Para Pengikut..

Showing posts with label Annual Dinner MSU. Show all posts
Showing posts with label Annual Dinner MSU. Show all posts

Friday, 7 December 2018

The17th Annual Dinner

Salam uollss..

Dah 9 kali join Annual Dinner. Bermakna dah 9 tahun bekerja di sini. Such an amazing journey. Ceewaah. Kali ni dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Rasanya dah tiga tahun berturut-turut kat PICC. Ke empat tahun dah. Lupa saya. Tema tahun ni kaler hitam. One Thousand & One Night. A night of Magical Journey. Kami sampai lewat sikit. Jem dengan ada event lain jugak kat picc. Tak sempat nak bergambar ramai-ramai dengan kawan-kawan lain kat luar.



Terus masuk cari meja. Tahun ni meja duk tengah-tengah. Betul-betul dekat laluan vip kat tengah tu. 


Geng semeja. Kami dari cawangan Terengganu dah tak ramai sangat. Muat dua meja jer untuk kami.

Makanan macam biasalah, kalau kat PICC ni makanan dia tak pernah menghampakan.





No bertuah yang tak bertuah untuk saya. Haha. Lucky draw grand betul ada Philips Iron, Philips Rice Cooker, Nikon DSLR, Iphone, Tab, Percutian ke mana entah, Tv 42 inci, Oven dan lain-lain. Sepanjang annual dinner tak pernah merasa naik stage dapat cabutan bertuah. Haha. Kalau ada tu memang bertuah la dari kalangan seribu lebih staff. Lucky draw sampingan pun ada untuk 900 orang staff. tetap kita tak lucky jugak tahun ni. Hahaha. Yang kebanyakannya dapat barangan dari Ikea.

Acara pembukaan ada magic show. Pastu tarian dari pelbagai kaum Melayu, Cina dan India.


Artis jemputan mula-mula Shuib dan Syuk. Lawak sangat diorang berdua ni. 


Lepastu Ella dan Awie. Wahhhhh. Menjerit kesukaan masa Ella keluar. My favourite artis. Tapi sekarang dah makin berusia ni takde dah die hard fan sangat pada artis-artis ni. Biasa-biasa jela. 



Last song Ella dan Awie berduet lagu Baldu Biru, my favorite song❤




Me with bff =)


Secara keseluruhannya puas hati sangat annual dinner tahun ni👍👍

Saturday, 18 November 2017

Annual Dinner MSU 2016 at SCCC

Salam uollss..

Berbulan dah baru nak update ni. Haha. Dah masuk tahun lain pon. Takpelah. Simpan sini sebagai kenangan hari tua. Nanti cucu-cucu baca blog nenek yer. Kuikui.

Dinner 2016 di Setia City Convention Centre. Tempek gambo jela. Nak citerpon dah basi. Haha.


Hahahha. Hari ni dah annual dinner 2017. Pastu godek blog tengok takde pun tahun lepas punya. Rupanya duk dalam draf ayat 2 perenggan atas tu je. Hahah. Gambo pun takde. Apeniiiiii. So sempat lagi saya nk upload sebelum dinner malam ni. Hahaha.

Up gambo jela jadikan kenangan. Throwback tahun lepas punya.

Pagi macam biasa Staff Excellent Service Award dulu kat MSU.






Malam gerak ke SCCC untuk dinner.








Tahun 2016 ni guest artist Mark Adam. So malam ni kita nantikan jela sape agaknya. Kiki.



Ok dah. Sikit jela gambo throwback. Haha. Jumpa annual dinner malam ni kat PICC. Tahun2 depan update blog kalau tak lupa dan ada banyak masa. Haha.

Tuesday, 25 November 2014

Annual Dinner 2014 di SACC.

Salam uollss..

Baru terhegeh-hegeh nak up story pegi dinner. Dinner tahun ni kat tempat sama dengan tahun lepas SACC kat Setia Alam. Tapi tahun ni macam penat sikit la, sebab bukan sekadar pegi dinner jer, tapi ada bengkel, staff award ngan staff assembly lagi. Tiga hari jugak la duk Shah Alam.

Malas nak story panjang lebar. Tengok gambar je okeyyy.

Tapi lilin dalam vase ni cantik sangat. Idea untuk candle light dinner orait jugak neh. Hehe.













Door gift  dapat kalendar. Gambar tu yang snap kat photobooth tadi. Dia print terus nanti boleh selit kat kalendar. Creative jugak idea ni untuk wedding day yang gempaq-gempaq kan.


Dinner kali ni banyak tarian-tarian jela. Ala-ala teater musikal. Tema pon dah theater kan.



Adibah Nor datang buat pemsembahan. Banyak jugak lagu yang beliau nyanyi. Sporting sangat Adibah Nor ni. Layan je peminat berkerumun ambik gamabr selfie bagai. Tapi aiolls bukan kipas susah mati.. Hahah. Ambik gambo sipi-sipi jela.


Makanan sampai cepat-cepat terjah. Lapar sangat perut neh.










Eh, roti ni sedap sangat. Lembut jer. Pastu inti kacang. Inti pon banyak. 



Dah. Tu jela. Malam ni dinner habis awal jugak la dalam kul 11.30 pm dah habis. Biasa kul 12.00am ke atas jugak. Ok. Jumpa dinner tahun depan pulak kalau masih panjang jodoh. Hikss.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...