Para Pengikut..

Friday, 27 February 2015

Kenduri tahlil.

Salam uollss..

Cuti CNY pegi mana? Hari Jumaat buat tahlil kat umah mak. Kakak,abang,adik yang duk Klang ngan Putrajaya balik. Hari Khamis cuti. So hari Khamis keluar ngan my sis pegi beli barangan untuk kenduri.
 
 
Ayah plan nak gulai ayam kampung, gulai daging, ayam goreng. Ayam kampung tiga ekor je tangkap ayam peliharaan mak je. Anak-anak buah dah besar mengalah dah. Semua dah boleh harap buat kerja. So, senang skit kerja mak sedara uolls kan. Pantau jer. Hakhak.
 
Ayam kampung isi liat skit kan. So, kena rebus dulu. Buang bulu dia, bakar pulak sikit. Tapi ni ayam muda belia. Isi tak keras sangat pon. Sedap. Suka sangat gulai ayam kampung. Ayah kalau anak-anak ramai balik suka la masak gulai ayam kampung. Bertambah-tambah la makan nasi weolls neh. 

 
Nak buang bulu ayam dengan senag kena celur dulu dalam air panas tu. Rebut-rebut anak buah ha. Tak pernah cabut bulu ayam kan. Pengalaman berharga sangat tuh. Heeheee.


 
Peace yoo. Sempat lagi yer.

 
Anak-anak buah lagi. Cepatnya korang membesar yer.

 
Ni budak Aleesha geramnya dia ni...
 
 

Malam Khamis plannya mak mertua datang. Dengan asben dan adik ipar. Pastu adik ipar whatapp cakap ma tak dapat datang. Kena jaga kedai. Huhu. Takpelah. Takde rezeki lagi ma nak datang tido rumah kecik kami. Then ma pulak msj say sorry. Takpe ma. Nanti Kak Long balik sana je okey. Dah itu ceritanya. Tunggu punya tunggu. Asben suruh bersiap terus. Nanti sampai je terus keluar makan.

Bunyi je enjin keta asben terus kita turun. Bukak pintu kereta terus terkedu. Tengok mak mertua tersenyum dalam kereta. Hahaha. Kan dah terkena. Semua pakat duk gelak kan kita. Huwaaa. Kena tipu hidup-hidup la neh jawabnya.

Keluar cari makan. Balik tido terus. Esok nak bergotong royong umah mak pulak.
 
*****
 
Jumaat.

Pagi-pagi dah turun. Macam-macam la kena handle. Blend bawang, goreng ayam, mesin kelapa, sediakan bekas pinggan cawan n sediakan tempat. Fuhhh. Yang tukang masak ayah,mak, abang n ada mak sedara dan jiran sebelah rumah.

Alhamdulilah. Nasi dan lauk ngam-ngam habis. Petang keluar jalan-jalan ngan mil,asben n adik ipar. Dapat sehari pun takpelah. Bukan senang nak culik ma neh. Dah balik rumah, asben pulak pujuk ajak balik Dungun. Adehh. Baik lah asben. Terus pecut. Kita drive keta dengan ma dan adik ipar. Asben ngan sepupu naik keta asben. Dua minggu kot tak balik umah mil.

Okey. Tu jela sembang kosong weekend yang lepas. Daaa..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...