Salam uollss.
Hari Khamis lepas asben tiba2 cakap bestnya kalau dapat makan nasi dagang. Lama tak makan. Kesiannya. Mengidam yer. Seusia hidup saya tak pernah masak nasi dagang. Kalau mak buat pon awal pagi kita masih berdengkur lagi. Bangun tido dah siap kukus. Haha. So hari Jumaat pergi pasar beli beras, santan, timun, ikan aye, rempah. Nak buat jugak sebab tak pernah try kan. Kira mencabar diri la ni. Haha. Pinjam pengukus ngan mak pastu google resepi kat facebook. Kiki. So kita olah jugak resepi ni sikit-sikit yer.
RESEPI NASI DAGANG
1 kg beras siam wangi (tak payah campur beras pulut dah). Rendam dari malam. Dalam 7 jam la.
Sediakan pengukus, kukus sehingga masak separuh dulu. Dalam setengah jam lebih la.
Sediakan pengukus, kukus sehingga masak separuh dulu. Dalam setengah jam lebih la.
Dah siap angkat nasi tadi dan masukkan dalam bekas. Masukkan air gaul rata biar jadi basah-basah gitu nasi tu. Masukkan santan 1 cawan. Gaul lagi. Santan tu campur la garam sikit.
Biarkan seketika bagi nasi kembang sikit. Dalam 5 minit macamtu jela.
Masukkan semula nasi tadi dalam periuk kukusan tu. Letak sekali bahan-bahan berikut:
*Bawang merah saiz sederhana 5 ulas (mayang halus)
*Halia 3 inci (hiris halus)
*Halba - 1 sudu makan
*Daun pandan - 3 helai disimpul rapi
*Bawang merah saiz sederhana 5 ulas (mayang halus)
*Halia 3 inci (hiris halus)
*Halba - 1 sudu makan
*Daun pandan - 3 helai disimpul rapi
Caranya buat lubang tengah-tengah nasi tu, masukkan daun pandan pastu masukkan bahan-bahan atas tu.
Tutup kembali lubang tu dengan nasi. Kemudian kukus kali ke-2 sampai nasi masak. Check la sentiasa nasi tu masak atau lembut ke idok lagi.
Kalau dah masak masukkan dalam bekas. Pastu masukkan lagi secawan santan pekat (santan dah tambah garam yer). Gaul rata bagi nasi tu basah-basah gitu.
GULAI IKAN TONGKOL / AYE
Ikan aye separuh je sebab besar sangat. (Rebus masukkan garam sesudu dan 3 asam keping.
Ikan aye separuh je sebab besar sangat. (Rebus masukkan garam sesudu dan 3 asam keping.
Bahan untuk gulai:
9 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
Beberapa hiris lengkuas
Dikisar bersama.
9 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
Beberapa hiris lengkuas
Dikisar bersama.
Lepas kisar masukkan dalam mangkuk dan campur rempah gulai khas untuk nasi dagang ( saya beli kat pasar cakap nak rempah gulai nasi dagang)
2 sudu rempah nasi dagang + 1 susu rempah cap bunga ros
2 sudu rempah nasi dagang + 1 susu rempah cap bunga ros
Tumis minyak
Masukkan lada kisar 3 sudu
Dah masak tu masukkan kan rempah dan bawang blend tadi.
Masukkan santan dan kacau lagi
Masukkan ikan skali air rebusan ikan aye. Tapi kena rasa dulu takut dah terlebih masam dan masin.
Masukkan gula, garam dan asam gelugur
Yang paling penting masukkan cili banyak2. Nasi dagang kaw makan ngan cili padi kan.
Gulai tu masak lama2 baru sedap. Saya masak malam nak makan pagi. Pagi tu panaskan lagi. Makin lama makin kaw.
ACAR TIMUN
Acar timun ni dimakan bersama nasi dagang. Ikut selera ada yang nak terlebih masam. Saya suka manis pedas sikit. Sukatan pon bergantung pada nasi yang korang masak la yer.
1 biji timun
1/2 biji carrot
1 biji cili besar
2 biji cili padi kalau nak extra pedas
1 biji bawang merah saiz sederhana
Cuka makan 2-3 sudu
Garam
Gula
Gaul semua tu dalam bekas biarkan dia meresap rasa manis masam tu. Buat awal-awal sikit biar dia meresap. Sedapnya.