Para Pengikut..

Klik Me =)

Friday, 23 May 2014

Sporting ke tak?

Salam korang..

Tetiba bagi title bertanda soal kan. Hehehe. Tak tau nak tulis tajuk apa. Kang tulis tajuk jadi panjang berjela-jela pulak.

Title : Korang sporting ke tak kalau suami ajak keluar lepak dengan kawan-kawan dia?

Hahahaha.

Okey. Malam ni sembang-sembang kosong jer okey. Just nak share pasal sporting atau tak.

Lately sejak berpjj Dungun-Kuala Trg ni sayalah yang selalu balik Dungun. Dan biasalah balik time weekend kan. Time tu jugak lah en.beliau nak date dengan kawan itu, date dengan sepupu ini. Dan biasanya saya diheret sekali la. Dah kita pun jumpa dia seminggu sekali, tak kan kita balik dia keluar kita duk terperuk kat rumah je kan. Ikut je la mana dia pergi. Bukan dia ajak pegi karoke, main snuker pun. Just lepak kat taman sembang-sembang ngan kawan dia, takpun lepak kedai makan. Macam tu jer pun rutinnya.

Banyak kali jugak la time keluar ngan kawan-kawan dia saya sorang je isteri yang ada. Ada jugak yang dah beristeri tapi tak bawak pun isteri dia. Ai is rasa serba tak kena pulak..lalu hati kecil berbisik.

-kang kawan-kawan dia cakap mengadanya bini Iwan, keluar minum pun nak ikut.
-kang kawan dia rasa tak selesa nak sembang pape
-kang kawan dia cakap macam dia sorang ada isteri nak jugak bawak isteri dia.

Huhuhu.syaiton berbisik jahat sekali.

Bila suarakan kat en.beliau marahlah dia coz pikir macam tu. Padahal kawan dia marah kot tak ajak isteri sekali. Jumpa dah jarang pastu bila balik nak tinggal kan pulak. Kikiki. Sori kawan-kawan en.beliau. Sekarang dah rasa lega. Sebenarnya saya  bukan kuat sembang orangnya. Tambah-tambah orang yang tak kenal rapat. Tambah-tambah lagi dengan lelaki kan. Kalau keluar pun sekadar nak hormat permintaan en.beliau. Saya dengar dorang sembang sambil fb,ig,main game. Pastu dengar part lawak-lawak join gelak jugak. Gitewww.

Eh, dulu saya pernah merajuk. En.beliau nak keluar ngan kawan dia. Dia beria la ajak saya tak nak keluar. Pastu sendiri sentap. Hantar msj berbau emosi. En.beliau tak layan, balik lewat pulak tu. Arghhh. Lagi la sentap mak. Pastu dia balik dah lewat pagi paksa saya suh keluar jugak. Nangis-nangis la dalam kereta kena bebel dek suami. Haha. Padan muka. Tapi itu dulu lah. Masa mula-mula kawin macam tak bleh terima hakikat skit bila dia keluar ngan kawan-kawan. Jeles kot ngan kawan-kawan dia. Bhahaha. Childishnya masa tu.

Tapi bila saya fikir balik dalam hal sahabat ni en.beliau tak pernah halang la saya. Dia tak kisah pun kalau saya keluar ngan kawan-kawan nak pegi mana-mana. Macam nak pergi kenduri kawan rapat saya kawin. Dia tak nak join pun sebab nak saya berlama-lamaan dengan kawan-kawan. Cuma kalau takde kawan teman terpaksa jugak ajak dia. hehehe. Dia pun tak kisah hari raya saya ajak pergi raya rumah kawan itu, kawan ini, dia ikut je pun even tak kenal kawan-kawan saya. Sebab tu dia nak saya pun tak kisah.

En.beliau ni ada geng kampung dia yang sangat rapat la. Dari zaman sekolah lagi sentiasa bersama. Bila dengar diorang duk cerita nostalgia dulu-dulu gelak guling-guling la kita. Respek jugak la kat diorang masih kekalkan keakraban. Kawan-kawan pun mulut boleh tahan riuh, pedas berapi. Kira geng-geng hati kental tahan kutukan. Kalau kau jenis jiwa mudah sentap gud bye la. Hahaha. Tula en.beliau cakap kawan-kawan dia susah nak ajak isteri takut ada yang sentap dengar lawak melampau diorang. Tapi ada aiolls kesah. Sukati la korang nak sembang apa. Aiols sibuk bina benteng tak nak bagi zombi masuk rumah ni. #plantsvszombies.

Bhahahaha.

4 comments:

  1. suami hani jrg kuar lepak.jrg sgt.tp ada sesekali dye kuar,hani xikut pun..cuma lau time ktrg kuar,kebetulan jumpa kwn dye,hani xkisah pun diorg menyembang.hani tukang sengih jek..hihi..tp mostly sume kwn2 dye hani kenal..

    ReplyDelete
  2. Jie Susanos : Hehehe..

    Oney : Bagusla asben oney. Kita pon jarang jugak join diorang cakap. banyak senyum sengih gelak jer. Heeheeh.

    ReplyDelete
  3. sporting motingnye iwan.. nanti agk2 kalu dah bertiga.. diheret skali anak2 ek..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...