Para Pengikut..

Tuesday, 3 February 2015

Menerjah kedai hiasan Vantage & English style di Romantika Home Mart, Paka, Terengganu

Salam uollsss..
 
 
Lepas hari tu yang 1st time pergi kedai vantage ni, terus terbayang-bayang nak pergi lagi. Sebab masa tu frame gambar tak beli pon. Nama pun window shopping. Touch n go je la. Kebetulan pulak minggu lepas adik ipar ajak pergi Paka untuk daftar TM strymx kat booth TM di Paka. Dah alang-alang tu plan terus nak ajak mak mertua terjah kedai Romantika ni. Habislah bawak ma, mesti rambang mata semua menda nak beli. Dah la ma suka bunga-bunga. Thehehe.
 
Mula-mula asben tak nak ikut. Eh, tiba-tiba ubah fikiran pulak. So sementara tunggu abang bersiap-siap kita wefie dengan adik-adik dululah.
 

 
Sampai je Romantika kak long paling eksaited. Masuk je tak tahu tak pegi mana. Kanan ke kiri, depan ke belakang dulu. Haha. Over.

 
Ma dengan bunga memang tak dapat dipisahkan. Tengok bunga ni berkenan, tengok bunga tu berkenan. Takpe ma, nanti kita datang balik.
 



 
Pastu naik tingkat atas pulak. Arghhhh.. menjerit ma tengok bunga banyak-banyak. Hahha. Atas banyak lagi pilihan frame. Saya nak beli frame buh kat dinding atas tv. Nampak kosong sangat dinding tuh. Suka sangat banyak item ada diskaun. Diskaun sempena raya cina.
 
 
Baru sedar rupanya diri ini sangat cerewet dalam pemilihan hiasan rumah. Susah nak terima pendapat dan idea orang lain. Haha. Nak idea sendiri jugak. Pastu paksa asben cakap frame kita pilih tu lawa. Haha. Kesian awak asben. Agaknya puji-pujian tu sebab malas dah melayan kerenah isteri yang super cerewet. Hiksss.
 
 
Heee. Masuk kedai Romantika kan, nak romantik-romantik skit boleh x?hehe..
 
 
Ok dah. Beli frame je dua keping. Yang harga asal RM18 sekeping. Ada diskaun, so dapat la RM9. Yeayyy. Beli dua nanti nak buh sebelah-menyebelah. Bila ntah nak deco-deco neh. Ma pulak beli dua set cawan. Senang tetamu datang nanti asyik tak cukup cawan jer kan.
 
Pastu masing-masing dah lapar sangat terus cari tempat makan. Nasi kukus. Nyum-nyum sedapnya.
 
 
Okeyy..dah kenyang jom jalan-jalan ke pantai pulak. Bukan senang nak culik ma ajak jalan-jalan neh. Next entri jalan-jalan kat Pantai Kemasik yang super cantik tuhh =)

 
 
 
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...