Para Pengikut..

Monday, 26 May 2014

Kedai hiasan vantage & English style di Romantika Home Mart, Paka, Terengganu

Salam uollsss..

Hari tu kan masa odw pegi makan nasi kukus sedap kat Kerteh tu saya nampak la kedai Romantika Home Mart kat Paka. Saya ni sebenarnya lama sangat dah mengidam nak masuk ke kedai tu. Cuma tak berkesempatan jer. Plannya nak cari hiasan dinding untuk rumah kecil kita. Pastu beria la ajak en.beliau singgah balik makan nasi kukus nanti. 


Balik makan kitorang kena u-turn untuk ke kedai ni. Suka suka suka. Tengkiu sangat asben layan isterimu yang mengidam ni. Haha. Ada jugak mengidam nak window shopping eh. Nasib baik asben ni suka je window shopping. Layan je la okey.

Masuk ke dalam kedai tu terus diriku meroyan. "eh, cantiknya " "eh, lawonya" "wah, lama dah saya cari yang macam gini, macam gitu" "nanti saya nak beli la yang ni" Pastu dah tak keruan. Masuk lorong ni tak kena, masuk lorong tu tak kena. Hahaha. Asben pon bersuara.
"Tak leh bawak bini aku masuk kedai macam ni, jadi gilewww bini aku"

Kahkahkah. 

Do i care. Ok byebye asben, u pegi sana i pegi sini nanti kita jumpa kat kereta. Muahaha. Tapi asyik kena panggil jer untuk tanya pendapat coz asben berkenan nak beli jam dinding. Hishhh. pasni ai kena terjah seorang diri supaya tiada gangguan. Haha.

Dalam ni memang design vantage and english style la. Dua tingkat. Atas ada bunga-bungaan. Bawah tu ada perhiasan macam vase, jam dinding, macam-macam yang nak gantung kat dinding la. Ada jugak barang-barang kat dapur- set gelas, cawan, dulang macam-macam lagi lah.

Cantik-cantik sangat sampai saya pon tak ingat nak snap gambo. Takut jugak. Biasanya kedai macam ni tak dibenarkan snap picture. Kang tak pasal-pasal kena sound kan.


Tapi english style ni ada yang berkenan ada yang kurang berkenan. Macam saya ni sebenarnya untuk hiasan perabot-perabot lebih prefer modern. Kalau untuk hiasan kecik-kecik tu boleh la english style.

  Naik tingkat atas ada bunga banyaknyerrrr. Ada jugak frame gambo kanvas corak bunga-bungaan. Macam-macam saiz ada. Harga pon mampu milik lah. Tak sabarnya minggu depan nak terjah lagi beli frame.


Okey, nanti kita pergi lagi kita snap gambo banyak-banyak ok. Ceh, macam ada orang kisah kan ko ambik gambo banyak ke sikit. Hehehehee.

8 comments:

  1. saya mmg suka ke Romantika..kebnykan brg2 rmh pun beli dekat sana..nak kawen haritu pun sana jgk..hehehehe!

    ReplyDelete
  2. Saila : tau xpe. Kita pon gileww dibuatnya. Pasni konfirm terjah lagi lah =)

    ReplyDelete
  3. nak baju raya comel2? http://emmireldstore.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. eh macam IDaman Suri kat Langkawi tu laaa.. haha

    ReplyDelete
  5. wah..bestnye bleh terjah kedai mcm tu kan.. window shoping aje pun best,..harga dia best tak awk?

    ReplyDelete
  6. Jojo : Tak tau. Tak penah g langkawi. Huhu. Tp banyak english style la sini awok eh.

    ReplyDelete
  7. Sis Eyta : Best sangat awk. harga pon tak la mahal sangat awak eh.

    ReplyDelete
  8. Syarikat kami mengadakan promosi yang hebat! Kami servis untuk membina laman web e-commerce dan juga web informasi.
    Sesiapa yang berminat dengan perkhidmatan laman web bolehlah melayari http://perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ untuk menghubungi kami.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...