Salam uollss..
Nak menaip sekejap sementara tunggu turn masuk bilik air. Haha. Motif nak bagitahu jugak kan. Minggu ni banyak perkara fail berlaku pada pada. Perkara sekecil-kecil kuman pon ada yang fail jugak. Ai is tension sangat tau.
Mula-mula pasal kertas. Saya perlu carik kertas kaler pepel untuk siapkan sedikit kerja. Dah tiga hari kot carik kertas tu sampai ke sudah tak jumpa. Mula-mula pegi kedai alat tulis kat town. Tapi sebab situ trafik asyik sibuk je kan. Tambah pulak time balik kerja je hujan jadi saya lalu je kot-kot bernasib baik ada parking kosong depan kedai tapi hampa. hampa. hampa (tone lagu najwa latif-kosong). Malas nak parking jauh berlari-lari anak memakai baju kurung kan. Dah la sorang-sorang. Haha. Apehal sejak dah berdua ni manja semacam nak kemana-mana je mesti nak berdua. Hahaa.Okey. Itu adalah fail kan. Semalam pon sama. Hampir tiga buah kedai saya terjah pon takde kertas yang saya carik.
So tadi lepas balik opis saya bercadang nak carik jauh sikit la. Takde la jauh sangat sampai daerah sebelah kan. Dalam empat buah kampung jaraknya dari kampung saya. Orang Tganu mungkin kenal la Kampung Gong Badak. Okey. Alkisahnya berjaya beli jugak kertas pepel tu. Hureyyyy. Lepas tu saya nak balik la kan. Macam mana ntah saya terover konfident masuk simpang kanan. Padahal jalan biasa saya lalu kena u-turn kan. Pastu saya lalu je la jalan tu dengan hati konfident lagi. Hahahahha. Boleh tak dalam kereta gelak sorang-sorang. kau pernah? Hahaha. Takpe. Kalau orang pandang pon mesti dia ingat saya gelak sebab deejay radio kan. Hahahha. Gelak lagi sekali. Pastu pusing jauh yang amat la kan. Akhirnya jumpa la tempat yang saya pernah lalu dengan over konfident pulak saya masuk susur kiri. Jauh kereta melunsur atas jalan raya tapi tetap tak jumpa simpang masuk kampung saya. Hahahhaha. Owhh. Sori entri ni asyik gelak je kan. Patut tajuk dia tukar 'Hahahaha'.
Okey. Akhirnya jumpa trafik light skali lagi. Memang saya biasa lalu la trafik light ni kan. Eh, saya masuk la kanan kan. Hidup mesti konfident. Hahahahah. Sesat lagi sekali.. Sabar je la hoi. Agak-agak la nak sesat pon. Bukan pegi daerah lain kot. Akhirnya saya ambik keputusan keluar simpang ke jalan besar je. Pastu lalu jalan yang saya biasa lalu balik kerja dan balik rumah mak tu. Hahahaha.
Kesimpulannya jangan percaya pada gerak hati.
Hahahahahhaa.
Kesimpulannya salahkan kertas pepel ! Kenape la org cipta kertas pepel ! Kiki
ReplyDeleteMamaIqy : Haha. Tau xpe. Kalau tak kerana kertas pepel saya takkan sesat okeyy.
ReplyDelete