Para Pengikut..

Klik Me =)

Saturday, 7 February 2015

Ikhtiar untuk hamil.

Salam uollss..

Perkongsian dari Tanyalah ustaz/13hb. Jan 2015. Tak ingat masa ni ustaz mana yang bersiaran. Tajuk pun tak ingat dah apa tajuk ntah. Hehe. Lama duk tersimpan dalam note hp ni, harini baru nak publish.

Masa ni ada sorang mak cik bagi soalan kat ustaz, dia bagitau anak dia dah lama kahwin tak dapat rezeki zuriat lagi. So ustaz pun bagi tips la kan.

Antara yang sempat saya salin.

1. Daun mengkudu carik2 kan buh dalam air panas campur cuka sikit, rendam tunggu air jadi suam minum lah. Suami isteri kena amalkan. Minum pagi dan malam.

2. Suami isteri bersama dlm selimut. Kalau tak berselimut bimbang syaitan akan makan benih yang terhasil.

3. Setiap kali berdoa,fikirkan kebaikan yg kita buat. Contoh kita bagi minuman kat kucing. So doakan atas kebaikan kita tu Allah balas zuriat untuk kita. Bagus jugak. Melatih diri untuk sentiasa berbuat amal dan kebaikan.

4. Masa berdoa berjanjilah dengan Allah. Contoh berjanji nak berpuasa tiga hari berturut-turut kalau dapat apa yang kita mintak. Tapi berjanji tu ikut kemampuan kita lah. Jangan berjanji tapi tak mampu penuhi.

Allah dah janji akan tunaikan segala permintaan kita pada waktu yang tepat. Usaha,doa dan tawakkal. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...