Para Pengikut..

Showing posts with label Dapurfizaiwan. Show all posts
Showing posts with label Dapurfizaiwan. Show all posts

Sunday, 26 August 2018

Resepi bergedil sedap dan sedap

Salam uollss..

Begedil ni sedap makan dengan soto, takpun goreng dan makan begitu saja. Hehe. Dulu paling tak suka masak mee soto sebab kena buat begedil kan. Rasa mcm eii lecehnya nak buat. Pastu terlembik lah terhancur lah masa goreng. Stress tau. Open house dua tahun lepas buat soto tu pon sebab asben nak sangat makan soto. Taun ni tak buat open house cuma ajak kawan2 dan anak2 murid datang raya. Asben request lagi nak makan mee soto. Yang kita jemput tetamu tapi tuan rumah yang beria nak request makan itu ini dah kenapaaaa. Haha. Buat jugak dengan bantuan anak sedara plus kita dah dapat resepi begedil sedap confirm tak hancur masa goreng tau.

Resepi ni dikongsi oleh one of my friend kt fb. Tengok dia buat eh senangnyaaaa. Terus kita try resepi dia. So tempek sini untuk rujukan diri sendiri next time yer.



RESEPI BEGEDIL

Ubi kentang (3 biji saiz besar)
Bawang besar potong kecik2
Daun sup
Ayam cincang (beli yang dah siap tu atau cincang je isi ayam)
Kuning telur 1 biji
Cili kalau nak pedas
Garam secubit
Lada sulah

Putih telur dan minyak untuk menggoreng.
.
1. Ubi kentang hiris dulu pastu goreng. Toskan lenyek2 sampai hancur.
2. Gaul bersama bawang, daun sup, ayam, cili, kuning telur.
3. Letak garam dan lada sulah. Gaul lagi.
4. Simpan dalam fridge kejap dalam 15-30 minit supaya tak hancur masa goreng nanti.
5. Bulat-bulatkan dan penyekkan sikit, salut dengan putih telur pastu goreng.

Selamat mencuba!

Wednesday, 22 August 2018

Resepi nasi air yang mudah dan sedap

Salam uolls.

Siapa suka makan nasi air. Nasi tu kita tanak sampai jadi lembik. Pastu makan ngan sup , sambal ngan bilis goreng. Tu yang utama la.  Kalau rajin boleh la makan dengan bahan-bahan lain macam taugeh, telur masin atau begedil ker.



Nasi air ni mak saya suka masak masa kitorang adik beradik kecik-kecik ritu. Memang seperiuk besar la kalau mak masak. Bertambah-tambah la makan. Pastu dah kawin saya try masak untuk asben. Alhamdulillah asben suka sangat. Kalau takde idea nak masak apa dia selalu request la nasi air ni.


RESEPI NASI AIR

Tanak nasi
Beras saya tanak dua pot kecik jer. Biasa makan 2-3 orang jer. Tanak beras letak air agak-agak la. Kalau air dah kering dan nasi tu tak lembik sepenuhnya boleh tambah air lagi.

Sup ayam
Dalam periuk lain masak sup pulak. Biasa masak sup ayam jer. Sebab asben kureng la sup daging. Ni resepi kita tau. Masing2 ada jer resepi lain2 kan. Lain air tangan lain resepi. Hehe.

Ayam potong kecil-kecil. Anggaran la nak makan banyak mana. Basuh bersih2 toskan.

Bahan A
Bunga lawang 3 ketul
Buah pelaga 3 ketul
Kayu manis 1 ketul

Bahan B
*Lada hitam 1 sudu kecil
*Bawang putih 5 biji
*Bawang merah 3biji
*Jintan 1 sudu kecil
Halia 2 inci

Bahan C
Kiub ayam 1 ketul (apa2 brand terpulang)
Perencah sup (yang serbuk tu) 1 sudu
Garam
Bawang goreng
Daun sup

Okey. So step dia, mula2 korang tumbuk Bahan A lada hitam dan lain-lain tu kecuali halia. Then dah lumat tu baru letak halia dan ketuk sekali dua. Halia ni tak yah lumat pun takpe.

Then letak minyak, tumis Bahan A, kemudian Bahan B yang ditumbuk tadi. Lepastu letak ayam yang potong tu. Gaul-gaul sampai sebati. Saya biasa masak macam ni nak kurangkan rasa hanyir ayam.

Bolehlah masukkan air. Agak2 cukup dengan kuantiti perut yang nak makan tu. Haha. Masukkan kiub ayam dan perencah sup. Dah mendidih masukkan garam. Bila dan sesedap rasa sup tu taburkan daun sup dan bawang goreng dan tutup api.

SAMBAL
Cili besar 2 biji
Cili kecil 6 biji
Garam
Gula
Cuka
Sedikit air

Blend cili dengan cuka, masukkan garam dan gula sesedap rasa.

Sedia untuk dihidangkan.

Boleh hidangkan dengan bahan berikut yang mana ada stok dirumah:

1. Ikan bilis yang digoreng garing.
2. Taugeh yang dicelur
3. Daun sup
4. Bawang goreng
5. Perahan limau nipis
6. Telur masin
7. Begedil


Makan panas-panas confirm bertambah-tambah tau.



Saturday, 18 August 2018

Resepi sotong masak stim yang mudah tapi sedap

1st time masak sotong masak stim. Sebab asyik duk tengok ig stories orang sampai ai terliur. Haha. Kebetulan g pasar pagi maren papa beli sotong. Simpan resepi sini untuk rujukan lain kali.

RESEPI SOTONG MASAK STIM


Sotong (kelar2 sikit pastu stimkan sotong tu)
Bawang putih 3 ulas
Akar dan daun ketumbar
Lada (saya buh 6 biji yang kecik, sebiji yang besar)
Limau nipis 1 biji
Sos ikan (dalam 2-3 sudu)
Gula sikit

Mula-mula tumbuk akar pokok ketumbar tu, kemudian tumbuk sekali bawang putih dan lada kemudian gula.

Masukkan sos ikan dan perah limau nipis tu. Gaul sebati. Tak payah garam takpe sebab sos ikan tu dah masin kan.

Then ambik sotong stim tadi gaul sekali ngan bahan ditumbuk tadi. Masukkan hirisan daun ketumbar  dan gaul sebati.

Simple tapi sedap weiii. Rasanya ai akan repeat lagi untuk ratah. Haha.

Monday, 12 February 2018

Resepi gulai ikan aye

Salam uollss..

Hari tu beli ikan aye. Teringin nak makan singgang ikan aye. Lunch tu masak la singgang. Eh malam tu pulak tetiba nak makan gulai ikan aye pulak. Aduh. Ape punya nafsu la. Kebetulan ada santan dalam peti gigihla kita masak gulai ikan aye. 

Resepi gulai ikan aye (ikan tongkol) 

Ikan aye (rebus dulu dengan garam dan asam gelugur). Saya guna ikan lebihan kuah singgang tu jer.
Santan
Cili boh
3 biji bawang merah (bergantung la. Saya gulai ikan tu 4 ketul kecik je. Haha)
Lengkuas 1 inci
Kunyit hidup 1 inci
Ketumbar 1 sudu 
Asam gelugur 2 keping
Garam dan gula
Cili 2,3 biji

Blend bawang, lengkuas, kunyit dan ketumbar. Masukkan dalam periuk yang dah letak santan terlebih dahulu. Kacau sentiasa. Masukkan cili boh dan asam gelugur. Dah mendidih tu masukkan ikan. Tambahkan perasa-gula dan garam. Saya letak garam last sekali bila dah nak masak. Sebab ikan dah sedia masin kan. Rasa dulu kalau dah sedia terasa masin memang tak buh garam dah.


Gulai ni pekena dengan ulam timun dan budu ngam sangat. Hahah. 

Saturday, 10 February 2018

Resepi rendang daging sedap

Salam uollss..

Breakfast tadi makan nasi kunyit berlaukkan rendang daging. Mak saya la punya plan setiap pagi Jumaat nak masak beria katanya. Jumaat lepas nasi kerabu, hari ni nasi kunyit. Sebab rumah mak, saya dan rumah kakak dekat-dekat, bolehlah nak kongsi tenaga masak. Kali ni mak tanak nasi saya masak rendang daging. Pastu dah bosan jugak asyik rasa rendang sama jer. Then kita gugel resepi. Biasa saya suka resepi dari blog aunty Azie Kitchen. Memang sedap-sedap masakan kalau ikut resepi aunty Azie. Cuma saya olah ikut suka hati saya. Haha. Biasa tak buh jintan dan ketumbar. Kali ni try letak jintan dan ketumbar pulak.

Rendang Daging Sedap

Bahan-bahan:
1 kg daging
6 sudu besar cili kisar
Santan (1 biji nyior)
2 sudu makan kerisik
2-4 helai daun kunyit-hiris halus
Garam, asam gelugur dan gula

Bahan 1:
9 biji bawang merah
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan 2:
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
1 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan (resepi asal guna jintan manis dan putih. Saya tak tau saya guna tu jintan apa. Hahahha)

Cara cara:
Kisar bahan 1. Kemudian kisar bahan 2.

Tumiskan bahan 1 hingga naik bau, then masukkan cili kisar. Masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan 2 dan kacau hingga wangi.


Jangan lupa asam keping, garam dan gula atau apa saja perasa yang korang suka.


Lepastu dah pecah minyak tu bubuh la daging. Gaul skit pastu masukkan air. Sebab saya guna daging import punya lama la nak lembutkan daging tu.


Sebab nak makan breakfast memang saya masak malam la, takut bangun lambat. Haha. Dah siap atas dapur semua sementara tunggu kering dan empuk daging tu kita layan Syurga Yang Kedua. Bila dah hampir kering dan daging dah empuk tutup la api. Tak payah kering sangat takpe, pagi esok nak panaskan lagi.


Yummy. Pagi-pagi mak dah call takut anak dia terlajak tido. Haha. Pastu bawak rendang daging ke rumah mak, tukarkan dengan pulut kuning. Sedapnya. Pekena ngan ikan masin pulak.


Tuesday, 30 May 2017

Salam Ramadhan

Salam uollss..

Kejap je kita dah ketemu lagi Ramadhan kan. Tahun ni 1st ramadhan di rumah famili in law. Hari Jumaat tu keje. Balik kerja kul 6 zapp terus pecut balik Dungun. Sempat la sahur di rumah fil pagi tu.

1 Ramadhan.
Adik ipar masak ikan masak stim. Sedappp. Sampai dua mangkuk ai hirup kuah. Haha.



Masuk gambar makanan jgn hentam ya. Hahaha.

2 Ramadhan.
Mil ajak pegi pasar. Suka3. Nak beli sayur fresh2. Macam-macam sayur beli ha. Sampai tak muat tipuware kite. Haha. Eh, tu cara kita simpan stok sayur tau. Basuh bersih2 simpan dalam bekas tutup rapat. Memang tahan lama la. Setakat ni memang tak pernah buang sayur sebab layu kering.


3 Ramadhan
Dah masuk keje. Asben pulak ambik cuti sehari. Asben beli ayam tak tau nak masak berbuka apa. Adoii. Stress mikir nak masak apa ni. Dr sahur lg duk tanya asben nak buka apa. Kat opis col lagi dia tanya. Ikot jelah katanya. Kang ada yg buke ngan kurma dan air suam kan 😂

Then dapat idea buat paprik je la. Senang dan cepat. Balik kerja sampai umah kul 6 terus ketung ketang potong ayam. Asben ada lega skit boleh #danielasyrafmz bertempek ngan papa tak kacau mami kat dapur.
Simple sangat masak paprik je. Ok goreng ikan sekor. Haha. Nak tumbuk belacan tak sempat dah. Ngam2 siap hidang bunyi bedil.

Asben belikan ketupat tapi rasa tengik la. Panaskan semalam punya ke. Hukhuk. Keciwa betul kalau beli makanan kt luar ni.

Sekarang time magrib tu masa Daniel makan. So dia pon berbuka sekali la. Suap dia kenyang2 barulah turn mami makan.

Alhamdulillah hari ni dah 4 Ramadhan. Kejap je. Nanti pejam celik dah syawal kan. Semoga Allah kurniakan kita kesihatan dan kekuatan untuk terus beribadah di bulan yang mulia ini. Aamiin.

Monday, 16 January 2017

Resepi nasi ayam izahafizah

Salam uollss.

Kemain bagi tajuk letops. Haha. Sebenarnya nak simpan resepi untuk diri sendiri. Dah nak buat jarang skali. Tiap kali nak masak nasi ayam ko nak gugel dah kenapa kan. Godek la dalam blog sendiri.

Malam tadi masak nasi ayam. Sebenarnya Jumaat lepas dah buat, then ada lagi stok timun, salad kat rumah jadi malam tadi masak jela lagi nasi ayam. Kebetulan asben ada. Kalau tak takde maknanya nak rajin macam ni. Haha plus sekarang mami dah ada helper yang sangat rajin kat dapur. Tak kuasa nak duk dapur kalau helper ni ada. Sibuk nak main periuk kuali nak berdukung tengok mami masak apa. Baik duk depan tv diam-diam. Elok-elok duk main depan tv nampak mami ke dapur terus dia join de club. Malam tadi papa ada rasakan jaga la anak awak yang super aktif tu. Kihkih. Kemain nak tulis resepi pegi membebel seguni ni apa citer ni. Ok. Kita buat ikut step apa yang perlu didahulukan yer.



RESEPI NASI AYAM IZAHAFIZAH

Mula-mula cuci ayam bersih-bersih. Potong ayam asingkan mana nak buh dalam sup potong kecik nak goreng nanti potong biasa. Biasanya part tulang-tulang, kaki, leher tu kita potong kecik campak je dalam sup.

REBUS AYAM
-Ayam yang dipotong
-5 biji bawang putih
-3 biji bawang merah
-2 inci halia
(3 bahan atas ketuk skit dalam lesung)
-1 kiub ayam

Tak perlu tumis pon. Campak je ayam dan bahan tumbuk letak air. Bila ayam masak angkat dan toskan dulu.

Ambik skit air rebusan untuk nasi ayam, sambal dan kuah kicap.

NASI AYAM
4 pot beras (pot kecik).
Basuh beras n tapis

Untuk tumis:
-2 sudu marjerin
-Lemak dan kulit ayam (basuh bersih hiris halus-halus)
-buah pelaga 5 biji
-bunga lawang 5 biji
-kayu manis sebatang
-3 ulas bawang merah (tumbuk)
-3 ulas bawang putih (tumbuk)
-1 inci halia (ketuk)
-Daun pandan dua helai simpul

Tumis bahan-bahan tumis guna marjerin sampai bau menggelorakan perut. Then masukkan beras gaul sebati pastu transfer dalam rice cooker. (Kalau nak tumis dalam rice cooker terus pon boleh. Terpulang)

Then masukkan air rebusan ayam tadi. Buh garam skit gaul-gaul skit ok biarkan dia masak.

SUP
- Air rebusan tadi tambah garam perasa sesedap rasa.
- Dah masak letak daun sup+daun bawang+bawang goreng

Ada orang letak rempah 3,4 beradik tu. Saya tak bubuh pun.

AYAM PERAPAN
-Sos tiram
-Kicap cair
-Kicap manis
-Madu
-Bawang putih 2 ulas, halia skit, garam (tumbuk)
-Gaulkan bersama buh marjerin skit

Saya goreng ayam last skali nak makan ayam panas-panas. Goreng touch n go je takut nanti ayam jadi keras.

KUAH BERLADA
-7 biji lada kecik (pedas gila)
-3-4 biji lada besar
-3 ulas bawang putih
-halia skit je
-Air rebusan ayam

*Blend semua yang atas tu pastu panaskan kuali masak kejap letak garam, gula dan cuka sesedap rasa.

KUAH KICAP
-Ambil lebihan perapan ayam campur dengan air rebusan ayam campur kicap cair n kicap manis. Adjust la rasa dia yer.

Ok dah masak nasi boleh hilang semua dengan timun, tomato dan daun salad. Selamat bersilat di dapur.

Asben n Daniel makan banyak. Tq papa puji nasi ayam ai. Next time ai masak lagi. Kihkih.

Thursday, 9 July 2015

Kisah Ramadan lagi.

Salam uollsss..

Kisah ramadan lagi. Ada gambar makanan-makanan jugak. Jangan marah na. Kalo marah buh la jugak gambar makanan kat blog awak. Thehehe. Suka je kita baca pasal masak-masak time ramadan ni. Kang tahun depan belek balik tengok apa kita masak tahun lepas, dua taun lepas... Bukan gempak sangat pon masakannya. Tapi dah nama memori kan. Di setiap masakan tu ada memori. Kau apa tau?hahahha. Tetiba nak marah apehal. Hehe.
Tapi serius ramadan ni suka je duk baca blogger citer apa dia masak buka puasa hari ni, esok, semalam. Seronok pulak. Ada jugak ke yang tak suka??pelik.
Entri rojak, campur, lompat, langkau semua ada neh. Kalau takde gambo tu maknanya buka puasa umah mak. Takde maknanya nak ambik gambo umah mak, kang tak pasal ayah baling murtabak. Kahkah.
7 Ramadan
Ada belen udang so buat sambal udang. Ketupat ngan kuih tu mak bagi. Betik pon mak bagi.

8 Ramadan
Keluar bukak puasa with my bff, Ani. Ani nak fly ke KL, so alang-alang dia keseorangan buka puasa kat airport kita temankan la. TQ Ani belanja mak buyong neh. Nasib baik servis laju jer. Elok-elok makanan sampai terus dengar pengumuman cakap dah masuk waktu berbuka.


10 Ramadan
Meja makan yang dibooking pon sampai. Weeehuuuu. Seronoknya. Setelah tiga kali berpindah akhirnya ada meja makan jugak. Selama ni duk makan kat meja sofa tu je. Dah la kaca, penat nak kena sental sentiasa. Asben cakap tak bleh belikan meja makan glass punya. Tau dah bini dia pemalas. Hahahha. TQ ringankan kerja ai.
13 Ramadan
Ikan goreng sekor tu maksudnya berbuka sorang-sorang la tuh. Bila teringin nak cicah budu, hah siap add on tempoyak lagi kau. Tempe ngan bilis goreng buh dalam tipuware. Kang malam-malam sementara nak tido tu kita ratah la.


14 Ramadan
Bukak puasa dengan anak-anak di Pantai Batu Buruk. Hampar tikar, makan ramai-ramai. Meriah jugak sini, nasib baik tempatnya luas kat padang. Takdelah bersesak sangat pon.


Kat belakang tu bazar. So, lepas beli kat bazar terus datang sini. Agak-agak tak cukup makanan berlari kejap pegi bazar balik. Heeeeee.



Teringin nak makan nasi kerabu. Pastu melilau carik tak jumpa. Beli nasi beriani je la. Nasib baik sedap la jugak rasanya.


15 Ramadan
Hari ni Khamis. Kul 4.30ptg tiba-tiba asben call cakap dah odw. Alamak. Pastu tanya beliau nak berbuka kat mana. 'La...buka kat rumah lah. Kat mana lagi"hakhak. Ingat nak buka kat hotel ker. Muahaha. Daging goreng kunyit tu kita masak malam tadi. Daging kan lambat lembut. Pagi tu makan untuk sahur. Ada balance kita panaskan untuk berbuka. Goreng telur ikan. Asben singgah beli ayam golek seekor. Nyumnyummm. Rasa sepanjang setiap kali weekend asben balik tak pernah lagi lah berbuka kat luar, kat rumah jugak dia ajak berbuka. Nak lauk isteri yang simple tu jugak. Kikiki.


16 Ramadan
Ni sahur sebenarnya. Panaskan ayam golek tu guna magic pan. Pastu goreng ayam goreng kunyit jer. Sahur jarang masak berkuah-kuah. Makan nasi ngan ikan goreng pon dah cukup.


Okeyy..tu je gambo yang ada dalam hp cap ayam ni. Hehe.

Dah menjelang 10 hari terakhir Ramadan dah. Cepatnya masa berlalu...




Monday, 29 June 2015

Salam Ramadan.

Salam uollsss..
Alhamdulillah hari ni dah 12 Ramadan. Kejap betul masa berlalu. Saya ni dah kenape? bizi semacam je sampai berkurun blog tak berupdate. Dah nak masuk separuh bulan Ramadan baru nak ucap salam ramadan ker. hehehe. Seriously memang bizi sangat. Ada masa terluang skit macam-macam kerja nak dibuatnya. Balik rumah pulak memang takde can dah nak bukak laptop. Selain dari berehat-berehat dan berehat. Penat benor bunyinya kau neh. Hehe.
Tahun ni berpuasa dengan suasana yang berbeza lagi. Tapi rasa macam lebih aman dan sentosa. Haha. Sebab dekat ngan rumah mak. So, kalau tak sempat masak balik kerja kita menapak je ke rumah mak berbuka kat sana.

Biasanya kita beli barang basah seminggu sekali. Weekend je kuar g pasar. Pastu pack sikit-sikit. Nak masak defrost jer. Ayam dua ketul, ikan 2 ekor. Asingkan buh dalam plastik kecik-kecik. Hari tu pegi pasar tak tahu nak masak apa. Tanya asben biasalah jawapan dia "masak je apa pun, b boleh belaka' nak mikir nak masak apa pon pening tau. Pastu nampak udang kat pasar. Ok. Udang masak lemak. Settle.
Sambal belacan buat banyak-banyak untuk stok 2-3 hari semasa asben ada. Kita ni ok je kalau takde sambal belacan tuh. Sayur goreng adalah wajib. Kuih muih pun tak beli. Tahun ni punya konsep tak nak bazir-bazir. Kadang-kadang kuih mak bagi dua ketul pon tak dapat nak habiskan. So, better kita makan nasi jer yer.

Sayur panaskan je lauk udang masa berbuka tu. Cuma goreng ikan. Famili mertua punya style diorang time sayur jarang ada lauk berkuah. Biasa goreng ikan je makan ngan nasi. Simple. So, asben pon se simple itu. Senangnya kerja dapur i. haha.


Then bila asben dah balik rumah barulah masak se simple yang mungkin. Hari tu kita teringin nak makan mee rebus. Balik kerja masak, makan untuk berbuka then ada lebih lagi makan sahur pulak. Tak makan nasi hari tu. Even umah mak 10 langkah je takdelah hari-hari kita berbuka umah mak. Macam tak adil pulak mak penat-penat masak, kita balik kerja lewat-lewat hidang-hidang lauk duduk makan. Amboiii. Tapi mak tak kisah pon. Kita je la yang kisahkan diri sendiri.


Berbuka sorang-sorang kat umah pun mak tetap bagi tambahan juadah. Terima kasih mak.


Tu je kot setakat ni gambo makanan yang ada dalam hp. Hehehe. Alhamdulillah, tahun ni berpuasa penuh InsyaAllah. Semoga terus diberi kesihatan dalam bulan Ramadan ni.

Aamiin..


Monday, 16 March 2015

Spaghetti pedas berapi yang simple

Salam uolls..

Hari tu asben teringin nak makan spaghetti. Lama dah tak masak spaghetti neh. Taun lepas kot eh. Terus terjah pasaraya beli bahan-bahan. Gugel kat internet ni macam-macam resepi kan. So aiolls derhaka lah pada resepi-resepi yang ada.
 
Bahan-bahan yang diperlukan :
 
Spaghetti (saya makan untuk dua orang tak sampai separuh pun guna). Rebus mee spaghetti ni. Buh minyak sikit supaya tak melekat nanti. Buh garam skit. Nak tau masak tu pandai-pandai la. Haha. Ada orang baling kat dinding eh nak tau dah masak ke tak. Haha. masa 1st time buat dulu pernah jugak lempar. Gigih sangat haku. Padahal rasa je la dah masak ke belom kan.
 
Untuk kuah spaghetti :
 
Bawang putih (tiga ulas - cincang halus2)
Bawang besar sebiji (yang holland tu sedap skit - potong dadu)
Ayam (asben kureng sangat daging. So beli ayam la. Yang hancur bentuk bunjut tu)
Sos prego (saya guna jenama Kimball tu)
Capsicum (potong kecik2)
Cili api (sebab kitorang berdua suka makan pedas2)
Bahan perasa (saya letak garam, lada sulah, daun pasley ngan oregano)
 
Mula-mula tumis bawang putih sampai naik bau. Kemudian bawang besar pulak. Pastu letak la ayam. Gaul-gaul sebati kemudian buh sos prego. Saya main agak-agak jer sukatannya. Tambah air skit. Kemudian letak la capsicum. Jangan lupa bahan perasa. Saya tak suka masam sangat so tak letak buah tomato ke tomato puri ke. Biasa tengok orang lain letak kan. Rasanya sos prego tu pon dah masam dah. Bergantung pada selera masing-masing lah.
 
 
Terima kasih asben sebab puji sedap, makan bertambah sampai menjilat jari. Kikiki.
 
Tiba-tiba rekues nak rendang ayam la pulak. Mengidam betul dia neh. Heheh.

Friday, 6 March 2015

Daging goreng kunyit resepi mak mertua.

Salam uollls..

Tajuk kemain kan. Hari tu teringin sangat nak makan daging goreng kunyit. Pastu balik kerja singgah beli daging. Jarang sangat saya beli daging neh. Biasa umah mil beliau selalu masak daging goreng kunyit. Sedap. Tak payah lauk lain dah. Makan tu je ngan nasi.



Mula-mula hiris daging tu kecik-kecik. Orang cakap nak hiris kena betul. Tersilap hiris daging jadi liat. Saya main tibai je. Haha. Asal nipis sudah. Bersihkan daging tu.



Pastu, tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit. Ni saya oter skit. Biasa mil gaul daging dengan garam n kunyit je. Dah tumbuk, lumat gaul daging tu.



Masukkan dalam kuali, buh air. Air ni bergantung pada daging la. Nanti kalau dah kering air daging tak empuk lagi tambah lagi air.



Tutup kuali supaya daging cepat empuk. Sebelum tu buh la garam dan perasa siap-siap. Dah bolehlah naik tengok tv kejap. Kiki.



Bila air dah nak kering, daging pun dah empuk hiris bawang dan cili. Gaul sekali masukkan kicap sikit.



Kalau dah cukup rasa bolehlah angkat. Sedapnya makan dengan nasi panas-panas.

iZafiza'S BloGiZafiza'S BloG




Tuesday, 4 November 2014

Seprais la kononnya.

Salam uollss..

Stress sangat saya sekarang sejak-sejak cik ti jadi penghuni rumah jugak. Sama-sama menyewa. Adoiii. So, malam-malam kena make sure takde makanan terdedah, tong sampah kena tutup, tak bleh just letak dalam plastik ikat macam tu jer. Ada hikmah jugak. Nak suruh tuan rumah jadi rajin kan. Baiklah aiollss pasrahhh.

Macam-macam keganasan dia telah buat pada rumahtangga saya. Masuk dalam periuk letrik berapa kali dah. Solutionnya periuk letrik kena tutup dengan periuk lain pulak setiap masa. Tak tau kecik sangat ke dia sampai boleh masuk. Pastu putuskan wayar washing machine sampai rosak. Grrrrrr. Dah panggil orang baiki rupanya kerja dia. Siap tinggalkan sisa-sisa lagi. Nasib baik kena bayar RM30 jer. Pastu gigit penutup botol minyak, penutup botol madu, botol suplement, sudip plastik. Eh, awak ni pemakan plastik ke ha??

Pastu kalau 2-3 hari saya tinggalkan rumah balik kampung mil mesti dapur penuh dengan tinggalan sisa-sisa dia. Sabar je la awak. Sekarang semua harus bertutup. Rak pinggan sementara tu pun dah tak guna dah bukak simpan dalam stor dah. Ni pun setiap kali guna pinggan, sudu dan semua lah mesti saya akan basuh dulu sebelum guna. Rasa macam was-was sangat.

Banyaknya saya membebel pasal cik ti. Hmmm.

Hari tu kan asben dah bagi persetujuan nak bela kucing. Pastu saya macam terpikir la saya kan selalu balik kampung. Macam mana dengan kucing tu. Hmmmm. So terpaksa tangguh dulu la keinginan nak bela kucing.

Weekend asben balik heret la pegi kesitu-kesini. Shopping barang dapur yang dah kering kontang pastu pergi kedai peralatan rumah nak beli bekas besar boleh la saya letak stok makanan ke apa-apa kan. Takde la asyik buang je kerjanya bila tengok dah kena gigit oleh cik ti.

Mula-mula beli bekas tutup hijau ni. Ambik semua sumbat dalam tu, minyak, bawang, gandum apa lagi ntah ada. Takpe beli bekas macam ni tak membazir. Heee. Pastu siap membeli belah baru perasan kat luar kedai ada storage box yang besar punya. Arghhh. Kenapa tak perasan awal-awal. Mulalah teragak-agak nak beli ke tak nak. Asben cakap beli lah. Ai cakap membazir pulak banyak-banyak nak buat apa. Takpelah ai cakap. Next time boleh jer beli kalau betul-betul keperluan.

 
Balik kerja asben ada kat rumah. Dia bagi kunci  and mintak tolong ambikkan barang dalam bonet kereta. Huhu. Boleh tak dia dah balik rumah dari tadi pastu isteri balik keja ni jugak dia mintak tolong kan. Hehehe. Takpe la asben. Nasib baik ai rajin. Muahahha.
 
Bukak bonet kereta.....senyum panjang sampai telingala kita.
 
Rupanya dia pegi balik kedai tu belikan storage box ni. Terima kasih asben. Memahami sangat isi hati saya. Kikiki. Walaupun tak beli kabinet dapur, storage box ni pon buat saya eksaited sangat dah. Hehee.


Monday, 21 July 2014

Bakar biskut cornflakes guna pemanggang ajaib.

Salam uollsss..
 Tahun ni kononnya gigihlah nak buat biskut raya. Saya memang tak tempah sangat pun biskut raya. Cuma beli biskut arab, tart nenas dan almond london. Tu pun satu bekas jer. Kemudian beli rempeyek mini tiga bekas, rumah mak, rumah mil dan rumah sendiri. Tapi perancangan nak beli oven tahun ni tak dapat dilaksanakan lagi. Sobsob. Tapi kunun gigih jugak nak buat guna pemangang ajaib. Ajaib sangat kau kann.

Beli bahan-bahan nak buat biskut raya, dan plannya nak buat cornflakes madu dan biskut badam cornflakes. Tapi buat cornflakes madu jadi keras pulak. Agaknya lama sangat atas dapur sampai jadi keras. Tapi tetap tak putus asa. Buat biskut kedua biskut badam cornflakes. Walaupun rupanya tak secantik mana tapi rasamu boleh tahan la kan. Hehehe.


Pastu ngadu la kat mil kita takde oven nak bakar biskut raya. Then mil cakap nanti nak kirimkan oven kat asben. Yeayyy. Tak sabo tunggu asben balik. Tapi hari apa entah dia balik. Jangan balik hari Ahad sudahhhh. So, stop dulu la bakar biskut raya. Cuma nak buat popia sira dan karipap simpul macam taun lepas. Semalam dah beli serunding, petang ni nak beli kulit popia. Lain-lain bahan dah ada. Hope diberi kerajinan la malam ni. Kihkihkih.

Sunday, 6 July 2014

5,6 dan 7 Ramadhan

Salam uolls.
Alhamdulilah. Hari ni 8 Ramadhan. Masih diberi kesihatan untuk berpuasa dan melakukan ibadat di bulan Ramadhan ini.  Weekend asben balik. Ai is eksaited. Boleh masak untuk en.beliau. Hehe. Bulan puasa ni sebenarnya niat tak nak letak pun gambar makanan yang mengiurkan di media sosial ni. Letak dalam bentuk bertulis atau berbungkus je. Semoga istiqomah la. Tapi hari-hari duk snap gambo, daily report katanya. Hehe. Kang asben tanya berbuka hari ni masak pe?terus whatsapp juadah kat dia. Hahaha.
Petang Khamis en.beliau bertolak balik. Saya kan habis kerja jam 6.00 petang. Ngam-ngam beliau sampai kat opis saya 6.00 lebih. Balik ajak sepupu dia buat teman. Plannya nak beli juadah kat bazar pastu makan kat taman. Mula-mula kitorang ke Bazar Pantai Batu Buruk. Haih. Bersesak-sesak kereta. Nak parking pun susah. Pastu gerak ke Bazar Taman Shahbandar pulak. Ingatkan parking penuh, rupanya luas yang amat boleh parking. Coz satu kawasan yang tahun lepas-lepas ada jual-jual tahun ni dah takde. Tempat tu dijadikan tempat parking. Lega.
Masuk dalam bazar dah satu hal tak tau nak beli apa. Semua yang nampak dimata best. Tapi en.beliau cakap tak payah beli banyak-banyak. Kang membazir. Baik tuan. So, kitorang just beli nasi kukus ayam berempah sorang satu, kemudian pulut panggang rm3, air ikut selera masing-masing. Makan santai atas rumput. Best makan macam ni. Meriah.
Balik rumah sebelum tido saya masak tom yam siap-siap untuk sahur. Senang nanti panaskan jer. Bangun sahur goreng ayam goreng kunyit ngan sawi goreng sos tiram.
Hari Jumaat ajak asben ke rumah my bff yang kematian ibu 3 Ramadhan yang lalu kat Kuala Berang. Harap beliau kuat dan tabah. Tak dapat bayangkan bagaimana rasa kehilangan ibu atau bapa. Tapi mereka semua pinjaman buat kita. Sampai masa akan dikembalikan pada yang Esa. Balik dari KB pegi kedai jual barang basah. Tengok ada pucuk paku. Terus decide nak buat bubur lambuk. Antara juadah paling saya suka. Asben dan sepupu dia pun orait je. So masak bubur lambuk la kita. Petang asben pegi bazar belikan popia goreng ngan ayam golek. Nyumnyum..
Banyak jugak saya masak bubur. Kami bertiga makan siap bertambah lagi. 1st time masak bubur lambuk sendiri. Sebelum ni tolong mak kat dapur je. Hehe. Tapi bubur lambuk ni senang sangat nak masak nya pun. Alhamdulilah asben puji sedap. Masuk bakul kejap. Eh, tak muat pulak. Bhahaha.
Sahur pun panaskan bubur lambuk je. Nasib baik licin jugak. Tak membazir la.
Sabtu asben dah gerak balik. Dia hantar saya balik umah mak. So petang Sabtu berbuka umah mak. Masak lauk-lauk simple je. Umah mak wajib ada nasi time berbuka. Even mak masak bubur lambuk ke, mee goreng ke tetap kena ada nasi. Dan yang pelik asal makan nasi umah mak mesti tambah nasi. Hehe. Sampai anakmu ni dah terbiasa mak. Setiap hari nak kena makan nasi. Tak jumpa nasi terus lesu tak bermaya. Haha. Over.

Monday, 30 June 2014

Cerita pertama Ramadhan.

Salam uollss..

Wahh kau, gigih nak update jugak hari pertama ramadhan. Hehehe. Tahun ni memang patah kaki betul. Nak pegi beli barang  basah pun susah. Hurmm. Pasrah je la aiolls. Nasib baik la kedai runcit dekat jer. Plus depan kedai runcit tu jugak ada jual barang basah sikit-sikit. Boleh lah nak beli ayam sayur tu semua. Nasib baik jugak duk dengan anak buah. Dia balik sekolah dia keluarkan kan siap-siap ayam or ikan ke. Saya ni tak suka rendam ayam ikan tu semua. nanti kang rasa tak sedap, rasa tawar. So kena keluarkan awal-awal la. Sempat la saya balik kerja dah mencair ikan tu.

Malam sebelum puasa tu saya dah masak gulai siap-siap. Masak gulai ikan masin jer. Bangun sahur hangatkan gulai tu then tanak nasi. Eh, malam tu pon sempat buat agar-agar jugak. Agar-agar kopi + susu. Sebab tu je bahan yang ada. Kahkah.
Sahur pertama tu kemain set alarm kul 4.00am kau. Haha. Semangat kan. Pastu bunyi alarm tu ntah berapa kali pegi tekan button sampai la jam 4.30am baru betul-betul bangun. Saya ni kan wajib ada nasi. So kena sahur dengan nasi lah jawabnya. Heeeee.
Semalam balik kerja singgah bank dulu settlekan urusan yang patut. Sampai rumah dalam 6.40pm. Panaskan gulai ikan masin, goreng ikan dan goreng kacang panjang, tanak nasi. Alhamdulillah ada pak cik tu jiran sekampung tu bagi kurma satu kotak. Macam tau-tau je weolls takde lagi stok kurma. Pak cik tu baik betul. Dia selalu duk sembang ngan anak buah saya time anak buah nak pegi sekolah, kemudian dulu kalau lalu depan umah dia mesti dia senyum angkat tangan. Kita pon tak kenal dia. Rumah pon jauh jugak dari rumah dia. Alhamdulillah, kita buat baik dengan orang Allah hantarkan orang baik-baik untuk kita.

Duk umah sewa sekarang pun surau dekat dengan rumah. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. 

Eh, sahur pagi tadi dah mula liat dah. Berapa kali dah jam bunyi. Dah la set 10 minit sekali bermula kul 4.00 am. Mesti stress jiran kalau dengar alarm saya bunyik. Kakaka. Tadi pukul 4.50am baru betul-betul bangun. Sebab dah plan nak goreng nasi je. Nasi dah tanak siap-siap malam tadi. 

Okey, now berbuka petang ni nak masak apa yer??kemain list menu ramadhan tulis sangat tapi kelaut. Hahahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...