.

Salam uollss..

Hari tu pergi kenduri anak sepupu asben kat Kemaman. Pegi dua buah kereta. Akad nikah malam Khamis saya tak pegi pon. So hari kenduri of kos la kena datang awal-awal pagi. Heee. Bukan nak tolong pon, tolong menyibuk jer. Diorang surimahtangga kat taman tu semua pakat tolong da. So, kami anak beranak kemari-kesinun je buat-buat sibuk. Haha.


Dalam kereta jom kita selfie, wefie dulu. Yang belakang dua orang adik ipar la. Eh, ada kisah di sebalik shawl brown aiolls pakai tu. Sebenarnya bawak balik dress tu takde tudung nak pakai. Pastu konon nak ajak la asben terjah kedai beli shawl.

Balik rumah adik ipar tunjuk la shawl baru dia siap ada tag harga lagi. 
"Eh, kaler tu matching la ngan dress Kak Long" siap lari-lari kita masuk bilik bawak shawl orang nak g match ngan dress kita. Haha. Dasar kakak ipar.  


Tu la adik kita tudung pink tu. Dia memang baik hati. Tak bleh kalau kita cakap cantiklah, berkenannya kak long tengok. Terus cakap "takpelah kak long, ambiklah" fine. Bermurah hati sangat awak ni Ateh. Kak Long is terharu sangat ni. Nak bagi duit pun dia tolak. Dia cakap kalau nak bayar sangat bagi RM50. Kuang ajo sangat style tak nak bagi orang bayar. Hakhak. I luv u Ateh!! Nanti Kak Long ganti dengan shwal lain tau.


Haha. Pastu bila tengok balik gambo bawah ni kelako pulak. En.beliau suruh tengok tangan dia macam kena ruam ke ape ntah. Tapi isteri pulak kebetulan gigih duk selfie. Haha. Ampun maaf dipinta asben.

Sampai je mari kita bergambo kat pintu gerbang dulu. Pelamin kat bawah kanopi hujung sana.


Masuk-masuk jer terjah bilik pengantin. Pengantin pon tak bersiap lagi. So, kemas-kemas bilik susun hantaran atas katil.



Pengantin tak nak masuk gambo. So anak menantu Puan Siti Marina je bergambo.


Meriah jugak kenduri Alang (anak sepupu asben) ada DJ, ada silat, ada pemain kompang.


Bingit sangat kat luar, so kitorang duk dalam rumah je. Konon-konon jadi tuan rumah la.

Dua kali makan jugak. Kul 11.00 lauk dah masak makan nasi minyak dulu, coz pagi tak breakfast pon. Kemudian penat gelak-gelak sembang-sembang keluar makan bubur pulut hitam pulak. Tapi saya lagi prefer bubur kacang la. Yang ni tak kena sangat dengan selera saya. Eh, apa ko ingat ni kenduri ko kawin ke nak memilih-milih. Hehehe.


Adik ipar dan biras pulak duk meratah daging sampai dua pinggan. Hehe. Ni memang hantu gulai daging kenduri ni. Hehe.


Pengantin dah siap tunggu rombongan pengantin lelaki. Diorang berdua ni jodoh panjang jugaklah. Sama-sama belajar dari sekolah dulu sampai ke kolej. Kebetulan pulak belajar dekat kolej tempat saya kerja. Kebetulan sangat. Ingat masa kapel ngan en.beliau dia ada cakap anak sepupu dia study kat kolej saya keje ni. Eceewah..Gigihlah daku stalk anak sepupu pakwe kan. Hahah.

Pastu bila jumpa Alang dia plak konfius nak panggil Cik Fizah ke?ke panggil Kak Fizah?hehe.sukati la. 










Pastu sibuk-sibuk sangat kesana-kemari boleh plak saya lupa nak bergambo dengan pengantin. Hehe. Takpelah.. Kepada Alang & Pie, selamat pengantin baru, moga bahgia sampai ke anak-cucu ke akhir hayat. Semoga hubungan korang dilimpahi rahmat Allah senangtiasa.

Wednesday 29 October 2014

Pantai Teluk Cempedak.

Salam uollss..

Hari tu pegi Kuantan ada urusan skit. Ewahh. Jauhnya urusan ko sampai ke Kuantan kan. Hehehe. Tak payah nak honeymoon bercuti sangatlah coz pegi ngan en.beliau dan kawan-kawannya. Tapi sebab kawan baik hati, lepas urusan semua siap ajak jejalan kat Pantai Teluk Cempedak lagi. Theeee.

Acap kali dah datang sini, tapi en.beliau tak pernah pun ajak naik titian tu sampai pantai seberang sana. Tup-tup kali ni tiba-tiba je ajak. Dah lah masa lalu situ ada couple kena serang dengan kera sebab dia bawak makanan. Menjerit-jerit si awek. Nasib baik kera nak makanan jer. Takut jugak. Kan ada kes orang kena cakar dengan kera. Serammm.

Tapi asben cakap kalau tak  bawak makanan ok je. kera tak kacau pun. Kita nak keluarkan camera n hp pon takut, kang tak pasal dia bawak lari masuk hutan. Naya jer. Tunggu kera takde baru kuarkan camera. Tu pun pegang erat-erat.






Wahhhh. Cantik jugak pantai belah sini. Ramai je orang mandi-manda. 

Lepak-lepak sembang-sembang berjenaka dengan kawan-kawan dia semua lepas tu terus balik. Dah gelap macam nak hujan daa..


Bye TC, till we meet again =)

Tuesday 28 October 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%.



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale.

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !!

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Monday 27 October 2014

Burger KLCC sedap di Dungun.

Salam uollsss..

Hari tu tengok adik ipar update moment dia gambo burger. Sedapnya, terliur Kak Long dibuatnya. Lalu reply comment ayat sadis-sadis skit terus adik ipar belanja. Hakhak. Saya start cuti Rabu lepas sampai Ahad. Asalnya tak plan pun nak cuti hari Khamis. Tapi sebab ada hal urgent kena pergi Kuantan so cuti la jugak. Nasib baik boss baik hati. Hikhik. (Hye boss #lambaitangankatboss)

Malam Rabu tu keluar ngan adik ipar yang berdua itu lah. Kedai burger ni lokasi kat Pantai Seberang. Lepas jambatan Dungun. Eh, langsung tak teringat nak ambik gambar kedai. Kedai apa lupa pulak nama. Haha. Adik ipar call siap-siap nak order. Sampai je burger dah siap. order burger KLCC share 3 orang coz saya ngan en.beliau tak makan burger daging. So, ambik ayam la. 
Then makan kat Taman Arena Merdeka. Sampai-sampai je terus en.beliau cilok KLCC tingkat atas tu. Lapar sangat la kononnya. 

Adik ipar kesayangan. Tq belanja Kak Long sentiasa. Semoga murah rezeki uollss. Air sirap, air barli lain kali belanja lagi. Ehh. 


Kenyang betul makan burger. Dah la mayo dan sos banyak tak kedekut. Meleleh-leleh mayo.


En.beliau dah kenyang terus usap-usap kereta.


Tak dapat review lengkap la tak ingat nama kedai. Next time saya pergi saya snap gambo okeyyy. Daaaa.

Sunday 19 October 2014

Tema annual dinner 2014.

Salam uollss..

Tahun ni dinner awal la. Biasa bulan Disember. Ni bulan November. Bulan depan. Tapi risau jugak. Macam tahun lepas tengah-tengah musim tengkujuh okey. Sampai takut nak pergi sangkut dalam banjir tak dapat balik macam nerr?? tu pun masa balik dapat wasap dari kawan-kawan yang ada tanah runtuh la, ada pokok tumbang merentangi jalan lah. Macam-macam. Takott. Hope tahun ni dipermudahkan semuanya.

Semalam baru bagitau husband pasal dinner (nama panggilan manjer terpaksa ditukar)
"Awak, tengah bulan depan saya nak g dinner boleh?"
"Pegi jela, buat apa nak bagitahu" (ni nada jeles ke nada tak bagi kebenaran neh??)
"Yela, kenalah bagitahu mintak izin takut awak tak bagi pergi"
"kalau saya tak bagi kebenaran macam mana. Hurmmm. Tak payah pegi lah"
"Saya pujuk la sampai awak bagi"

Kahkahkah.

Motifnya kalau bagitau tu bukan nak mintak izin pun tapi dah memang nak pegi, orang tak bagi pon beria-ria pujuk lah sampai dia bagi. Hehehhe. Tengkiu husband.

Tema Annual Dinner tahun ni Theater Masquerade.

Tahun ni ai insap skit. Pakai baju recycle jer. Jimat. Hehehe. Baju dinner lepas-lepas dua helai dalam gerobok tu sape nak pakai ha??

So, misi mengetest baju-baju recycle yang mana muat. Maklumlah ai kan dah menternak banyak sangat lemak neh. Hehehe.

Thursday 16 October 2014

Trip to Penang (Day 3) - Interactive Museum Only in Penang

Salam uollss..

Eh, ada lagi rupanya entri Penang. haha. Kemain sampai berabuk bersawang. Heeee..Ni entri last ke Penang la konon-kononnya. Kalau ada pon lepas ni edisi #throwback la.

Baca dulu :
Trip to Penang day one
Trip to Penang day two
Trip to Penang  day three (Fort Cornwallis)

Lepas pegi Fort Cornwallis hari tu kami ke Museum 3D atau Interactive Museum. Sebab itu hari tak sempat nak masuk. Bergambar kat luar jer. No macam mana pun nak masuk jugak.

Gambo ambik dari mana-mana ni. Gambo rerawak la eh. Banyak dari student. Hikss. Aiollss malas dah nak taip caption neh. So tengok gambar je la yerk.





































Fuhhhh..penatnya namun seronok sangat. Kenangan yang tak mungkin dilupakan-kaki melecet, jalan kaki jauh-jauh, berebut naik rapid, coconut shake mabeles,nasi beriani dan semuanya lah. Nanti ada masa yang lapang kita jumpa lagi yer. InsyaAllah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...