Para Pengikut..

Showing posts with label engagement. Show all posts
Showing posts with label engagement. Show all posts

Tuesday, 16 August 2011

Dugaan dalam alam pertunangan - Part 2

Salam uolls..

Ini Part 2. sambungan dari EPISOD LEPAS

So, lepas tengok gambar tu memang hangin la aku. Kau pun kalau berada tempat aku tentu hangin jugak kan. (errr.terus bahasakan kau-aku) . Aku kan memang jenis terus terima apa yang aku nampak bulat-bulat. Bukan nak bersabar tunggu orang bagi penjelasan dulu. Dah sah-sah ada bukti depan mata aku kan. Tiap kali tengok gambar tu mesti keluar ayak mata (sensitif kau!). Pastu aku selawat (serius). Memang terus tak ingat dalam beberapa ketika. Aku cuba nak lupakan apa yang aku nampak tapi tetap teringat la. Bila agak-agak air mata nak keluar terus aku selawat cuba untuk lupakan. Mula-mula (sebelum tengok gambar puaka tu) aku bajet nak hantar sendiri hp kat rumah dia. Konon nak suprisekan dia. Dah dia jauh-jauh sanggup datang semata-mata nak berbuka puasa ngan aku apa salahnya aku hantar hp dia yang tertinggal ni. Tapi bila dah tengok gambar tu terus aku lupakan niat tu.

Macam-macam dah plan ada dalam kepala. Nak pulangkan cincin wat-so-ever. Kemudian aku tetiba je bukak cincin dari jari. Sebab aku rasa macam dah tak layak aku pakai cincin ni sedangkan dia ada yang lain (sungguh fikiran tak waras). Serius aku bukak dan simpan cincin tunang dalam laci. Baru rasa lega. Kemudian aku call bff aku cikgu nani yang mengajar di Kemaman. Petang Sabtu dia nak balik Kemaman jadi aku kirim hp en.beliau kat cikgu nani. Sebelum tu aku tukar wallpaper hp dia yang asalnya gambar aku tu. Tukar gambar puaka tu jadikan wallpaper. Nanti bila dia tengok sah-sah dia tahu dia dah kantoi. Sob.

Petang tu aku tengah prepare masak untuk buka puasa. Then telefon rumah berdering. Terus rasa berdebar. Aku dah agak dia yang call. Biasa kalau dia call hp aku tak berangkat mesti dia akan call rumah. Adik aku yang angkat terus sound panggil aku. Dah agak takde orang lain mesti dia. Aku dah terfikir-fikir menyusun kata-kata untuk bercakap. Sebak jugak dalam hati tapi aku tahan. Konon nak tunjuk yang aku kuat. Kuat la sangat kan. Aku bagitahu dia aku tengah sibuk sangat dan aku suruh dia call malam kang. Terus aku letak tepon. Dan aku pun tak pasti apa penjelasan yang dia nak bagitahu. Tunggu malam nanti lah jawabnya.

(mula-mula aku ingat nak sambung lagi..tapi better aku habiskan sini la. 
Akak aku pun desak-desak nak tahu cerita sebenar. Thehehe)


                                                                                *******

Malam tu dia call la. Aku senyap jer. Biasalah aku. Konon menyerah pada takdir. Andai kata Tuhan dah tetapkan tiada jodoh tu tiadalah. Aku berserah pada Tuhan saja. Tunguu jer apa keputusan dia. Tapi dia tiba-tiba gelak. Lama pulak tu. Aku rasa nak pelempang. Kau bayangkan kau nampak gambar tunang kau dengan pompuan lain pastu dia boleh bantai gelak. Terus rasa nak bantai jer dia. Warghhhhhh.

Dia tanya kenapa jadikan gambar tu wallpaper.
Aku cakapla buatpe nak letak gambar aku kalau dah ada gambar pompuan tu. Tak yah la hipokrit (ceh.aku kan saiko, padahal dalam hati cermin retak sejuta Tuhan saja yang tahu)
Pastu dia bantai gelak lagi. Dan lagi.
Pastu dia bagitahu dia tunjuk wallpaper tu kat ma (mak dia).
Malu la wes. Ni memang perangai tak bleh blah dia. Apa-apa mesti nak bagitahu ma dia.
Dia cakap ma pon gelak jer.
Pastu dia cakap pompuan tu adik sepupu dia.
Ok. ok. Tak payah cerita lagi pasal sepupu-sepupu dia yang semua katanya tak macam sepupu tapi ibarat adik beradik. ok.
Siap dia suruh aku call ma kalau tak percaya.
ok.
ok.
FINE.
Malu la aku beb. Memang sah-sah ma dia plak bantai gelak kat aku.
Tu lah. Padan muka.
Siapa suruh aku jadi seorang yang kurang sabar?
Siapa suruh aku jadi seorang yang suka berfikiran negatif?
Tak pasal-pasal diri sendiri termalu.

Pastu senyap-senyap buka laci sarungkan semula cincin tunangan..



Sunday, 14 August 2011

Dugaan dalam alam pertunangan-Part 1

Tak tahu kenapa tajuk tu begitu skema. Okeh. Anggap saja tu tajuk tesis.

Korang yang biasa ikut blog saya memang sedia maklum la berkali-kali saya bgtahu saya seorang sensitif. ( bajet ada pembaca setia). Ini cerita tentang sensitif. Yang kalo tak dibendung boleh membunuh perhubungan. Hai cucu cicit akan datang, nenek cerita ni untuk dijadikan pengajaran yer.

Alkisah Jumaat (kelmarin). En.beliau a.k.a en.tunang datang kemari. Konon nak berbuka puasa bersama. Dahla dia datang lambat. Pastu kami dah tak tahu nak terjah kedai mana.. Akhirnya jumpa Mama Tom Yam. Order je la lauk-lauk peberet beliau. Ok. Ni baru mukadimah. Kemudian lepas Isyak en.beliau pun nak berangkat pulang. Maklumlah perjalanan beliau jauh lagi. Dalam 1 jam jugak nak sampai rumah beliau. Peel en.beliau ni satu dia agak pelupa. Hari tu pernah dia datang sampai rumah saya baru perasan tak bawak wallet. Segala ic mak nenek semua dalam tu. Kira bagi saya kalau tahap tak bawak wallet tu pelupa tahap maksima la.

Nak dijadikan cerita dia suruh saya pegang hp dia..senyap-senyap dalam poket sampai saya pun terlupa. Ok.dia pun lagi la tak ingat langsung pasal hp. Dahla masing-masing ada satu hp je. Saya tunggu jugak kot dia patah balik takde pulak. Jadi malam tu cik tunang pun menggeledah la hp encik tunangnya. Terkejut yang amat. Tengok gambar beliau dengan sorang perempuan. Cantik, seksi. Terpancar kegembiraan pada wajah keduanya. Terus mengalir air mata seorang saya..

Bersambung..





Saturday, 6 August 2011

Putus Tunang. Sob!

Orang tua-tua selalu pesan.
'Ikat (tunang) jangan lama-lama'


Akhir-akhir ni selalu sangat dengar kisah putus tunang. Perkataan yang paling tak enak didengar sewaktu alam pertunangan. Mula-mula kisah cik jejari runcing dan tunangnya. Owhh. Dah jadi x-tunangnya lah ya. Bila dah masyur berita macam tu la laris untuk disensasikan. Tambah-tambah bila ada pelakun tambahan gedik-gedik nak berlakun jugak. Tapi dah nak buat macam mana dah tiada jodoh kan.

Kalau perpisahan tu keputusan terbaik bagi kedua-dua pihak buat pe diteruskan lagi hubungan itu.

Lepas tu masih panas lagi cerita tentang mereka berdua (yang tak habis-habis lagi kisah hingga hari ini) muncul pulak cerita putus tunang Ally Iskandar orang kampung saya.

Sweet sangat diorang ni. Pun nak buat macam mana dah tiada jodoh kan.

Harap ikatan pertunangan saya dan en.beliau kekal sampai naik pelamin
Harap kami sama-sama diberi kesabaran untuk tempuh alam ini
Harap segala ujian yang Tuhan berikan dapat kami tempuh 
dan
Saya tahu Tuhan tak uji hambanya dengan ujian yang tak termampu ditanggung oleh hambanya
Jadi ujian yang Tuhan turunkan InsyaAllah sama-sama kita tempuh ya awak.

^_____________________________^ (senyum kambing)







Monday, 20 June 2011

Anem Arnamee

Wah.
Pagi-pagi lagi dah ada insan yang buat saya senyum memanjang.

Terima kasih Anem Arnamee.
Ingatkan dah habis kisah tentang pertunangan yang lepas. Ingatkan dah basi. Rupanya masih ada yang sudi menulis mengingatkan saya tentang itu.

Terima kasih atas bait-bait indah kamu yang buat saya terharu.
Terima kasih atas persahabatan ini.
Kamu membuat saya terfikir
'ramai orang kata susah untuk mendapatkan sahabat sejati,
tapi tidak bagi saya,
kerana saya telah ketemu kamu'

Terima kasih buat ucapan khusus dengan entri ini :



Friday, 10 June 2011

Engagement Day.

Yeay..!! Kami dah tunang.

Ma sarung cincin. Muka berdebar takut tak muat pasal masa beli tak test pun di jari saya.

Alhamdulillah.

Sebak salam ngan mak. Terima kaseh mak merestui kami.
Sila muntah. Saya akan upload gambar solo banyak-banyak.

Nah. Ada lagi.

Dan lagi.

Bunga tangan yang direka entah apa-apa.

Hantaran juga yang direka ditiru dalam majalah juga  internet. Lipat-lipat gulung-gulung. Nah. Siap.

Akhirnya kamu separa milik saya.=D

Adik ipar will be. Mak mertua will be.

Anak-anak kesayangan.
Abang yang sangat banyak tolong support.

Anak-anak lagi.

Abang,adik,anak kesayangan.
Bersama retisssss.

Kakak dan kakak ipar.

Kakak ipar yang santek.

Abang yang baek hati.

Abang.. Eh! En.beliau yang juga baek.

Bersama mereka lagi.

Sepupu en.beliau a.k.a kawan saya yang riang ria. Juga yang pertemukan kami.

Kak Ina yang cantik dan baek.

Ok. Ada lagi en.beliau bersama tunangnya.

Nana Liyana yang cantik macam Dato Siti.

Tie kawan yang makeup kan saya. Nak tempah beliau inform saja saya.

Ani wakil noname yang datang dari jauh. Luv u dear!

Oke. Ada lagi??

Nana Liyana lagi.
  
Kakak ipar lagi.

Anak yang sangat chomel.

Kak Ina. Auwww..


Okeh. Versi edit buang masa.

Fuhhh!!penat betol. Dah ini last upload gambo tunang. Penat khau tunggu loading..

Maceh keluarga saya dan keluarga en.beliau merestui hubungan kami sehingga ke ikatan ini.
Maceh kawan-kawan opis mate yang tak putus-putus bagi idea kata-kata semangat.
Kawan-kawan yang jauh yang tak dapat datang tapi kirimkan doa dari jauh. Terima kaseh.
 Saya sayang kalian semua.
Kalian adalah kesayangan-kesayangan saya.

Eh. Lupa pulak.
Buat en.tunang..Mohd Zulriduwan bin Othman.
Maceh sudi terima saya.
Saya heart kamu.
=D


Cincin di jari yang manis.

Assalamualaikum..

Hye Jumaat.

Wah. Dah seminggu cincin terlekat di jari manis. Dah seminggu jadi tunangan en.beliau.
** Tampar pipi dua-dua belah. 
Yerp! Saya tak mengigau di petang Jumaat. Memang betul ada cincin di jari yang manis. Memang betul jadi tunangan en.beliau. Lepas ni kena tukar panggilan en.tunang. Haha.

Internet kat rumah dah kena block. Pasal saya sengaja tak bayar sampai tertunggak. Padan muka diri sendiri. Bosan dah pakai wifi. Ramai betul 'orang luar' ambik kesempatan. Lepas ni nak tukar pakai berukband. 
**beruk dapat nama dengan glamernya.

Ini saya pinjam berukband HH punya. Bukan. Kawan dia punya kot. Kejap!! bangun pergi kunci pintu bilik supaya HH balik Jumaat nanti dia xleh ambil balik bb ni. Haha. Kejam giler.

i heart green!

 **Ramai kawan-kawan cakap 'owwhh..tunang tak bagitahu pun.senyap2 jer eh.'

Yerp. Betul. Memang sengaja tak nak bagitahu pun. Tunang cuma ikatan tanda mengecop. Nanti dah betul-betul dicop saya akan kasitau semua yer kawan-kawan.

Yang dalam gambar tu bukan en.tunang. Dia sengaja menyibuk pakai baju kaler hijau jugak konon nak sedondon. Tapi akhirnya ton warna tak sama. Haha.

Ok. Post entri dengan sekeping gambar sahaja.
Babai..

Wednesday, 8 June 2011

Monday, 6 June 2011

Wooppsssss..


Salam uolls..
Kedekut gilos. Setelah seminggu tak berblog tempek entri dengan sekeping gambo.
Padan muka korang.
Kat rumah dah tak bleh internet.
Padan muka haku.
Jadi kalau ada internet terluang baru upload lebihan gambar.

Bye. Peace!!



Wednesday, 25 May 2011

Hand-made Bridal Bouquet (Chapter Two)

Salam uolls..

Itu hari dah post entri pasal  Hand-made Bridal Bouquet (Chapter One) ni. Dan akhirnya malam tadi saya tak dapat tidur..

*Akhibat saya sedeh tengok cerita Sahara yang setelah 20 tahun baru seorang Sahara mengetahui adik yang sangat membencinya itu rupanya anak dia sendirik. Hokeh. Speechless. Memang betul-betul drama la citer neh! Hinggakan saya terfikir-fikir macam mana kesudahan cerita itu-hingga menyebabkan sukar tido~~barangkali!

**Kemudian akhibat saya syok nak nonton harus minum tea o panas gelas besar (yang mungkin terkandung kafien2 marabahaya) sambil menonton dengan mulut terngaga barulah feeling. Yer. Kafein diakui peneman akrab buat yang nak berjaga malam.

***Akhibat saya eksaited bukak laptop (sebab tak puas hati nak bw via mobile) terus mata cerah segar bugar.

Akhirnya setelah bw sekerat jalan terus saya eksaited mahu buat Hand-made Bridal Bouquet. Hokeh. Jam 12.00. Waktu Cinderella berlari-lari anak sehinggakan tercabut kasut kacanya waktu itulah saya mula keluarkan segala benda alah untuk bikin Hand-made Bridal Bouquet. Yeh. Tahniah kepada saya. Saya memang seorang yang kental.

Dan..
Inilah hasilnya..
(psst..tak boleh display semua)
Errr. Lagipun baru siap 90%. Harap ada lagi malam-saya tak boleh tidur-terjaga sampai 2-3 pagi-supaya saya boleh sambung lagi baki 10%.

Okeh. Sila jangan tanya pasal kaler itu. 

Saturday, 21 May 2011

Hand-made Bridal Bouquet [bunga tangan] (Chapter One)

Salam uolls..

Hye google. Taip je bridal bouquet atau bunga tangan macam-macam jenis bentuk warna yang ada.
Terujaterujateruja.
Nak try buatla. Tengok diorang buat senang jer pun. Cuma kena pandai match kan color dan pilih bunga yang sesuai. Setakat nie yang saya tengok santek sangat ialah jenis roses yang kembang mekar. Hmmm. Perlu kaler hijau jugak ker?? Baik pilih kaler yang boleh match in dengan banyak warna lain. Kalau kaler hijau next time nak guna lagi untuk kaler lain kan dah tak boleh match in.

Tapi bunga kaler hijau sangat santek!!
Errrrrrr....Speechless!!



Sumber : goooooogle
Kan kan kan. Santek kan.

Siapa cakap pink tak santek? sepak sampai bulan baru tahu.
Manisnya genggam jambangan bunga ros kaler pink|perspektif muka dari sisi|sambil senyum sipu-sipu --->bajet kau hot macam Dato Siti keewwwww??

 

Atau soft pink gabung dengan warna lain. MACAM ATAS.
atau MACAM BAWAH.


Pink ngan hijau? Hokeh. Pengsan teruja!!

Yang pastinya kalau kaler cream or white tentu boleh match in dengan macam-macam warna lain. Jadi tentu boleh jimat kos. 
Buat untuk majlis tunang>nikah>sanding>bertandang. Harap maklum.







Kan kan kan. Cantik kan.
Kalau nak buat sendiri pun senang jer (macam la saya pernah buat). Takdela. Means bagi majlis yang simple dengan bajet yang kureng (macam saya.gulp!) boleh saja gubah-gubah sendiri ala kadar. Terpulang la jenis hape bunga tuh.
Either use fresh flower or artificial flowers. But worth it just with artificial flowers. Nak pegi outdoor shoot patbelas hari patbelas malam pun ia tak layu. Kan. Kan. 

p/s: Nak cantik tapi dengan cara membazir pun tak guna jugak. 
Lain la kalau kerja di opis mengecop duit. Lalala.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...