Para Pengikut..

Klik Me =)

Friday, 6 January 2012

Wedding preparation dilemma.

Salam uolls.

Eh, maaf. Akak lupa nak translate tajuk entri.
Kemain kan dilema bagai. 

Mula-mula ingat nak bubuh counting days untuk wedding day kat side bar belog. Errrr.. Tapi kang tak pasal-pasal cuak setiap kali bukak belog terus tak jadi. Yelah. Dah setiap hari number makin berkurang kan. Mau tak cuak. Jadi kalau nak counting day bukak calendar hp kira manual. Haha.

Ok now jom bersama-sama berdilema.

PELAMIN & so on
Disebabkan saya orang yang buat-buat sibuk. Asal weekend je mesti ada agenda lain selain dari menjengah butik pelamin jadi saya pergi menerjah sebanyak dua kali saja. Tapi ada la dalam lapan butik jugak yang saya terjah. Tu tak termasuk yang saya terjah tru FB atau belog. Dalam ramai-ramai tu saya berkenan dengan Butik E'wan. Becoz saya berkenan dengan sepasang baju warna pink di butik beliau. Kebetulan pulak tema saya pink+biru jadi terus grab that package include the outfit. Bayar deposit RM100.

Bila dah booking ada kawan-kawan cakap agak mahal compare dengan butik lain. And of cos i yang pemalas ni memang malas la nak terjah butik-butik lain lagi. Ada jugak my kazen cakap kena utamakan make up yang cantik dalam memilih pakej tu. Ada jugak kawan saya cakap dia pilih pakej yang ada fotografi siap-siap. Tapi saya pula photographer orang lain, tukang makeup orang lain. Cuma yang pakej tu dia bagi makeup 1 kali. Maybe masa akad nikah la kot. 

Dan ada seseorang tu pulak tak habis-habis cakap TAK PAYAH PELAMIN-PELAMIN LA. Sob. Tapi malas nak layan. I'm sorry. Langsung tak guna duit awak tau. Suka hati saya la nak pelamin in garden ke, fairy tales ke, pedulik hape. Huhu.
BOOKED

DOORGIFT
Ini pun dalam dilema jugak. Sampai ke sudah tak tahu nak bagi apa. Sob.
NOTHING AT ALL

BARANG HANTARAN
Ini lagi lah haru. Memandangkan fmil nak saya deco hantaran from his side jadi saya dah konpius sekarang nak bagi berapa. Fmil dah pesan siap-siap bilangan hantaran tu sama. Kalau dia bagi 7 saya pun bagi 7. Hari tu dah discus dengan en.beliau nak berbalas 9 hantaran. Bila mak duk sembang-sembang dengan mak sedara pulak dia cakap kenapa sikit sangat. 11 la baru ok. Haihssshh. Now saya dah buntu tak tahu nak bagi apa lagi. Adeh.
20% PROGRESS

MINI PELAMIN
Perlu ke saya buat mini pelamin? Situasinya pelamin saya luar rumah. Jadi sebab akad nikah dibuat di rumah, harusla ada mini pelamin kan? Itulah. Saya masih mencari idea untuk d.i.y my mini pelamin. Berangan-angan nak deco sendiri. Tapi angan-angan je la. Harap jadi kenyataan la.
10% PROGRESS
INCIK PHOTOGRAPHER
Saya hire opismate. Beliau memang ambil gambar orang kawin. Harga berpatutan plus saya dah kenal dia jadi ambil gambar tak la segan sangat. Boleh gitu?
BOOKED
CIK TUKANG MAKEUP
Untuk pakej pelamin tu termasuk 1x sesi makeup. Jadi saya pilih diorang makeup untuk nikah. Untuk sanding saya suh fren of mine yang makeupkan saya masa tunang itu hari. Suka sebab dia makeup natural je. Tak over sangat.
BOOKED

BRIDESMAID
Pengapit di kiri kanan pengantin ialah adik laki saya dan kawan pompuan dia. Pandai-pandai la Hafiz Hafizol ko carik sendiri kawan pompuan kau. x-gf ke, gf ke, kekasih gelap ke. Cuma baju untuk pengapit takde lagi. Kesian kan kau HH.

Then ada 9-10 orang dayangs yang comel-comel. Sebenarnya tak terfikir pun nak ajak diorang join. Tapi yelah, bukan senang kan nak libatkan diorang. Alang-alang nak naik pelamin suh mereka turut merasai. Gembira bukan kepalang la mereka-mereka neh. Semangat nak survey kain, satin la hape la. Saya cakap tema pink. So diorang macam nak carik shocking pink. Pandai-pandai korang la anak-anak.
DONE

KAD KAHWIN
Yang ni pun haru. Tak tahu nak tempah berapa. Sebab ayah belum buat keputusan pasti berapa jemputan. Kang kalau tempah banyak xcukup makanan pulak. Tempah sikit terlebih makanan pulak. Tunggu sampai ayah bagi jawapan pasti. Boleh lah saya survey dulu mana yang berkualiti, cantik dan harga berpatutan.
NOTHING AT ALL

BAJU NIKAH dan SANDING
Baju sanding tu pakai yang tempah tu jer la. Cuma masih duk terfikir-fikir nak pakai warna pink atau biru. Nanti masa fitting la kot buat keputusan. Sekarang ni baju nikah dalam dilema. Hari tu masa hantaran tunang saya dapat kain lace kaler cream Then masa dinner hari tu buat baju kaler putih.

Cantik la pulak nikah pakai putih kan. Fikir-fikir nak pakai baju tu jer untuk nikah. Tapi baju cream tu pulak macam mana? Adoi. Betul-betul dalam dilema.

Ok. Dah. Malas dah fikir pasal dilema neh. Nak pergi pasar beli bahan-bahan nak buat nasi ayam.
 (errr. Pektis masak sebelum en tunang request.winkwink)


8 comments:

  1. Salam..

    Hmm.. bila family masuk urusan.. rasanya semua org experience menda yg sama..

    xper.. pelan-pelan kayuh..
    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. nasik ayam lagi kau?? haha..

    x jumpa pom pasangan aku :(

    ReplyDelete
  3. wedding biler? hehehe..xpe buat slow2..nnti dh dekat mjlis tgk2 eh dh settle heheh

    ReplyDelete
  4. MY : hurm. Tulah kan. Kite bpegang pada prinsip . 'Aku nk kawin sukati aku la nak buat apa pon" =)

    HH : haha.2nd trial..nanti ko balik aku buat lg.hehe.

    Uya : 10Mac uya.xlama dah..hehe.

    ReplyDelete
  5. i pon dilema bab baju nikah! hahaha~ yg lain i dh mls nk pk. doorgift, makanan, jmputan, sume i ikot abah i.eh, boleh x kalu plamin snding same dgn plamin nikah? mls nk byk2.huhuhu..

    ReplyDelete
  6. Dida : best la u sume abah sponsor.i gak poning kepala.adeh.

    ReplyDelete
  7. Wah..suka2, banyak dah prepare. tapi kat kawasan2 anem doorgift agak simple dan kekdg kreatif, ada bagi makanan jajan2 saja, ada bagi souveniur kecil2 kat rumah, ada bagi wajik untuk doorgift.

    psst.. malu eh , lo anem dtg, mesti nem malu kuarkan kamera, tapi boleh byk belajar.

    *peduli apa orang kata jika ia memang menyakitkan hati kita,kak:)

    insyaallah, xde aral,kita berjumpa nanti sis. doakan. amin amin.

    nak sgt tgok:)

    cu.tc :P

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah anem =)

    **lor.apesal nk malu lak.kita kn photogedix.hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...