Para Pengikut..

Showing posts with label meningkat usia. Show all posts
Showing posts with label meningkat usia. Show all posts

Monday, 21 January 2019

Meningkat usia lagi

Salam uollss..

19 Januari 2019 genap usia saya 33 tahun. Adoi. Macam tak caya dah umur 33. Even dah umur 33 I tetap rasa jiwa baru 23. Ceewaahh. Hahaha.

Tq semua yang wish birthday. Wish via whatsapp, insta, fb. Wish depan2 ai. Wish siap tuju lagu. Tak lupa bagi hadiah kat I. Paling terharu bekas anak murid yang dah lama sangat ngajar dia. Start saya mengajar  tahun 2009 dia batch 1st. Tiap tahun tak pernah lupa bagi seprais. Touching makkkkk. 


3 benda paling kesukaan tau..color hijau, chocolate dan fresh flower. Tqvm anak murid. Semoga dimurahkan rezeki sentiasa.



Lepastu I request lagu kat adik I Hafiz Hafizol. Request lagu paling I suka sekarang tau..kemarin. Haha. Izinkan saya tempek sini sebagai kenangan yer awok.

Di umur 33 ni saya harap sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan berpanjangan dan berjaya mencapai azam dan target. Hehehe.

Sunday, 21 January 2018

Alhamdulillah 1 Januari 2018 bertambah usia lagi.

Salam uollss..

Alhamdulillah cepatnya tahun demi tahun berlalu.
Alkisah Khamis lepas kita tengah kemas-kemas studio dan galeri. Penat tak payah cakap lah. Berpeluh habis. Comot betul. Tetiba dapat call num tak dikenali. Rupanya seorang runner call. Dia cakap ada nak hantar barang. So tunggu jela dia datang. Macam dah dapat agak siapa kaean ai yang sweet sangat. Tepat betul tekaan. My opismate aka my bff hadiahkan sejambak chocolate ngan belon besday. Adoi saya dengan berpeluh2 muka haha. Segan akak runner nak ambik gambo kita. Haha. Tqvm my dear bff. Semoga Allah murahkan rezeki awak sentiasa. Aamiin.
.
Selamat meningkat usia buat diri ini. Dah masuk 23 tahun ni . Hahaha. Semoga diusia baru ni Allah sentiasa permudahkan segala urusan saya. Murahkan rezeki sentiasa dan kekalkan kebahagiaan saya dan keluarga. Aamiin.
.
Terima kasih kawan2 bagi hadiah,bagi wish kt ig,ws n fb. Semoga Allah murahkan rezeki korang semua. Aamiin❤❤


Thursday, 19 January 2017

Suprise birthday

Salam uollss.

Kemain. Sehari dua entri. Haha. Saja test publish guna web kt hp ni. Biasa guna apps bloggeroid ke apa ntah. Tapi macam cerewet kuar gambar gabak besar. Nak kena adjust gambar plak. Rupanya bleh je guna web kt mobile ni. Yeayyyyy.

Tadi staff bahagian account call suruh saya turun ada masalah pasal payment student. Ai yang jujur nerd ni turun bertapa sebelah dia tengok pc. Apa masalah ntah kan. Pastu pintu sebelah tu terbuka dua ketul manusia datang bawak bunga dan kek.

Olololo. Ai is terharu sangat. Nak nangis air mata tak kuar. Haha. Speechless sangat. Tq my bff kak siti tak pernah lupa sambut besday kita. Tq jugak student yang sangat baik. Ya allah semoga murah selalu rezeki mereka ya allah.

Actually baru plan nak angkut Daniel pegi sr sebab lama dah teringin nak makan kek sr. Lama sangat dah kot tak makan. Kiki. Kak ct u macam boleh baca fikiran ai kan. Hari kenyang makan kek.



Pastu sekarang kita plak kecelaruan identiti. Nak makan nasi ke tak ni. Macam kenyang je makan kek. Tapi nak tunggu kul 6 lambat plak kang lapo acanerrr. 


31 tahun dah mami kau dik

Salam uollss.

Hari ni 19 Januari 2017. Cepat sungguh masa ni berlalu. Rasa baru je meningkat umur ke 3series. Eh ni dah 31 dah. Tapi saya tetap anggap umur masih lagi 25 boleh. Haha. Teringat tahun lepas masa ni tengah berpantang. Takde kek besday tahun lepas. Masa tu masih berulang alik melawat anak soleh mami kat nicu. Alhamdulillah tahun ni anak mami dah setahun lebih. Dah pandai berjalan berlari. Cepat sangat rasa masa berlalu. Esok lusa dah umur 40 wei. Adeh.

Semoga dengan pertambahan umur ni makin mematangkan fikiran saya,menguatkan hati saya, memperbanyakkan kesabaran dalam diri ini. Semoga Allah bagi kekuatan untuk saya menempuh hari-hari mendatang. Semoga yang indah-indah akan terus menyinari saya disepanjang usia baru ni.

Ceeewah kemain wish untuk diri sendiri. Tqvm kawan-kawan. Awal-awal pagi bukak ws penuh noti wish. Grup opismate,grup bff,grup family. Terima kasih semuanya. Di fb pun sama.

Eh. Paling terharu tahun ni bff akak yang paling comel edit sesuatu. Ololo touching sangat rasa. Tqvm anem. Semoga allah murahkan rezeki awak sentiasa. Share sini supaya sentiasa jadi ingatan.


Eh. Azam tahun ni nak aktif berblog balik. Semoga kerajinan tu datang. Haha. Tadi konon nak throwback post tahun lepas. Hampeh 25 post je kot sepanjang tahun 2016. Gelak kat diri sendiri jela. Tahun ni pliss rajin skit menulis tu yerr.

Monday, 2 February 2015

Dua kali terkejut. Dua kali speechless.

Salam uollss..
 
 
19 Januari yang lalu. Entri basi pon ada saya kesah. Pagi-pagi dah ada coklat atas meja. Wah kecintaan kita sangat ni. Tq opismate. Sweet sangat awak Saibah =)
 
 
Pastu opismate plan dengan student buat suprise besday party. Konon-konon nak jumpa student mengejut. Pelik jugak. Apesal kak siti ni sibuk sangat kemari-kemari. Tapi langsung tak dapat kesan bau-bau kek kan. Pappp!!tiba-tiba blackout. Pastu masing-masing ramai-ramai masuk nyanyi lagu besday bawak kek dengan tiga batang lilin. Huwaaaaaaaa..Puan Fizah is touching sangat.
 
Tengkiu semua!!


 
Alahhh..Apesal buh tiga lilin. Kita baru umur 19 tahun tau. Hikss..

 
 
Mekaseyyy semuanyaaaa!!!

 
Dapat gift comel-comel lagi. Macam tuan dia comelnya tau tak.

 
Kemudian keesokannya lagi ada kejutan jugak kat opis. Department kita yang kecik molek tuh buat kejutan lagi. Pagi-pagi nak masuk bilik tengok gelap semacam ke. Apasal semua lambat ke hari neh. Biasa kita paling lambat. Heheh.
 
Masuk ke bilik bukak lampu, nah bergema lagu besday dari tiga suara. Hehe. Comel sangat tersembunyi celah-celah lemari. Nasib baik tak masuk dalam almari je korang neh. Thankz. Kek sedap sangat!!

 
Tengkiu semua. Buat saya rasa dihargai sangat berada disini =)
 
 
 


Friday, 24 January 2014

19 Januari 2014 - Meningkat usia lagi

Salam uollss.
Alhamdulillah ketika 19 Januari 2014 ini masih diberi kesihatan, masih diberi ruang untuk bernafas meminjam udara dan dunia, masih berpeluang menyayangi dan disayangi.
Harap meningkatnya usia ini makin bertambah kesihatan, makin kaya. Hehe. Kaya ilmu, kaya sabar, kaya idea..ehemmm. kaya anak juga =)
Harap juga masih dipanjangkan jodoh untuk berbakti pada anak didik tercinta, masih dikuatkan kesabaran dan kelembutan dalam sesi pembelajaran.
Terima kasih Allah..Walaupun hampir menginjak ke usia 30-an saya masih tetap merasa saya berumur 24. Boleh??!! Hehehe.

Terima kasih semua yang mendoakan baik secara realiti atau di alam maya.

Doa saya moga Allah limpahkan rezeki yang tak putus-putus untuk anda..ehemmm. untuk saya juga =)



Monday, 21 January 2013

Cake yang mengujakan.

Salam uolsss..

Nila femili kecik kami.
^__-__^

Mekasih kawan-kawan opismate. Bagi kejutan sempena bufday saya. Kek yang sangat mengiurkan. Eh. Seyes cinta sangat pada kek tau. Tambah-tambah kalau kek chocolate. Nyumnyum.
Lambat en.beliau belikan oven. Nak belajo buat kek pulak. Bolehlah mengepam lemak hari-hari dengan bantuan kek. Nyummmmyy..



Ada buah-buahan atas kek. Sedap sangat. Yang sedapnya pada krim tuh. Sweet-sweet gitu rasanya.

Bufday gurl. Ehceh. Tiba-tiba jer jadil gurl. Gurl tu macam khusus untuk remaja-remaja je kan. Owhhh lupa. I kan sweet 17. Auwww.

Sedap sangat. Ada kek lebih bawak balik rumah pulak. Apakan daya en.beliau tak suka makan kek. So i mengemuk sorang-sorang la jawabnya.

Daaaaaaa...



Sunday, 20 January 2013

19 JANUARI

Salam uolls..

Mekasih yang wish epi bufday buat saya. Tru real life, msj, fb, emel and so on.

Yang doakan saya panjang umur.
Doakan saya murah rezeki.
Doakan saya berbahagia sampai ke akhir hayat bersama suami terchenta.

Ehem. Ehem. Ehem...

Tak lupa yang doakan saya dapat cahaya mata.
Amin.Amin.Amin.

Semoga Tuhan kabulkan doa kalian.

Petikan dari msj anak-anak saya (student selaku mentee saya). Dah la mesej masuk serentak. Pastu kandungan msj adalah pertanyaan yang sangat comel..Hehehe.

1. Hpy bday ummi!ble nk dpt adk ni?hehe
2.Happy bday puan..yg ke berape?hehe..semoga pjg umor muroh rezeki..bila ambe nk dpt 'adik' nims?haha
3.Happy birthday puan, semoga pnjg umur,murah rezeki.semoga nhgia hngge keakhirnye.ble nk bulih adik?hehe.

Hehe..Kelakar. Ni konpem berpakat hantar msj serentak kan.kan.

So jawapannya adalah "Adik cakap sabo.." ^_______^


Wednesday, 18 April 2012

Selamat meningkat usia sayang.

Salam isi semesta.

18 April 2012

Hari ni hari jadi en.beliau. Malam tadi jam 12 am wish kat beliau. Tapi beliau wat muka tak bersalah.
'Eh, hari jadi apa pulak?' Lepas tu tengok hp.
'Bukan hari ni 16 haribulan ke?' Hadoi. Kesian kamu. Hari jadi sendiri pun lupa.

Tapi maapkan saya. Belum boleh suprisekan kamu dengan apa-apa lagi.
Wallet sedang kontang. Sob. Sob. Sob.

Semoga kamu dipanjangkan usia
untuk menjadi teman saya selamanya.
Semoga kamu dimurahkan rezeki sentiasa.
Semoga hari-hari yang kamu jalani
dipermudahkan oleh Tuhan sentiasa.

Sayang kamu sampai mati.
=)



Sunday, 22 January 2012

19 Januari

Salam uolss.

Rasa macam lama gileww tak update entri. Bajet ada orang kesah kan. Haha.

Alhamdulillah. Tahun ni meningkat usia lagi. Terima kasih Tuhan panjangkan umur saya lagi.
Dapat meneruskan hidup dengan orang yang saya sayang.
Diberi kesihatan untuk mencari rezeki.
Dikurniakan akal untuk terus berbakti pada anak bangsa (ceewah. Tak bleh blah)
Dikurniakan kesabaran untuk menempuh ujianMu.
Dikurniakan ketabahan dan kecekalan. Walaupun kadangkala menangis. Sob.
Terima kasih Tuhan.

Semoga dengan usia yang bertambah ini akan bertambah lagi orang yang sayang saya, yang mendoakan saya, yang menyayangi saya. Amin. Amin. Amin.




Ramai kawan-kawan wish 'Selamat Naik Pelamin'. Haha.
Ramai jugak yang doakan kebahagiaan saya.
Amin.


Friday, 18 February 2011

Terima Kaseh Kekawan.

Cerita semalam.

Masuk opis tengok cik yatie khusyuk susun kueh mueh.
'Aik,kenapa banyak kueh nie?' tanya i penuh tanda tanya. Maklumlah i kan busy body. Haha. Ingat mak cik jual kueh mana murah hati sedekahkan kueh banyak2 macam tu.
Cik Yatie pulak teragak-agak nak menjawab..
'Nak wat pot luck' jawab beliau.
'Ok' i jawab pastu blah ke meja i. Agaknya pot luck ngan pelajar dia kot.

Haha.
Tapi yer la....
 Dah selalu dah ada makan-makan kek sambut belated day nie. Dah jadi rutin wajib dah. Jadi tak terkejut sampai pengsan bila Kak Siti datang bawak kek coklat yang sedap menjilat jari.
Maceh kawan-kawan sambut belated day untuk hari kejadian bulan Januari.

Monday, 24 January 2011

Pengsan lagi akhibat Jamuan Hari Jadi Mengejutkan.

Peristiwa yang berlaku 19 Januari 2011 yang lalu.

Terima kasih kalian. Suka yer buat saya terkejut, terkedu dan speechless dengan kelakuan kalian. Tak tahu la nak buat ucapan apa sini. Yang pastinya kalian memang benar-benar superb. Maceh. Maceh dan maceh.


Apasal tak bagitahu awal-awal. Tengok kan saya dan bawak wallet untuk keluar lunch. Nasib baik saya tak keluar lunch jauh-jauh taw.

Habis tudung putih disembur ntah apa itu. Nasib baik takde bawak tepung. Hee.

Kek coklat sedap bangat. Eh, Apesal tang umur tu hitam semacam je?

Trimas jugak hadiahkan saya macam-macam. Dan kebanyakan kaler hijau kecintaan. Errr, assignment saya jangan lupa hantar. Heee.

Thursday, 20 January 2011

Saya bukan kerja untuk KAYA!!!

Maaf. Bila dah tulis gunakan UPPERCASE dan tanda seruan!!! terus ia jadi seperti ayat sedang marah.

Sebenarnya saya tak marah. Cuma berkecil hati sedikit. Tapi dah hilang dah rasa tu. Ini kes ada sorang kawan baik yang msj wish burfday saya. Kemudian dia ada cakap 'Semoga cepat kaya'. Ok. Terkedu seketika dapat ucapan macam tu.

Seolah-olah saya bekerja selama ni dengan matlamat untuk kaya semata-mata. Maafkan saya. Saya bukan begitu. Saya kerja untuk cari rezeki. Dan diamanahkan Tuhan untuk jalankan ibadat ini. Jadi kalau berkata-kata harus berjaga-jaga. Mungkin itu hanya gurauan. Tapi bila ia disampaikan melalui msj saya nampak ia seolah-olah suatu perlian.

Maafkan saya lagi. Saya tak kuat untuk marah kerana hal itu. Semoga dengan luahan ini akan membuka hati beliau. Saya sayang beliau dan tak mahu rasa sayang ini berkurangan dengan kata-kata sebegitu.

Wednesday, 19 January 2011

Wah, saya dah 18 tahun rupanya!!!

Ceh. Banyak la kau punya 18. Bukan dah nak masuk 30 ke? Ok. Tiba-tiba buta huruf dengan nombor 30. heheh!

Alhamdulillah..

Terima kasih Tuhan,
Kurniaan saya akal dan fikiran,
Untuk terus mendidik.

Kurniakan saya tenaga dan kesihatan berpanjangan,
Untuk terus mencari rezeki.

Kurniakan saya rasa cinta, kasih dan sayang,
Untuk terus menyintai, mengasihi dan menyayangi kesayangan dan kecintaan saya,

Juga kurniakan saya kesabaran,
Supaya saya terus kental menempuh hari mendatang.

Terima kasih Tuhan..

  ***
Ingat lagi kenangan meningkat usia ketika zaman belajar. Noname group pernah jugak buat suprise birthday party untuk saya. Masing-masing satu hari takde langsung nak wish even roommate saya. Buat-buat tak tahu jer dengan saya. Sampai tersentuh dengan sikap diorang. Bila malam, balik makan, diorang lepak-lepak bawah. Saya duk bilik kemudian Anem datang bagitahu kena turun sebab Dato ajak makan ramai-ramai. Ceh! Ingat sy tak tahu taktik korang yer. Jadi tak mahu spoiled kan rancangan mereka turun jugak konon-konon tak dapat agak apa-apa. Yer! Seperti yang dijangka, ada kek atas meja. Terharu sangat! Ucapan pun dah memadai untuk saya. Tapi bila kawan-kawan sambut rasa dihargai sangat. Serius rindu mereka semua.



KLIK untuk baca tentang entri ini.

****
Bila dah melepasi zaman belajar, anak-anak pulak buat saya menangis terharu. Anak-anak a.k.a students dan mentees saya.
 Satu hari di hari saya meningkat usia, Amin datang bagitahu mak dia nak jumpa (flashback lagi)..suspens betul. Maklumlah mak student datang nak jumpa. Manalah tahu ada masalah atau nak report apa-apa. Dahla masa tu saya masih baru bergelar mentor mereka...Pastu bergegas bersiap apa yang patut. Eh! malasnye nak story panjang lebar. Korang nak tahu kesudahan Suprise Birthday Party oleh kesayangan-kesayangan saya SILA KLIK SINI.

Serius saya bagitahu, saya tak pernah sambut birthday dirumah. Dengan kata lain tak pernah tiup lilin, potong kek sepanjang usia saya  sehinggalah saya masuk belajar di USM. Jadi sangat terharu bila kawan-kawan, kekasih hati dan pelajar-pelajar sambut birthday saya. Terima kasih kalian semua. Semoga doa yang kalian taburkan dibalas kebaikan berlipat kali ganda untuk kalian. Amin.






Wednesday, 20 January 2010

saya hepi, kalian buat saya terharu..=)

20 Jan 2010...4pm lepas kelas..

Semasa berada kat library saya dapat miss called dari sorang student. Cal dia semula katenya mahu jumpa. Bagus jugakla sememangnya dia harus jumpa saya untuk isi borang something. Tapi pelik jugak kelakuan dia. Bila dah jumpa dia, katenya mak dia mau jumpa saya. Nampaknya kena turun bawah la. Adus..nervous la pulak. Siapkan diri apa yang patut dan turun. Tapi tambah pelik bila dia bawak ke mini hall a.k.a Student Centre.OMG..saya suda mengagak sesuatu..YES!!
Saya perasan!!deria perasaan saya sangat tajam.

SUPRISE BIRTHDAY PARTY!!!!!
Saya sangat2 terharu. 'Selama nie cik selalu nyanyi lagu birthday untuk kite,kali nie kita nyanyi utk cik pulak'..im so touching..Terima Kasih semua. Kek aiskrim yang last saya makan masa kat Penang dulu, dengan mihun n ayam goreng KFC..owhh. Tak tahu nak gambarkan macam mana rasa terharu saya terhadap kalian. Rasa nak menangis, tapi air mata enggan keluar. Yang pastinya saya sangat hepi dengan kalian. N jugak hadiah kaler biru itu..=)so sweet...THANX KALIAN..MUAH..

Dan malamnya saya mendapat sms jawapan terima kasih saya dari kalian..

'Terima kasih atas segala2nya cik, Jase baik cik tak pernh saya lupa'
'tu sume kecik je kalu nak dibandingkan jasa cik ajr student'
'kte org bt ni smua adlh tnda jse bk cik pd kteorg, yg tk hnti2 n tk prnh jemu ngn perangai kterong. Cik adlh guru tbaik bg sy. Trma ksih ats pngorbanan cik selama ni'
'hadiah to xsbrapa jika nk dibndingkn ilmu yg cik ajr'

Yer..InsyaALLAH kalian semua akan dapat yang terbaik untuk exam akan datang dan jadi insan berguna..=)

flashback:
Suatu hari yang berlaku more or less last 2 week..sy pelik..dorg bisik2 n pandang2 sy..kalian mengumpat saya ke?baju sy pakai pelik ke hari ini?memang sangat ketara pelik. Seperti kalian sedang lakukan pakatan untuk sabotaj saya. Haha..rupanya ini yer plan kalian.. Terima kasih again kalian. Saya sayang kalian..=)

TAHUN keSekian kalinya

19 Januari 2010..
Kesekian tahunnya aku hidup dibumi pinjaman Tuhan.
terima kasih kawan-kawan..
doakan saya panjang umur,
murah rezeki,
dan juga dipercepatkan jodoh..=p

Terima Kasih Tuhan..
masih beri kepercayaan kepada hambamu untuk terus berbakti..=)

Wednesday, 23 January 2008

besday Iza..thanx Noname Grup...cyg korang..huhu..

Malam tadi..lepas balik makan adikku cayang cakap Dato ajak turun sebab dia bawak makanan. Nak ajak makan ramai2.. Hik2.. Tapi owg da dapat agak dah tau. Tuwun jer di sambut tomey dengan my besh fwen 2. Huhu. Terharunya. Cayang korang.


Anem,Ani,Erin,DakMa,Ayu,Dato,Fiq ngan Long thankz 4 da sweet bufday party.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...