Para Pengikut..

Thursday, 22 December 2011

Road to Annual Dinner at SACC | Serenity Garden (Part 1)

Salam uolls.

Macam biasa la saya neh asyik tertinggal bas jer. Dinner dah basi baru nak story. Muahaha. Annual dinner kali ni buat kat SACC. Tema White and Elegance. Dan saya yang b2b ni sah-sahla fikir untuk tidak membazir. Jadi buat baju untuk dua event terus. (Sila fikir sendiri event apa yang satu lagi).

Kalau tahun-tahun lepas kitorang naik bas. Tapi tahun ni pergi konvoi dengan kereta. Kalau ngan bas takut tak sempat soping menyoping. Mula-mula plan tiga buah kereta. Last tu dua buah sahaja. Seronok sebab ada budak tecik ikut join sekali. My en.beliau pun join. Kata nak beli barang hantaran kan.

Kitorang bertolak dalam pukul empat pg. Pick up orang hentian situ pick up hentian sini. Dalam kul 7 la kot gerak dr hentian last (Kerteh). Sebab tak makan pagi lagi singgah makan nasi lemak.



Restoran Sri Chendor. Perjalanan dari Terengganu hujan aje. Dah masuk highway kat Kuantan kot baru la cuaca elok sampai KL. Alhamdulillah perjalanan selamat.

Kami check in kat hotel My Home. Sebelah Alya Sarah. Sebelah Butik Chantek. Errr. Butik santek bukan yang design baju-baju kawin tu ker???

Yeaaaa. Dah sampai. Dah check in. Penatnya. Ceh. Bajet saya yang drive. Padahal drive dari rumah ke Dungun saja. Lepas tu sampai ke KL en.beliau yang drive. Mekaseh awak. Thehehe.

Nak stop sini. Tulis panjang-panjang pun buat orang pening kepala. Haha. Ayat i kan kehulu kehilir. Poning kan. Kang saya story pasal dinner dengan kemunculan artis yang jadi kegilaan saya . Nasib baik tak menjerit naik atas pentas pergi salam ngan dia. Sah-sah terus kena hantar wad sakit mental. Haha.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...