Para Pengikut..

Klik Me =)

Wednesday, 1 October 2014

Baju Raya Haji

Salam uollss..

Wahhh. Gigih nau nak buat baju raya haji. Hehehe. Dulu zaman bujang takdenya nak buat baju raya haji ni, kalau ada mak-mak sedara buat majlis korban recycle je baju raya tak pun baju pergi opis. Heeee. Bila dah kahwin lain pulak jadinya. Umah mil selalu pagi raya kitorang pegi jalan-jalan raya jugak especeli umah mok (tok). Jadi buat jugaklah baju baru sepasang. Tupun saya akan buat baju yang boleh pakai pergi kerja. Bukan baju merelip-relip pon.

Weeehuuu. Pastu kat group whatapp BFF kitorang plan nak pakai baju kaler sesama even masing-masing duk tempat jauh-jauh. Mekasih whatapp merapatkan silaturahim =)

Jadi diorang duk pakat pilih kaler ROYAL BLUE. Cantik jugak. Aiolls suka jer kalau kaler yang meriah macam tuh. Hee...Pastu masa jalan-jalan kat Penang hari tu jumpa la songket. Wahhhh. Berkenannya. Tak pernah pulak buat baju berasaskan songket. 

Terus grab yang kaler biru tuh.


Then carik kain kosong kaler biru. nasib baik ada kat kedai yang sama. Kain tu macam satin tapi taklah berkilat sangat. Kain lembut jer. Ai like.


Ni lah songket yang saya beli. Plisss la cakap cantik. Hakhak.


Pastu tempah kat tailor Kampung Duyong (ceh bajet macam semua orang kenal Kg Duyong). Hehehe. Tailor ni opismate saya yang rekemen. Saya buat baju mini kurung, kain lipat belakang. Semalam dah siap baju. Try pakai baju ngam-ngam ngan tubuh. Pandai tailor ni jahit. Puas hati sangat. Pasni nak tempah kat ahkak tu lagik.

Pastu beli shawl butterfly kaler ala-ala pink. Konon nak matching ngan en.beliau. Dia tak mau bazir beli baju melayu so recycle raya jer katanya. Huhuk.

Tak sabar nak balik raya umah famili in law =)

6 comments:

  1. jarang buat baju raya untuk raya haji nie

    ReplyDelete
  2. Siti Rohaida Yusof : Kita pon jarang jugak.heee..ni kira buat untuk pakai g opis skali =)

    ReplyDelete
  3. mesti meriah raya haji kat umah MIL awk.. hehe.. sy macam biase beraya di perantauan.. uwaaa

    ReplyDelete
  4. sis : Hehe.biasa2 je awak =)

    ReplyDelete
  5. banyaknya iklan best2 dekat blog nie.. ade iklan proton, iklan Sime Darby,


    ngehngehngeh

    ReplyDelete
  6. HH : alang-alang singgah tu rajin2lah jari tu klik iklan sy.haha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...