Para Pengikut..

Monday, 30 April 2012

Chemerong Part Two

Salam uolls.

Saat yang paling menggembirakan ialah BALIK KAMPUNG.Yahoo...Macamla kampung tu jauh sangat negeri sebelah ke kan. Padahal sebelah daerah sebelah je kot. Naik kereta dalam 1 jam dah sampai. Tapi suka sebab konpem en.beliau mesti akan bawak pergi jalan mana-mana. Dah jenis kaki suka berjalan kan.

Balik kampung pulak kebetulan ada sepupu en.beliau kat rumah ma. So, we all decide la nak pergi mandi air terjun. AGAIN ok. Tapi kali ni pergi konvoi dua buah kereta dan bbq kat sana. Suka suka suka. 

*HafizHafizol sila jangan jeles.

Punyalah kental bawak barang-barang penuh dua bonet kereta. Siap bawak rice cooker berisi nasi lemak lagi. Terima kasih ma. Terkilan jugak mak mertua tak dapat ikut sebab kena jaga kedai. Sob. Kalau ma ada mesti lagi meriah.

Itu hari kami pergi mandi kat atas (yang ada arrow tuh). Tapi nak ke situ terpaksa meniti atas batu-batu. So, dis time cari port lain pulak. Nasib baik tengok area ni takde orang. So kami parking cepat-cepat. Tapi air sini agak dalam dan arus kuat skit. Maklumlah i kan ringan. Asyik kena tarik dek arus jer. Sobsob.

Kaum laki awal-awal dah terjun mandi. Kami yang pompuan ni duk bbq dulu. Dah settle baru nak turun. Plez la. Padahal takut sejuk.

Nasi lemak + ayam bakar.


Damai.
Duk termenung sorang-sorang terus terpikir hebatnya kuasa Tuhan menjadikan air terjun.

Peace.
Serius. Dia ni memang klik dengan air terjun gamaknya. Duk berendam dalam tu sampai tak nak naik.
Agak-agak sejuk sampai menggigil barulah semua naik. Tu pun rasa tak puas lagi mandi. Tapi nak buat macam mana petang tu nak balik Kuala Terengganu dah.

So, bye-bye Chemerong. Lain kali kami datang lagi.
=)

Sunday, 29 April 2012

Sewa baju untuk dinner, akad nikah atau sebarang majlis.


1) Baju kebaya

Boleh pakai pergi dinner atau sebarang event. Nak jadikan outfit tunang pon boleh. Saya pakai baju ni pergi dinner. So, yang nak pakai harusla body lebih kurang saya jugak kan.
Tinggi : 154 cm
Berat : 50 kg 
Material baju : Lace
Material kain : Satin
Warna : Putih

2) Kurung Moden

Ni pakai masa akad nikah. Pengantin budjet harusla baju pun harga budjet. Kalau korang yang plan nak sewa dengan harga yang sangat patut (budjet) dan tak nak bazir tempah baju boleh sewa hokey.
Suka baju ni sebab betol-betol fit dengan body. Dan kain pulak beralun-alun. Kalau nak sewa boleh dengan saiz yang sebaya dengan saya yer.
Material baju : Lace
Material kain : Chiffon
Warna : Cream


Kalau nak sewa boleh pm saya di FB NoorHafizah Musa atau emel me fiezatj@gmail.com. TQ.





Tuhan uji kerana DIA tahu saya seorang yang sabar dan kuat.

Tajuk entri agak menyentuh hati. Ya.


Khamis
10.00 am

Bunyi ringtone "sampai matipun engkau tak kan kulepaskan. Akan ku jaga seumur hidupku. Beribu puisi yang ku untaikan untuk mu. Inginku selalu memiliki kamu...."

Bergegasla saya berlari. Tak lain tak bukan en.beliau yang call.

En. Beliau : Jom balik Dungun petang ni jom.

Taula en.beliau kan. Owez jer buat keputusan last minit.

Pn.Isteri : Ok. Tapi lunch hour nanti datang ambil. Kita balik rumah kemas baju-baju dulu. Balik kerja karang terus balik Dungun"


1.00 pm
Penat asyik duk toleh jam ditangan. Dua-tiga kali duk merenung jam. Bilalah en.beliau nak datang ambil. Akhirnya dia msj "Dah ada kat bawah"

Bergegas la turun takut tak sempat nak balik kemas baju lagi, makan dan solat.


2.00 pm
Masa ni dah odw balik ke opis. Atas Jambatan Sultan Mahmud. Kawasan sama yang saya tengok mayat atas jalan sebab excident dulu. Kawasan sama jugak yang sentiasa jer berlaku kemalangan. Ya.

En.Beliau bagi signal nak masuk susur kiri. Tengok side mirror ada lori kecil jauh dibelakang. Saya jeling side mirror kiri tengok lori jauh lagi. Sempat la nak masuk. En.beliau masuk line kiri.


Tiba-tiba 'GEDEGANGGGGG!!!!!'


Kereta bergegar. Saya toleh kiri tengok lori tadi dah himpit kereta. Menjerit sambil peluk en.beliau.

Badan berpeluh.
Kaki menggeletar.
Lidah terkunci diam.
Saya dah tak mampu cakap apa-apa.

Hanya mengucap syukur kami masih selamat.
Alhamdulillah.
Terima kasih Tuhan selamatkan saya dan suami.

Memang sedih tengok boyriend ke2 saya. Rasa hancur luluh hati saya. Dialah tempat bergantung untuk kemana-mana. Tapi nak buat macam mana. Semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Dah settle semua report polis kami teruskan jugak balik Dungun sebab nak hantar bengkel kat sana. Kereta en.beliau pun tak ok sangat sebab excident hari tu. Tapi gagahkan jugak untuk hantar saya balik. Terima kasih kamu.

Kereta. Kamu cepat-cepat sembuh ya. Saya perlukan kamu. SANGAT.

Tuesday, 24 April 2012

Entri tentang STRESS

Yeah. Sangat STRESS. STRESS ini ditujukan pada awak.

Dah enam tahun awak bersama saya.
Dah enam tahun saya kongsi segala-galanya dengan awak.
Saat gembira,
Saat sedih,
Saat marah,
Saat sibuk, saat senang-lenang.
Dan jugak semua kerja-kerja saya.
Awak simpan erat.
Tak pernah merungut.
Tak pernah mengeluh.
Awak terima dengan senang hati. Kan.

Awak tahu yang saya sangat sayangkan awak.
Tak pernah berpisah dengan awak.
Kemana pergi awak sentiasa ada.
Menemani saya ibarat pengawal peribadi.

Tapi semalam awak berubah.
Sampai hati awak.
Tak pernah terlintas sekalipun dihati saya untuk cari pengganti awak.
Malam tadi sampai rasa sebak bila tahu yang awak tak kan dapat kembalikan semua memori itu pada saya.
Awak simpan dan kuburkan.

Namun apakan daya.
Awak bukan ada suara untuk memujuk saya supaya bersabar.
Bukan ada hati untuk sama-sama merasai perasaan saya yang kehilangan.
Bukan ada mata dan telinga untuk mendengar keluhan dan kesedihan saya.

Hanya pada Tuhan mampu saya berdoa.
Agar kembalikan awak pada saya.
Kerana saya sayangkan awak.
SANGAT.
=(

Demostrasi Aman - Jangan Rampas Tanah Kami??

Salam uolls.

Maaf. Entry berbaur politik skit. Tadi tengok ramai orang kumpul kat parking sebelah opis. Ingatkan ada excident. Rupanya ada demonstrasi. Tak tau sangat hujung pangkal. Tapi tengok kat kain rentang tulis 'JANGAN RAMPAS TANAH KAMI'. Nak cerita panjang lebar pun tak tahu hujung pangkal. Tengok jela jawabnya.

-view from my opis-






Pastu kat parking tu ada pokok mempelam. Terliur gilew tengok mempelam berjuntai-juntai. Apa kes tengok makanan masam-masam jer rasa terliur. Gulp.

Monday, 23 April 2012

Passport - DONE!

Salam uolls.

Excited gilew pergi buat passport. Dah naik bangunan imigresen tu barulah ada felling nak bye-bye to Malaysia. Kalau sebelum ni takdak rasa apa-apa pun. Yeah. Here we go!

So, kami berempat (takdak gambar kami) kental pergi bikin passport. Nasib baik tak ramai sangat orang. Pergi kat kaunter pertanyaan dan dia bagi satu form yang kena isi.

Ok. Dah settle form tu pegi balik kat kaunter pertanyaan tu dan dia bagi number giliran. (perlu ke cerita step by step?fine!)

Sebab takdak orang sekejap je number dah kena panggil. Hantar form tu then kena bayar RM100. Cop jari kanan kiri. Settle.

Then tunggu nama dipanggil untuk ambil resit.

Nampak tak ada tulis 2.00 ptg. Yeah. Kena tunggu satu jam baru passport siap. So kami berempat turun cafe untuk lunch. Wah. Cafe ni best kot. Sebab makanan murah sangat. Tea o panas 60sen jer. Dan makan sembang-sembang gosip-gosip tengok jam dah 1.45pm. So cepat-cepat naik atas. Amik number giliran lagi tapi tak sempat duduk number dah dipanggil. 

Done. Tapi muka sangat penat kan. Sebab pegi ambik gambar balik keje. Siap kena tegur muka pucat masa ambil gambar. Lantaklah.

Now dah boleh fikir baju apa nak bawak, ubat-ubat apa nak bawak dan apa-apa lagi yang nak bawak (bajet pegi camping keww?)

Tak sabar nak fly. Daaaaa...



Pelajar UPSI maut jatuh bangunan

Salam.

Jom sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Fatimah Mina Md Juferi, 22, penuntut semester empat jurusan pendidikan awal kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), yang maut akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan pusat pengajian tinggi itu petang semalam. Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden tersebut.

Menurut satu sumber, penyiasatan polis kini lebih menjurus kepada kes bunuh diri dengan melompat terjun dari bangunan tersebut. Ini berdasarkan beberapa bukti CCTV yang diperolehi dari bangunan beserta nota yang ditulis oleh mangsa kepada sahabatnya. Mangsa dilihat berjalan keseorangan ketika hari kejadian melalui CCTV tersebut.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam siasatan dan masih belum disahkan oleh pihak polis.

Timbalan Naib Chanselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr. Junaidi Abud Bakar pula berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati, mangsa, Fatimah mengalami masalah gangguan makhluk halus sebelum mengikuti kursus di USPI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu. Beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistik menyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

"Malah saya dimaklumkan rakan serumah mangsa yang dia berkelakuan pelik sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis," katanya.

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. AL-FATIHAH buat arwah.
Sumber : http://pilihan-anda.blogspot.com/





Wednesday, 18 April 2012

Selamat meningkat usia sayang.

Salam isi semesta.

18 April 2012

Hari ni hari jadi en.beliau. Malam tadi jam 12 am wish kat beliau. Tapi beliau wat muka tak bersalah.
'Eh, hari jadi apa pulak?' Lepas tu tengok hp.
'Bukan hari ni 16 haribulan ke?' Hadoi. Kesian kamu. Hari jadi sendiri pun lupa.

Tapi maapkan saya. Belum boleh suprisekan kamu dengan apa-apa lagi.
Wallet sedang kontang. Sob. Sob. Sob.

Semoga kamu dipanjangkan usia
untuk menjadi teman saya selamanya.
Semoga kamu dimurahkan rezeki sentiasa.
Semoga hari-hari yang kamu jalani
dipermudahkan oleh Tuhan sentiasa.

Sayang kamu sampai mati.
=)



Tuesday, 17 April 2012

Air Terjun Chemerong

Salam uolls.

Wah. Rasanya hampir sebulan tak balik umah mak mertua. Nak buat macam mana tiap kali weekend ada saja hal kat sini yang harus disettlekan. So weekend yang lepas baru dapat pulang. Weeee. Rindu sangat kamu mak mertua. Hafiz Hafizol pun ikut sekali. Penyibuk betul kan. Sebab langsung takde plan nak jalan-jalan kemana hari Jumaat. So dalam kereta odw balik Dungun tu en.beliau tiba-tiba cakap "Best jugak kalau pergi mandi air terjun". Wah!! Excited!! Lama dah tak pergi mandi-manda. Tak pernah pergi picnic kat air terjun dengan en.beliau. Ok. Terus beliau decide nak ke Chemerong. Sebab situ sangat BEST!!

So, hari Jumaat yang dinanti tiba jugak. Kami berdua, Hafiz Hafizol dan tiga orang adik ipar.

Ok. En.beliau merangkap tukang bredar konon pandai la sangat pasal jalan. Sebab konfident dia pernah pergi dan masih ingat lagi jalan. Sangat kuat ingatan sampai sesat ke Kuala Berang sedangkan Chemerong tu dekat Dungun. FINE. Akhirnya sampai ke Belukar Bukit. Tapi tengok tempat tu biasa-biasa je. Langsung tak meriah. Rasa kalau nak feeling mandi pun tak best langsung. Jadi tukang drebar nekad nak pergi Chemerong jugak.

Yeah!. Finally. Bertolak jam 10am sampai jam 12pm. Sedangkan sepatutnya sejam je. Tapi sebab sesat rugi 1 jam mandi air terjun. Phewwww.

Nak masuk kena berenti kat pak guard tulis nama dan berapa anggota yang ikut. Bagusla masuk sini tak kena bayar pun. Masuk Belukar Bukit kena RM2 okeh.

Bersama adik-adik ipar. Terima kasih ma bekalkan kami mihun goreng dan ayam goreng.

Berenti dulu baca. So dah baca kena hati-hati. Telinga harus sentiasa berjaga-jaga.

Here we go. CHEMERONG.

Wah. Yang kecik cinonet depan tu paling tak sabar. Dalam kereta dia senyap langsung tak cakap apa sebab dia rungsing abang asyik sesat jalan je. Haha.

Yeah. Jojo pun semangat jugak. Untung kau ikut kan. Boleh mandi air terjun.

Me n jojo. Jojo tak mandi pagi lagi katanya nak jimat air. Mandi kat air terjun tak payah bayar. Daaaa.

Masa sampai tengok ada geng photographer dari Kemaman. Yang duk berdiri tengah batu tu model kot. Kental bila tahu kami kena mengharungi batu-batu untuk ke tengah-tengah air terjun. Dah la licin.



Auuuww. Harusla ada gambar enterprem kan.

Mari bergambar sepuas hati dulu. Nanti dah terjun dalam air takde maknanya nak bergambar dah.

Entiti.

Sape tak kenal sila angkat tangan. Katak ni menyembunyikan diri pada batu yang sama warna tubuh dia. Pandai you. Sampai ambik gambar tiga kali baru camera dapat focus.

En.beliau dah ready nak buli. Simbah air.

Hafiz Hafizol. Dah macam setahun tak jumpa air. Kesian kau Jojo.

Ni pun sama.

Masa nie diorang duk bising-bising dah panggil saya suh turun.

Ni la port lepak kami. Lapar sangat naik mandi makan lagi.

Abang dan adik.


Memang pantang tengok orang senang. Semua dia nak simbah air. Memang dasar pembuli.

Maaf. Terpaksa crop gambar awak semata-mata tempek kat sini.

Rasa tak puas mandi. Rasa nak bawak air terjun letak belakang rumah boleh.

Daaaa.









Wednesday, 4 April 2012

Trip to Cameron Highland : Part 4

Salam uolls.

Alamak dah part 4 dah. Hokeh. Saya akan habiskan trip di chapter ini. Jangan risau korang. Pemalas nak berstory kali ni boleh. Nak tempek gambar kat entri terus blah. Sabar je la.










Ok. Ok. Serius. Saya stop kat sini. Harap-harap Tuhan panjangkan usia kami untuk pergi trip lain kali. Daaaa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...