Para Pengikut..

Klik Me =)

Thursday, 3 October 2013

Hujan dan eksiden.

Salam uollss.

Hermmmm. Kalau hujan je mesti ada eksiden kan. Kalau tak hujan ada jugak eksiden. Tapi time hujan lagi kerap la. Takut pulak kita kan. Dah la kenangan lalu masih berlegar-legar di ingatan kan. Huhu.

Tadi balik kerja lewat. Huhu. Lepas maghrib kot balik. Pastu sampai je tengok en.beliau dah bersiap-siap. Malam ni makan kat luar je kan.

Dalam kul 9.00 malam kitorang keluar. Tak tahu nak makan ke mana. Ikut tayar berpusing je. Ehehe. En.beliau terus gerak ke town. So harusla melalui jambatan Sultan Mahmud. Masa tu hujan. Tapi takde la lebat sangat kan. Atas jambatan ni menyaksikan banyak eksiden berlaku. Saya kan nak pegi kerja hari-hari lalu atas jambatan ni. Kalau hujan je ada eksiden tak pon ada la bumper ke eksesori kereta tersadai tepi jalan. Pernah jugak time eksiden tu ada mayat atas jalan raya. Huhu. Takutnyer. Jalan atas janbatan ni licin, pastu jalan macam tak sekata sangat. Dah nama jambatan kan jalan lurus jela. Bayangkan kalau jalan lurus orang bawak kereta laju tengah hujan jalan tak sekata so bila masuk dalam lopak air kat jalan tak sekata tu mesti diorang brek kan. Brek pon tak jalan dah pastu kereta jadi berpusing-pusing tak boleh dikawal menyebabkan eksiden. Ewah-ewah. Kemain jadik menteri pengangkutan jalan pulak kan. Haha. Biasalah. aiolls kan isteri seorang mekanik. Bab-bab kereta ni selalu kena bebel dek laki kan. Kalau kereta bercalar 1cm pon sampai 1 jam dia bebel. Haha.

Ok. Ok. Masa untuk serius pulak. Sambung pasal jambatan tadi ok.  

Betul-betul lepas je tol atas jambatan tu tiba-tiba saya tengok jalan sebelah kanan tu ada kereta berpusing 3-4 kali. Depan mata saya!!! Macam stunt cerita fastfurios. Trauma kejap. En.beliau pulak masa tu duk tukar siaran radio. So tengok kereta tu dah melepasi kitorang. Bila kitorang pandang belakang tengok kereta tu tengah reverse dan kereta lain duk elak. Nasib baik masa tu kereta belakang dia bawak slow je dan jauh lagi. Nasib baik lagi bila kereta dia tak melambung ke jalan kami lalu. Huhu. Siapapun dia hope dia selamat la.

Pengajaran untuk saya time hujan jalan licin kena bawak kereta slow.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...