Para Pengikut..

Showing posts with label vid. Show all posts
Showing posts with label vid. Show all posts

Wednesday, 8 April 2015

Lapang Dada.

Salam uollsss..
 
 

 
 
Suka sangat tau lagu Lapang Dada by SO7 neh. Actually dari zaman skolah minat SO7. Lama tak dengar lagu-lagu mereka.
 
Hari tu saya download la lagu ni konon nak jadikan ringtone. Siap download terus play. Sebelum tu cakap kat asben kita suka sangat lagu ni. Best sangat. Dia pon tak sabar la tunggu habis download. Skali saya play dia cakap "Alah, lagu macam ni pon sedap kerrr" Hehe..lubang telinga tak sama okey. Lubang telinga saya dengar best jer. hakhak.


Then saya story la zaman skolah dulu suka sangat lagu Sephia tu. Nyanyi sampai nangis-nangis. Boleh plak dia gelakkan saya kahkahkah. Tak sentimental langsung.

 
Pastu sekarang dalam kereta asyik duk repeat je sampai separuh jalan balik ke rumah baru tersedar kita duk nyanyi lagu sama jer. Haha.
 
Asben, nanti kalau tak suka dengar saya duk repeat jer dalam keta tu, saya berentikan awak tepi jalan sila jalan kaki yer. Kikiki.





Thursday, 17 May 2012

Dewi Sandra - Kapan Lagi Bilang I Love You (Lagu tema drama Mahabbah)




Lagu tema drama Mahabbah. Siapa tengok drama tu sila angkat tangan. Touching you. I siap lap air mata meleleh-leleh. Dah la si Asyraf tu sangat comel. Tambah comel bila dia bahasakan 'kita' kat mama dia. 
"Mama tidur sini tau. Kita nak mama peluk kita"
Nak ajar anak bahasakan 'kita' jugak boley??Ahakz. 



Friday, 6 May 2011

Bila turn kau naik pelamin??

"Tahniah. InsyaAllah aku datang kenduri kahwin kau nanti." "Dah berisi ke kau?Tahniah,bila due?"
"Tahniah, Dah dua orang anak kau kan"

Yer. Itulah dia antara wish saya untuk kawan-kawan. Terutama yang satu sekolah menengah dulu. Ramai yang dah kahwin, beranak sorang dua dan tiga. Ok. Lupa plak. Saya dah nak masuk 30an. Bukan 18 tahun lagi. Bila dah tunang terus tukar profile pics gambar hari pertunangan. Sibuk la kawan-kawan duk komen.
"Wah, dah tunang. Tahniah. Bila nak makan nasi minyak pula?"

Bila dah kawin pulak tukar lagi profile pics gambar atas pelamin atau kat outdoor photoshot. Dah gambar couple bukan single lagi. Asal tulis jer status "Alhamdulillah"..mesti terus kawan-kawan komen..
"Wah, dah berisi ke? Berapa bulan dah?bila due?blablabla.."

Betapa dikurniakan kawan-kawan yang caring, ambil berat, ambil tahu..walaupun hanya di FB atau blog. Dan bila wish kat diorang mesti akan keluar soalan cepumas.

"Terima kaseh wish.Bila lagi nak makan nasi minyak kau?"

Itulah. Asal ucap tahniah je mesti korang tanya bila saya nak naik pelamin kan. Tanya la bila nak naik pangkat ke, naik gaji ke, naik lori ke..Adeh! Nak jer saya nyanyi melalak lagu Menunggu Nasi Minyak.
"Sampai bila ku kan menunggu nasi minyak kau itu?"
"Sampai ku lihat korang mempunyai anak seribu"
Hah! Amek Kau!
Ok. Jom tujukan lagu ni pada yang ambik berat sangat pasal korang yang tak naik-naik pelamin lagi.
**Saya ler tu


Wednesday, 6 April 2011

Tengok mamat nie teringat Anwar Hadi.


Macam dah jadi fenomena. Remaja-remaja sekarang suka benor upload vid ala-ala cenggitu.
Kalau Anwar Hadi dan MatLuthfi versi utara ni plak versi Timur.
Orang Gganu wehh..

Dalang banyok-banyok video mamat nie saye paling suke video bawoh ni.
 'Jangan bowok hp ke sekoloh'
(Eh. Tetibe tulis bahase kut Ganu pulok!)


Okeh. Kalau mau tengok video beliau yang lain sila menerjah ke you tube. Malas la saya kasi link. Korang kan rajin.Pergi la cari sendirik. Hahaha. Taip je maccaboyz91.

Sunday, 13 March 2011

S9MBILAN BAND - HAFIZAH



Haha..Buat para Hafizah. Mari tujukan lagu nie buat diri sendiri.

Monday, 7 March 2011

Belajar cakap ganu bersama cikgu stopa

Haha..Jom gelak sama-sama. Lawak gila cikgu Stopa. Cayalah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...