Para Pengikut..

Sunday, 30 August 2015

Review Restoren Selera D'Sungai, Merchang,Terengganu

Salam uolls..
 
Malam tadi odw balik Dungun asben ajak singgah makan kat kedai atas sungai. Lama dah nak bawak mek dia  makan sini katanya. Hehehe. Biasanya lalu kat jambatan sorang-sorang mesti ternampak kedai tu dari jambatan. Nampak menarik la pulak dia cakap kan. Saya pun tak perasan sangat kewujudan kedai ni. Yela dia yang duk ulang alik every weekend mestilah perasan. Yang lampu belakang tu lampu jalan atas jambatan. Jambatan Merchang kot.
 
 
Masa kitorang sampai tak ramai lagi orang. So, atas sungai ni sunyi sepi je. Then ramai la pulak turn cini, 2-3 famili turun makan kat sini. Barulah crowded skit.
 
 
Asben minum barli. Cute je gelas dia.

 
Ai order neslo ais. Malam-malam pon minum ais.

 
Asben makan nasi goreng special. Yang specialnya nasi ada tiga jenis/warna/rasa berbeza. Ada ayam, udang dan sotong celup tepung.

 
Saya mula-mula nak order mee goreng mamak. Then asben cakap 'makan kat kedai special gini nak order mee goreng mamak je ke' hehehe..eh, ai mengidam okeyyy. Tapi teringat pulak makanan peberet kita nasi goreng + sotong goreng kunyit. Ok. Yang mengidam tadi kensell.

 
Scary jugak tengah-tengah syok makan tiba-tiba air sungai berbuih-buih. Tak taula ikan ke, kura-kura ke. Tunggu-tunggu takde haiwan muncul pon melompat. Nak ambik gambar surrounding sungai tu gelap la pulak. Camera hp pon tak clear.

Weolls konon-konon eksited la makan dikelilingi sungai, romentik konon. Lepas makan air tak habis pun lagi masing-masing dah mula rasa pening. Maklumlah sorang je berjalan terus lantai beralun-alun. Kebetulan ramai pulak customer keluar masuk turun naik. Beralun-alun dah rasa macam atas bot. Cepat-cepat bayar naik ke darat. Kang tak pasal-pasal mabuk sungai. Asben tu dahla mabuk laut. Kahkah.
 
Kedai ni ada atas daratan. Then dia buat jeti boleh turun ke bawah. Eh, saya pon tak perasan sebenarnya kedai tu yang sama ke kedai berbeza. haha. Nak review pon pening. Takpe nanti kita try singgah siang plak tengok macam mana. 
 
p/s : Mekasih asben,konon nak meraikan kegembiraan hari semalam kan. Pening yang dapat.haha.

Thursday, 27 August 2015

Jom buat checklist keperluan baby dan ibu.

Salam uollss..
 
 
Dah nak habis trimester kedua ni sibuk duk gugel pasal checklist barang keperluan baby dan maknya. Senang betul internet dihujung jari ni. Macam-macam jenis la yang korang semua share yer. So, ai cedok mana yang rasa berkenan dihati. Hehehe. Cari yang download jumpa link pdf ni. Boleh la korang nak download pegi link tu eh.
 
 
http://hanisamin.com/blog/21359526/Checklist.pdf

Saya convert ke word pulak. Tapi macam susah je nak edit. Lastly buat table sendiri jer. Muahaha. Tapi banyak rujukan jugak la gugel. Tanya jugak kawan-kawan yang dah ada pengalaman brand apa yang sesuai, apa yang harga berpatutan dan mana yang kualiti ok dan tak.

Kita pon tulis tu tak tau complete ke tak. Haha. Siap sediakan row kosong nanti nak tambah apa-apa senang.

 
 InsyaAllah weekend ni beli dulu sikit-sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. Heeee.
 


Wednesday, 26 August 2015

#throwback Cameron Highland

Salam uollss..

Malam-malam ni sementara mata tak bleh pejam lagi jom la kita men- throwback zaman dolu-dolu. Cepat masa berlalu. Bila ntah dapat pergi jalan-jalan lagi. Sobsob.












posted from Bloggeroid

Tuesday, 25 August 2015

Nak susun atur bilik stor.

Salam uollss..
 
 
Dalam banyak-banyak ruang dalam rumah yang paling menyerabutkan mata menengoknya adalah BILIK STOR. Bilik ketiga dalam rumah tu kitorang jadikan bilik stor. Sebab duk kat dapur plus bilik tu takde kipas dan takde tingkap. So, segala mak nenek barang letak dalam tuh. Memang menyerabutkan matalah kan.
 
Dengan spare part kereta asben, barang-barang hardware asben, kasut baju yang da tak pakai berplastik-plastik, hadiah kawin berkotak-kotak, dan beberapa brang apa ntah dalam plastik sampah yang bawak dari rumah sewa sebelumnya yang tak guna so duk dediam je dalam tuh. Pastu kalau asben nak suh ambikkan barang hardware dia, mulalah ai macam....errrr..ada dalam stor eh?b pasti ke letak dalam stor?bukan dalam kereta. Hahaha. Fail disitu. Barang dia kalau saya carik memang berzaman tak jumpa. Stress asben. Last2 carik sendiri je. Muahahah.
 
Huwaaaaaa...bila nak mengemas BILIK STOR neh?
 
So perancangan dan angan-angannya adalah :
1. Kemas bilik stor
2. Tak nak nampak macam stor sangat
3. Boleh jugak kalau dijadikan bilik tidur tetamu ke kan.
 
 
Terus cari idea, carik kerajinan blogger lain supaya ai pun nanti terjangkit. Hehhee. Hope dapat settle sebelum tak larat nak mengemas nanti. Heh.
 
 
Banyak lagi blogger yang rajin-rajin organizing rumah. Tapi yang tu je sempat copy.  


Monday, 24 August 2015

Kena serang lebah.

Salam uollsss..
 
Kemain tajuk saspen tak ingat. Semalam saspen betol. Masa tu dalam kul 7.00 pm lebih la. Belum maghrib pon lagi. Duk layan citer Eksperimen Cinta dengan asben. Tiba-tiba bunyi bising kat lampu , kat syiling rumah. Pandang atas tengok lebah berlegar-legar kat lampu. Banyak ekor la jugak. Dalam 7-8 ekor. Terus tersentak kami berdua neh. Biasanya kalau ada sekor masuk tu normal lah yang sesat kan. Terus asben gegas g dapur tengok kat dapur lagi banyak. Baru perasan tingkap kat dapur tak tertutup. Lupa la asbennnn..huwaaaa..Cepat-cepat tutup tingkap semua and tutup jugak lampu dapur.
 
Asben pulak keluar kat garaj kereta intai belakang rumah. Belakang rumah tu ada kebun jiran. Takdelah semak-samun sangat pon. Tapi adalah pokok-pokok rambutan, jering dan kelapa yang jiran tu tanam. Asben bukak lampu kereta. Nah!!terus nampak sarang lebah kat dahan pokok jering. Bila ntah dia buat sarang kat situ. Rasa pagi tadi tak perasan pon lagi. Patutlah banyak sangat kaum kerabat dia masuk rumah. Diorang kan suka cahaya-cahaya neh. Kitorang tutup pintu tingkap semua rapat-rapat. Then tutup lampu. Bukak tv ngan lampu ruang tamu je. Tu pun gigih asben campak keluar sekor-sekor yang ada dalam rumah tu. Takut jugak. Kalau takde sengat takpelah kan. Kita ni dah la spesis penakut. Cicak, lipas, lebah, apa semua serangga lah. Dengan semut je kita berani. Hahaha.
 
Malam tadi kita sorang-sorang kat rumah. Risau jugak kalau kena serang skali lagi. Rupanya sekor pun takde masuk rumah. Mak cakap maybe malam tu diorang baru pindah tempat. Tu yang huru hara sangat tuh. Ni dah duk diam-diam dalam sarang buat madu senyap lah semua. Hope ceapt-cepat la jiran tu panggil sesape clearkan. Kita tengok sarang lebah tu pon dah naik seram. Huhuhu.
 
 


Thursday, 13 August 2015

Biskut raya feveret.

Salam uollss..


Malam ni sambil layan Liga Super Msia - Trg vs Perak kita layan kehendak perut ni jugak. Hehe. Tat nenas biskut raya paling feveret. Tiap tahun saya mesti order just utk kita makan. Hehe. Asben pun suka jugak. Kalau kita refill dalam balang tu nanti dia balik konpem licin.

Nak dapatkan feel sedap tu kita penuhkan dalam balang dulu. Makan dalam balang punya. Dapnye. Eh, balang kuih raya pun tak simpan lagi. Elok je lagi atas meja tu. Agaknya nak tunggu sampai raya Aidiladha plak kot bertapa atas meja tu. Haha.




Ni dah last stok da ni. Nyesal pulak beli satu bekas je.

Eh,btw tahniah Trg menang malam neh. Hope dapat pegi final. Chaiyok2..




posted from Bloggeroid

Tuesday, 11 August 2015

Sembang petang hari.

Salam uollss..

Ngantuknya..huhu..jom kita sembang2 la.

Alhamdulilah. Dis week dah masuk 22 weeks. Kiranya dah 5 bulan la kan. Tapi ramai orang jumpa tanya mesti cakap perut kita kecik je. Hehe. Takpela baby asalkan awak sihat je eh.

Minggu lepas pegi checkup hb still low. Huwaaa. Pasni memang kena checkup setiap 2 minggu. Dan minggu ni bertambah kerap makan kerang, then beli jus delima. Makan punyalah berselera kan. Sampai berat naik 2kg untuk dua minggu. Tapi still tak mencapai lagi berat sebenar coz masa bulan puasa ritu berat kita turun. Minggu depan pegi checkup lagi. Hope hb naik dan berat pun naik.

Start 20 weeks baru rasa baby bergerak. Tapi just dup dup dup macam tu je. Kita pernah terbaca tu maybe efek dari baby tersedu eh. Ke sendawa ntah.haha. Minggu ni makin aktif la, terutama lepas kita makan, baring atau rehat-rehat. Dan kalau perhati betul-betul dah nampak ada pergerakan kat tummy. Alhamdulilah. Hope awak ok kat sana yer. Hehe.




posted from Bloggeroid

Sunday, 9 August 2015

Aidilfitri 2015 - Raya kampung sendiri la pulak.

Salam uollsss..

Lama giler tak update belog neh. Kesian kau terabai. Heheh. Raya sehari kat umah mil then pagi raya kedua balik umah pulak. Nasib baik dekat je perjalanan. Sejam lebih je. Terus whatapps adik badik dorang raya ke mana kita nak join konvoi. Tapi sebab kita lambat sampai dorang gerak dulu. So kita follow belakang la. Pegi umah terbuka sepupu, umah mak sedara, umah sepupu, umah mertua kakak pon ikut jugak. Nama pun raya kan. Konvoi 3 buah kereta. Raya umah sepupu sampai tak cukup spegeti yang diorang masak. Haha. Len kali masak banyak-banyak. Haha.

With my sis. My only sis yang bergosip berahsia mengadu nasib pentadah telinga mendengar masalah aiolls dialah. Hehehe. Tq uollss..
 
 
My lil bro, Apijol. Tempat bergelak tawa menangis bersama ketawa bersama. Haha. Gambo blur curik dari fb Apijol. Sedih sangat beraya sakan sampai tak tercapture gambo kan awok. Nyesal pulak tak bergambo dengan mak sedara semua. Dah la time raya baru pegi menziarah. Huhu.

 
Dah lewat petang baru balik. Sedara mara belah ayah ramai. Ada jugak mak sedara yang tak terpegi pon umah diorang. Huhu. Ampunkan saya mak sedara. Plus family belah mak pun ada jugak area Kuala Terengganu. Memang tak terpegi semua la.
 
Raya ke3 kita bizi pergi pasor untuk membeli barang-barang untuk umah terbuka keesokan harinya. Raya ke3 famili abang yang kedua dah balik ke Tangkak. So, umah mak dah sunyi skit.
 
Raya ke4 kita buat mini open house. Kenapa panggil mini? hehehe. Sebab takde lah menjemput ramai orang pon. Bajet pon ciput jer. Sekadar jemput beberapa orang kawan rapat, student yang selalu datang raya kat umah, kawan-kawan Apijol, n makan untuk famili sendiri. Famili kita saja dah nak masuk 20 orang. kikiki.. 
 
Tuan rumah sememehnya muka. Rushing sangat kul 11 makanan tak settle lagi. Dan one of my fren datang time tu. Haru kita. Dengan berkain batik lagi kehulu kehilir kat dapur. Hahahaha.
Pastu dah siap masak kerahkan anak buah susun semua atas meja. Dengan my fren skali turun padang. Hehehe.
 
Saya ni nak pakai baju raya kununnya. Tak sempat iron weiiii. So rempat je baju dalam lemari yang berkedut seribu. Huaawaaaa.
 
Tuan rumah try dulu rasa makanan sedap ke idok. hehe.

 
4 beradik pompuan.

 
Sementara tunggu tetamu datang, anak-anak buah ngap dulu makanan. Apijol makan apa semangat sangat tu.

 
Serius, tak sempat sangat nak capture gambo tetamu yang datang. Kunun bizi duk layan tetamu, bizi kat dapur. Ampunkan saya.
 
Bawah ni kawan-kawan Apijol. Terus rumah jadi riuh rendah.

 
My bff Ani, dari kelate singgah beraya. Tq my prenggg =)

 
Student datang ngan mak dan kazen dia. Owhh..ada jugak student lain yang tak tersnap gambo. Huwaaaa..kenangan tu kenangan..

 
Makanan pon dah nak habis barulah terhegeh-hegeh nak capture. Juadah tahun ni rendang ayam ngan nasi himpit, soto dan mee kari. 1st time masak banyak-banyak cenggitu. Nasib ada kakak2 datang tolong. Nasib ada anak-anak buah tolong apa yang patot. Nasib ada Apijol sponsor air dan koktail sedap amat.

 
Alhamdulillah ngam-ngam makanan habis. Petang tu adik pulak ajak kawan-kawan dia datang lepak raya kat rumah. Mee kari je la tak cukup. Soto tinggal nasi himpit je sikit bagi kat mak ngan kakak. Kuah soto pon tinggal sikit je saya panaskan makan ngan bihun.
 
 
Terima kasih semua yang datang. Sori sangat buat yang tak terlayan. Ewahhh. Macam la tetamu kau baca blog kau kan. InsyaAllah kalau diberi kesempatan, kelapangan akan buat pulak tahun depan. Ada extra budjet boleh ajak lagi ramai kawan-kawan penuhkan rumah kecik kami. InsyaAllah.
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...