Para Pengikut..

Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Wednesday, 8 April 2015

Lapang Dada.

Salam uollsss..
 
 

 
 
Suka sangat tau lagu Lapang Dada by SO7 neh. Actually dari zaman skolah minat SO7. Lama tak dengar lagu-lagu mereka.
 
Hari tu saya download la lagu ni konon nak jadikan ringtone. Siap download terus play. Sebelum tu cakap kat asben kita suka sangat lagu ni. Best sangat. Dia pon tak sabar la tunggu habis download. Skali saya play dia cakap "Alah, lagu macam ni pon sedap kerrr" Hehe..lubang telinga tak sama okey. Lubang telinga saya dengar best jer. hakhak.


Then saya story la zaman skolah dulu suka sangat lagu Sephia tu. Nyanyi sampai nangis-nangis. Boleh plak dia gelakkan saya kahkahkah. Tak sentimental langsung.

 
Pastu sekarang dalam kereta asyik duk repeat je sampai separuh jalan balik ke rumah baru tersedar kita duk nyanyi lagu sama jer. Haha.
 
Asben, nanti kalau tak suka dengar saya duk repeat jer dalam keta tu, saya berentikan awak tepi jalan sila jalan kaki yer. Kikiki.





Monday, 27 January 2014

Keputusan Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28)

Salam uollsss..

Nak jugak update pasal kemenangan diorang. 

JUARA LAGU : HAFIZ (BAHAGIAMU DERITAKU)
NAIB JUARA : HYPER ACT (HANYA AKU)
TEMPAT KE-3 : KALAU AKU KAYA (ALTIMET & AWI RAFAEL)
PERSEMBAHAN TERBAIK :  HAFIZ (BAHAGIAMU DERITAKU)
VOKAL TERBAIK : JACLYN (IKUT RENTAKKU)

JUARA MOBILE : HAFIZ (BAHAGIAMU DERITAKU)
Masa Hafiz nyanyi saya tak alert sangat. Masa tu duk makan bihun goreng. Tak perasan pon backdrop dia apa. Kawan-kawan cakap ada daun-daun kering gugur eh. Tapi Hafiz sangat menghayati lagunya. Saya target Aliyah menang. Stacy pulak persembahan sama jer tiap kali AJL.
Hyper Act wahh....dengar lagu ni memang terus teringat kat Teduhan Kasih lah. Ok lah dia menang, lagu ni memang best.
Kalau Aku Kaya memang tak sangka, lirik dia catchy sangat, sempoi jer. Dah rezeki kan. Hahah. Part Altimet lompat-lompat ambik trofi tu kelakar. Eksaited sangat dia. Heee =)
Jac bawak kawan-kawan nyanyi sekali. Jac ni suara dia alahai memang tinggi la.  

Okey, Tahniah kepada semua pemenang =)


Thursday, 23 January 2014

Fynn Jamal - Arjuna Beta

Salam uollss..

Korang kenal tak Fynn Jamal.  Tak kenal sila gugel okey. Kat IG saya suka sangat tengok pic n video anak beliau Ajuna. Ya Allah comel sangat. Setiap hari tak sah tak bukak ig semata-mata nak tengok keletah Juna. Kak Fynn punya gaya bahasa sangat puitis. Suka tau. Kadang-kadang aiolls pon dah terpengaruh bagi caption gambar siap ada perenggan demi perenggan. Haha. Tapi haruslah puitis saya kelaut. Dah lah kelaut, kelaut dalam pulak tuh. Heeee.

Lagu Arjuna Beta dah keudara ke radio. Tapi setakat ni saya tak berkesempatan dengar lagi. 

Arjuna Beta..sangat menyentuh naluri keibuan saya mendengar lagu ini.
Yer, saya takde anak pon lagi, belum dikurniakan rezeki rahim berisi lagi.
Tapi bila dengar suara lunak Kak Fynn dengan lirik yang menyentuh perasaan ini
terus saya terasa seperti saya seorang ibu.
Terima kasih kak Fynn..


Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar jengking dan ular bonda takkan berundur
Nyamanlah arjuna beta, mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda, tak jelas mata ambil yang sarat duri
Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda
Hiduplah arjuna beta, biarkan jasad yang lupa
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta, mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Thursday, 19 December 2013

Jaga body ala Jackie Chan

Salam uollss..

Pagi tadi kan odw pegi keje seperti biasalah dengar ERA. Hari tu dah dengar diorang cakap Jackie Chan akan datang ke ERA.FM untuk promosi filem terbaru dia. Pastu tak sempat dengar la bila Jackie Chan datang ke konti.  Cuma diorang repeat balik yang sesi temubual dengan Jackie Chan. Zahid kot yang temubual.

Derang tanya la macam mana si Jackie Chan ni jaga body yang maintain sihat, muda dan bertenaga even dah berusia. Jackie Chan cakap setiap kali lepas makan pape dia akan excersice. Lepas makan eskrem berlari  5 minit. Lepas makan roti canai berlari 10 minit. Owhhhhhhh. Macam tu rupanya.

Pastu aiolls kat opis ni kalau nak buat macam tu kena turun naik tangga kot. Lepas breakfast turun naik tangga satu kali. Kalau lunch makan berat sikit ulang turun naik dua kali. Fuhhhhhh. Semputttt.
Hensem kan Jackie Chan. Amboihhh. Nak google gambar pon gambar yang style.


Tuesday, 12 November 2013

Tam Spider reply komen?

Salam uollss..

Lama tak bersiaran kan. Weekend balik rumah mak mertua pastu masuk kerja terus membizikan diri. Balik kerja malam tak larat dah nak bukak lappy.

Stress jugak dengan hp ni. Nak update blog via hp pon susah benor nak upload gambar kan. Terus masukkan wish list nak beli hp yang sesuai skit untuk update blog. Thehehe. Wish list untuk tahun depan la. Hp saya pliss jangan merajuk lagi tau. Apapun awak tetap yang terbaik untuk saya. #tetiba. 

Apapun tetap boleh bw dengan senang hati. Pastu kan, hari tu saya ada lah post pasal Tam Spider kan dalam ENTRI INI. Eh, eh tengok-tengok ada orang komen!! TAM SPIDERRRR!!

Tapi dada ni tak berdegup kencang pon. Biasa-biasa jew kan. So saya anggap ada la tu tangan nakal yang gatal saja nak test kita. Kan. Kan.

Baik ngaku CEPATTTT!!!


Saya tengok kat Search keyword tu ada orang google pasal 'Gambar Terbaru Anak Tam Spider'. So ada kemungkinan orang tu jumpa page saya dan gatal tangan nak nyamar jadi Abang Tam kiterrr. =p


Tak percaya tak percaya pon tetap screen capture kan. Muahaha.

Tak kisah lah siapapun dia even dia memang sebenar-benar Abang Tam atau dia hanya seorang yang bertangan gatal saya tetap nak ucap TQ sebab menaikkan pageview saya. Kehkehkeh.


Kemudian nak cerita yang malam tu tengok Muzik-Muzik Semi Final. Masa tu saya duk sorang umah mak mertua. Duk kat dapur basuh pinggan sebab masa tu tengah iklan kan. Pastu macam familiar je intro muzik tu, macam best jer. Thehehe. Terus berlari masuk ruang tamu dengan tangan bersabun tinggal semua pinggan mangkuk kat sinki. Nasib baik mak mertua takdekan. Hehehee.



Yup. Itulah saya. Dari zaman kanak-kanak lagi masa start minat Spider dengar je lagu kat radio mesti gegas-gegas ke dapur nak dengar lebih jelas. Sebab radio kat dapur. Pahadal duk dalam bilik tu dengar jer. Hahaha. Terutama lagu Relaku Pujuk. Sebab lagu tu ada kenangan sangat kan.
 

Thursday, 7 November 2013

Mabuk.

Salam uollss.

Gigihnya saya post entri secara manual bukan schedule pada jam 1.00 pagi ini. Muahaha. Hari ni tido lewat gigih nak siapkan kerja sekolah. Nasib baik la kerja mudah jer kan. Terus wassap opismate bagitau kerja senang sangat.

"Macam best jew buat"
"Macam senang jew"

Hahaha. 
MACAM NAK KENA LEMPANG JEWWW..

Pastu bagi nak naikkan semangat buat kerja saya dengar lagu-lagu Abang Tam. Ada kena-mengena ke ha korang? hehe. Pastu nyanyi kuat-kuat lirik ke laut la kan. Orang sebelah tengok kelip-kelip mata.
 " Bini aku ni dah kenapa" Haha.


Pastu kalau dengar suara Abang Tam mesti ingat kat beliau. Heee. Dulu memang gilew kat Spider. Now dah tua jadi binik orang ni sedor diri sikit eh, heee. Tak boleh nak beria-ria sangat dah. Tak boleh nak tunjuk over sangat kan.

Tapi kenangan yang ini satu tetap akan dalam ingatan sampai bila-bila..Heee..


K. Gudnite. Hope Abang Tam masuk dalm mimpi malam ni. Bhahaha..


Wednesday, 8 May 2013

Tam Spider dapat anak lagi

Salam uollss..


Ewahhhh. Sejak bila berjinak-jinak dengan dunia kewartawanan pulak neh. Ahakz. Hehe. Semalam my sis (yang selalu jadik cik anon tukang komen tuh) dia post kat wall fb ai pasal kelahiran anak Abang Tam. Auwww. Abang??



Somel sangat. Somel sangat tawww.
 Ai is peminat setia Abang Tam kan. Haruslah meroyan je bila dengar pape berita pasal beliau kan. Dulu masa my brother beli cd cerita Gosok, sampai bercalar balar cd sebab asyik duk repeat tengok cerita tuh kan. Lepas tu kongsi duit dengan my brother beli CD lagu Spider. Masa tu kat rumah baru ada komputer. Jadi sambil-sambil duk menaip (ehem. dulukan hobi menulis) sambil dengar lagu-lagu Spider. Now pun siap burn cd lagu Spider. Tapi kalau naik kereta sorang-sorang boleh la dengar kan. Kalau naik ngan en.beliau geli telingan katanya dengar lagu tangkap leleh. Muahaha. Ai kan jiwang.

"Kau, kau didalam hatiku, kekal dalam ingatan, kau sebagai kasihku, kekal sepanjang zaman...."

Ewah..ewahh..termenyanyi pulak..Hehehe...


Tu je  la kenangan bergambar dengan Abg Tam masa dinner taun lepas.

Saya doakan semoga Abang Tam dan isteri dan anak-anak beliau sihat sentiasa dan bahagia sampai akhir hayat. Amin. =)


*******

Tahniah diucapkan buat vokalis Kumpulan Spider, Tam Mustafa apabila isterinya, Aida Mustafa selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara pembedahan di Damansara Damai Specialist pada 26 April lalu.


Bayi lelaki yang dilahirkan dengan berat 3.8kg itu diberi nama Muhammad Aqil Bin Rustam.

Cahaya mata yang baru dilahirkan itu merupakan anak lelaki kedua Tam bersama Aida selepas yang pertama juga seorang lelaki iaitu Muhammad Afiq yang kini berusia dua tahun lapan bulan.

Menurut Aida yang dihubungi MH Online, ketika proses bersalin suaminya tidak dapat menemaninya atas nasihat doktor. Dan itu membuatkan Tam berasa sedikit kecewa.

Sama seperti yang pertama dahulu, Aida sekali lagi akan berpantang sendiri di Kuala Lumpur dengan bantuan suaminya.

Untuk rekod, Tam yang pernah berkahwin sebelum ini juga dikurniakan seorang anak lelaki Aliff yang kini berusia 19 tahun.

Sumber : http://mediahiburan.karangkraf.com



Monday, 14 May 2012

Eira Syazira pregnant.



Salam uolls.

Lately kerap sangat dengar kawan itu pregnant, kawan ini pregnant. Bestnya korang. Tahniah buat bakal-bakal ibu. Semoga Tuhan percepatkan rezeki anak untuk kami jugak. Amin.

Then baru tahu tadi pelakon Eira Syazira pon pregnant. Bestnya. Tahniah2.

Suka sangat tengok dia ni berlakon. Sangat menjiwai watak baik watak sedih, kelakar atau antagonis.
=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...