Para Pengikut..

Monday 5 November 2018

Main Remote control car di Stadium Gong Badak

Salam uollss..

Weekend 2 minggu yang lepas punya throwback kot neh. Hari tu keluar cari port untuk main kereta remote control. So jumpa port menarik iaitu di Stadium Gong Badak. Alaaaa. Stadium yang runtuh tuh =P


Sejak asben dah kembali terjebak dengan hobi dia tu weekend jer mesti ajak keluar cari port untuk main kereta remote control. Saya layankan sajalah. Cuma berpeluh sikitlah duk kejar Daniel. Dia excited tengok remote control car sekejap jer. Pastu lari kesana sini. Main kat Stadium Gong Badak ok lah sebab kawasan tu luas, tak sibuk sangat dengan kereta keluar masuk dan takdelah sesak sangat dengan manusia ramai-ramai. Cuma kadang-kadang jela ada kereta lalu kena beware sentiasa kang tak pasal-pasal penyet kereta remote kena langgar dek kereta besor. Haha.


Anak bertuah mami, budak aktif, budak lasak semoga membesar jadi anak yang kuat yer.



Memang kuruslah mami kejar Daniel. Tak penat dia lari kehulu hilir.


Eh, papa buat pe tu??

Papa dah sibuk dengan hobi baru dik. Jangan kacau kang kena marah nangis. Haha. Masa awal-awal dia tengok papa main kereta rc tu sibuk jugak dia kejar pastu nak tolong ambikkan kereta tu bagi kat papa. Pastu dah tak hiraukan dah. So sukalah papa boleh main dengan aman tanpa gangguan.





Ni hari lain pulak. Papa tak puas lagi main. Tiap-tiap hari okey pegi stadium. Minggu lepas tu pun pergi jugak. Tak kuasa dah i nak penuhkan memori hp dengan video-video kereta rc awak asben. Haha. Asben ni kalau dah suka dan ada geng pulak melayan dia dengan hobi dia tu semangatlah. Sampaikan beli storage box siap diy lagi untuk mudahkan dia simpan segala mak nenek peralatan untuk adjust rc dia. Nanti kita buat entri khas pasal tu okey. 

Bye. Tq layan saya membebel =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...