Para Pengikut..

Thursday, 17 January 2019

Daniel demam.

Salam uollss..

Hari Khamis lepas seperti biasa anak sedara pickup Daniel kat school. Balik tu diorang akan lepak rumah tok dulu sementara saya sampai. Sampai je terkejut tengok Daniel dengan muka tak bermaya tak berbaju seluar just pempers je. Duk baring atas riba sepupu dia. Rupanya baru lepas muntah. Bila rasa badan tak panas. Risau jugak takut salah makan ke apa. Then saya bawak balik rumah. Nak mandikan pun menangis. Lepas tepuk2 tidokan dia. Tupun dah muntah lagi sekali sebelum tido.

Dalam kul 7.30 papa sampai. Masa tu dia dah lena tido. Then saya keluar beli burger. Sebab gas habis. Balik tu dia dah terjaga sebab muntah. Lastly dah tido tu dalam kul 12.30 muntah lagi. Papa dah risau dah. Terus decide bawak pegi klinik. Nasib baik ada klinik 24jam tak jauh sangat dari rumah.


Sampai klinic tu muntah lagi. Nasib baik la staff clinik tu baik sangat. Cepat2 dia datang lap lantai dan suruh mami papa duduk je. Doc cek tak demam pun. Suhu normal jer. So doc bagi ubat tahan muntah dan antibiotic je. Kebetulan kat rumah masih ada ubat demam. Balik rumah tu bagi ubat tahan muntah. 


Alhamdulillah dah tido lena tak muntah dah. Saya terjaga jam 3.00 pagi sebab dia merengek. Badan dah start suam-suam. Tapi tak panas sangat. Rupanya muntah sebab nak demam. Lama sangat tak demam dia ni. Setengah tahun tak demam kot. Ni demam masuk sekolah agaknya. Haha. Hari Jumaat terus tak aktif. Nak berdukung je. Makan pun tak selera. Sedih mami tengok sebab biasanya dia aktif sangat. Tok mi dan aki datang tengok cucu. 

Hari Sabtu Alhamdulillah dah sihat. Daniel ni kalau demam sekejap je. Sehari macam tu je. Yang penting masa demam kerap mandikan dia. Mandikan dengan air lemon. Hari Sabtu papa jaga sebab mami work. Ahad mami cuti ajak keluar berjalan.


Semoga sihat2 selalu anak mami.

2 comments:

  1. Alhamdulillah. Moga sihat selalu, Daniel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah demam kejap je cik anem comel.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...