1st time masak sotong masak stim. Sebab asyik duk tengok ig stories orang sampai ai terliur. Haha. Kebetulan g pasar pagi maren papa beli sotong. Simpan resepi sini untuk rujukan lain kali.
RESEPI SOTONG MASAK STIM
RESEPI SOTONG MASAK STIM
Sotong (kelar2 sikit pastu stimkan sotong tu)
Bawang putih 3 ulas
Akar dan daun ketumbar
Lada (saya buh 6 biji yang kecik, sebiji yang besar)
Limau nipis 1 biji
Sos ikan (dalam 2-3 sudu)
Gula sikit
Mula-mula tumbuk akar pokok ketumbar tu, kemudian tumbuk sekali bawang putih dan lada kemudian gula.
Masukkan sos ikan dan perah limau nipis tu. Gaul sebati. Tak payah garam takpe sebab sos ikan tu dah masin kan.
Then ambik sotong stim tadi gaul sekali ngan bahan ditumbuk tadi. Masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul sebati.
Simple tapi sedap weiii. Rasanya ai akan repeat lagi untuk ratah. Haha.
uuuish ni first time tengok. ada rasa cem kerabu ke ?
ReplyDeleteTak rasa kerabu pon siti.rasa masam2 gitu.try lah.
Delete