Para Pengikut..

Tuesday, 30 May 2017

Salam Ramadhan

Salam uollss..

Kejap je kita dah ketemu lagi Ramadhan kan. Tahun ni 1st ramadhan di rumah famili in law. Hari Jumaat tu keje. Balik kerja kul 6 zapp terus pecut balik Dungun. Sempat la sahur di rumah fil pagi tu.

1 Ramadhan.
Adik ipar masak ikan masak stim. Sedappp. Sampai dua mangkuk ai hirup kuah. Haha.



Masuk gambar makanan jgn hentam ya. Hahaha.

2 Ramadhan.
Mil ajak pegi pasar. Suka3. Nak beli sayur fresh2. Macam-macam sayur beli ha. Sampai tak muat tipuware kite. Haha. Eh, tu cara kita simpan stok sayur tau. Basuh bersih2 simpan dalam bekas tutup rapat. Memang tahan lama la. Setakat ni memang tak pernah buang sayur sebab layu kering.


3 Ramadhan
Dah masuk keje. Asben pulak ambik cuti sehari. Asben beli ayam tak tau nak masak berbuka apa. Adoii. Stress mikir nak masak apa ni. Dr sahur lg duk tanya asben nak buka apa. Kat opis col lagi dia tanya. Ikot jelah katanya. Kang ada yg buke ngan kurma dan air suam kan 😂

Then dapat idea buat paprik je la. Senang dan cepat. Balik kerja sampai umah kul 6 terus ketung ketang potong ayam. Asben ada lega skit boleh #danielasyrafmz bertempek ngan papa tak kacau mami kat dapur.
Simple sangat masak paprik je. Ok goreng ikan sekor. Haha. Nak tumbuk belacan tak sempat dah. Ngam2 siap hidang bunyi bedil.

Asben belikan ketupat tapi rasa tengik la. Panaskan semalam punya ke. Hukhuk. Keciwa betul kalau beli makanan kt luar ni.

Sekarang time magrib tu masa Daniel makan. So dia pon berbuka sekali la. Suap dia kenyang2 barulah turn mami makan.

Alhamdulillah hari ni dah 4 Ramadhan. Kejap je. Nanti pejam celik dah syawal kan. Semoga Allah kurniakan kita kesihatan dan kekuatan untuk terus beribadah di bulan yang mulia ini. Aamiin.

Tuesday, 23 May 2017

Anak mami dah 1y 5m

Salam uollllsssss..

Mami yang bizi datang nak sapu laman umah kejap. Banyak sangat habuk ni. Lama tak hapdet. Hahahha.

 Alhamdulillah Daniel dah 1y 5m dah. Buas sangat anak mami ni ya Allah. Kiki. Tak pe dikkk. Tu petanda awak anak yang aktif cerdik pintar. Haha.

Haritu ajak pergi pantai. Papa malas sangat nak keluar nak rehat-rehat je. Kalau keluar nak pusing-pusing je. Apa maknanya keluar sekadar duk dalam kereta kan. Mami bagi nada merajuk sikit "kalau keluar just nak duk dalam kereta pusing-pusing tak nak keluarlahhh" Kakaka. Tu pun nak merajuk mami ko dikk. Pastu papa suh la benti. Senyum panjang mami. Hahahahah. Alasan nak adik lari-lari kat pantai. Padahal mami gedik nak rasa angin pantai. Hahaha.

Papa rehat jelah bawah pokok rhu tu yer. Biar mami yang lenguh duk berkejoran ngan Daniel.  Suka tengok dia eksaited lari-lari. Cuma masih fasa jumpa menda suka masukkan dalam mulut. Part ni jela mami kena perati skit. Kalau setakat lari jatuh lari tersadung akar tergolek atas pasir mami biarkan jela. Tapi riso jugak. Ada banyak kayu kayan kena beware jugakkk.






Pastu sekarang start kul 7 malam tu jadual makan dia lah. Sambil tengok upin ipin mami suap nasi. Bila dia kenyang duk rehat tu boleh la mami mandi solat. Sekarang bukak upin ipin kat tv. Duk tengok tu jela. Kalau dia bosan masuk dapur heret tipuware, beseb, bakul, periuk mami bawak masuk hall. Tu masih hobi dia lahh. Hahahha.


Hahahah. Tuje la nak citer. Next time mami datang lagi sapu sawang sini. Kikiki. Bizi sangat uolls dengan urusan kerja dan biz online mami. Siapa nak beli baju raya cantik-cantik jom jenguk ig mami @izafiza_shoppe. Cheeewahhh. Promote kejap.



Friday, 12 May 2017

Doa melembutkan hati anak.

Salam uollss..

Mami copy dari fb dan tempek sini. Semoga dapat manfaat semua ya.

KUASA YA LATIF PADA ANAK-ANAK, KESANNYA LEBIH HEBAT DARIPADA GUNA ROTAN

1. Amalkan membaca baca ‘Ya Latif’ sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.

3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5. Bacaan untuk anak/suami yang degil tidak mahu solat.
Baca doa ini 3x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak/suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah..
Kemudian baca doa NABI DAUD sebanyak 3 kali -
“YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI” dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

5. Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang. Semua ini Insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Tuesday, 9 May 2017

Kurung Moden Raya 2017

Salam uollsss...

Raya dah nak dekat ni. Dah tempah baju ke. Tailor mesti dah tutup order dah kan. So jomlah kita beli baju ready made.

LADY LISA Kurung Moden - Black Edition







Ha..apa yang istimewa sangat dengan Black Edition ni? Untuk edisi ini, kami padankan border & lace eksklusif berwarna hitam dengan 6 pilihan warna yang sangat cantik. Tak lupa juga dengan kilauan manik-manik kristal di bahagian pergelangan tangan. Ekslusif sangat tau.

Potongan Lady Lisa ni memang direka khas untuk buatkan korang semua nampak lebih langsing dan tinggi. Gojes sangat tau. Saiz tersedia dari XS - 2XL.

Pemilihan material adalah fabrik dari Royal Premium Matte Satin. Fabrik yang memang telah diuji selesa, sejuk, tidak berkuap, tidak melekap di badan dan mempunyai ketebalan yang tidak terlalu nipis atau pun tebal. Fabrik ni adalah dari Matte Satin, yang memang sangat kurang berkilat. Malah, kilauanya memberikan efek mewah dan eksklusif kepada korang semua.

Sempena pelancaran koleksi baru ni, ada harga special tau. Korang boleh dapatkan Lady Lisa dengan hanya RM199 TERMASUK postage ke seluruh Malaysia.

Harga normal: RM229
Harga Istimewa sekarang: RM199 (termasuk postage ke seluruh Malaysia)
Harga ahli: RM179 (termasuk postage ke seluruh Malaysia)

Cepat dapatkan segera sebelum kehabisan stok 😘😘
.
WHATSAPP ME!!
+60145001776
+60145001776
+60145001776
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...