Para Pengikut..

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Sunday, 5 February 2017

Wedding adik ipar - Salma & Tajol

Salam uollss..

Ni terobek wedding adik ipar akhir bulan lepas. Biasalah aiolss cerita dah basi baru nak update kan. Haha.

Malam Khamis akad nikah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Even fil keluarga kecik tak ramai sedara mara datang tolong sebab masing-masing jauh. Sian pulak. Datang makan raikan majlis udahlah yer. Walaupun setakat kami2 yang seketul dua ni alhamdulillah lancar je semuanya. Fil pon ni 1st time buat kenduri  besar-besaran macam ni. Masa saya dulu buat sambut menantu kat rumah saya terus. Tak payah sedara nak datang 2,3 kali kan.

Yang paling jadi perhatian ofcoz budak kecik cinonet ni. Cucu tokmi n aki. Mami pun tak dapat nak tolong sangat bila ada handbeg bergerak ni. Kehkeh. Nasib baik la anak teruna ai ni ok je ngan siapa2 yang melayan dia. So boleh mami lari situ sini sekejap. Thehe.

With biras dan adik ipar. Lepas ni turn ateh pulak. Biras n ateh ni la yang banyak sangat tolong gubah hantaran,siapkan doorgift,deco situ sini. Jahitkan baju2 kitorang pon biras yang jahit. Alhamdulillah.






Selamat dah kak dan tajol. Olohh. Rupanya takde bergambo dengan pengantin masa akad nikah. Ke ada dengan op kot eh. Masa akad nikah kitorang sibuk duk hidang makan kt luar. Tak tau hp mami ngan sape.


Cantik sangat my sis. Alhamdulillah berkat kesabaran akhirnya kak dapat berjodohan dengan lelaki terbaik untuk kak. Semoga Tajol dapat jaga kak dengan sebaiknya. Semoga ikatan korang berkekalan sampai ke akhir usia. Aamiin..



With kazen husband Areda. Kawan dari zaman matrik. Yang kenalkan kita dengan asben. Sekarang masing-masing dah kawin anak sorang 😘



Hari Jumaat esoknya majlis persandingan. Gambo dah merata-rata tak ikut time ni. Heee. Nak bergambo bersama sekeluarga bukan senang kan. Tunggu raya pulak baru dapat macam ni. Kiki.




Tok asben. Kitorang panggil mok. 



Menggedik-gedik dengan biras dan adik ipor. Pengantin makan beradap kot masa ni. Tunggu gambo cantik dari op kite tempek pulak sini sebagai kenangan di masa depan. Ceewahh.


Dengan kawan-kawan adik ipor.


Budak nakal mami. Nakal pon mami sayang ketat-ketat 😍





Okeh. Tu sedikit gambo majlis ritu. Alhamdulillah lagi semua berjalan lancar. Tunggu majlis sambut menantu kak & Tajol 18hb nanti pulak.


Monday, 9 March 2015

Tiga tahun yang lalu =D

Salam uollss..

09.03. Malam ni kita akan dinikahkan dengan jejaka pilihan hati,ececece. Nebes ni. Semua kerja serba tak kena. Risau jugak. Macam mana tetiba bakal suami jadi speechless masa jabat tangan ngan tok imam. Hahaha.

Alhamdulilah tu tiga tahun lepas punya debaran. Semuanya Allah permudahkan. Tiga tahun dah??kejapnya. Rasa macam baru tiga bulan je. Hakhak.

Terima kasih Allah kurniakan dia untuk saya. Walaupun dulu selalu prasangka negatif, boleh ke dia itu,boleh ke dia ini. Tapi dah Allah cakap dia lah jodoh kita, jumpalah cinta pertama sebelum dia yg berpisah bagai nak gila..jumpalah cinta2 lain selepas dia pun tetap akhirnya dengan dia jugak.
Alhamdulillah, punya dia yang menjaga saya sebaiknya. Semoga Allah panjangkan jodoh kita, untuk menjadi tempat menumpang bahu dikala kedukaan, menumpang senyum dikala kegembiraan. Terima kasih atas kebahagiaan ini Allah.
So, terobek gambo kawin sikit boleyyy??






Hurmmm, sayu dengar wish asben.."Semoga Allah panjangkan umur kita dan makbulkan doa-doa kita syg" InsyaAllah. Aamiin..

Thursday, 30 October 2014

Kenduri sepupu sepapat.

Salam uollss..

Hari tu pergi kenduri anak sepupu asben kat Kemaman. Pegi dua buah kereta. Akad nikah malam Khamis saya tak pegi pon. So hari kenduri of kos la kena datang awal-awal pagi. Heee. Bukan nak tolong pon, tolong menyibuk jer. Diorang surimahtangga kat taman tu semua pakat tolong da. So, kami anak beranak kemari-kesinun je buat-buat sibuk. Haha.


Dalam kereta jom kita selfie, wefie dulu. Yang belakang dua orang adik ipar la. Eh, ada kisah di sebalik shawl brown aiolls pakai tu. Sebenarnya bawak balik dress tu takde tudung nak pakai. Pastu konon nak ajak la asben terjah kedai beli shawl.

Balik rumah adik ipar tunjuk la shawl baru dia siap ada tag harga lagi. 
"Eh, kaler tu matching la ngan dress Kak Long" siap lari-lari kita masuk bilik bawak shawl orang nak g match ngan dress kita. Haha. Dasar kakak ipar.  


Tu la adik kita tudung pink tu. Dia memang baik hati. Tak bleh kalau kita cakap cantiklah, berkenannya kak long tengok. Terus cakap "takpelah kak long, ambiklah" fine. Bermurah hati sangat awak ni Ateh. Kak Long is terharu sangat ni. Nak bagi duit pun dia tolak. Dia cakap kalau nak bayar sangat bagi RM50. Kuang ajo sangat style tak nak bagi orang bayar. Hakhak. I luv u Ateh!! Nanti Kak Long ganti dengan shwal lain tau.


Haha. Pastu bila tengok balik gambo bawah ni kelako pulak. En.beliau suruh tengok tangan dia macam kena ruam ke ape ntah. Tapi isteri pulak kebetulan gigih duk selfie. Haha. Ampun maaf dipinta asben.

Sampai je mari kita bergambo kat pintu gerbang dulu. Pelamin kat bawah kanopi hujung sana.


Masuk-masuk jer terjah bilik pengantin. Pengantin pon tak bersiap lagi. So, kemas-kemas bilik susun hantaran atas katil.



Pengantin tak nak masuk gambo. So anak menantu Puan Siti Marina je bergambo.


Meriah jugak kenduri Alang (anak sepupu asben) ada DJ, ada silat, ada pemain kompang.


Bingit sangat kat luar, so kitorang duk dalam rumah je. Konon-konon jadi tuan rumah la.

Dua kali makan jugak. Kul 11.00 lauk dah masak makan nasi minyak dulu, coz pagi tak breakfast pon. Kemudian penat gelak-gelak sembang-sembang keluar makan bubur pulut hitam pulak. Tapi saya lagi prefer bubur kacang la. Yang ni tak kena sangat dengan selera saya. Eh, apa ko ingat ni kenduri ko kawin ke nak memilih-milih. Hehehe.


Adik ipar dan biras pulak duk meratah daging sampai dua pinggan. Hehe. Ni memang hantu gulai daging kenduri ni. Hehe.


Pengantin dah siap tunggu rombongan pengantin lelaki. Diorang berdua ni jodoh panjang jugaklah. Sama-sama belajar dari sekolah dulu sampai ke kolej. Kebetulan pulak belajar dekat kolej tempat saya kerja. Kebetulan sangat. Ingat masa kapel ngan en.beliau dia ada cakap anak sepupu dia study kat kolej saya keje ni. Eceewah..Gigihlah daku stalk anak sepupu pakwe kan. Hahah.

Pastu bila jumpa Alang dia plak konfius nak panggil Cik Fizah ke?ke panggil Kak Fizah?hehe.sukati la. 










Pastu sibuk-sibuk sangat kesana-kemari boleh plak saya lupa nak bergambo dengan pengantin. Hehe. Takpelah.. Kepada Alang & Pie, selamat pengantin baru, moga bahgia sampai ke anak-cucu ke akhir hayat. Semoga hubungan korang dilimpahi rahmat Allah senangtiasa.

Wednesday, 24 September 2014

Kenduri kahwin adik ipar.

Salam uollss..

Alhamdulillah kenduri adik ipar dah selesai dah.  Kenduri hari Sabtu dua minggu lepas. Tapi awal-awal mil dah booking suruh saya balik awal untuk settlekan apa yang patut. So saya ambik cuti Rabu dan Khamis. Hover. Macam kau je yang nak kahwinkan. Thehehe. Tapi saya memang suka la kenduri kahwin. Suka dengan persiapan buat hantaran semua. Suka tengok deko pelamin, makan beradap, berarak bawak hantaran. Kekeke. Mengembalikan kenangan sangat.

Ni malam nak pegi akad nikah. Semua nak pakai pink terpaksa pinjam shawl adik ipar la. Hehe.


Akad nikah malam Jumaat kat rumah pengantin perempuan. Umah mil ni jauh sikit la dari umah pengantin perempuan. Adalah 10 - 15 minit naik kereta. Kalau dari umah mok (nenek) en.beliau tu jalan kaki jer.

Alhamdulillah sekali lafaz adik ipar dah sah jadi suami orang. Dapat biras la kita. Weehuuuu..


My adik ipar bertemu jodoh dengan kawan sepermainan sejak kecik. Masa kecik kan diorang duk kat umah tok (nenek). Dekat la umah wife dia dengan umah tok. Dah en.beliau ngan adik ipar pun memang rapat ngan adik beradik laki my biras. Dah jodoh kan. Senangla dekat je nak balik jenguk mil pun. 


My biras, mil n adik ipar.


  
  
 Esoknya majlis berarak dan bersanding pulak. Pagi tu kitorang goreng karipap je then buat agar-agar. Coz semua sedara mara yang nak berarak tu berkumpul rumah mok en.beliau. Sementara tu makan ringan-ringan la. So semua jalan kaki la dari rumah mok. Dalam kul 2.30 petang berarak.
Ayah mertua, jiran sebelah rumah & asben. Eh asben, nape nampak kurus benor tu. Jeles aiollss. Haha.


Me bawak buah-buahan. Sebab takut tergolek atas jalan raya. Haha. So me bawak dengan berhati-hati la. Dah la berat ya ampunnn. Sampai ketar tangan dibuatnya.
Ateh apesal muka macam tu. Telur nak bergolek ker? Muahaha.

Mak sedara, adik ipar, kakak ipar.

Mak sedara lagi, mak mertua, menantu kesayangan.LOL.

Kakak ipar, adik-adik ipar.

Mak mertua yang gojess. Hehe.
Tema adalah hijau + putih. Semua baju pengantin perempuan yang jahitkan. Beliau memang pandai jahit, baju melayu ke, baju pengantin ke, semua boleh.












Ni pulak hantaran-hantaran. Me godek-godek simple je pon. Deko yang bawah tu biras dah siapkan. Kitorang cuma letak barang hantaran je plus hias skit-skit. 

Sireh + bekas cincin. 


Buah-buahan


Handbeg + wallet

Kain pasang


Kek

  

Penjagaan diri
 

Kasut


Telekung



 
Hantaran dari pihak perempuan tak ambik gambar banyak sangat. Huhu.

 



Alhamdulillah. Akhirnya selesai jugak majlis kenduri adik ipar. Berjalan dengan lancar. Semoga hubungan mereka kekal bahagia sampai akhir hayat. Aamiin.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...