Para Pengikut..

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Sunday, 30 August 2015

Review Restoren Selera D'Sungai, Merchang,Terengganu

Salam uolls..
 
Malam tadi odw balik Dungun asben ajak singgah makan kat kedai atas sungai. Lama dah nak bawak mek dia  makan sini katanya. Hehehe. Biasanya lalu kat jambatan sorang-sorang mesti ternampak kedai tu dari jambatan. Nampak menarik la pulak dia cakap kan. Saya pun tak perasan sangat kewujudan kedai ni. Yela dia yang duk ulang alik every weekend mestilah perasan. Yang lampu belakang tu lampu jalan atas jambatan. Jambatan Merchang kot.
 
 
Masa kitorang sampai tak ramai lagi orang. So, atas sungai ni sunyi sepi je. Then ramai la pulak turn cini, 2-3 famili turun makan kat sini. Barulah crowded skit.
 
 
Asben minum barli. Cute je gelas dia.

 
Ai order neslo ais. Malam-malam pon minum ais.

 
Asben makan nasi goreng special. Yang specialnya nasi ada tiga jenis/warna/rasa berbeza. Ada ayam, udang dan sotong celup tepung.

 
Saya mula-mula nak order mee goreng mamak. Then asben cakap 'makan kat kedai special gini nak order mee goreng mamak je ke' hehehe..eh, ai mengidam okeyyy. Tapi teringat pulak makanan peberet kita nasi goreng + sotong goreng kunyit. Ok. Yang mengidam tadi kensell.

 
Scary jugak tengah-tengah syok makan tiba-tiba air sungai berbuih-buih. Tak taula ikan ke, kura-kura ke. Tunggu-tunggu takde haiwan muncul pon melompat. Nak ambik gambar surrounding sungai tu gelap la pulak. Camera hp pon tak clear.

Weolls konon-konon eksited la makan dikelilingi sungai, romentik konon. Lepas makan air tak habis pun lagi masing-masing dah mula rasa pening. Maklumlah sorang je berjalan terus lantai beralun-alun. Kebetulan ramai pulak customer keluar masuk turun naik. Beralun-alun dah rasa macam atas bot. Cepat-cepat bayar naik ke darat. Kang tak pasal-pasal mabuk sungai. Asben tu dahla mabuk laut. Kahkah.
 
Kedai ni ada atas daratan. Then dia buat jeti boleh turun ke bawah. Eh, saya pon tak perasan sebenarnya kedai tu yang sama ke kedai berbeza. haha. Nak review pon pening. Takpe nanti kita try singgah siang plak tengok macam mana. 
 
p/s : Mekasih asben,konon nak meraikan kegembiraan hari semalam kan. Pening yang dapat.haha.

Wednesday, 11 February 2015

Jom shopping di LAZADA =D

Salam uollsss..
Memandangkan tahun ni banyak sangat wishlist yang kecik, yang besar saya nak beli terus bukak website Lazada sebab kata orang ibaratnya semua bendalah ada kat Lazada ni kan. Baik sekecil-kecil sudu sampailah sebesar-besar almari. Hehe. Cantik perumpamaan tuh.

Pastu dah masuk Lazada terus rambang mata. Nak beli apa dulu ni. Nak cop apa dulu ni. Dah semua nak masuk dalam wishlist la pulak. Nasib baik harga murah-murah, banyak diskaun pulak. Hurrreeyyyyy.

Ok. Jom tengok apa checklist saya yang beria sangat nak beli neh!!


1. Panasonic Microwave Oven NN-ST342M Silver

Isteri mithali sangat kan. Bukak Lazada tengok bahagian barangan dapur dulu. Hehe. Nak sangat oven. Kita takde oven lagi tau. Nanti nak raya nak baking kek, biskut raya.

Harga asal RM 399
Lepas Diskaun RM329

Suka sangat mesin jahit ni sebab kaler dia purple. Cantik kan. Ni kalau dapat ni memang menjahit je lah kerja saya. Cikgu tukang jahit dah ada. Selalu duk tanya bila nak belajar menjahit dengan dia. Adeh. Kita kalau boleh nak ada mesin jahit dulu baru nak belajar. nanti dah pandai jahit balik rumah terus boleh jahit. Hahaha.

Harga asal RM239
Lepas diskaun RM129



Suka brand Akemi. Warna dia lambat sangat luntur. Ada sehelai saya beli zaman bujang masa belajar kat Penang. Sampai sekarang masih guna. Duk basuh selalu pun kaler dia tak luntur sangat.
And of course kaler lembut-lembut itu menjadi pujaan. Heheh.

Harga asal RM239.00
Lepas diskaun RM66.00 SAHAJA!!!



Okey dah beli belah untuk melengkapkan aktiviti kaum isteri kita jenguk untuk memuaskan hati kaum perempuan pulak. Hehe. Baju, handbeg, kasut, baju, handbeg, kasut, baju, ehhhh!!
  • Material : Korean Crepe with lace.
  • Princess cut.
  • Cuffs: Zipped to it wudhu friendly.
  • Concealed front zipped that makes it nursing friendly.
Harga RM99.00

5. Alfio Raldo YB-20153 Compartment Shoulder Bag Blue

Sekarang dah jatuh cintan dengan handbeg yang ada tali dwi fungsi. Boleh sangkut kat lengan macam mak-mak datin jugak boleh sangkut kat bahu. Macam style je. Hehe. Satu lagi handbeg saya berat sangat macam-macam ada dalam tu. So, handbeg yang berat ni lama-lama boleh sakit bahu. Jadi kita carik yang ada tali pendek gitu. Kalau bahu lenguh, boleh gilir dengan tangan.

Ada tiga pilihan warna, soft pink, kuning & biru macam bawah. Meriah gitu color.
Harga???

Harga asal RM239.90
Lepas diskaun RM143.90


Okeyyy...dah cukuplah dulu checklist. Ada jugak harga hari tu saya cek harga lain tau, tup-tup tengok wahhhhh makin banyak diskaun. So, kena bukak hari-hari la LAZADA ni eh??hikkssss.

Selamat membeli-belah uollsss..
 
 
You can check out the products at Lazada This post is an entry for the ShopCoupons Blogger contest. Being hosted by ShopCoupons. Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia.


Monday, 12 January 2015

Manisnya Cinta.

Salam uolllss..
 
 
Malam tadi tengok cerita Manisnya Cinta di Cappadocia. Manis sangat tau. Tapi benci sangat pasal bazirkan air mata kita. Nasib baik tengok sorang-sorang. Nangis sedu-sedan orang tak nampak. Haha.
 
Suka sangat tengok Fazura, sweet je. Baju dia pakai pon semua cantik-cantik. Terus follow sponsor baju. Hakhak. Okey nanti balik nak ajak asben tengok pulak. Kita tengok dia nak bagi berapa bintang coz kita bagi lima bintang..heheheh..
 

Friday, 19 December 2014

Tebus voucer Zalora.

Salam uollsss..
 
 
Lately entri pasal shopping je kan. Hehehe. Alhamdulillah Zalora baik hati sangat bagi voucer RM100 untuk saya rambang mata shopping disana. Macam-macam produk la masukkan dalam wishlist. Haha. Pastu dah keliru mana satu nak beli ni. Banyak sangat neh.
 
Konon-konon sikit je buat list teringin nak beli.
 
Nanti mana-mana produk dalam wishlist tu kalau konpem nak beli klik ADD TO BAG. Nanti keluar la berapa total semua yang kita nak beli ngan detail pasal kita sikit. Masukkan alamat rumah ngan number hp.
 
Macam saya dapat voucher so masuk la num voucher tu. 
Klik untuk tumbesaran
 
Saya beli handbeg ngan jam tangan untuk asbeng.
 
 
 
 
Klik untuk tumbesaran
 
TQVM Zalora. Tak sabar tunggu barang sampai.
 
 
 
 
 


Wednesday, 17 December 2014

Jom shopping produk kecantikan wanita online


Salam uollss

Kalau sebut je pasal makeup memang sinonim sangat dengan wanita kan. Tambah-tambah zaman it sekarang ni. Nak selfie buh gambar kat intagram or FB or belog haruslah nak touch skit muka tu. At least bedak, gincu, blusher, eye liner atau eye shadow. Kan. Dan ofkos naluri kita sebagai perempuan memang sentiasa inginkan kecantikan.

Sekarang pun banyak sangat tutorial cara-cara nak makeup untuk sebarang majlis. Dan kadang-kadang yang bertunang or kawin pun dah confident untuk make up sendiri di majlis diorang. Yang penting korang apply teknik solekan yang betul je okey. Cehh.Bajet macam jurucakap kecantikan pulak neh. Haha.

Tambah-tambah sejak wujudnya online shop untuk koleksi barangan produk kecantikan wanita ni makin memudahkan urusan kita kan. Kemudahan dah ada dihujung jari. Just pilih je jenama apa kita nak, tau-tau barang dah sampai depan rumah..Yeayyy..Senangnya hidup. Hehehe.

Saya pun dah terjebak sama tengok koleksi makeup neh. Boleh masuk dah dalam wishlist awal tahun. Hehehe. Macam-macam kot boleh dapat kat koleksi produk kecantikan wanita online ni.

Beli yang ni satu pun dah macam-macam kaler ada kan. Tak payah la nak beli banyak-banyak jenis pastu penuhkan beg makeup sampai terkoyak zipp.opsss.Macam tuju kat diri sendiri jer. Hahah.


Yang ni pulak tengok design pun dah jatuh hati. Boleh tak nak beli sebab design yang cantik itu.


Supaya wajah mulus cantik sentiasa silalah apply foundation okey.

Haa kan dah terjebak. Berejam-jam duk skoll. Klik itu klik ini, berkenan yang itu berkenan yang ini. Tak sabar nak tambah koleksi produk kecantikan ai.

Dengan adanya teknologi ni betul-betul mudahkan kerja kita. Yang penting jimat masa dan tenaga. Duk dalam aircond yang selesa pilih je mana produk yang kita suka tanpa perlu penat lelah cari parking semata-mata nak beli alat makeup kan. So tunggu apa lagi jom cepat tengok koleksi produk kecantikan wanita online.

Selamat shopping!!
 


Wednesday, 5 November 2014

Win a 3 days 2 night trip to Macau Blog Contest

 *sticky post. godek2 dibawah untuk entri baru*
 
Woww!!! Menangi peraduan  3D 2N trip ke Macau.

Bestnya kalau dapat pergi trip ke luar negara. Macam-macam pengalaman boleh dikutip kan. Nak-nak kalau pergi percuma wei. Siapa tak nak kan?? So apa lagi korang, jom lah join Win a 3 days 2 night trip to Macau Blog Contest ni. Untung-untung ada rezeki dapat pergi Macau. Bestnyaaaaaaa.

Senang je, korang perlu post kat blog tu kenapa korang nak sangat ke Macau. Apa yang best kat sana sampai menarik minat korang nak pergi trip ni. Atau korang boleh ceritakan sekurang-kurangnya DUA daripada elemen dibawah  yang menunjukkan daya tarikan dan identiti Macau :
1)      Acara & Perayaan
2)      Makanan
3)      UNESCO Heritage Sites
4)      Produk Pelancongan
5)      Hiburan

Boleh  terjah laman web http://my.macautourism.gov.mo/ untuk maklumat lanjut.
Dan korang yang pernah pergi Macau boleh jugak review trip korang yang best-best tu. Nak jugak tau pengalaman korang. Bestnya. Bestnya.  #terovereksaitedpulak..hehehe.

 Jangan lupa kalau menang nanti bawak camera, hp korang, nanti boleh ambik gambar banyak-banyak post kat media social korang – Blog, Instagram, Facebook, Twitter dan semualah media social yang korang ada.

Tempoh peraduan : 20 Oktober 2014  hingga 23 November 2014

Psssttt (penting ni kalau nak jadik WINNER) :
1.      Jangan mention pasal perjudian/kasino dalam Win a 3 days 2 night trip to Macau Blog Contest
2.      Jangan review yang negatif pasal Macau (pasal hotel ke makanan ke) just yang positif saja okeyy. Kata nak jadik WINNER kan. Heeee.
3.      Jangan promote destinasi lain (kecuali Hong Kong / China kerana dorang pintu masuk ke Macau tapi janganlah korang cerita detail pulak kan)

Dah siap entri boleh la post URL entri korang kat comment blog Nuffnang

Ok. Cepat-cepat join sebelum tarikh tutup. 

Gud luck semua =)

Tuesday, 9 September 2014

(Gambar) Proton Iriz kereta kompak keluaran Proton. Aiollss dah tergodaaaaa..

Salam uolllsss..

Kau dah kenapa siap tergodaaa okey.. Hakhak. Now saya tengah survey kereta. Nak trade in my cinta hati itu. Kerana terpaksa ku relakan la. Maybe awak bukan jodoh saya. Hukhuk. Takpelah. Tak tau nak pilih kereta apa. Dalam dilema. Dulu masa mula-mula nak ambik Myvi perasaan berkobar-kobar sangat. Sebab Myvi putih tu kecintaan keidaman kesayangan keminatan dari zaman unibersiti lagi. Tapi masa tu langsung tak terpikir dapat kerja mampu memiliki kereta untuk kegunaan diri sendiri dan family.

Pastu malam tadi sebelum tido bukak fb tengok kat news feed page. Wowwowwow. Hijau tu dah la kaler kecintaan ai kan. Terus bukak tengok. Tapi sebab mata tengah mamai-mamai dah, jadi kurang fokus sikit la.

Pagi ni gigih bukak tengok. Rupanya KERETA KOMPAK KELUARAN PROTON : IRIZ

Nah gambo-gambo dari paultan.com.











Rekabentuk macam adik-beradik myvi jugak la kan. Tapi rekabentuk dalaman memang mengagumkan saya la. Siap ada wifi hotspot lagi eh. Hehe. Kang salah bagi informasi pulak kan. Harga RM40000 hingga RM60000. So kita tunggu dilancarkan la minggu depan eh katanya.


Daaa.... 
 

Tuesday, 3 September 2013

The Conjuring tu seram ke?

Salam uollss..

Buh gambar kasi saspen dulu yer.

Eh, apesal ni makin lama cerita makin tertangguh neh. Hakhak. Ampunkan tuan blog yang konon maha sibuk kan. Ini cerita Khamis lepas. Khamis lepas kena pegi sekolah kat Kerteh. Ada program di sekolah. Dari Kuala Terengganu bertolak jam 7.30am macam tu la. Bawak slow jer pun kan. Santai. Hee. Sampai dalam jam 9.20am.

 Kemudian program habis dalam kul 2.00pm. So jom la kita jalan-jalan ke Mesra Mall dulu. Dah plan dengan Naimah nak tengok wayang cuma tak tahu nak tengok citer apa. Aiolls suka citer seram. Eh, seram dan ngeri ni ada beza eh. Hari tu kekawan kat opis ni duk diskas pasal seram dan ngeri. Katanya kalau seram macam cerita hantu kuntilanak semua tuh. Kalau ngeri ni bertambah menyayat hati macam citer Zombie omputih tu eh. Okey. Kalau macam tu aiolls kurang suka la tengok citer ngeri sebabnya sampai terbawak dalam mimpi kan. Kalau seram boleh jer. Haha. Panjangnye membebellll.

Dah siap book tiket semua kami pon pegi solat dulu kemudian pusing-pusing kat situ. Dah nama Mesra Mall kan kecik jer pon. Pusing 10minit dah bosan takde pape pon. So singgah kat foodcourt minum air. Hahaha. Sekali terorder air buah gelas besar. Terus pandang keliling tengok ada tak orang lain yang order air tu segelas untuk seorang macam kami kan. Ok. Ada. So boleh buat muka selamba sedut laju-laju.

Takdelah ramai sangat pon tengok cerita neh. Ai is pantang betol kalau masa hantu nak keluar tu ada suara menjerit-jerit terlebih dahulu kan. Kita ni yang berdebar terkejut sebab dengar dia menjerit bukan terkejut tengok hantu. Ohhoii sabar jela. Banyak kali kot adik manis tu menjerit siap latah-latah bagai. Lepas tu agaknya dia perasan dia sorang je menjerit terus tutup mulut sampai ke sudah. Kesian awak adik
 manis. Hehe.  

The Conjuring ni bagi saya seram la jugak. Kisah satu famili ni pindah ke suatu rumah yang ada sejarah silam yang pahit la kat situ. Jadi macam-macam kisah seram berlaku pada setiap ahli keluarga dan kejadian pelik aneh berlaku. Ohhoi bayangkan rumah besar dalam hutan dekat tasik pastu ada pokok besar pulak kat tepi tasik tu. Arhhghh. Kalau takde pape kejadian pelik pon konfirm fikiran sentiasa terbayangkan perkara-perkara pelik kan. 

Pastu adalah parent diorang mintak bantuan paranormal untuk halau hantu. So korang yang belum tengok silalah ke pawagam berdekatan atau tunggu je cd keluar. Hakhak. So untuk cerita ni saya bagi 4.5 bintang la kan. Best kira kalau ada orang nak belanja tengok wayang untuk cerita ni again n again saya orait jer untuk ulang tayang. Hehehe.  

Katanya cerita nie adalah kisah benar kan. Sebab last cerita tu diorang review balik gambar asal famili yang hadapi kisah misteri ni.  

Okey. Puas hati tonton cerita ni. Tak mengecewakanlah bagi saya kan.

Pasni nak tonton cerita apa lagi yer kawan-kawan? Hope ada masa kelapangan untuk tonton lagi. Daaa.. 

Monday, 1 April 2013

Car Video Recorder UNTUK DIJUAL (For sale)

Salam uollss
Malam tadi en.beliau balik tunjuk satu barang baik punya. Ni kawan dia yang jual dan suh en.beliau promote. Tapi nak buat macamana isteri beliau tak reti sangat nak jadi salesgirl bawak beg jumpa orang kat public keluarkan barang pastu pujuk itu ini. Kihkih. Citer kat belog suda.

Car Video Recorder

Ehemm. Tak tau apa nama saintifiknya. Tujuan utama untuk rekod video terutamanya untuk pengguna kereta.En.beliau cakap terlewat kawan dia promote barang neh. Kalau awal-awal lagi dia dah beli boleh set dalam kereta saya hari tu pastu kalau berlaku sesuatu boleh dijadikan bahan bukti siapa bersalah sebenarnya kalau berlaku eksiden. Jadi tak timbul isu sebab haku kereta hakulah yang kira bersalah sebab haku vehicle yang lagi besar kan. Eh, sabar je la. Tuhan je tahu tau (tiba-tiba emosi pulek).

Ehem. Tulah emosi terlebih. Tak bleh jadi salesgirl in public. Muahaha.

Ok. Mari cakap pasai video camera ni pulak. Sebenarnya bagus jugak memilikinya sebab kita tahu malang tu tidak berbau. Ia boleh dijadikan bukti kalau berlaku sesuatu kan.

Inilah rekabentuknya :


Ni tapak dia. Boleh lekat kat mana-mana.

Ada pelaras boleh laras. So, boleh lekatkan kat dashboard, tepi tingkap kereta atau kat mana-mana yang rasa sesuai. Ia melekat kuat-kuat jadi video yang diambil tak goyang dan goyah. Hehe.

Ni pulak pelaras untuk bagi skrin video recorder tu dalam pelbagai sudut yang kita mahukan.


Pandangan hadapan.
Tu port USB. Nanti akan dapat sekali ngan USB wire tuh. Ape nama saintifik dia eh? Haha.

Memori. Yeah. Ofkos lah kena ada memori kan. Memori tersedia 4g. Memori ni besar. Boleh terus sumbat kat laptop yang ada memori case.

Peace no war.


Ni pulak bateri. Macam bateri henfon tuh. Nanti akan dapat charger sekali. =)



Okeh tu jer. Hiks. Sebarang pertanyaan sila terus contact en.beliau di talian :

014-5001778 (Iwan)
Harga : RM220

P/S : Nanti bagitahu la korang dapat tau dari isteri beliau.
Mane tahu dapat less ke kan. Kan. Kan. Muahaha.

[Untuk perhatian :Produk nie bukan sepenuhnya dari en.beliau. Tapi dari kawan beliau. Beliau tolong promote je. K. Bai]








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...