Tajuk entri merupakan nama kedai selera saya kali ini. Lapar Lapar Kopitiam..
So, tempat makan untuk lunch hari ini ialah Lapar Lapar Kopitiam. Terletak di Kuala Ibai. Dalam perkarangan Noor Arfa Batik. Tak perlu saya petakan di mana kerana saya kurang menghafal jalan-jalan sepanjang perjalanan tadi. Haha. Yang penting anda perlu masuk melalui pintu pagar Noor Arfa Batik. Mula-mula menjejakkan tayar kereta saya sudah mula terkedu melihat permandangan yang sangat cantik. Kopitiam ini terletak dibibir sungai dengan suasana yang sangat tenang lagi mendamaikan di bawah redupan pokok bakau digigi air. Sangat menarik! Setiap pondok dinamakan dengan nama pulau di Terengganu. Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Duyung dan lain-lain. Air sungai bawah pondok pula sangat jernih dan ada ikan berenang-benang.(rasa entri ini dah jadi macam sajak da)
OK!
Itu pujian melangit untuk dekorasi. Kita tunggu dan rasa masakannya pula.
Fresh Orange
Tea O Ais Limau
Nasi Putih
Tom Yam Seafood
Telur Dadar
OK! Makanan disini dikategorikan sederhana. Tapi tom yam itu sedap. Pekat n pedas. Cuma saya tak suka fresh orange yang ada 'hampas' orange di dalamnya. Sangat cerewet seorang saya! Dan kesemua makanan yang menjadi santapan hari ini berjumlah RM20.50. Mungkin agak mahal dibandingkan kedai-kedai lain. Tapi berbaloi la dengan layanan mesra alam dan suasana yang menarik itu. So, siapa yang nak amik gambar menarik berlatarbelakangkan sungai boleh berkunjung ke Lapar Lapar Kopitiam. Promote lagi...=)
ueennakkk, denger ceritanya jadi laper beneran nich...
ReplyDeleteya dong..ennakk!!
ReplyDelete