Para Pengikut..

Sunday, 18 August 2019

Resepi kek planta tanpa telur

Salam uollss..

Malam raya Aidiladha hari tu plan nak buat kek. Tapi lupa beli telur. So google la resepi kek tanpa telur. Ada pun. Ok lah rasa dia. Sebelum ni pernah buat kek planta ni tapi letak telur. So kita tempek resepi kat sini next time boleh try pulak yer.

Kek Planta tanpa telur.

(A)
1/2 cawan margerin/planta/butter
3 sudu besar susu pekat
1 cawan gula kastor (saya kurangkan sikit)
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan fresh milk (saya letak satu cawan air bancuh ngan 1/2 cawan susu tepung full cream)
1 sudu ovellete (ada yang tak letak. Tapi kebetulan ada stok so saya letak)

(B)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda

(C)
Pewarna yang disukai. Ada dua pewarna pun okey.

Cara-caranya:

Mula-mula ayak bahan A dalam satu bekas dan ketepikan dahulu.
Seterusnya dalam bekas lain, pukul butter dan gula kastor sehingga kembang. Lepas tu masukkan susu dan esen vanila. Akhir sekali masukkan susu pekat dan ovellete.

Kemudian baru masukkan campuran tepung tadi sikit demi sikit yer.

Bahagikan kepada beberapa adunan bergantung kepada color yang korang ada. Saya ada dua color jer. Tak suka tau color biru nasi kerabu tu. Haha. Apakan daya color itu je yang ada dengan color pink.

Lepas tu masukkan dalam loyang secara berselang seli. Corak tu sukati korang la nak lorek macam mana. Saya guna lidi pencungkil gigi tu untuk lorek. Loyang tu saya sapu planta sikit supaya tak melekat sangat.

Panaskan oven 5 minit. Lepastu bakar la kek tu. Saya bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 50 minit. Api atas bawah okeyy. 


Ni kali kedua pulak buat. Buat petang sebab plan nak bawak balik rumah mil malam tu. Yang ni saya olah sendiri je. Siap adunan tu bahagikan kepada dua bekas. Then campurkan dua sudu besar penuh serbuk coklat dalam salah satu adunan tu. Kebetulan stok serbuk coklat raya haritu masih ada. Pastu tengok ada pulak topping coklat sikit so saya curah je atas kek tu. Hahah. So rasa dia sedap lahhh. Siapa lagi nak puji kek sendiri. Muahahha. 


Selamat memcuba yer korang.

14 comments:

  1. Yay, finally jumpa pun resipi kek ni. Saya tak tau nama kek ni so susah sikit nak google but thankfully dah jumpa, tak sabar nk cuba 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. Boleh try. Resepi pun senang jer kan.

      Delete
    2. Klau x letak susu boley ke sis..sbb susu xde

      Delete
  2. kelihatan sedap kek tu. boleh cuba resepi ni nanti

    ReplyDelete
  3. Rajinnya malam2 raya buat kek. Walau tanpa telur tetap nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sebab tuan badan teringin nak makan manis2 kena la gagahkan diri baking.

      Delete
  4. Tepung gandum tu memang 1 1/5 cup ye?

    Ataupun 1 1/2 cup? Macam mn nk sukat 1/5 tu? 😅

    ReplyDelete
  5. 1 1/5 camno tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 1/2 sis. Typing error. Tq yer.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...