Para Pengikut..

Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Thursday, 4 November 2021

Pengalaman ectopic dan pembedahan laparoscopy.

Salam uollss..

Lama sungguh tak bersiaran, tiba-tiba terus bagi entri yang mengejutkan. Iyee dakk. Korang familiar tak dengan istilah ectopic ni. Saya sendiri tak pernah dengar pun kes kawan-kawan terdekat diuji dengan kehamilan ectopic ni. Tiba-tiba Allah uji pengalaman tu pada saya. So let's the story begin..

16hb September : Hari pertama start bleeding yang kusangkakan period (mr P)

Ceritanya bermula September yang lepas. Setiap bulan saya punya mr P on time jer. Bulan September mr P datang lewat seminggu. Mula-mula terfikir jugak ke aku dah hamil. Berkira-kira nak beli UPT tapi tunggu dulu la sebab pernah jugak datang lewat seminggu macam tu. Then malam tu mr P muncul. Musnahlah harapan ku. Haha. Actually pagi Jumaat tu saya baru plan nak hiking. So dah terpikir kalau tak period jugak kita tak jadila pergi hiking. Malam Khamis tu mr P datang. So kita pun onz jela pergi hiking pagi Jumaat tu.

25 September : Sakit perut yang amat sangat datang tiba-tiba.

Seminggu lebih lepas tu tiba-tiba satu hari tu saya sakit perut. Sakit yang amat sampai baring jer. Berpeluh satu tubuh. Sebelum tu saya makan nasi dengan sambal pedas. So saya assume sakit perut sebab makan pedas tu. Kebetulan hari Sabtu cuti kan. Lepas makan tu terus baring baru lega sikit. Petang tu dah ok baru keluar siram pokok bunga. 

Biasanya mr P saya sampai  9-10 hari. Tapi bulan September sampai hari ke10 tu masih muncul. Dah pelik dah. Saya tunggu sampai hari ke 15. Duk terfikir kalau sampai hari ke 15 tu ada lagi kena pergi checkup la risau jugak takut sakit apa dalam perut tu mana kita nampak.

30 September : Hari ke 15 ke klinik untuk checkup.

Hari Khamis ni kerja, Time rehat tu saya keluar pergi klinik tak jauh dari ofis. Then kebetulan doktor laki jer yang ada. So batalkan hasrat. Kalau boleh nak jumpa doktor perempuan hal-hal berkait dengan perempuan ni. So balik opis la plan nak ke klinik dekat area rumah hari Sabtu macam tu. Jumaat kat sini kebanyakan klinik tutup.

01 Oktober : 

4.00am - Sakit perut datang lagi.

Hari ke16. Saya terjaga dari tidur sebab sakit perut yang amat. Tengok jam masa tu dekat pukul 4.00 am. Dia rasa macam sakit time senggugut macam tu la. Sakit sampai nak baring tak boleh, nak meniarap pon tak selesa. Lepas tu duduk dalam keadaan sujud sambil istigfar je. Kebetulan husband plak masa ni demam. Tapi dia bangun jugak teman kita kat ruang tamu. Sakit sampai berpeluh la seluruh tubuh. Saya dah rasa semacam dah sebab still bleeding tapi dah macam bukan mr P. Risau campur takut. So saya tunggu pagi sikit nak pergi klinik.


7.30 pagi bersiap-siap pergi klinik 24 hours , Pusat Perubatan Intan. Asben demam urat memang tak boleh drive. So dia jaga Daniel kat rumah. Mak suruh adik saya temankan, tapi takut lama kat klinik kesian pulak adik. Saya pun masa tu dah tak rasa sakit sangat jadi gagahkan diri drive je sendiri. Perjalanan ke klinik tu dalam 20 minit macam tu. Drive slow je pagi tu jalanraya pun tak sibuk sangat pagi Jumaat.

Sampai klinik lega sebab hening je. Patient tak ramai. Saya patient kedua. Masuk bilik doktor ceritalah detail kat doktor. Doktor scan cek dalam rahim kosong. Bila dah soal selidik semua doktor suruh test upt. Test upt nampak clear double line. Doktor suspek mengandung luar rahim. Terus buat surat refer ke HSNZ. Blur terus saya dibuatnya. 

Masuk kereta nangis call asben. Bagitahu asben suruh dia maklumkan kat mil. Tunggu dah bertenang drive balik. Rasa kosong masa tu. Kena pegi hospital tinggalkan asben yg demam. Anak pon demam jugak jangkit ngan asben. Risau jugak asben demam ni tapi dah cek saliva -ve covid. Sampai rumah mak datang rumah. Cerita kat mak jugak. Lepas tu call anak buah nak ajak dia teman saya pergi hospital. Lepas tu kemas barang-barang nak bawak ke hospital.

11.30 am : Refer to HSNZ

11.30 am saya ke hospital ditemani anak buah. Mula-mula fikir nak drive tapi takut nanti nak discharge kan payah nak drive so order grab je senang. Sampai hospital daftar kat bahagian kecemasan. Scan balik rahim tu then terus bawak ke red zone. Doctor cakap kalau OT kosong terus boleh operation. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Pembedahan laparoscopy dijalankan dengan jayanya. Tiga lubang kecil ditebuk di perut seterusnya doktor akan cek melalui kamera. So untuk detail korang boleh google yer. Hehe.

Dah sebulan berlalu masih terbayang suasana kalut di red zone, lepas tu misi tolak masuk ambulans sebab kena OT bangunan sebelah. Then kalut pulak di OT. Paling tak boleh lupa masa di red zone ada sorang misi tu tanya saya 'puan dah call suami ke, call la suami minta maaf..sebab kita tak tahu lepas ni macam mana'..berlinang air mata. Sebelum tu dah call asben tapi ramai doctor pelatih keliling saya so takde la kita nak cakap drama-drama sangat. Then pass hp kat doctor sebab dia nak explain pasal operation tu kat asben. Masa ditolak menuju ke OT tu anak buah follow jugak. So saya berkesempatan call asben minta maaf kesemua kesalahan saya, minta halalkan makan minum saya, minta dia jaga Daniel elok2. Masa tu baru terbayang kalau Allah takdirkan saya pejam mata ini untuk selamanya saya hanya berserah segalanya pada Allah. Sebelum operation mengucap, baca alfatihah dan istigfar. Doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan dan menjayakan semuanya.

Alhamdulillah saya buka mata nampak doctor mundar mandir. Pembedahan berjaya dan Allah masih panjangkan umur saya.

Start operation tu 2.00 petang ke atas macam tu, settle dalam 3.00 lebih. So dalam sejam macam tu jelah. Ni pun saya tanya doktor lepas dah masuk ward tu. Settle tu saya dimasukkan ke wad biasa. Terkebil-kebil jela mata sebab kiri kanan tangan ada wayar. Kesan ubat bius lama sangat tidur sedar-sedar kat luar dah gelap. Lepas tu terfikir takde orang ke update saya dah selesai operation ni. 

Kesian pulak hp ada dengan anak buah. Dia tunggu depan OT berejam2 takde orang bagitahu dah settle. Waris plak tak dibenarkan masuk. Nasib baik la saya pinjam hp patient katil depan suruh anak buah tinggalkan barang2 kat guard. Malam baru guard hantar barang. Adoi. Barulah dapat inform kat semua family & opismate saya dah selamat operation. 

Malam tu saya gagahkan diri ke toilet. Basuh muka rasa fresh sangat. Masih ada rasa sakit kat tempat operation. Jalan pun slow jer. Keesokan harinya rasa makin segar dah boleh mandi. Doktor bagitau tengahhari dah boleh discharge. Lega sangat dapat balik jumpa keluarga.

So bermulalah tempoh berpantang. (Bersambung ke next entry)

Terima kasih sudi baca pengalaman saya. Coretan untuk diari pengalaman diri sendiri untuk tahun-tahun mendatang.

Tuesday, 13 November 2018

Kronologi TTC selama 3 tahun.

Salam uollss.

Entri tentang ttc paling mendapat view tertinggi sepanjang saya berblog dari 2006. Terutama untuk entri ini ; PERCUBAAN HAMIL DENGAN CLOMID.

Tengok draft rupanya ada saya tulis pasal ni tapi tak habis. Haha. Kita kasi highlight sikit. Sayang nak delete penat-penat saya perah idea nak membebel. Kahkah. So kita post balik la sebagai kenangan dan update mana yang patut. Ni saya taip tahun 2014.

Dah lama entri ni terperam dalam draft. Sikit-sikit saya menaip. Supaya apa yang ada dalam fikiran ni takkan terhapus. Nak buat macamne, nak masuk 3 series ni asyik jadik pelupa jer. Hehehehe.
Sekejap masa berlalu kan. Tinggal tak sampai dua bulan jer lagi nak masuk tahun kedua perkahwinan. Hurmm. Kalau korang seusia perkahwinan dan senasib dengan saya haruslah penat dah telinga ni mendengar soalan demi soalan. Haruslah mulut ni penat menjawab dan menjawab. 
Sampai ada masanya saya menangis depan orang yang bertanyakan soalah tuh. Yang tanya dengan berhemah ok lah. Yang main redah je tanya macam kita ni takde hati dan perasaan haruslah terluka hati ini. Ewahhh. Kau dah kenapa.
Tapi hidup kena kuat. Kena sabar. Saya yakin dengan rezeki yang Allah kurniakan. Kena bersabar dan berusaha dan berdoa. Selebihnya berserah jer dengan ketentuannya.

*****

2012
Tahun pertama kahwin. Saya kawin Mac 2012. Lepastu suami kerja Kuantan saya kat Kuala Terengganu. Pjj la. Selang dua minggu suami balik takpun saya kesana. Masa tu baru-baru kawin kan kami memang tak pernah merancang atau berusaha menangguhkan. Cuma takdelah berusaha makan apa-apa or cuba any kaedah untuk mengesan kesuburan ke apa. Just berpandukan pengetahuan sendirilah dan kita pon boleh kira sendiri. Normallah manusia, terutama mak cik-mak cik kepoh, lepas 2-3 bulan kahwin pun dah sibuk tanya dah ada isi ke, dah melekat ke. Senang sangat haihh mulut mak cik. Kita cilikan nak?? Tahun ni berPJJ dengan asben. So pasrah je lah jumpa time bukan 'waktu sepatutnya'.

2013
Tahun paling menggembirakan. Dapat duk sekali ngan asben. Barulah saya start try itu ini. Masa ni kami start menyewa. Memang struggle sikit dengan komitmen yang banyak dan suami baru kerja dan ada masalah kat tempat kerja tu, tukar kerja pulak and so on..

Tahun ni saya baru start nak mencuba. Bulan Januari 2013, saya start makan vitamin set untuk kesuburan untuk sebuah produk. Tapi saya sempat habiskan satu botol jer. Sebab saya rasa kitaran saya makin lama makin panjang. Sampai satu tahap tu cycle sampai 40 hari. Kemudian saya stop makan. Tak salahkan vitamin tu lah. Mungkin cara saya makan salah ke. Atau mungkin tak sebati dengan tubuh badan saya kot. Entahlah. Bila stop makan vitamin kitaran kembali normal.

Kemudian opismate kirimkan kat saya buah zuriat dari Mekah. Saya minum air rebusan buah zuriat jugak. Setiap hari minum sampai habis sebiji. Sebiji jer. Asben pun sama-sama minum. Cuma dia boleh minum seteguk jer. Terus mual nak keluar segala isi perut katanya. Haha. Pastu tak rebus lagi dah. Hehe. Tak konsisten betul.

Pernah jugak ke klinik dan doktor bagi ubat untuk hormon. Masa tu kebetulan period saya datang 2x sebulan. Yang kali pertama tu ok lah ikut betul aturan apps woman log tu. Tup-tup lepas seminggu habis period datang balik. Cuak lah kita. Pergi klinik jumpa doktor dia bagi ubat hormon. Barulah kembali stabil. Saya rasa pertambahan berat bermula lepas makan ubat tu. Berat bagai di pam-pam.

Kemudian pertengahan tahun 2013 saya pegi mengurut. Pergi mengurut dua kali jugak la. Nenek tu cakap rahim ok, cantik takde masalah. Mungkin belum sampai rezeki katanya. Baik nenek.

Then saya jugak minum jus delima je. Kat pasaran macam-macam ubat kan. Tapi bila saya tengok tak terdetik pun hati nak cuba. Takut jugak kesan sampingan. Jus delima dherbs tu macam ok lah. Minum tu rasa lah macam bertenaga skit. Kuikuikui.

Sepanjang setahun tu macam-macam la saya cuba. Tapi takdelah makan produk macam-macam jenis kat pasaran tu. Saya banyak google kebaikan dan keburukan. Apa-apa makanan perubatan nak masuk perut saya tak kan dengar dari mulut orang elok ke tak. Sebab dah banyak kes terjadi kan. Produk tu bila elok untuk orang lain tak semestinya elok untuk kita. Penerimaan badan berbeza.

2014

Masuk tahun 2014 saya pindah rumah. Masih lagi menyewa dan start tahun ni kembali pjj dengan asben. Tapi tak jauh la. Kuala Terengganu-Dungun. Dalam satu jam lebih. Setiap minggu asben akan balik. Tahun ni saya dah tak mencuba apa-apa. Hanya berserah dengan rezeki yang belum sampai masa yang tepat.

Sebenarnya tahun 2012,2013 dan 2014 setiap tahun tu saya mengalami kemalangan jalan raya. Bila fikir balik mungkin asbabnya Allah tangguhkan dulu rezeki zuriat. Kalau saya accident sewaktu hamil atau dah ada anak tentu lebih perit nak menanggungnya.

2015

Kebetulan saya balik kampung rumah mil dan saya demam. Pastu saya ke klinik jumpa doc. Sembang punya sembang keluar cerita pasal zuriat pasal asid folic dan clomid. Doktor Raihan ni sangat baik dan sangat positif. Saya terus nekad untuk try makan clomid. Alhamdulillah percubaan clomid untuk satu cycle berjaya. Namun kita hanya mencuba kan. Allah yang mengatur keberhasilannya.

Rezeki zuriat datang lepas tu rezeki saya dapat pindah rumah sewa lagi. Memang penat kali ke3 pindah dengan masa tu saya baru preggy. Tapi syukur sangat pindah kali ni dekat sangat dengan rumah mak. Rumah pun lebih selesa.

Sepanjang kehamilan saya takde langsung alahan, pening kepala or muntah. Saya deliver baby Disember 2015. Alhamdulillah sekarang anak saya dah 2 tahun 10bulan++.

Okey. Sampai sini je cerita. Tq sudi baca sampai habis perjalanan ttc saya. Kepada yang masih menanti kehadiran zuriat bersabar, teruskan berdoa dan berusaha. Allah akan kurniaan pada saat yang dirasakan tepat untuk kita.


Tuesday, 17 November 2015

Throwback zaman UPSR.

Salam uollsss..
 
 
Hari ni keputusan UPSR keluar. Saya ada dua orang anak buah. Yang sorang pompuan dapat 3A, 2B. Yang sorang lagi laki dapat 2A,2B,1C. Alhamdulillah untuk korang anak-anak. Suka tengok kat Fb masing-masing berpelukan dengan anak-anak. Siap anak-anak tunjuk gambo slip lagi ha upload kat fb. Sekarang memang mak ayah kena pegi sekolah eh ambik result anak sekali. Saya tengok siap bawak satu keluarga pon ada. Heee.
 
Kita dulu rileks je kan. Siap ambik result balik rumah jalan kaki. Kuar sekolah sempat beli air soya lagi minum sambil jalan. Haha. Sekolah takdelah jauh dari rumah pun. Tapi sekarang apesal kita tengok macam jarak makin jauh jer. Haha. Saya sekolah dulu takdelah kategori pandai sangat pun. Tak pandai pun tak jugak. Kahkah. Biasa duk kelas ke-2 la dari darjah satu sampai 6. Cuma pernah masa darjah 4 duk kelas 1st. Stress kot masa tu. Sebab semua pandai-pandai. Semua time cikgu tanya soalan je boleh jawab. Kita plak terkebil-kebil senyum simpul tak dapat jawab. Stress dikelilingi orang pandai-pandai. Haha.
 
Masa darjah 6 UPSR tu saya duk kelas ke2. Time result keluar cikgu bagitau ada 3 orang dari kelas kita dapat 5A. owhh. Konfirmlah nama kita tak tersenaraikan. Jangan nak perasan sangat lah. Heee. Pastu cikgu tampal nama dengan result semua kat papan kenyataan. Berebut-rebut student nak tengok. Kita plak jenis low profile. Takpe-takpe korang tengok dulu semua. Kang ramai dah bersurai saya tengok. Yelah. Masing-masing punya perangai lepas tengok result sendiri, nak tengok result girlpreng pulak, result musuh ko, result jirang sekampung ko. Adoilahhh.
 
Kita tak sempat tau pun lagi result then  my friend sound kuat-kuat 'Jahhhhh!!awak dapat 5A!!'
 
OMG!!!!
 
Nak nangis ke nak gembira neh. Kahkah. Poyo. Tapi still tak percaya lah. Tapi syukur jugak. Berkat time rehat jarang sangat pegi kantin tapi banyak habiskan masa kat library jer. Time cikgu ngajar fokus je takde main-main sembang-sembang ke. Dan berkat cikgu-cikgu yang mengajar bagus sangat. Alhamdulillah. Tapi yelah. UPSR bukan penentu sangat pon sebenarnya. Tapi saya tetap bersyukur menjadi diri saya yang sekarang. Ewahhh. Bagi motivasi kat diri sendiri nampaknya. Haha.
 
Daaaa..
 
 


Sunday, 13 September 2015

Siapa paling kuat daya ingatan?

Salam uollss..
 
 
Dah kenapa tajuk entri macam pakar motivasi bertanya soalan pulak. Haha.  Saja sembang-sembang takda topik nak sembang. Biasanya yang susah nak ingat tarikh-tarikh penting ni laki la kan. Besday isteri pon tak ingat, anniversary pon tak ingat.

Kitorang laki bini ni ada satu habit suka sembang-sembang. Kadang sampai 2-3 pagi kot duk menyembang jer kerja. Macam-macam topik lah. Agaknya habit orang pjj macam tu kot eh. Hehe. Pastu mula lah throwback dari zaman 10 tahun lepas, zaman mula-mula kenal. Zaman pergi dating masing-masing naik bas. Sadisnya. Haha. Sanggup naik bas bersesak dengan orang ramai, panas lagi. Balik pulak kena awal nak kejar bas last. Kang tak sempat bas merana lah kau tak dapat balik. Memori betul.

Pastu malam tadi bukak topik throwback lagi..

Mula-mula cerita pasal bestnya kalau dapat pegi pulau. Cerita la Apihapijol pegi pulau best. Then kitorang pon terus terpikir macam mana orang pulau dapat sumber letrik ha?? Pastu melalut cerita pasal dia pegi La Hot Spring kolam air panas kat Setiu ke mana ntah. (Okeyyy...bila tu saya langsung tak ingat. Tapi nak bagitau tak ingat takut. So, buat-buat ingat)

Masa tu kakak saya kawin, so dia tak dapat datang kenduri sebab pegi La Hot Spring tu la. (Okeyyy...bila tu saya langsung tak ingat. Tapi nak bagitau tak ingat takut. So, buat-buat ingat.) Tak kan nak tanya masa kakak saya kawin kita dah kenal eh???

Pastu dia cakap kakak saya adalah keluarga saya yang 1st dia kenal. Masa tu kakak ngan saya pergi bandar cari kasut. So, dia join sekali. (Okeyyy...bila tu saya langsung tak ingat. Tapi nak bagitau tak ingat takut. So, buat-buat ingat.)

Then bukak cerita dia datang umah saya dengan ayah dan mak angkat dia. (Okeyyy...again!!!bila tu saya langsung tak ingat).

Apa ni..apa ni.. semua menda tak ingat ni....lost memory betul..huwaaaaa..So kesimpulannya saya mengakui memang daya ingatan dah semakin luput. Memang tarikh-tarikh keramat tu saya ingat jer dan asben memang susah nak ingat. Tapi bab-bab peristiwa biasanya dia ingat satu persatu. Kita pon buat-buat angguk je padahal dalam fikiran bermacam-macam persoalan berlegar-legar di kepala. "Bila kejadian tu? tolong ingatlah lagi sampai memori saya datang balik boleh?"

Kena masuk mesin masa Doreamon nampaknya neh. Huuhuhu.



Monday, 24 August 2015

Kena serang lebah.

Salam uollsss..
 
Kemain tajuk saspen tak ingat. Semalam saspen betol. Masa tu dalam kul 7.00 pm lebih la. Belum maghrib pon lagi. Duk layan citer Eksperimen Cinta dengan asben. Tiba-tiba bunyi bising kat lampu , kat syiling rumah. Pandang atas tengok lebah berlegar-legar kat lampu. Banyak ekor la jugak. Dalam 7-8 ekor. Terus tersentak kami berdua neh. Biasanya kalau ada sekor masuk tu normal lah yang sesat kan. Terus asben gegas g dapur tengok kat dapur lagi banyak. Baru perasan tingkap kat dapur tak tertutup. Lupa la asbennnn..huwaaaa..Cepat-cepat tutup tingkap semua and tutup jugak lampu dapur.
 
Asben pulak keluar kat garaj kereta intai belakang rumah. Belakang rumah tu ada kebun jiran. Takdelah semak-samun sangat pon. Tapi adalah pokok-pokok rambutan, jering dan kelapa yang jiran tu tanam. Asben bukak lampu kereta. Nah!!terus nampak sarang lebah kat dahan pokok jering. Bila ntah dia buat sarang kat situ. Rasa pagi tadi tak perasan pon lagi. Patutlah banyak sangat kaum kerabat dia masuk rumah. Diorang kan suka cahaya-cahaya neh. Kitorang tutup pintu tingkap semua rapat-rapat. Then tutup lampu. Bukak tv ngan lampu ruang tamu je. Tu pun gigih asben campak keluar sekor-sekor yang ada dalam rumah tu. Takut jugak. Kalau takde sengat takpelah kan. Kita ni dah la spesis penakut. Cicak, lipas, lebah, apa semua serangga lah. Dengan semut je kita berani. Hahaha.
 
Malam tadi kita sorang-sorang kat rumah. Risau jugak kalau kena serang skali lagi. Rupanya sekor pun takde masuk rumah. Mak cakap maybe malam tu diorang baru pindah tempat. Tu yang huru hara sangat tuh. Ni dah duk diam-diam dalam sarang buat madu senyap lah semua. Hope ceapt-cepat la jiran tu panggil sesape clearkan. Kita tengok sarang lebah tu pon dah naik seram. Huhuhu.
 
 


Tuesday, 7 July 2015

Macam-macam citer.

Salam uollsss..
 
 
Konon-konon hari ni tetiba rajin nak menaip. Tapi banyak jugak citer tertangguh neh. Takpe la nanti kita citer flash back balik je la. Hehe. Hari tu seminggu sebelum Ramadan dah minum air gula. Cuma result tu tak tau la lagi. Hope result tu okeyy je la. Pastu sebab dah pindah kampung kita pun dah tukar ke Klinik Desa kat area rumah tu. Misi baik-baik je belaka. Ai is seronok.
 
 
 
Pagi tadi pegi checkup - repeat scan. Now dah 17weeks. Alhamdulillah kandungan sihat. Nampak dah kepala, tangan, kaki baby. Cuma berat ni asyik turun je dah kenapa kan. Esok pegi check kat KD konpem misi sebut jugak pasal berat neh. Nak buat macamne bulan puasa kan. Kita makan time buka puasa je la. Malam tu pas terawih memang tak mampu nak masuk makanan lagi dah. Minum air suam je la. Makan tak makan sahur esok pulak.
 
Hari tu hb turun. Misi nasihat la suh makan zat besi banyak skit. Eh, kita makan je. Cuma tak konsisten kot. Bulan puasa ni makan kurma, kismis, beli buah jambu batu, pastu goreng bilis ngan tempe ratah masa buka puasa tuh. Cuma susu je kita kurang minum. Nak beli susu Anmun tu tapi banyak sangat pendapat kawan-kawan cakap itu ini, baca pengalaman mommies pon cakap itu ini. So, kita beli susu kotak dutch lady je, kadang-kadang beli fresh milk tu jer. Ok la jugak. At least bertambah la jugak kalsium tu eh. Hehehe.
 
Baju pegi kerja semakin sikit dah koleksinya. Mana yang harem memang tak muat, tak dapat handle terus lipat letak dalam lemari bawah skali. Kang dah muat balik baru selongkar semula baju tuh. Rasa baju kurung tinggal beberapa pasang je yang masih muat. Haha. Pakai dress, jubah, skirt je la pegi kerja. Nak menyoping baju kerja tak dapatlah sebab banyak sangat persiapan raya neh. So, raya ni koleksi baju raya kita semua berkonsepkan jubah+dress. 
 
Hurmm...apa lagi nak story yer. persiapan raya??owhh..tu tunggu kita update entry baru la soon. Bila soon ntah. haha. Okey..daa....
 
 


Tuesday, 31 March 2015

Sakitnya tuh disini..

Salam uollssss..
 
 
Wah lamanya tak bersiaran. Hari tu sibuk dengan audit. Bukak blog pun rasa nak muntah atas keyboard (ada jugak eh macam tuh) plus macam takde story je nak citer. Sobsob.
 
Sakitnya tuh disini..bukan hati saya yang yang sakit tapi si tayar kereta tu tertusuk skru. Naik kereta rasa macam ada something je kat tayar. Ingatkan ada ranting kayu cek-cek takde apa pun. Semalam cek detail skit, raba-raba kat bunga tayar rupanya ada skru.

 
 
Nak tak nak lunch nanti kena keluar jugak tampal tayar tu. Aiolls selalu je berprasangka negatif bab tayar ni. Mungkin sebab banyak kali pengalaman eksiden, trauma. Sampai kalau ada bunyi pelik kat tayar mesti terbayang macam mana kalau masa tengah drive tayar tercabut, tergolek kena kereta orang lain. Haru betul. Ni terpengaruh citer action sangat neh. Heeee.

Apapun kita selfie mata panda dulu sekeping. Hikhik.

 
 

Monday, 9 March 2015

Tiga tahun yang lalu =D

Salam uollss..

09.03. Malam ni kita akan dinikahkan dengan jejaka pilihan hati,ececece. Nebes ni. Semua kerja serba tak kena. Risau jugak. Macam mana tetiba bakal suami jadi speechless masa jabat tangan ngan tok imam. Hahaha.

Alhamdulilah tu tiga tahun lepas punya debaran. Semuanya Allah permudahkan. Tiga tahun dah??kejapnya. Rasa macam baru tiga bulan je. Hakhak.

Terima kasih Allah kurniakan dia untuk saya. Walaupun dulu selalu prasangka negatif, boleh ke dia itu,boleh ke dia ini. Tapi dah Allah cakap dia lah jodoh kita, jumpalah cinta pertama sebelum dia yg berpisah bagai nak gila..jumpalah cinta2 lain selepas dia pun tetap akhirnya dengan dia jugak.
Alhamdulillah, punya dia yang menjaga saya sebaiknya. Semoga Allah panjangkan jodoh kita, untuk menjadi tempat menumpang bahu dikala kedukaan, menumpang senyum dikala kegembiraan. Terima kasih atas kebahagiaan ini Allah.
So, terobek gambo kawin sikit boleyyy??






Hurmmm, sayu dengar wish asben.."Semoga Allah panjangkan umur kita dan makbulkan doa-doa kita syg" InsyaAllah. Aamiin..

Wednesday, 28 January 2015

Botol air baru lagi.

Salam uollss..
 
Semalam pergi beli barang dapur umah mak. Pastu ternampak la botol air ni comel nya. Hehe. Padahal dah dua bijik botol air kaler hijau plain tu. Lately asyik terlupa je bawak air datang opis. Elok buh air dalam botol pastu tertinggal kat dapur la, atas meja lah. Kadang-kadang botol tu tertinggal kat opis. Adeh. Faktor usia betul neh.
 
Konon dengan botol baru ni sentiasa teringat la nak bawak air pegi opis. Thehe. Yang penting kaler kecintaan aiolls.
 
 

Tuesday, 27 January 2015

Sape yang stress sebenarnya???

Salam uollss..
 
 
Hari ni kita makan simple je. Pagi tadi breakfast panaskan nasi goreng lebihan jualan untuk budak-budak sekolah tu (biasa kita goreng nasi malam). Pastu sempat bakar daging burger dua slice pagi tadi. So bawak bekal makan lunch. Tu je. Malam ni dinner nak makan roti je kot eh.
 
Ni gara-gara berat badan naik bertubi-tubi lately. Makan takdelah banyak pon. Tapi berat ni tiap kali timbang je mesti naik. Ker penimbang rosak?? Banyak dah stok-stok baju pegi opis tak muat. Bungkus dalam plastik nak pass kat anak buah. Yang masih baru boleh oter lagi bagi mak dia oter lah. Ni macam duk repeat baju sama je pegi opis. Huwaaaaaaa...
 
Dah lah hari tu asben buli teruk. Jahat betul. Siap compare lengan kita dengan lengan dia. Pastu cakap sama je saiz. Eh helllooooo, lengan awak tu 2x ganda kita tau. Pastu cakap dagu kita dah tak nampak dah tertutup dengan pipi. Gulppp. Eh, tak puas hati lagi buli isteri dia gemuk siap sarung kan cincin kawin dia kat jari kita. Nahhhhhh!!terus muat takde nak gelongsor lagi cincin tu. Huwaaaaaa lagi..
 
Tadi asben call kita mengadu la lapar hari ni makan nasi goreng sikit pastu burger dua keping jer. Boleh tak dia cakap "Bagus,bagus. Malam ni jangan makan, minum air jer okeyy". Kejam betul. haha.
 
Asben kalau cakap pasal kenaikan berat kita mesti macam risau je, macam stress jer. Haha. Bila kita tanya "Kalau sayang jadi gemuk macam mana??" dia akan cakap "Kena lah diet, jaga makan, jangan makan banyak-banyak, kena banyak senam, ni duk opis sehari dalam aircond, balik rumah rehat je macam mana berat tu tak naik" hahah. Mesti nak elak dari menjawab soalan tu.
 
Pasrah je lah asben yer kalau isteri awak jadi gemuk.
 
Nahh ambik sekeping gambo muka yang membulat dengan jayanya.
 


Thursday, 1 January 2015

Bye 2014, Welcome 2015

Salam uolls.
 
Sekejapnya masa berlalu kan. Alhamdulilah, even 2014 banyak duka, namun masih kuat untuk mengharunginya.
 
Januari 2014
Bermulanya hidup baru dirumah sewa baru. Alhamdulilah even rumah kecik dari umah lama tapi syukur sangat punya kejiranan yang sangat baik,peramah,bertanggungjawab terutama tuan rumah sendiri. Rasa selamat jugak la memandangkan kita berpjj ngan asben. Tapi nasib baik ada anak buah teman duk sekali. Tak la bosan sangat. Januari bulan saya dilahirkan. 19 Januari, cepat set alarm kat phone tu. kikiki.
 
Mac 2014
9 Mac Wedding Anniversary. Konon nak buat suprise kat asben kan. Haha. Suprise tak jadi. Nak tau godek-godek la sendiri. haha.
 
 
Kemudian berkumpul sanak saudara belah mak di Lepar Hilir Gambang kenduri sepupu. Hepi sangat dapat kumpul ramai-ramai.
 

 
Jun 2014
Dah janji ngan asben setiap tahun nak jugak jalan-jalan negeri lain. So kumpul duit dapat pegi kemana-mana-jalan-jalan-shopping hilangkan stress (terapi sangat neh. Haha) Same goes to asben. Kalau window shopping satu mall tu dia nak jelajah kalau boleh. Haha. Dis year shopping kat Kuantan jela. Tido kat sana. Kira honeymoon la eh asben. Haha. Shopping, jalan-jalan, lepak-lepak, tengok wayang..Hurmm..taun ni nak kemana plak yer asben???
 

Bulan ni jugak bulan penuh duka. Odw balik dari umah mil ke opis saya eksiden. Kereta berpusing 2-3 kali. Alhamdulilah Allah masih bagi peluang mengecap nikmat bernafas.
 
Julai 2014
Ramadhan. Sedih sangat jarang balik umah mil sebab kereta tersadai kat bengkel.
Photoshot raya with student.

 
Ogos 2014
Aidilfiri. Raya pertama umah mak. Raya kedua zuuup balik umah mil. Nasib baik sebelah daerah je.



 
September 2014
Trip to Penang dengan my fren dan student. Ni kenangan paling indah kot untuk tahun 2014. Rindunya nak pegi Penang lagi bolehh??
 
Oktober 2014
 
Aidiladha di rumah mil.
 
 
November 2014
Berulang alik ke Kuantan setiap hujung minggu untuk settle kan urusan kereta. Alhamdulilah selesai even banyak benor masalah keta ni. Pasrah je la. Asalkan ada keta nak bergerak kemana-mana. Huhu.
 
Disember 2014
1st time travel ke KL with asben. Pegi ke umah abg bawak mak n adik. Pasni nak travel ke utara pulak la.hee..

 
 
 
Alhamdulillah. Segala ujian di tahun 2014 sangat membuatkan saya makin kuat. Dan masa tu la kita sedar betapa Allah sayangnya pada kita dan menghantar orang yang baik, yang menyayangi kita untuk menjaga kita. Terima kasih Allah.
 
Semoga tahun 2015 saya semakin kuat untuk mengharungi segala pahit getir hidup. Ecewahhh. Semoga terus dipanjangkan jodoh bersama suami tersayang. Semoga beroleh rezeki zuriat untuk tahun ketiga ini. Aamiin.
 
Terimalah sekeping gambar di tahun baru. Dulu nak sangat berazamkan 'naik berat badan'. Nahh ambik setelah beberapa tahun barulah azam tersebut terlaksana. Sekarang takkan nak berazam 'turunkan berat' pulak kan. Pasrah je la aiollss..(ayat sedapkan hati sendiri).
 
 

Tuesday, 26 August 2014

Asben mengamuk.

Salam uollsss..


Rindunya my blog. Rindu jugak nak bw. Apekan daya diriku sangat membizikan diri. Huaaaa. Plus mood kelaut dalam sangat sekarang neh. Sobsobs. Tapi tak best pulak bila entri lama je bersarang. Nak jugak post entri baru. Hehehe. Banyak nak abadikan memori disini..kisah kuar ngedate ngan famili in law, kisah open house kat opis lagik. Macam-macam. Huhuhu. 

Okeyy. Ni nak citer pasal my asben. Hari tu kitorang kuar dating. Ehem.ehem. Tak tau nak pegi mana, macam biasa tempat biasa la kat pantai, kat taman, kat pantai balik. Bosan betol tak tau nak g menderap kat mana. Lepak pantai je la.
 
Tengah syok duk sembang tiba-tiba angin bertiup jugak la kan. Pastu ada pulak daun nyior ni asyik melibas je muka kitorang. Kuat sangat kot angin. Haha. Saja je aiollss nak tengok tahap kesabaran dia kan. Sekali - dua kali - tiga kali daun nyior tu membelai kat muka.


Pastu tiba-tiba asben bangun terus ditariknya pelepah nyior tu. Tapi tak dapat cabut la. Tarik sampai terkulai daun nyior tu dibuatnya. Terus lah aiolls gelak panjang. Dengan daun nyior pon nak mengamuk. Haha.

Nampak tak, terkulai daun pelepah nyior tu dibuatnya. Haha.

Asben : Puas hati aku kau tak kacau aku lagi. 


Pastu ada la pulak kucing sekor datang duk mengiau manja. Haha. Ni lagi nak tambahkan keamukan. Tapi nasib baik la kucing tu muka kesian sangat. Terus tak jadi nak marah. Kitorang pon kebetulan takde makan pape pon. Tak dapat la nak pass kat awak kucing.


Sedih sangat awak. Hilang mak eh?


Sampai senget ko nak gambo berdua punya pasal.


Pastu tak tau dah nak g mana. Jalan tengok bebudak mancing pulak.



Dah lewat petang jom balik asben. Tengkiu luangkan masa ngan puan isteri. Hikhik.



Sunday, 20 July 2014

Misi mendobikan shawl

Salam uollss..

Semalam macam takde kerja sangat kononnya. Terus kerajinan nak basuh shawl datang. Belek-punya-belek shawl yang ada. Fuhhh. Rupanya banyak jugak koleksi shawl aiolls. Tapi apesal rasa macam duk rotate pakai shawl sama je pegi keje hari-hari.

Ni baru basuh shawl yang takde button dan manik. Ada lagi sebahagian nak basuh sekaligus kan takut tercabut aksesori yang ada kat shawl tuh. So ada lagi sebahagian, bila ntah nak basuhnya. Dulu asben tak suka sangat aiolls pakai shawl. Nampak muka bulat katanya padahal saya tahu dia takut saya bersiap lama nak belit-belit shawl tuh. Tapi bila dah kawin tengok siapa lagi cepat bersiap. Kalau kita bertanding dia siapkan rambut dan saya belit shawl saya menang okeyyyyyy. So suami pasrah je la bila isteri asyik beli shawl je kan. Asalkan isteri bahagia. Kehkehkeh.

Gantung kat hanger saya asingkan wide shawl, shawl kecik dan jarang. Plannya yang kecik jarang tu nak lipat-lipat simpan dalam gerobox. Huhu. Nak bagi kat siapa entah. Adik ngan anak buah memang tak pakai shawl. Kalau simpan je dalam gerobox tu lambat laun buang jugak.


InsyaAllah semoga terus istiqamah. Kena ambik masa skit la. Pasni nak beli wide shawl or pashmina je la. Labuh dan tebal.  InsyaAllah. InsyaAllah dan InsyaAllah.


Semoga terus istiqamah =)

Thursday, 12 June 2014

Jejalan ke Kuantan

Salam uolls..

Hari Khamis lepas saya ambik cuti. Lama tak cuti jalan-jalan. Sebenarnya dah lama plan nak pegi ni. Konon nak pegi honeymoon la. Tapi sebut honeymoon ni saya terbayang tempat yang tenang je. Yang macam pegi pulau ke tapi dah nama ni macam pegi shopping je kempiskan wallet so tak aci la kita panggil honeymoon eh asben. Kikiki. Dua-dua ikat perut berjimat konon nak pegi shopping raya. Tahu je la kat Kuala Terengganu ni tak banyak choice untuk baju laki. Terutama buat asben ai yang cerewet tuh. Okey. Jadi mari puaskan hati beli apa yang dihajati. Bukan selalu pun shopping banyak-banyak cengini. 

Khamis asben ambik cuti. Even kerja sendiri tapi nak cuti punyalah susah. Bukan susah apa, dia yang susah hati. Teringat kat bengkel je sokmo. Takpela. Khamis je eh cuti. Jumaat memang tak kerja dah. Kul 9.00am bertolak. Mandikan my bff dulu. Comot sangat haih. 


Singgah Watson dulu konon nak beli minyak rambut asben je. Tapi dah terjebak macam-macam dibeli. 

Haha. Eh, aiolls siap terjebak buat kad watson lagi. Sebab kad takde lagi. Dapat bodek banyak free gift pulak. Hahaha.

 

Sampai Paka singgah makan nasi lemak ayam goreng berempah. Asben dah lama bagitahu nak ajak makan sini coz sedap katanya. Okey la rasa. Boleh tahan la. Nasib baik tak ngantuk kan makan lemak.


Sampai je sana dalam jam 1.00 pm lebih terus pusing-pusing carik hotel. Kitorang tak booking pun. Kira terjah jer hotel bajet yang ada. Lagipun nak tido 1 night je pun. Jumpa hotel Classic tanya nasib baik ada kosong.

Naik bilik yang mengadap sungai Kuantan. Terus keluarkan barang-barang yang dibeli tadi. Hambik ko, macam nak travel banyak hari je. Siap beli travel kit lagi asben oiiii. Eye mask tu saya beli sebab mata sembab giler uollss. Sebenarnya saya sakit mata. Dah seminggu mata bengkak masa pegi Kuantan ni la baru nampak merah-merah. Pasrah je la ai. Huhuhu.


Hasil buat kad ahli dapat macam-macam free gift. 

Mula-mula jom kita selfie kat cermin dulu. Bhaha. Biasalah pompuan dan cermin memang tak dapat dipisahkan kan. Lagi besar cermin lagi lah bff. Haha.


Asben belakang duk tilik apa khusyuk sangat tuh.

Photobomb. Sengaja nak rosakkan selfie ai kan.

Comel pulak heater tu.

Ok je la bilik ni. Selesa untuk tido satu malam. Yang penting bilik air selesa.



View dari bilik kitorang. Belakang tu sungai Kuantan.

Ada la TV sebijik. Siaran Astro pun ada. So tak la bosan sangat. Ceh, macam la lama sangat stay. Thehehe. 

Bancuh tea o ngan kopi dulu. 


Bersiap-siap untuk keluar pulak. Petang ni plan nak terjah mall. Nak carik ECM tak jumpa. Bhahaha. So pegi Berjaya Megamall. Tak menarik sangat pon. Then makan KFC kenyang-kenyang.

Kemudian tempat wajib pergi adalah Teluk Cempedak. Mula-mula nak pegi malam, tapi malam ni nak pegi ECM, nak jumpa my bff Asma lagi lepak-lepak ngan Asma. Takpelah Teluk Cempedak waktu malam, next time kami terjah okeyyyy.


Lepas maghrib follow Asma ke ECM. Ambik ko, sampai mall tutup pon tak puas hati lagi membeli. Huwaaa. So,  kitorang beli mana yang sempat esok nak datang lagi. Dah kenal jalan kan. Muahaha.

Kemudian ajak Asma ngan adik beliau makan ikan bakar kat Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur. Ni la yang duk femes sangat orang sebut tuh. Ramai sangat orang. Nasib baik ada meja kosong.

Asma - Skulmate dari zaman u dulu. Dia orang Kuantan. So, alang-alang pegi Kuantan ajak dia lepak skali. Lama tak jumpa. Macam-macam story. kalau ramai-ramai lagi best kan. Hukhuk.

Us..asben bukan suka bergambo sangat. Tak kisah pon dia gambonya takde. 




Ikan kerapu sweet sour sampai dulu, kitorang ni dah habis makan nasi dengan ikan baru lauk lain sampai. Ratah la jawabnya. Tapi tom yam cini sangat sedap.


Siap makan tengok awal lagi ajak diorang pegi lepak-lepak kat benteng. Ramai orang mancing kat sini. Kitorang sukahati gelak-gelak hope pak cik pancing tak marah. Hahaha.

Gossip time, asben duk atas bangku jauh skit. Terima kasih sudi bagi masa aiolls lepak ngan kekawan. Biasa turn awak je kan. Ni turn saya plak. Heeee..



Balik hotel selongkar baju t-shirt yang dibeli. Tak puas hati betol. Tak sempat jelajah banyak kedai. Next time pegi lagi eh asben.


Bangun pagi sebenarnya kitorang dapat breakfast. Tapi aiolls malas nak turun. So, minum air jela. Hehehe. Check out jam 11.00am terus menuju ke ECM sambung shopping.


Eh, ralit sangat kot aiolls shopping takde pon gambo kat mall.  Singgah kedai hp beli charger. Charger saya dah tak detect. Kecik hati. Baru lagi kot. Agaknya selalu terhempas kot.

Masuk Daiso je dah setengah jam. Suka sangat barang-barang kat Daiso no. Comel-comel jer. Haha. Asben dah geleng-geleng dah tengok bini dia. Memang tak bleh masuk tempat comel-comel macam ni. Tapi nak beli takot pulak. En.beliau dah warning datang Kuantan beli yang dah plan jer. Baiklah. Baiklah.

Tapi bila dia beli takpe pulakkkkk
^_________^

Asben beli. Senang katanya nak on call tengah drive. 

Beli untuk isteri same color.

Kemudian pusing-pusing sampai lenguh kaki. Tau je la seorang Mohd Zulriduwan kalau shopping atau sekadar window shopping memang tak tau penat. Nasib baik ingat lagi isteri di sebelah. Muahaha.

Dah settle shopping naik kat food court makan nasi kukus.

Kemudian tak tau nak jalan mana. Tengok jam aal lagi. Sebab budjet nak sampai rumah malam. So dia ajak pusing-pusing dulu. Suami cakap "Jom g tengok buaya". Muahaha. Macam takde tempat lain nak dating kan. Takpelah tengok buaya pon buaya lah.

Taman Teruntum macam mini zoo la. tapi masuk tak payah bayar pon.



Serius pertama kali kot tengok binatang neh - burung unta-





Okey..kemudian alang-alang dah pegi kat Teluk Chempedak singah la kejap shopping kempiskan wallet. Belikan something untuk family.

Pastu barulah gerak balik. Maghrib singgah kat Mesra Mall. Beli hadiah untuk wedding kawan asben. Eh, tiba-tiba asben ajak tengok wayang. Tak tau nak tengok citer apa. Tengok Edge of Tomorrow. Best jugak citer ni. Cuma asben pening skit tengok. Haha. Aiollss nak wat review pon tak tau nak start macam mana. Tapi kalau korang yang suka citer yang perlu berfikir perlu kerah otak tu skit boleh la tengok. Kalau korang suka citer yang santai-santai tu bukan pilihan lah. hehehehee.



Dah tengok wayang terus balik rumah. Alhamdulillah dah settle jalan-jalan habiskan duit kita. Hahaha. Daaaa..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...