Para Pengikut..

Klik Me =)

Sunday, 30 August 2015

Review Restoren Selera D'Sungai, Merchang,Terengganu

Salam uolls..
 
Malam tadi odw balik Dungun asben ajak singgah makan kat kedai atas sungai. Lama dah nak bawak mek dia  makan sini katanya. Hehehe. Biasanya lalu kat jambatan sorang-sorang mesti ternampak kedai tu dari jambatan. Nampak menarik la pulak dia cakap kan. Saya pun tak perasan sangat kewujudan kedai ni. Yela dia yang duk ulang alik every weekend mestilah perasan. Yang lampu belakang tu lampu jalan atas jambatan. Jambatan Merchang kot.
 
 
Masa kitorang sampai tak ramai lagi orang. So, atas sungai ni sunyi sepi je. Then ramai la pulak turn cini, 2-3 famili turun makan kat sini. Barulah crowded skit.
 
 
Asben minum barli. Cute je gelas dia.

 
Ai order neslo ais. Malam-malam pon minum ais.

 
Asben makan nasi goreng special. Yang specialnya nasi ada tiga jenis/warna/rasa berbeza. Ada ayam, udang dan sotong celup tepung.

 
Saya mula-mula nak order mee goreng mamak. Then asben cakap 'makan kat kedai special gini nak order mee goreng mamak je ke' hehehe..eh, ai mengidam okeyyy. Tapi teringat pulak makanan peberet kita nasi goreng + sotong goreng kunyit. Ok. Yang mengidam tadi kensell.

 
Scary jugak tengah-tengah syok makan tiba-tiba air sungai berbuih-buih. Tak taula ikan ke, kura-kura ke. Tunggu-tunggu takde haiwan muncul pon melompat. Nak ambik gambar surrounding sungai tu gelap la pulak. Camera hp pon tak clear.

Weolls konon-konon eksited la makan dikelilingi sungai, romentik konon. Lepas makan air tak habis pun lagi masing-masing dah mula rasa pening. Maklumlah sorang je berjalan terus lantai beralun-alun. Kebetulan ramai pulak customer keluar masuk turun naik. Beralun-alun dah rasa macam atas bot. Cepat-cepat bayar naik ke darat. Kang tak pasal-pasal mabuk sungai. Asben tu dahla mabuk laut. Kahkah.
 
Kedai ni ada atas daratan. Then dia buat jeti boleh turun ke bawah. Eh, saya pon tak perasan sebenarnya kedai tu yang sama ke kedai berbeza. haha. Nak review pon pening. Takpe nanti kita try singgah siang plak tengok macam mana. 
 
p/s : Mekasih asben,konon nak meraikan kegembiraan hari semalam kan. Pening yang dapat.haha.

4 comments:

  1. tak perasan pulak kedai ni..
    biasa balik dri KL lalu sini la sebelum ada LPT2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hani,agaknya kedai baru kot.sebab kita pon tak perasan jugak.heee.

      Delete
  2. cam best jer..harga ok tak awk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga standard je awk..dokla mahal sangat pon.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...