Para Pengikut..

Sunday 16 February 2020

Resepi Chocolate Cake yang mudah dan sedap.

Salam uollss..


Lama tak baking cake. Khamis lepas buat untuk pot luck kat office. Pastu semalam repeat lagi untuk kirim kat mil. Dah ada resepi sebelum ni kat blog ni tapi kita repeat lagi yer sebab dah buat 2,3 kali boleh agak dah sukatan yang terbaik. Hehe

RESEPI CHOC CAKE

Bahan A
1 cawan susu pekat (saya kurangkan sebab tak nak manis sangat)
1 cawan minyak masak
1 cawan air suam
2 biji telur (gred A)

Bahan B

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu besar gula (kisar halus)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu susu tepung 
Garam sikit jer

Mula-mula kacau bahan-bahan A sampai sebati.

Lepas tu masukkan bahan-bahan B pula. Semua tu ayak yer supaya tak berketul-ketul.

Dah siap letak dalam loyang. Oles margerin dulu kat loyang tu supaya tak melekat kek nanti.

Sebelum tu panaskan dulu oven dalam 5 minit. Kemudian bakar suhu 150° selama 40 minit.  Api atas bawah. 

Kemudian sementara oven bunyi ting ting boleh buat topping pulak.

1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu cair

Masak secara double boiler sehingga adunan sebati dan likat. Dah masak kek boleh curahkan atas kek lepas tu tabur hiasan yang disukai


Alhamdulillah sedap sangat. Saya ni dah la hantu choc cake!!

2 comments:

  1. wah sedapnya boleh lah try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap.boleh try mama.mudah jer❤

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...