Para Pengikut..

Showing posts with label wedding preparation. Show all posts
Showing posts with label wedding preparation. Show all posts

Monday, 10 February 2014

Warna peach untuk tema perkahwinan (Peach color for wedding theme).

Salam uollss..

Macam nak kawen sekali lagi jer bila gugel pasal kawin-kawin neh. Ehemm. Dengan orang yang sama okeyyy. Hehehe. Jom kita gugel pasal tema kaler peach. Sesapa yang pilih kaler peach untuk tema korang memang dah tak salah pilih dah. Memang cantik sangat kaler peach ni tau. Lembut lemah gemalai jer. Heeee.

Suka tengok kombinasi kaler neh. Ada kuning, jingga, peach, soft pink, cream..Semua soft belaka.

Kalau tak gugel tak tahu kan. Rupanya banyak jenis jugak kaler peace neh. Nama macam-macam pulak tuh. Nah, sekarang decide nak kaler apa sebenarnya. Heee..


Sumber :


Peach-Pink

Peace-Gold
Peace-Mint-Pink

Pink-White-Silver

Tapi tak semestinya nak kombinasikan dengan kaler senada kan. Boleh jugak color blocking skit. 
Peace-Blue

Peach-Lavendar
 
Peach-brown-black
Sumber :

Peace-Aqua-Ivory


So, dah dapat idea nak combine warna apa??

Wednesday, 26 September 2012

Hantaran dalam Taman

Salam uolls.

Hari tu masa kawin saya gubah sendiri hantaran. Gubah simple jer. Saya gubah untuk kedua-dua pihak. Dua-dua selit-selit bunga. Jadi mari bagi tema hantaran ini 'Hantaran dalam Taman'. Heehehe.
Bakul hantaran tu saya beli kat Cowboy. Sekarang nak sewakan pada sesiapa yang nak sewa. Hiks. Nak jual sayang la.

Mula-mula susun gabus dalam bakul tu.
Adjust2 sket ikut keadaan barang hantaran.
Kemudian cucuk la bunga-bunga tu.
Nak bagi variasi sket beli saiz yang berbeza.
Ada yang besar n ada yang kecik.
Bunga kecik selit je mana-mana ruang yang sesuai.

^__________^

Simple jer.






Too crowded. Ada haku kesah. Heee. Asalkan ada barang dalam hantaran tu sudah.

Parfume. Kotak parfume tu kat ada bunga-bunga tu sebenarnya ada gift. Beg tangan yang kecil molek sesuai bawak pegi dinner. Tapi bila selit dalam tu bersama parfume macam pelik la pulak tengok. So, tengah-tengah ruang tu saya sumbat gabus dan cucuk bunga-bunga kecik tuh. =)



Hantaran dari jarak jauh sikit. Penuh dengan bunga je kan. Muahaha. Hantaran dalam Taman katakan. Heee.

Ada ke nak sewa? Ada ke? Kalau ada boley email me :

atau klik kat FB saya disebelah okay =)


Monday, 20 February 2012

Updated : 17 days to go

Salam uolls.

Haccummmm (bersin) . Sampai bersin masuk entri sendiri. Nak buat macam mana lama sangat blog dibiar berhabuk bersawang. Kering idea dah nak menulis. Sebab fikiran asyik memikirkan macam-macam perkara sampai tiada ruang untuk membebel.

17 hari mencari cinta (ceewah. macam tajuk cerita la pulak. eh, tajuk cerita ke tajuk buku? lantakla)

Cuma nak updated perkara yang belum 100% siap.

1. Baju nikah
Sabtu minggu lepas saya dah terjah kedai tempah baju nikah tu. Baju simple jer. Kurung moden jer. Alhamdulillah baju dah siap. Cuma kain agak longgar skit. Jadi tukang jahit nak baiki lagi. Sabtu ni nak roger akak tu dah siap ke belum. Harap dah siap. 

2. Veil 
Ini lah yang menjadi masalah sekarang. Saya macam nak sewa jer veil. Al maklumlah sangat malas plus tak reti plus takut outcome tak memuaskan jadi baik sewa saja. Cuma nak sewa kalau boleh nak tengok depan mata supaya boleh match in dengan naik nikah tu. Jadi sabtu ni nak tanya Butik Perkahwinan tu boleh tak kalo nak sewa veil sahaja. Harap dapat.

3. Pelamin etc
Sepatutnya Sabtu lepas pergi fitting baju. Tapi my encik tunang pulak sibuk. Saya pulak ada karnival kat opis. Jadi Sabtu ni InsyaAllah kami menerjah Butik Perkahwinan E'wan. Yahooo. Tak sabar nak jumpa kamu. Errr. Bukan kamu en.beliau. Tak sabar nak jumpa baju sanding kita nanti. =p

4. Mini Pelamin
Sebab nikah kat rumah plus pelamin sanding luar rumah jadi kena buat jugak mini pelamin untuk nikah. Yang ni masih kabur-kabur tak tahu nak design yang macam mana becoz sekarang saja ada 5 sketch idea untuk mini pelamin. Sebab tengah meeting pon sempat lagi sketch idea. Fine. Yang penting kena beli dulu material dan bunga untuk deco.

5. Hantaran
Barang-barang hantaran ada beberapa lagi yang tak settle macam sireh, bunga telur, coklat, cakes. Yang tu lagi dua hari sebelum majlis sempat la nak siapkan.

Deco hantaran untuk en.beliau dah settle.
Cuma deco hantaran untuk diri sendiri tak siap lagi. Almaklumlah pengantin pompuan sendiri yang deco hantaran untuk diri sendiri harusla cerewet sikit. Hahaha.

6. Wedding card
Wedding card dah lama siap. Akhir bulan 12 dah siap. Cuma sekarang baru nak edarkan. Jumaat lepas saya dah ikut mak edar kad kat rumah sedara mara mak, besan dan kawan lama dia. Fine. Mak jumpa kawan zaman sekolah rendah dia. Riuh rendah satu rumah tu diorang duk sembang.

Wedding card untuk anak murid pun dah edarkan. Baru separuh yang datang tuntut card. Haha. Jadi kawan-kawan lain tunggu saya edar dis weekend yer.

7. Deco dalam bilik pengantin
Tadi lunch hour keluar beli frame gambar. Ada sesuatu yang akan dibuat pada frame tersebut. Harap-harap menjadi la yer. Thehee. Tu untuk deco dalam bilik. Bilik dah cat. Mekaseh abang tolong cat. Untung jugak ada ramai abang dan adik laki. Hehe.
Perabot akan sampai akhir bulan nanti. Harap perabot yang diorder tu sampai ikut masa.

8. Dokumen nikah
Alhamdulillah. Semua dah settle. Dah hantar kat pejabat agama. 3 hari sebelum nikah pergi ambil balik dokumen tu semua. Macam-macam hal yang berlaku dalam proses menyiapkan dokumen tu. Dah la en.beliau lain daerah. Jadi prosedur lain sikit. Nama ayah dalam ic saya dan ic ayah pun lain. Kena jumpa pesuruhjaya sumpah lagi. Adoiiii. Sabar jela. Yang penting semua dah settle. Rasa lega sikit disitu.

Ok. Rasanya tu je kot update untuk kali ni. Seminggu sebelum hari kejadian akan updated lagi InsyaAllah kalau berkesempatan. Anyway, sesapa yang tahu kat mana-mana saya boleh rent veil just let me know.
Sob. Sob.




Sunday, 29 January 2012

Aktiviti suka-suka

Kemain kan. Dah bizi-bizi pun sempat lagi mengarut buat aktiviti suka-suka.
=)



Wednesday, 25 January 2012

Update : 25 Januari

Salam uollls.

Rasa masa sangat mencemburui saya. Boleh tak saya nak 48 jam sehari? Errr. Tapi tu pun tak tahu la cukup ke tak. Rasa macam nak klonkan diri sendiri bahagikan tugas IzaFiza original berada di opis. IzaFiza klon berada dirumah menyiapkan apa-apa yang patut. Adoi. Tengokla. Sampai kesitu fikirnya. 

Sekarang dah jarang menjengah di group b2b 2012 sebab saya tahu kalau buka facebook masa akan berlari macam kijang (okey. Kenapa kijang mendapat nama?). Jadi kurangkan kegiatan di FB. Tapi blog tetap kena update (kalo berpeluang) kerana ini ibarat diari. Nanti anak nak tanya "Mama, dalam blog mama takde pon cerita pasal mama gubah bunga telur. Tiba-tiba siap. Mama tipu ey" (Okey. Berhalusinasi lagi). Abaikan saya.

1. Sekarang ni saya baru mula mengubah bunga telur. Mula-mula try buat bunga ntah apa-apa. Sampai mak cakap. Beli yang siap jela. Haha. Tapi tak give up. Orang cakap usaha tangga kejayaan kan. Perghhhh. Cakap macam nak start bisnes kan. Target bunga telur = sehari 2 pcs. 

2. Tengah hari tadi kedai cetak kad kahwin call bagitahu master atau dummy dah siap. Jadi dia suh datang cek ejaan nama tarikh semua betul ke tak. Alhamdulillah semua ok. Hari Sabtu dah boleh ambik 100pcs dulu. Sebab mak nak bagi ke sedara mara jauh-jauh yang kebetulan nak datang Sabtu ni. Jadi tak payah susah payah bermadah bertandang ke rumah mereka.

3. Paper bag dah beli. Cuma beli untuk satu versi dulu. Versi kedua kena beli yang tahan lasak skit. Maklumlah nak masukkan glass jar. Aspek keselamatan kena jaga. Ceewah. Sebab saya pernah tengok budak kecik hayun-hayun door gift yang dibawa sampai terpelanting kuih bahulu. Adoi.

****

Wah. Kembar tarikh lahir sama dah tunang. Dah ikut jejak langkah saya. Kau jangan kawin dulu dari aku tau Nani. Jangan langkah bendul wei. Haha. Selamat bertunang sayang. Semoga bersabar dan sentiasa cool sepanjang menjalani tempoh bertunang. =)






Sunday, 22 January 2012

Beli doorgift di Cowboy

Salam uolls.

Kemain kan. Hari tu ushar kedai barang kahwin kat area Kuala Terengganu neh. Dah budjet nak beli itu ini banyak tu banyak neh. Last, menerjah Kuantan. Semata-mata nak menerjah Cowboy. Ingatkan Cowboy ni jual barang kahwin jer. Rupanya macam-macam ada. Dari makanan sampai la lesung batu semua ada.

Dah la nak cari kedai tu sesat dulu dua round. Call student yang biasa area Kuantan. Tu pun sesat jugak. Last tawakal carik sendiri. Jumpa jugak. Gilew excaited masuk tengok macam-macam ada. Nasib baik mood en.beliau masa tu ok. Jadi dia follow je saya kesana kemari. Haha. Maceh kamu. =D

Banyak jugak kami borong. Nasib baik muat my bff. Kalo ajak orang lain sumpah dia kena balik sendiri naik bas. Hehe. Budjet yang asalnya dekat 2k. Bila beli situ tak sampai 1k la. Cuma paper beg tak memenuhi kehendak saya. Cari kat Terengganu la jawabnnya.


Banyak sangat beli sampai tak muat bakul. Kitorang pun susun tepi tiang mintak tolong salesgirl tu angkut bawak turun bawah. Adalah dalam 5 troli jugak. Nasib baik diorang rajin nak tolong tolak sampai kat kereta. Siap tanya en.beliau tuh "Nak kawin ke bang?". Haha. Adik ingat kami nak bukak bisnes ke? Bila dah sumbat penuh seat belakang n bonet kitorang pun duk mengira duit keluar dan bakal keluar. Tiba-tiba saya teringat satu benda.

"Bunga saya tadi mana?"

Haru!! Satu troli tertinggal kat cashier. Sebab troli tu barang-barang bayar tunai. Jadi duk tersorok tepi dinding. Tak perasan la masa diorang tolak troli tadi. Diorang pun maybe ingat tu troli orang lain punya. Haha. En.beliau bergegas pegi amik. Takut jugak. yela dah bayar ratus-ratus kot tetiba hilang konpem takde orang nak ganti balik.

Ok. Setiap kali berenti trafik light orang akan pandang seat belakang. Fine!

Other preparation for doorgift :
1. Hias reben kat jar
2. Beli paperbag
3. Beli gula2 n cakes

=)



Sunday, 15 January 2012

Plan hari ini

Salam uolls.

Wah. Hari ni sungguh penat. Seperti mengikut Plan untuk esok entri semalam, hari ni kental la meneruskan misi. Paksa en.beliau cuti sehari. Sebab nak ajak bff tiba-tiba dia pulak ada hal. Sob.


1. Tempah wedding card.

Okes. Baru boleh bernafas lega. Tapi tak lega sepenuhnya selagi kad tiada depan mata. Atau selagi kad tak sampai ke tangan tetamu jemputan. Hmm. Sebelum ni saya dah aim satu kedai neh. Harga ok jugak la. Then saya compare dengan online shop tetap kedai tu murah (yes, memang kualiti kertas biasa-biasa saja tapi saya masih boleh katakan ia sangat berbaloi). Sebelum pergi kedai tu hari ni terjah lagi dua buah kedai. Kualiti kertas yang sama saya boleh dapat jimat 20sen untuk satu kad. Jimat kan. Tak rugi kita survey banyak kedai buat muka tak bersalah tanya harga kad semua then blah. Yang penting kita dapat pilihan yang terbaik *BUAT KITA.


Kad simple jer you. Yang paling suka ada sekor rama-rama =)

**28 Januari Insya Allah kad siap.Yeay!!

2. Beli kain langsir.

Semalam ralit duk online then tertido. Sampai tak terukur tingkap dan pintu segala. Macam mana nak beli kain langsir. Sob.

3. Tempah baju.

Yes. Ini pun selagi paper bag berisi kain lace tu semua masih tersimpan elok dalam lemari selagi tu la fikiran asyik terbayang mesin jahit. Dan tadi tak tangguh lagi terus hantar tukang jahit. Tapi hantar ke tukang jahit yang biasa-biasa saja. First time hantar kat beliau. Dan saya harap beliau tukang jahit yang sejiwa dengan kain yang saya hantar.

4. Beli cat rumah.

Yang ni surrender. Serius tak reti pilih. Help me my bro.

5. Beli something for doorgift.

Terima kasih en.beliau. Awak sangat pandai mengkomen. Adoiii. Doorgift dah beli. Tapi sebab takde stok dapat tak sampai 200pcs. Ok. Fine. Semua tetamu akan dapat item yang berbeza.

Ok. Done with the next wedding preparation.


Friday, 13 January 2012

Plan untuk esok

Salam uolls.

Kemain kan siap tulis plan untuk esok dalam blog. Dah macam diari bertulis dah. Eh, tapi memang betul la belog ni ibarat diari jugak la. Diari online kan.

*Susunan mengikut keutamaan.

1. Tempah wedding card.

Actually hari tu saya dah tempah. Tapi sebab lupa bawak sample card untuk peta ke rumah pengantin jadi baru esok nak terjah semula.Card pon dah pilih, dah booking bila nak ambil dan bayar deposit. Wah. Tak sabar tak tengok kad walimatul urus ada nama sendiri. Theeehee.

2. Beli kain langsir.
Ni lama tertangguh dah. Berbuih dah mak pesan suruh beli. Tapi tula. Asyik membizikan diri jer. Last-last esok jugak yang free. Nasib baik la akak jahit langsir tu depan rumah jer. Err. Tapi tak ukur pun lagi berapa meter semua. Tak fikir pun lagi warna apa nak pilih. Kira esok jumpa yang cantik harga berpatutan terus beli la tanpa survey banyak kedai. Sob.

3. Tempah baju.

Err. Kain lace tu saya dapat masa tunang. Kaler ala-ala cream. Esok baru nak tempah. Tapi tak decide lagi nak buat style yang macam mana. Maybe kurung moden jer kot. Cuma tak tahu nak pakai untuk apa. Outdoor shoot atau bertandang. Okey. Macam mak cakap la kot. Buat siap dulu. Kang dah siap dah sampai masa baru fikir nak pakai untuk event apa. Hadoii.

4. Beli cat rumah.
Mak dah pesan kat my bro suruh beli. Tapi dia asyik sibuk jer. Last-last saya jugak yang kena beli esok. Tapi saya bukannya reti bab nak pilih warna. Nak tanya tuan kedai bukannya dia tahu. Lain la kalau tanya tukang cat rumah mesti dia tahu kan. Adoi. Cuma sekarang ni color soft green and soft pink je terbayang di kepala.

5. Beli something for doorgift.
Yang nie saya nak terjah satu kedai yang jual peralatan dapur neh. Sebab dapat members card. So, hope dapat something yang menepati budjet =)

Ok. Dah. Dah. esok hanya ada 24 jam sahaja. Tak kan nak list macam esok ada 100 jam. Adoi. Hope boleh terjah semuanya supaya my mom berenti dari asyik tanya pasal langsir, cat, doorgift, kad, langsir, kad, cat. Heuwwww!*Sigh.


Friday, 6 January 2012

Wedding preparation dilemma.

Salam uolls.

Eh, maaf. Akak lupa nak translate tajuk entri.
Kemain kan dilema bagai. 

Mula-mula ingat nak bubuh counting days untuk wedding day kat side bar belog. Errrr.. Tapi kang tak pasal-pasal cuak setiap kali bukak belog terus tak jadi. Yelah. Dah setiap hari number makin berkurang kan. Mau tak cuak. Jadi kalau nak counting day bukak calendar hp kira manual. Haha.

Ok now jom bersama-sama berdilema.

PELAMIN & so on
Disebabkan saya orang yang buat-buat sibuk. Asal weekend je mesti ada agenda lain selain dari menjengah butik pelamin jadi saya pergi menerjah sebanyak dua kali saja. Tapi ada la dalam lapan butik jugak yang saya terjah. Tu tak termasuk yang saya terjah tru FB atau belog. Dalam ramai-ramai tu saya berkenan dengan Butik E'wan. Becoz saya berkenan dengan sepasang baju warna pink di butik beliau. Kebetulan pulak tema saya pink+biru jadi terus grab that package include the outfit. Bayar deposit RM100.

Bila dah booking ada kawan-kawan cakap agak mahal compare dengan butik lain. And of cos i yang pemalas ni memang malas la nak terjah butik-butik lain lagi. Ada jugak my kazen cakap kena utamakan make up yang cantik dalam memilih pakej tu. Ada jugak kawan saya cakap dia pilih pakej yang ada fotografi siap-siap. Tapi saya pula photographer orang lain, tukang makeup orang lain. Cuma yang pakej tu dia bagi makeup 1 kali. Maybe masa akad nikah la kot. 

Dan ada seseorang tu pulak tak habis-habis cakap TAK PAYAH PELAMIN-PELAMIN LA. Sob. Tapi malas nak layan. I'm sorry. Langsung tak guna duit awak tau. Suka hati saya la nak pelamin in garden ke, fairy tales ke, pedulik hape. Huhu.
BOOKED

DOORGIFT
Ini pun dalam dilema jugak. Sampai ke sudah tak tahu nak bagi apa. Sob.
NOTHING AT ALL

BARANG HANTARAN
Ini lagi lah haru. Memandangkan fmil nak saya deco hantaran from his side jadi saya dah konpius sekarang nak bagi berapa. Fmil dah pesan siap-siap bilangan hantaran tu sama. Kalau dia bagi 7 saya pun bagi 7. Hari tu dah discus dengan en.beliau nak berbalas 9 hantaran. Bila mak duk sembang-sembang dengan mak sedara pulak dia cakap kenapa sikit sangat. 11 la baru ok. Haihssshh. Now saya dah buntu tak tahu nak bagi apa lagi. Adeh.
20% PROGRESS

MINI PELAMIN
Perlu ke saya buat mini pelamin? Situasinya pelamin saya luar rumah. Jadi sebab akad nikah dibuat di rumah, harusla ada mini pelamin kan? Itulah. Saya masih mencari idea untuk d.i.y my mini pelamin. Berangan-angan nak deco sendiri. Tapi angan-angan je la. Harap jadi kenyataan la.
10% PROGRESS
INCIK PHOTOGRAPHER
Saya hire opismate. Beliau memang ambil gambar orang kawin. Harga berpatutan plus saya dah kenal dia jadi ambil gambar tak la segan sangat. Boleh gitu?
BOOKED
CIK TUKANG MAKEUP
Untuk pakej pelamin tu termasuk 1x sesi makeup. Jadi saya pilih diorang makeup untuk nikah. Untuk sanding saya suh fren of mine yang makeupkan saya masa tunang itu hari. Suka sebab dia makeup natural je. Tak over sangat.
BOOKED

BRIDESMAID
Pengapit di kiri kanan pengantin ialah adik laki saya dan kawan pompuan dia. Pandai-pandai la Hafiz Hafizol ko carik sendiri kawan pompuan kau. x-gf ke, gf ke, kekasih gelap ke. Cuma baju untuk pengapit takde lagi. Kesian kan kau HH.

Then ada 9-10 orang dayangs yang comel-comel. Sebenarnya tak terfikir pun nak ajak diorang join. Tapi yelah, bukan senang kan nak libatkan diorang. Alang-alang nak naik pelamin suh mereka turut merasai. Gembira bukan kepalang la mereka-mereka neh. Semangat nak survey kain, satin la hape la. Saya cakap tema pink. So diorang macam nak carik shocking pink. Pandai-pandai korang la anak-anak.
DONE

KAD KAHWIN
Yang ni pun haru. Tak tahu nak tempah berapa. Sebab ayah belum buat keputusan pasti berapa jemputan. Kang kalau tempah banyak xcukup makanan pulak. Tempah sikit terlebih makanan pulak. Tunggu sampai ayah bagi jawapan pasti. Boleh lah saya survey dulu mana yang berkualiti, cantik dan harga berpatutan.
NOTHING AT ALL

BAJU NIKAH dan SANDING
Baju sanding tu pakai yang tempah tu jer la. Cuma masih duk terfikir-fikir nak pakai warna pink atau biru. Nanti masa fitting la kot buat keputusan. Sekarang ni baju nikah dalam dilema. Hari tu masa hantaran tunang saya dapat kain lace kaler cream Then masa dinner hari tu buat baju kaler putih.

Cantik la pulak nikah pakai putih kan. Fikir-fikir nak pakai baju tu jer untuk nikah. Tapi baju cream tu pulak macam mana? Adoi. Betul-betul dalam dilema.

Ok. Dah. Malas dah fikir pasal dilema neh. Nak pergi pasar beli bahan-bahan nak buat nasi ayam.
 (errr. Pektis masak sebelum en tunang request.winkwink)


Sunday, 1 January 2012

Fungsi bridesmaids

Salam uolls..

Memperkenalkan barisan bridesmaids saya..

jeng jeng jeng..

Gileww bridesmaid (bm) saya nak posing cenggini??

Bm ni umpama penyeri dalam majlis. Tambah-tambah waktu diakad nikah kan. Sebab bm akan ada disisi saat debaran pengantin perempuan sampai ke kemuncaknya waktu mendengar 'aku terima nikahnya sekian binti sekian'. Bm ada disisi untuk kesat air mata kesyukuran atau sekurang-kurangnya menghulurkan tisu. Bm jugak beratur penuh sopan mengangkat dulang hantaran. Sebab bm biasanya berpakaian sedondon. Jadi dalam gambar ia akan nampak sangat comel seolah-olah sang puteri dikelilingi dayang-dayangnya.

Saya rasa bm penting jugak kot. Supaya pengantin tak rasa keseorangan. Tak kiralah siapa bm anda tu. Baik sedara-mara, anak-anak buah, kawan rapat atau sesiapa saja. Jenuh jugak nak pilih sapa yang perlu jadik bm. Kalau boleh biarlah mereka sama-sama kenal. Supaya mereka tak kekok nak bergurau senda sesama sendiri. Jugak bm biarlah mereka yang happening. Yang sentiasa buat kita hepi senyum sentiasa. Wah! bm yang baca sila jangan berdebar. Hehe.

Sebab hantaran saya lebih dari tujuh. Jadi saya perlukan lebih dari tujuh bm. Alhamdulillah sudah melamar mereka petang tadi. Ada sembilan orang kesemuanya. Cuma ada 2-3 orang lagi yang belum bagi keputusan pasti. Biarlah mereka cakap saya terlampau eksaited sebab bagitahu mereka sebelum dua bulan akan datang. Memang saya eksaited. Satu lagi biar saya booking mereka siap-siap. Means kalau mereka ada agenda lain hari itu terpaksa cancel yer sebab saya dah booking kamu dua bulan awal. hehe.

Cuma sekarang ni nak pilih tema pakaian. Sila berbincang baik-baik. Harap dapat buat keputusan yang dipersetujui secara aman. hehe. Saya tahu saya tak akan lama disini. Jadi mungkin peluang ini dapat memberi kenangan antara saya dan mereka. Sayang kamu banyak-banyak my future bridesmaids.
=))


Friday, 30 December 2011

Edisi membebel di hujung minggu

Salam uolls.

Oh. Rasa macam dah dua-tiga tahun tak ber-blog. Sedangkan baru 2-3 hari. Harap anai-anai tak sempat berumah di sini. Apa kes awal-awal dah libatkan anai-anai.

Enti saya sebelum ni dipinjam oleh budak tecik Awwal. Sweet jugak kalau anak sekolah rendah dah ada blog.

Tajuk : Mama is the best.
Hari ni mama masak best sangat. Along (blog anak sulung) bawak bekal pergi sekolah. Best fren along rasa masakan mama. Dia pun cakap best. Cikgu pendidikan seni along pun rasa. Dia pun cakap best. Mama memang best la. Masak megi pon semua orang cakap best. ^___________^
**Haha.
(Takpe. Mama mengerti. Budak-budak memang jujur tak reti menipu)

Lepastu kalau baru balik dari bercuti atau balik kampung atau hari raya atau kenduri kendara yang kena update cherita panjang lebar senang jer. Dah tak payah taip segala mak nenek dari A sampai Z dah.

Tajuk : Aidilfitri kali ini.
Tahun ni beraya di kampung my hubby. Kalau nak tahu cerita lanjut sila klik blog anak kami yang comel. Senang kan. Malas taip link je ke blog anak tercinta. Janji anak tercinta rajin update blog. Haha.

******
APESAL TETIBA TOPIK ANAK DAN BLOG???
*****

Berbalik kepada aktiviti hujung minggu. Di entri Awwal dia ada cerita ibu yang baik hati bagi kat saya segala hantaran mak nenek zaman dia kawin dulu. Masih dalam keadaan elok. Cuma kazen dulu tema brown. Now saya just tukar renda ikut tema saya. Mudah. Jimat. Tak perlu beli baru. Lepas ni let go pada sepupu yang naik pelamin lepas saya.

Now hantaran untuk pihak laki dalam 50% dah siap. Cuma hantaran untuk pihak perempuan saya tak buat apa-apa lagi. Masa pun dah makin singkat neh. Tak boleh main-main dah. Setiap kali ada masa terluang harus tangan bergerak. Noted. 


Saturday, 24 December 2011

Review my nikah outfit

Salam uolls.

Gedik nak buat review segala. Macam la majlis haku dah selesai.

Ok. Berbalik kepada baju nikah. Something horrible telah berlaku pada baju nikah tersebut. Saya tak pasti mak cik tailor tu dapat ilmu dari mana untuk suka hati cantum baju saya. Sedih + sebak. Tapi pendamkan jela. Tak kan saya nak lepas geram kat mak cik tu lepas dia tungkus lumus siapkan baju saya. Think positif.

Klik untuk baca kisah sadis pasal baju nikah saya.

Asalnya nak jadikan baju yang buat hantaran tu baju nikah. Kaler peace+cream gitu la. Sebab beli pun memang rancang untuk jadikan baju nikah. Baju hantaran tu boleh buat untuk jadikan outfit majlis bertandang.

Kemudian annual dinner kali nie bertemakan White & Elegance. So, alang-alang nak buat baju dinner terus beli lace ngan kain satin kaler putih. Tempah kat kedai biasa-biasa je. Upah pun RM120 jer. Tempah baju kebaya with dress.


Cuma nak nikah nanti kena fitting lagi. Sebab baju ni agak longgar. Jadik menampakkan saya gemuk. ^______^


Auwwww.

Nak jugak!!
Dress tu agak labuh. Kalau pakai flat harusla angkat kain macam cinderella. Tapi kalau nikah tak kisah sangat. Sebab duduk bersimpuh aje kan.

Macam mana ok tak korang??So simple. Mungkin saya akan tabur pearl kat lengan biar nampak meriah skit. Hee..Opss. Nak tengok apa jadi pada baju ni sebenarnya??


See. kat lengan tu dia sambung kain tuh. Rasanya sebab dia nak hujung kain tu ada corak beralun-alun tuh. Tapi terus nampak kesan kan. Sebab kain tu jarang. Sob.Sob.

Then saya jahit something (tak tahu apakah ia) macam renda tapi sekali dengan manik2 kat keliling lengan yang ada kesan sambungan tuh. Sob. Jadi tak nampak sangat la kot. Nasib baik ada renda tu. Murah je. Saya beli RM16 satu meter. Macam-macam jenis macam kaler ada. Saya pun tak pasti renda tu untuk tampal kat mana sebenarnya. Main redah jer. Haha. Yang penting dapat sorok kesan horrible tuh.





Tuesday, 20 December 2011

Update checklist hantaran.

Salam uolls.

Ok. Mari kita sambung diari bergerak (maksudnya kena mengerakkan jari ketika tekan keybod). Dah pertengahan bulan disember dah. Kalau dihitung kira lebih kurang 2 bulan setengah je lagi saya bertukar status kepada PUAN. Tapi persiapan tak berapa nampak jelas lagi. Masih samar-samar. Sekarang mari kita buat check list barang-barang hantaran untuk en.beliau dan untuk saya.

Untuk en.beliau.
  1. T-shirt / kemeja  (Done. OU)
  2. Kain sampin
  3. Perfume (Done.Sogo)
  4. Kasut (Done.Sogo)
  5. Sireh
  6. Cincin
  7. Kek
  8. Buah
  9. Coklat
  10. Penjagaan diri
  11. Suprise
Untuk saya.
  1. Kasut (Done. Sogo)
  2. Handbag (Done. Sogo)
  3. Perfume (Done. Sogo)
  4. Wang hantaran
  5. Barang kemas
  6. Sireh
  7. Cincin
  8. Kek
  9. Buah
  10. Coklat
  11. Alat makeup / penjagaan diri
Sampin tu mungkin beli kat Pasar Payang la. Banyak pilihan skit. Lagipun ada cousin i jual atas tu. Haha. Boleh tawar harga murah-murah skit. Tapi biasa sampin yang murah ni yang tak berkualiti sangat. Kan.


Sireh. Masa tunang i gubah sehari sebelum majlis. Guna span basah ngan sireh ori ngan bunga ori baru santek dan segar. Kali nie kena fikir dua dekorasi la nak gubah.

Cincin en.beliau dan barang kemas saya tak tahu nak beli kat mana. Tunang hari tu ayah tempah cincin en.beliau dengan kawan dia. RM300++ jer. Sekarang tak tahu nak tempah ke nak beli yang siap. Survey dulu la nampaknya. Dengar kata harga emas makin naik. Betul ke? Nak beli awal-awal macam tak selamat jer.

Buah dan coklat tu boleh beli seminggu sebelum majlis. Kek pulak saya berkenan dengan foundant kek. Nampak sangat menarik dekorasinya.

Penjagaan diri en.beliau cakap nak beli sendiri. Suka hati la. Taruk la apa-apa yang dia nak. Rojak jela.

Alat makeup atau penjagaan diri. Mana satu yang korang pilih??

******

Waaa. Lepas list baru tahu rupanya tak sampai separuh pun lagi yang dibeli. Tapi yang lain-lain tu boleh jer kalau nak beli  kat kampung kan. Sekarang plan dah bertukar dah. Future mil request nak saya design hiasan hantaran untuk pihak laki jugak. Jadi kena fikir dua tema, dua kaler dan dua rekabentuk. Adus. Nampaknya gigih la membelek koleksi majalah pengantin. Sob.



Wednesday, 14 December 2011

Kisah baju nikah (yang sadis)

Salam uolls.

Hari tu plan nak buat baju nikah kaler cream. Then beli la kain lace ngan satin untuk jadikan hantaran tunang.Review SINI.

Eh, pastu tiba-tiba ada function tema putih. So alang-alang menyeluk pekasam terus beli kain lace, kain satin then pegi tempah baju.

Tempah baju tak sampai pun dua minggu. Saya tempah kebaya + kain duyung. Tapi sad story happen. Saya janji ngan tukang jahit nak datang ambil hari Selasa. (semalam).  Then Sabtu lepas kebetulan saya lalu kat area kedai beliau jadi singgah la tengok baju dan try pakai. kot-kot terbesar ke boleh fitting lagi. Tapi sangat terkejut yang amat tengok kat bahagian lengan baju. Kat bahagian bawah lengan mak cik tu jahit lengan untuk cantumkan. Menurut beliau kedudukan bunga tak sama. Jadi kena cantumkan. LOGIK KE?

Then saya terfikir. Mungkin kain yang saya bagi tak cukup. Coz saya beli 2 meter lace sebab owner Kamdar tu cakap cukup dah 2 meter. Sob. Sob. Saya terkedu la tengok lengan baju saya. Then mak cik tu cakap 'takpe la, nak jahit manik dulu. nanti ambil hari Selasa'. jadi siang tadi saya menerjah kedai beliau tengok manik yang dijahit sangat wtfkkhhhhhhh. Sabar-sabar.

Then sesudah bayar saya blah dari kedai tersebut. Jumpa kedai jual manik-manik labuci. Luckily ternampak something yang sangt menarik terjuntai. Macam sengaja menjuntaikan diri supaya saya beli. Kikiki. Eksaited sangat. Terus beli nanti nak jahit tutup kat bahagian lengan baju yang cacat. Sob.


Err...tak nak tunjuk lagi baju tuh. Nanti after function saya tunjuk.
 (errr.bajet macam ada orang nak tengok jerk)



Sunday, 11 December 2011

Cadar pengantin corak atau plain?

Salam uolls.

Tadi saya dan mak ke rumah jiran sebelah rumah. Beliau ada sorang kawan jahit cadar. Jadi kawan beliau ni suruh promote la cadar. Ingatkan cadar plain color. Rupanya cadar corak. Corak bunga. Tapi masa pergi tadi tak banyak choice pun. Warna untuk tema saya pun takde. Tapi boleh jer nak tempah. Then kalau dah siap tiba-tiba tak berkenan pulak dengan corak tuh boleh je cancel. Sebab kawan jiran saya neh memang jahit banyak cadar dan sambutan sangat menggalakkan. So, kalau ada yang cancel ramai jer orang lain yang beli. Beliau jahit pun sekejap sebab ada tiga orang pekerja. Wahhh. (kau bajet sekejap macam 2-3 jam kan)

Ketika dalam perjalanan ke rumah jiran :
"Mak, kalau ada yang berkenan nak beli cash terus ke?"( sebab jiran cakap boleh bayar ansuran)
"Beli la. Mak nak belanja. Hadiah kahwin"

Muahaha. Mak. Seyes mak sangat sweet. Comel pun milik mak jugak. Mak baik hati, mak rajin, mak sweet, mak comel, mak baik hati (eh, macam dah sebut jer tadi. Orang memberi kita memuji. Thehee).Mekasih mak. Awal-awal dah dapat hadiah. Orang baru ingat nak mintak hadiah peti sejuk ke, mesin basuh ke(demand). Tak pasal-pasal mak tarik balik hadiah cadar.

Cuma sekarang nak pilih warna la. Sebab planning nak tema pink+blue jadi kalau boleh nk cadar warna pink atau biru la. Ataupun campur. Cuma saya berkenan sangat cadar color plain. Tapi mak dah nasihat awal-awal. "Ada corak ke takdop corak ke sama jer. Kalau nak beli tu biarlah kita boleh guna sampai bila-bila. Jangan beli guna sekali kemudian simpan sebab sayang nak guna. Kalau macam tu baik sewa jer"

Ok. Menurut perintah. Jadi cadar kami cadar corak bunga-bunga. Kelass you. Tak payah tabur kelopak rose. Cadar dah penuh degan kelopak bunga dah. Muahahaha.

Suka kaler purple ni. Apakan daya tema saya bukan purple. Takkan nak tukar tema semata-mata kerana cadar. oh. Sangat sadis kalau begitu.


Yang ni pun santek. Ibarat kata suami jiran. "Semua santek. Dah baru kan. Memang la santek" Muahaha. Cuma dalam gambar nampak pink. Sebenarnya warna merah. Jadi juga tak kena dengan tema.

Eksaited nak menerjah rumah empunya penjahit cadar. Tentu lagi banyak pilihan corak. Yang pasti harganya murah. Tak sampai RM300 untuk satu set. I loike.










Saturday, 10 December 2011

Entri sedikit emo.

Salam uolls.


Malam tadi saya dapat panggilan dari seseorang. Tanya tentang persiapan saya. Bila dia tahu saya nak buat pelamin luar rumah bisingla dia.

"Tak payah pelamin-pelamin. Tak penting pun pelamin. Buat yang wajib sudah."

Sebak hati mendengarnya. Mengalir air mata seorang saya. Saya tak mintak duit sesiapa pun untuk pelamin semua tu. Tak mintak pun ngan mak. Tak mintak pun ngan ayah. Tu semua duit saya sendiri. Saya dah tak tahu nak cakap apa. Kalau dia nak saya buat yang wajib saja buat je la akad nikah.

Tak payah kenduri besar-besar.
Tak payah sembelih lembu.
Tak payah majlis sambut menantu.
Tak payah bagi doorgift pada tetamu. Tetamu datang makan saja. Lepas salam terus balik.
Tak payah bawak hadiah, hulur duit, bergambar dengan pengantin.

Fine.
Kalau nak orang lain puas hati dengan majlis perkahwinan saya.
Saya akan turuti la kehendak mereka.

Now,
saya dah tiada semangat untuk ber-diy,
Tiada semangat untuk update pasal persiapan.
Tiada semangat untuk tempah pelamin.

Sob.


Saturday, 26 November 2011

Tudung akad nikah & bersanding.

Salam uolls.

Hmmm.

1. Pemilihan tudung musti nak kena ikut bentuk muka kan.
2. Style pakai pun musti kena ada cara. Tambah-tambah kalau pilih shawls.
3. Serius tak tahu bentuk muka saya sesuai untuk tudung yang macam mana.

Tapi saya suka shawl. nak pakai shawls boley??

Ala-ala macam ini.

Serius santeknya. Jumpa disini [KLIK]



Errrr. Tapi sesuai ke dengan bentuk muka??











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...