Para Pengikut..

Showing posts with label my wedding. Show all posts
Showing posts with label my wedding. Show all posts

Friday, 9 March 2018

Happy 6th anniversary papa & mami

Salam uollss..

9/3/12-9/3/18

Dah 6 tahun dengan sorang anak ni dah takde ayat2 jiwang la nak tulis. Hahaha.

Pesanan ai satu je. Kalo masa kapel korang selalu gaduh merajuk dengan pasangan jangan risau n rasa dia bkn jodoh sebab asyik duk gaduh jer. Kawin la cepat2 nescaya dah kawin xde gaduh2 dah. Hahaha. Itu kami la. Korang try la dulu. Semoga berhasil 😂

Masa kapel dulu tahap merajuk tu boleh dikatakan sebulan sekali la. Hahaha. Sampai ma msj kat ai "fizah nanti iwan col fizah angkat eh. Jadila baloh2" semua mende nok citer ke mak dia 🙄. Hahaha. Sekarang semua pasal dia kita ngadu ke mak dia pulok.

Tq b, jadi seorang suami yang penyabar untuk ai n Daniel. Semoga ai boleh wish ucapan ni untuk u jer sampai tua nanti, sampai akhir hayat kita. Aamiin ❤❤❤

 (Haha. Cnp wish kat ig jela)

Jom kita throwback gambar 6 tahun lepas.
















Tqvm semua yang wish kat ig, fb n ws.

Thursday, 9 March 2017

5 tahun sudah 😘

Salam uollss..

Hari ni 9Mac. Masa ni lima tahun yang lalu saya tengah duk nebes tunggu malam ni. Tunggu diijabkabulkan dengan lelaki bernama Zulriduwan. Ceewah. Skema betol.


Alhamdulilah lima tahun berlalu. Orang cakap 5 tahun ni fasa pertama perkahwinan penuh liku-liku kan. Yeah. Semestinya. Malas nak story cini yang penting alhamdulillah syukur sangat dikurniakan seorang suami sebaik dia. Terima kasih allah. Gaduh kecik tu biasalah cuma jangan lah ego sangat. Kalau suami ego kitalah banyak mengalah. Kalau tak sampai bila tak sudah. Nasib baik ai jenis yang cool, penyabar, positif. Haha. Masuk bakul angkat sendiri jap. 

Alhamdulillah jugak dengan kehadiran Daniel makin bertambah melengkapkan keluarga kecik kami. Wei ada jugak yer wish mintak adik Daniel. Senang betul ahkak yer. Ingat boleh uli2 macam buat kek ke. Haha.

Terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraan kami. Semoga allah membalasnya buat kalian jugak. Semoga allah panjangkan jodoh perkahwinan kami sampai akhir hayat kami. Aamiin.

Monday, 9 March 2015

Tiga tahun yang lalu =D

Salam uollss..

09.03. Malam ni kita akan dinikahkan dengan jejaka pilihan hati,ececece. Nebes ni. Semua kerja serba tak kena. Risau jugak. Macam mana tetiba bakal suami jadi speechless masa jabat tangan ngan tok imam. Hahaha.

Alhamdulilah tu tiga tahun lepas punya debaran. Semuanya Allah permudahkan. Tiga tahun dah??kejapnya. Rasa macam baru tiga bulan je. Hakhak.

Terima kasih Allah kurniakan dia untuk saya. Walaupun dulu selalu prasangka negatif, boleh ke dia itu,boleh ke dia ini. Tapi dah Allah cakap dia lah jodoh kita, jumpalah cinta pertama sebelum dia yg berpisah bagai nak gila..jumpalah cinta2 lain selepas dia pun tetap akhirnya dengan dia jugak.
Alhamdulillah, punya dia yang menjaga saya sebaiknya. Semoga Allah panjangkan jodoh kita, untuk menjadi tempat menumpang bahu dikala kedukaan, menumpang senyum dikala kegembiraan. Terima kasih atas kebahagiaan ini Allah.
So, terobek gambo kawin sikit boleyyy??






Hurmmm, sayu dengar wish asben.."Semoga Allah panjangkan umur kita dan makbulkan doa-doa kita syg" InsyaAllah. Aamiin..

Monday, 7 May 2012

The making of Outdoor Photoshoot

Salam uolls

Alhamdulillah. Dah hampir dua bulan bergelar isteri Mohd Zulriduwan bin Othman. Hari ni nak mengimbau kenangan outdoor photoshoot session pulak. Kemain kan. Hari ni baru terhegeh-hegeh story. Nak buat macam mana. Time takdak idea ni la masa nak flash back kan.


Penat kot berphotoshoot. Lepas penat tunggu pengantin laki, penat tersenyum-senyum atas pelamin, penat cover masa makan beradap, penat duk layan kerenah-kerenah macam-macam. Lepas tu Asar. Lepas Asar penat berkejar-kejaran untuk ke lokasi. Nasib baik ada Cik Yatie. Drive kereta Cik Yatie menuju lokasi.
Pastu Jojo pun gedik nak ikut. Sebenarnya saya gedik ajak sebab nak dia snap gambar behind the scene. Melompat la Jojo kesukaan sebab dah memang kaki suka berjalan. Kan Jojo.

Ya. Gambar-gambar di bawah adalah hasil capture by Jojo. Mekasih Jojo.  

Jadi gambar kebanyakkannya tidak pandang tepat camera Jojo. Sebab duk fokus kat OP kan. Tapi Jojo tetap semangat snap. Yeah. Jojo. Kau mampu jadik photographer amatur. Terharu tak?


Penat duduk. Berdiri. Duduk. Berdiri. Nasib baik en.beliau tak meragam (bajet en.beliau anak umor 3 tahun kan). Biasala en.beliau tak suka sangat bergambar kan. Tengok jela tiap kali saya snap gambar enterprem peace mesti dia sound 'Rosak la hp tu nanti'. Yeah. Tapi buat muka tak paham. Buat muka tak bersalah. Uwekk.
Berjayakah en.beliau mengangkat beban seberat 50 kg.
Mari kita saksikan...

Yeahaaaa. Tahniah.
Ni kena paksa berlari pulak dalam rumput setinggi peha tu. Habisla beading baju tersangkut pada rumput dan lalang. Ampunkan saya empunya butik pengantin.



Auwww. This time sebab kesian kat Jojo jadi kami pandang dia jugak. Suka la tu kan.


Tension nak baling. Sebab bila saya baling hb mesti hb tu terbang ke belakang. Macam mana nak sambut kan. Dasar tangan senget kot. Akhirnya en.beliau sendiri baling sendiri sambut.


Kesinambungan dari part kejar-kejar tadi. Lari sungguh-sungguh hati.

Silau. Panas. Terik.

Bob my OP.

Kekawan yang gumbira join jugak outdoor. Best-best korang ada. Rindu korang ketat-ketat.


Yeah. Agak-agak siapa yang bakal menyusul saya?



Rupanya korang senang hati lepak hirup udara segar yer.
Cemak, Ani dan Rose.

Rifqy datang jugak. Ayah photograper maka anaknya mestilah pandai bergaya.



Dan inilah yang dinanti-nanti. Tukang snap gambar behind the scene.
Sempat lagik kau berphotoshoot kan.



Wednesday, 28 March 2012

Review : My simple version of diy HB

Salam uolls.

Kemain kan diy HB. Macam la bombastik sangat. My HB very da simple one. Actually saya dapat dua HB sekali dengan pakej pelaminan tu la. Tapi sebab dah tengok pengantin lain pegang HB tu tru fb. Then saya rasa 'Owwhh..nanti kalau berada dalam genggaman saya pun hasilnya mesti macam ini lah. lohh.'. Jadi kalau nak kelihatan tak sama macam HB orang lain haruslah diy sendirik.

Saya bangga genggam HB sendiri walaupun saya tahu ia tak cantik macam HB orang lain. Sob. Menangis mintak simpati. Dan yang penting HB tu saya guna untuk ketiga-tiga acara. (Akad nikah, sanding & outdoor photoshot) Haha. Ada haku kesah.


Ni bunga asal. Bunga ni murah jer. Tak ingat berapa harga. Sengaja saya beli yang ada ruang besar kat tengah-tengah bunga sebab nak ganti stigma dengan brooch. Errr. Stigma eh nama dia. Kan. Saya pilih combination pink ngan putih (tapi takla putih macam baju sekolah tuh). Macam kuning susu gitu la. Becoz nak pakai untuk tiga-tiga event. Jimat uolls.


Weee..Setelah bertungkus lumus (ceh. Macam susah je kan. Padahal semudah ABC je kot). Brooch tu saya beli kat ruang legar Mydin Mall. Ada gerai yang just jual brooch. RM10 5pcs. Saya beli 10pcs. Dats y la HB saya kecik cinonet jer. Muahaha.

Opss. Kat sebelah tu ada satu lagi HB. Yang tu saya saja-saja buat buang masa terluang. Sebab tengok tutorial semudah ABC then try. Tapi sebab material dia kain so malas nak susahkan diri fikir cara terbaik untuk jadikan ia kembang semangkuk. Lepas ni nak buat sepit rambut jual kat kawan-kawan anak buah. Haha.


Asyik-asyik upload gambar ni jer kan. Yeah. Dalam umah lighting agak gelap. Jadi gambar pun ntah hape-hape jer. And then tudung tu menjadikan muka saya bulat. Dan benci sangat tengok. Bye.
Pengantin laki sampai. Terima kasih tukang bawak payung a.k.a student.
Psstt.. HB saya tu tangkai panjang kan. Actually bila dah lilit riben baru sedar ia amat panjang. Dan malas nak bukak balik riben tuh. Muahaha.

Bersama blogger yang datang. Mekasih sayamss. =)
Cepat-cepat. Siapa tak dapat HB dia kena belanja roti tempayan. Errrrr.

Mekasih jugak kawan-kawan yang berebut tak nak sambut HB. Tapi dipaksa berlakon. Haha. Sebab memasing tak nak kawin dulu.

Finally..
Semekar bunga-bunga HB, mekar lagi cinta saya pada kamu.
Mekasih husband.
=)

Owwhh. Sepetang berada dalam rumput sangat menyiksakan.
Next time review pasal outdoor pulak. Daaaa..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...